Sunday, May 22, 2011

Adam dan Pertukaran Matrix





Lupa

Tidak mempunyai keazaman teguh

Iblis adalah musuh

Terpedaya dengan Iblis kali pertama

Derhaka

Allah kurnia taufik untuk bertaubat

Allah terima taubat dan diberi petunjuk

Berlaku permusuhan di kalangan manusia

Allah akan beri PetunjukNya

Ikut petunjuk akan Selamat

Sesat dan azab sengsara


Firman Allah yang bermaksud;

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.

Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

"Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.

"Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari".

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).

Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

(Surah Taa'Haa : Ayat 115 - 123 )

Radioactive Sewage Sludge Found In Tokyo

1,000 Millisieverts An HOUR In Debris OUTSIDE Of Reactor 3

Tarpley - China Ultimatum Warns US Not To Attack Pakistan

Obama Is The God Of War & Congress Is Fine With It

Likely New IMF Head Lagarde Certifiably Insane

US Education Based On Soldier Obedience Training

Japanese Set Up Jewish Colony In Manchuria

Police Have 3rd Suspect In Eugene Mallove Killing

Did 'Death' Of OBL Free Up Trillions For Bankers?

'Quick Tap' Phone Payments To Eliminate Cash - Vid

New Phone App To Track Your Wages

Br Nathanael - The Incredible Mt. Athos Prophecies - Vid

Were Nuclear Power Plants Shut Down To Extort Merckel?

Useless & Unreasonable Regulations

Asian Stinkbugs From Hell Ruining US Crops

NWO Beat Us - They Won - Vid

ASAF Photos to Make Fingerprints & Iris ID Obsolete

How To Get Around Gov't Censorship On YouTube

Spain's Youth Rages Against 43% Unemployment

Perception Management Used for Takedown of Syria

Finkelstein In March On Israel's Cairo Embassy

BBC Film Foretold Fukushima Meltdown Disaster

Spent US Nuclear Fuel Inspectors, Inspections 'Inconsistent'

David Icke Exposes The London-Rome Beltane Ritual - Vid

Berita dunia diatas adalah secebis kisah pada hari ini berlaku....

Salah satu prinsip Matrix adalah kemampuannya yang fleksibel dari segi ruang.Matrix tidak statik.Di sekitar Matrix terdapat pintu-pintu,lubang atau jalan rahsia yang bersimpang siur.Terdapat titik-titik perhubungan antara dimensi di sekitar Matrix.Kita namakan ia sebagai PORTAL.

Terdapat dua portal,satu portal fizikal yang terdapat di sekitar alam semesta termasuk bumi dalam realiti manusia.Keduanya portal yang dibuka melalui tubuh manusia.Perlu diingat,perisian dalam perkakasan yang berlabel 'manusia' ini mempunyai ciri-ciri yang amat unik dan hebat.

Siapa yang memegang codingnya maka ia dapat menguasai semua jalan portal yang mungkin.Ia ibarat dapat mengawal USBcontroller sesuatu komputer.Setiap port USB berada dalam tangannya.Peluang untuk memasuki sistem coding adalah ketika minda manusia dalam keadaan 'hibernate'.Taktiknya ialah perkara yang melalaikan,bahan makanan atau minuman yang memabukkan dan lalai mengingati Allah s.w.t.


Berzikir merupakan alunan resonan dalam minda manusia.Berzikir dapat memberikan perintah pada sistem untuk mengaktifkan fungsi-fungsi pertahanan.

Berzikir merupakan frekuensi,namun untuk mencapai resonan,ia perlukan tindakan berterusan.Kata-kata yang berulangan memang dapat menaikkan motivasi seseorang.'Self-suggestion' adalah terbukti saintifik dalam kesan-kesan motivasi pada diri manusia.Ini kerana ia berkaitan dengan frekuensi trafik data dalam sistem.

Namun oleh kerana sistem dicipta oleh The Programmer,maka kata berulangan manakah yang akan dipilih sebagai pembuka kepada lebih banyak fungsi.The Programmer telah tetapkan katakuncinya,maka hanya itulah yang akan membangkitkan kuasa sebenar.

Sami Buddha dan pendeta Hindu juga mampu mendatangkan perkara-perkara ajaib ketika melakukan 'zikir' mereka.Namun perkara ajaib itu hanya berkesan dalam perkakasan bukan perisian.Memijak bara api,tidur atas paku,tidak terbakar dalam api atau melayang-layang adalah lumrah biasa dalam pertapaan yang menggunakan 'self-suggestion' tadi.

Malah biji-biji tasbih zikir para sami Buddha lebih besar dari tasbih pak imam di kampung.Kata berulangan dapat membuka (unlock) fungsi-fungsi terpendam perkakasan,namun bukan perisian.Malah ketika bertafakur,peratusan para sami tadi didekati oleh Iblis adalah mencapai 99.989%.Iblis dan syaitan yang berada di luar Matrix manusia sememangnya mampu membantu orang-orang yang sesat tadi melakukan perkara-perkara ajaib,kerana mengubah fungsi perkakasan manusia adalah perkara enteng bagi Iblis.

"yang dila'nati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya)
(An-Nisa ayat 118)

Iblis akan berusaha mengucar-ngacirkan kehidupan manusia kerana baginya manusia telah mengambil apa jua haknya.

Iblis dan syaitan dengan perkakasan yang lebih berkemampuan tinggi dari manusia mampu menyusup ke dalam Matrix manusia dan menyelinap ke dalam saluran darah manusia.

Setiap diri manusia adalah portal-portal yang mungkin bagi Iblis dan syaitan.Semuanya untuk mengambil kembali bahagian yang kononnya sudah ditentukan kepada mereka.

Smith: We're here because of you, Mister Anderson, we're here to take from you what you tried to take from us.

Itulah alasan Iblis dan syaitan.Iblis dan syaitan-syaitannya ibarat ejen-ejen yang menyelinap dalam sistem internet untuk menjalankan kerja-kerja kotor mereka.Di dalam internet,ejen-ejen (Agents) adalah aplikasi yang penting terutamanya dalam Enjin carian seperti Google.

Google menggunakan ejen yang dipanggil 'bot' untuk menggelintar seluruh kandungan internet bagi mengklasifikasikan carian-carian terbaik bagi permintaan pengguna Internet.Bot-bot ini atau sesetengahnya digelar sebagai lelabah akan merayau-rayau di seluruh dunia internet untuk tujuan-tujuan tertentu seperti mencarikan nama laman web,mencari borang atau dokumen dan juga mencari senarai filem yang mencapai box-office.

Bot bertindak mengikut tujuan ia dicipta.Tanpa tujuan,bot atau ejen tidak akan bertindak.

Smith: Thank you. But as you well know, appearances can be deceiving, which brings me back to the reason why we're here. We're not here because we're free, we're here because we're not free. There's no escaping reason, no denying purpose - because as we both know, without purpose, we would not exist.

Smith 2: It is purpose that created us,

Smith 3: Purpose that connects us,

Smith 4: Purpose that pulls us,

Smith 5: That guides us,

Smith 6: That drives us,

Smith 7: It is purpose that defines,

Smith 8: Purpose that binds us.

Pada masa depan,ejen atau bot ini akan menggalas tugas yang lebih mencabar dalam bidang komunikasi internet.Para jurutera internet telah memikirkan untuk membuatkan bot-bot yang jumlahnya amat banyak ini dapat berkomunikasi antara satu sama lain!

Dengan kata lain,mereka mempunyai kepintaran sendiri (artificial intelligent).Ejen-ejen akan dapat berkongsi maklumat sesama mereka dan bekerja lebih cekap dengan membuat keputusan terbaik secara sendiri tanpa menunggu arahan pengguna.

Bayangkan jika ada ejen yang termodifikasi skripnya secara luarbiasa (anomaly) dan mampu bertindak tanpa mengikut arahan!

Jika ini terjadi,ejen tadi telah menjadi 'exile program' dan tercemar (corrupt) seterusnya bertindak sebagai satu virus.

"Whoever it is, he's not reading like an agent" (Link -Matrix Reloaded)
The Oracle: They have their reasons, but usually a program chooses exile when it faces deletion.
Neo: And why would a program be deleted?
The Oracle: Maybe it breaks down. Maybe a better program is created to replace it - happens all the time, and when it does, a program can either choose to hide here, or return to The Source.
Neo: The machine mainframe?

Di dalam Hukum Matrix di Dalam Matrix,jin dan syaitan akan melihat minda manusia seakan-akan paket-paket data di dalam trafik maklumat.

Jin mampu menggodam minda/semangat manusia.Paket data yang dienkripsi sahaja tidak boleh dimanipulasi oleh jin dan syaitan.

Paket data yang terdedah tanpa pengekodan adalah sarapan pagi yang enak dan berkhasiat bagi jin dan syaitan.

Allah dan Rasul-Nya telah pun mengajarkan kita cara bagaimana untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.

Minda manusia juga seperti manusia. Jin mampu menduplikasikan dirinya ke dalam minda manusia,dengan kata lain,mengawalnya.

Di dalam falsafah Matrix,jin/syaitan yang mampu menduplikasikan minda manusia,akan mengubah paket-paket data (minda) tadi kepada rupabentuk jin tersebut.

Ketika 'switching' antara Protokol,apa yang terjadi adalah tubuh manusia namun bermindakan jin .Semua 'output device' juga dikawal oleh jin.

Sebab itu orang yang dirasuk jin mempunyai suara yang amat berlainan dari suara sebenar mangsa.Kemahiran jin dan syaitan dalam mengawal minda manusia juga berbagai-bagai.

Rasukan adalah kemahiran tahap tinggi.Suara-suara godaan adalah skil paling asas.Jin mampu melaksanakan rasukan biasanya jin yang terlatih.

Godaan pertama dalam sejarah manusia terjadi ketika coding manusia (Adam dan Hawa) dan syaitan (Iblis) berada di dalam Matrix yang sama.Ketika ini Tuhan telah jadikan walaupun berbeza unsur,namun di dalam syurga,Adam/Hawa dan Iblis mempunyai perkakasan yang boleh beroperasi di dalam Matrix yang sama.

Adam boleh melihat Izzazil (Iblis) dengan penglihatan kasarnya.Bercakap dan berbual-bual seperti biasa.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa.Nampaknya terdapat Matrix di mana ia mampu menapis semua Protokol yang berbeza-beza.



No comments: