Tuesday, October 18, 2011

FORMULA 786 : LANGKAH PERMULAAN PENENTU KEJAYAAN DI MASA DEPAN

RAHSIA TERSIRAT DI SEBALIK ANGKA 786

Angka 786 di gunakan kerana angka itu adalah "NUMERICAL VALUE" untuk

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




IN CHINESE ASTROLOGY 21 IS THE MOST LUCKY NUMBER
IF YOU ADD 7+8+6 = 21.

PERJALANAN BERIBU BATU JAUHNYA,
MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA.
LANGKAH PERTAMA SANGAT PENTING UNTUK KEJAYAAN DI MASA DEPAN

Fatehah Surah Kemenangan

Al Fatehah Surah Kemenangan
  1. Rahsia Bismillah
  2. Segala Puji Bagi Tuhan Pentadbir Alam
  3. Tuhan Pentadbir Alam
  4. Pemurah dan Penyayangnya Tuhan
  5. Tuhan Penguasa Mutlak Dunia Dan Akhirat
  6. Tiada Yang Patut Disembah Kecuali Allah
  7. Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus
Dalam setiap urusan kita akan mulakan dengan NIAT dan serentak dengan itu kita mengharapkan Allah memberi pertolongan dan permudahkan dalam segala urusan.

Dalam urusan yang kecil sehingga peringkat Negara, kejayaan Besar telah terbukti suatu waktu dulu iaitu,

TIBA MASANYA KEMBALI KEPADA PIAGAM MADINAH.

Perlembagaan Pertama Dunia dan terbukti berjaya

takluk dunia dan memberi keadilan kemakmuran

kepada semua tanpa kira bangsa dan ugama .

Negara Madinah ini berpijak pada prinsip yang dinyatakan Allah Taala dalam firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” [al-Nahl: 90].

Dalam ayat ini menyatakan bahawa prinsip seorang mukmin sama ada sebagai individu, keluarga, sosial, dan negara adalah:

Pertama: Keadilan

Kedua: Berbuat Ihsan

Ketiga: Menyambung silaturrahim

Keempat: Melarang kemungkaran

Maksud berbuat keadilan adalah menegakkan Tauhid kepada Allah Taala. Maka inilah sebesar-besar keadilan yang perlu ditegakkan kerana firman Allah Taala:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya Syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar”. [Luqman: 13].

Berkata Ibn Abbas Radiallahu anhuma ketika mentafsirkan makna ‘Keadilan’ dalam ayat ke-90 surah al-Nahl di atas:

“Menyaksikan bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”. [Ibn Kasir: 4/595].

Kejayaan Menurut Islam

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kejayaan orang mukmin yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menghindari perkara yang sia-sia. Dan mereka me­nunaikan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatan kecuali kepada isteri mereka dan hamba sahaya milik me­reka, maka mereka itu tidaklah dicela. Dan me­reka yang melakukan sebaliknya, mereka itu adalah melampaui ba­tas. Mereka yang menunaikan amanah dan janji-janji me­reka, mereka yang sentiasa memelihara sembah­yang me­reka, mereka itulah yang mempusakai Syurga Firdaus dan mereka akan kekal di dalamnya.” (Al Muk­minun: 1-11)



Dalam usaha kita mencari rezeki dan kekayaan di dunia ini, maka janganlan Cinta dunia menguasai kita.

Cinta Dunia Ibu Segala Kejahatan

Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sepotong Hadis:
Maksudnya: "Cintakan dunia ibu segala kesalahan." (Riwayat Al 'Uqaili)


Ada tiga perbahasan daripada Hadis ini iaitu:


1. Cinta
2. Dunia
3. Kesalahan

1. CINTA


Cintakan dunia ibu segala kesalahan. Bila dikatakan cinta, itu mudah difahami kerana cinta merupakan pengalaman kita. Ia perasaan hati atau roh yang payah digambarkan. Cinta itu untuk siapa, itu soal lain. Kadang-kadang orang jatuh cinta pada kereta, kadang-kadang pada isteri, pada rumah, pada duit, pada harta, pangkat, nama, glamor, jawatan dan lain-lain. Tidak ada orang yang tidak pernah merasa cinta sama ada kepada harta, ibu bapa, anak, isteri dan lain-lain. Perasaan cinta adalah fitrah semula jadi yang Tuhan bekalkan di dalam diri setiap manusia.

Selanjutnya..


UTAMAKAN KASIH SAYANG YANG PERTAMA, KEKAYAAN DAN KEJAYAAN PASTI IKUT

MENYUSUL BERSAMA


JARINGAN KASIH SAYANG GLOBAL

GROUP FACEBOOK : GAGASAN NUSANTARA BERSATU




No comments:

Post a Comment