Sunday, May 6, 2012

Jata Negara Malaysia - Dalam Jadual Tuhan

Sumber : Hemi Sfera

Lawatan ke Tugu Negara tempoh hari telah memberi saya satu minat baru. Apabila saya melihat rupa-rupa Jata Negara yang berbeza, saya menjadi minat untuk mengetahui latarbelakang perkembangan Jata Negara Malaysia.

Dipercayai, coat of arms / jata / lambang merupakan satu keperluan bagi pihak feudal atau ketenteraan semasa tempoh peperangan, iaitu sebagai satu cara untuk membezakan angkatan sendiri, dan angkatan musuh. Lama-kelamaan, lambang sebegini menjadi tanda pengenalan untuk institusi keagamaan, kerajaan, institusi pendidikan, entiti perniagaan serta orang persendirian. Ia merupakan norma biasa bagi masyarakat, terutamanya di belah Eropah.

Kehadiran penjajah British di Tanah Melayu mungkin menjadi faktor kepada pengenalan lambang atau jata. Rekod terawal yang boleh dicari di internet, adalah berkenaan dengan lambang yang digunakan oleh Negeri2 Melayu Bersekutu.


Lambang ini diperkenalkan untuk FMS (Federated Malay States) pada tahun 1895, 4 warna pada perisai menunjukkan 4 negeri-negeri Melayu: Pahang, Selangor, Perak dan Negri Sembilan. Mahkota pula merujuk kepada pemerintahan di-Raja pada negeri-negeri terbabit. Cogan pada awan2, di dalam tulisan Jawi, menyebut Dipelihara Allah (May Allah Protects).



Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, 1948. Lambang FMS digunapakai sebagai lambang persekutuan yang baru dibentuk itu. Rekabentuk diolah oleh Jabatan Ukur, melalui perbincangan Raja2 Melayu dan Henry Gurney. Diwartakan pada 30 Mei 1952.

Selain daripada 4 Negeri2 Melayu Bersekutu, Jata turut merangkumi 5 negeri Melayu tidak bersekutu dan 2 negeri2 Selat. Cogan pada awan2 ditukar kepada bahasa rumi: Bersekutu bertambah mutu dan english: Unity is strength, yang membawa maksud yang sama. Lambang Mahkota pada Jata FMS telah digantikan dengan bulan dan bintang pecah 11.

Tanda untuk Pulau Pinang adalah 3 helai bulu burung ostrich, lambang Prince of Wales dengan motto Ich Dien (german: I serve). A Famosa pula menjadi tanda untuk negeri Melaka.



Pembentukan Malaysia, dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura, menyebabkan pertambahan elemen di dalam Jata Negara. Bintang kini berpecah kepada 14, A Famosa digantikan dengan pokok melaka. Pada bahagian bawah perisai, sebelah kiri menunjukkan Sabah, tengah adalah Singapura dan kanan adalah Sarawak. Cogan pada awan2 pula ditukar kepada Bersekutu Bertambah Mutu dalam tulisan Jawi dan Rumi.



Peristiwa pemisahan Singapura dari Malaysia mengubah lagi Jata. Tanda Singapura pada perisai telah digantikan dengan bunga raya, bunga rasmi kebangsaan.



Jata negara dikemaskan sedikit dengan ubahsuai kepada tanda negeri Sarawak. Elemen salib digantikan dengan burung kenyalang. Kepala harimau juga telah dikemaskan dengan membuang jeliran lidah.



Jata diatas menunjukkan lambang yang digunapakai pada masa kini. Elemen Prince of Wales telah digantikan dengan pokok pinang dan jambatan bagi negeri Pulau Pinang. Berikut adalah penerangan ringkas untuk elemen-elemen di dalam Jata Negara Malaysia:

Bintang pecah 14 menunjukkan 13 negeri-negeri di bawah persekutuan Malaysia dan 1 kerajaan persekutuan.

Bintang bersama anak bulan pada bahagian atas perisai merujuk kepada agama Islam, iaitu Agama Rasmi Persekutuan.

5 keris merujuk kepada Negeri2 Melayu Tidak Bersekutu: Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Bahagian atas kiri perisai: Pulau Pinang. Bahagian atas kanan perisai: Melaka. Kedua-duanya merupakan Negeri2 Selat (straits settlement).

4 Jalur pada tengah perisai adalah merujuk kepada 4 Negeri2 Melayu Bersekutu, hitam + putih = Pahang; merah + kuning = Selangor; putih + kuning + hitam = Perak; merah + hitam + kuning = Negri Sembilan.
Bahagian bawah kiri perisai: Sabah; bahagian bawah kanan perisai: Sarawak; bahagian bawah tengah perisai: bunga raya (bunga kebangsaan Malaysia)

2 ekor harimau, penopang jata di belah kiri dan kanan. Dikenali sebagai Harimau Malaya (panthera tigris jacksoni). Antara elemen asal Lambang FMS yang dikekalkan. lambang kegagahan dan keberanian masyarakat Malaysia.

Warna kuning pada awan2 merujuk kepada warna di-Raja bagi Duli2 Yang Maha Mulia Sultan2 di Malaysia ini. Cogan bersekutu bertambah mutu dalam tulisan rumi pada sebelah kiri dan dalam tulisan jawi di sebelah kanan.

No comments: