Monday, May 23, 2011

Rahsia Adam Turun ke Dunia

"Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, dia berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?"

Ini adalah penjelasan yang unik bagi menerangkan bagaimana nabi Adam a.s boleh dikeluarkan dari syurga bersama Hawa dan juga Iblis.Syurga yang didiami Adam adalah satu Matrix yang mempunyai setup yang berlainan dari Matrix dunia.Apa yang dimimpikan Adam menjadi kenyataan.

"Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:

"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."
Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya.

"Siapa namanya?"tanya malaikat lagi.

"Hawa",jawab Adam.

"Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.

Adam menjawab:

"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah." (Kisah Nabi Adam a.s)

Bagaimana Adam boleh mengetahui setiap pertanyaan malaikat?

Di dalam Matrix yang beliau bertempat ketika itu,kemampuan mindanya adalah di tahap luarbiasa.

Adam adalah 'The One' di dalam Matrix itu dari segi kemampuan minda (dan tidak mustahil dari segi fizikal).

Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:

"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan
tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajarkan kepada kami.Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:

"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

(Kisah Nabi Adam a.s)

Namun situasi Adam dan Hawa berlainan ketika di Matrix dunia.Dengan perkakasan yang baru,Adam benar-benar berasa lemah dan selalu mengadu kepada Allah tentang kesukarannya.

Kehidupan di dunia amat berlainan sekali dengan kehidupan di syurga. Beliau terpaksa menjalani kehidupan sebagai manusia biasa dan mematuhi kesemua peraturan Matrix yang baru.Apa yang dijelmakan dalam minda tidak mampu terjelma dalam Matrix dunia.

Apakah yang menyebabkan Adam dan Hawa 'turun' ke dunia?

Ia bermula dengan kata-kata Iblis yang menggoda Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi.Buah khuldi (nama khuldi diberikan Iblis) adalah satu-satunya yang terlarang di dalam Matrix yang mereka bertempat ketika itu.


"Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim."

(AlBaqarah ayat 35)

Iblis menggoda dengan mengatakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itu,Adam dan Hawa akan kekal selamanya di dalam kerajaan yang tidak akan binasa.

"Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"

(Thaahaa ayat 120)

Apabila memakan buah itu,maka pakaian syurga yang dipakai oleh Adam dan Hawa pun tercabut serta-merta dan mereka terpaksa menutup tubuh mereka dengan pucuk-pucuk kayu.

"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (Thaahaa ayat 121)

Betapa sedihnya hati Nabi Adam,maka ketika itu beliau pun berdoa dengan satu doa yang membuka satu rahsia yang penting.


Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam,

"Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu." Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu."

(Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)

Kalimah Syahadah telah pun tertulis di tiang-tiang Arasy ketika kelahiran Nabi Adam.

Ini adalah The Keys of Kingdom of Heaven.

Nabi Muhammad adalah 'The One' yang akan di 'plug in'kan ke Matrix dunia kelak.

Namanya telah dahulu terukir di tiang-tiang Arasy.Tidak diketahui sejak bila nama itu sudah berada di situ.

"Baginda salallahualaihi wasalam,

"Sesungguhnya Allah menulis tentang takdir ciptaan-Nya 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi".

Ketika Baginda salallahualaihi wasalam ditanya, "Bilakah engkau dilantik sebagai Nabi?"

Jawab Baginda salallahualaihi wasalam, "Ketika (Nabi) Adam antara roh dan jasad."

(Diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Hibban dan Baihaqi dipetik dari Hikam)


Terminologi

Portal:

merupakan titik-titik perhubungan antaradimensi berlaku.Portal terdapat dalam dua keadaan.Melekap pada struktur Matrix dunia seperti di Segitiga Bermuda atau dibuka melalui tubuh manusia.

Ejen:

di dalam dunia perkomputeran khasnya internet,ejen ialah aplikasi yang digunakan terutamanya enjin carian seperti Yahoo dan Google untuk mengelintar maklumat di dalam internet.Ejen ini yang dinamakan 'bot' juga 'spider' (lelabah) akan memenuhi permintaan carian oleh pengguna.Apabila satu 'keyword' ditaip pada kotak 'search' maka ejen-ejen akan merayau di dalam internet bagi memenuhi kehendak pengguna.

Resonan:

getaran frekuensi yang memiliki panjang gelombang yang sama seterusnya mewujudkan rentak frekuensi yang sama.Kesan resonan adalah seperti derap tapak kaki tentera yan sama pada jambatan.Jika frekuensi derap kaki sama dengan frekuensi jambatan,maka jambatan boleh /rosak runtuh jika derap kaki berterusan dilakukan.


Persoalan bagaimanakah Adam 'turun' ke bumi?


Dalam terminologi Matrix,Adam mula 'turun' ke Matrix dunia setelah memakan sesuatu.Apakah itu?

Itulah buah yang TERLARANG.Iblis memanggilnya KHULDI.Buah inilah yang dimakan oleh Adam menyebabkan terjadi satu perubahan besar.

APAKAH PERUBAHAN ITU? Pertukaran Matrix.

"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia."

(Thaahaa ayat 121)

Apa yang dimasukkan ke dalam mulut manusia adalah amat penting.Ia adalah salah satu aplikasi yang mampu mengubah coding sama ada di dalam diri manusia malah Matrix di sekelilingnya.

Buah khuldi itu ibarat pil merah yang dimakan oleh Adam mengakibatkan pertukaran Matrix berlaku atas kehendak The Programmer.Pakaian Matrix asal terus lesap kerana tidak mampu wujud dalam Matrix yang baru.Kemungkinan mereka turun ke dimensi lebih rendah:

"Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka."

(Thaahaa ayat 123)

Iblis menggoda Adam dengan tawaran 'switching' kepada akses supaya Adam dan Hawa ke kerajaan yang kekal;

Matrix lain yang bersifat mutlak.Iblis menawarkan pertukaran Matrix dengan katalog prasarana lebih baik dan kandungan program yang begitu utopia.

Mengapa Adam cepat tergoda,padahal beliau memiliki pengetahuan yang tidak dimiliki para malaikat,makhluk dari cahaya yang dapat akses dengan sebegitu pantas trafik data yang berkelajuan ultratinggi???

Adakah Adam tahu lambat laun dia pasti keluar dari syurga untuk tugasan lain?

Mengapa beliau tahu Matrix yang beliau 'berhidup' itu tidak kekal??

LIHAT MISTERI DI SINI.

Jika kita tahu maksud 'NAMA-NAMA',kita akan tahu sebab mengapa Adam berubah fikirannya.

"Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?" (Thaahaa ayat 120)

Daripada sini kita tahu bahawa 'syurga' yang pernah didiami oleh ibu-bapa manusia itu bukanlah sama dengan syurga selepas Hari Kebangkitan.

Syurga ini mempunyai pohon larangan namun syurga selepas kiamat: ALL ACCESS.

Ibu-bapa kita dilahirkan di Matrix tinggi yang ada 'RESTRICTION ZONE'.

Kita semua dilahirkan di Matrix lebih rendah,alam dunia yang hina,dilahirkan di dalam penjara namun jika kita ikut Peraturan yang ditetapkan kita akan diganjari Matrix tinggi yang ALL ACCESS.

Ini semua bagaikan permainan semata-mata.

Kita semua bergantung kepada kasih sayang Allah.

Kita tiada pilihan lain sebenarnya, Allah Maha Kuasa. Makhluk tiada kuasa apa-apa.

Daripada Matrix syurga,Adam,Hawa dan Iblis dikeluarkan ke Matrix dunia.Namun dimensi Iblis dengan kedua manusia tadi berlainan.Iblis ditukarkan ke dimensi yang serupa dengan jin dan syaitan.Lihat,diluar Matrix syurga,mereka diasingkan ke dalam Matrix yang berlainan.

Di dalam Matrix yang baru,kemampuan yang dahulunya ada di Matrix syurga telah berubah.Adam dan Hawa telah bertukar menjadi 'manusia' kerana Matrix yang baru membuat pengecaman perkakasannya (hardware) manakala Izzazil bertukar menjadi 'Iblis'.

Dia tidak mampu lagi menggoda secara berhadapan dalam waktu yang lama.Dia memerlukan kakitangan dari kalangan manusia sendiri selain dari jin dan syaitan.

Iblis tidak akan mampu bertahan dengan suara azan dan ayat-ayat suci AlQuran, kuasa (baca:mukjizat) yang dimuatturun oleh The Programmer kepada 'The One' yang terakhir sebelum Matrix dunia di 'shutdown'.

No comments: