Sunday, October 10, 2010

10.10.2010 (10.10.10) Seruan Jihad Satu Bangsa Satu Ugama


Tajuk : Syair Keramat Tok Kenali


Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Tok Kenali, adalah seorang tokoh agama dan wali Allah di alam melayu yang rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi berkaitan dengan ilmu dan kehebatannya .

Terima kasih kepada sahabat saya Mija, yang sudi berkongsi ilmu berbentuk kupasan-kupasan mendalam terhadap karya Tok Kenali melalui arwah gurunya dan memberikan keizinan kepada saya pula untuk menyiarkan kembali beberapa perenggan dari syair itu.

Syair karya arwah Tok Kenali seperti dibawah ini jarang jarang sekali kita temui dan baca , antaranya ialah :

“Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku,
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku,

Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat,
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad,
Simbol besi serta keris, sekeliannya itu dibinasakan Allah”


Mengikut sahabat saya Mija, Syair ini dicetak dalam Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, tulisan Syaikh Mahmud Nasri Uthmani, Baling Kedah.Beliau merupakan khadam dan murid kepada Tok Kenali. Saya dan Mija tidak pasti apa lagi isi kandungan risalah tersebut selain dari ia mengandungi syair ini.

Risalah ini pernah menggegarkan Kedah-Perak awal tahun 70-an, Syaikh Mahmud pernah dipanggil untuk menjawab isykal-isykal yang ditimbulkan dari risalah ini.Beliau bersama sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bukit Besar yang juga anak murid Tok Kenali telah menjawab segala kemusykilan-kemusykilan oleh para ulama Kedah-Perak ketika itu.

Bagaimanapun ,tidak ada kata sepakat pada waktu itu dalam membenarkan atau menyesatkan risalah ini. Tetapi , kini risalah itu telah diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak dan Kedah, setelah puluhan tahun Syaikh Mahmud pulang ke Rahmatullah.

Kupasan Peribadi sahabat saya Mija tentang Syair diatas:

[[ Pada baris pertama syair itu ada perkataan atau kalimah “Daulat Tuanku”, kalaulah ini merupakan kalimah syirik seperti yang pernah didakwa oleh sesetengah pihak, takkan Tok Kenali masukkan kedalam syairnya pula, takkan beliau tidak faham akan maksudnya atau tidak tahu akan hakikat kalimah itu!

Siapakah golongan bendera merah puteh itu?

Golongan Merah ialah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka! Contoh mereka yang berjuang dengan cara ini ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Dol Said dan ramai lagi…

Golongan Puteh pula ialah puak pondok, puak yang menjaga agama islam dengan kitab, mereka belajar dan mengajar ilmu.

Golongan Kuning ialah puak Raja – Raja Melayu, puak yang men jaga agama dalam kesulthanan.Mereka juga memikul amanah untuk memastikan melayu-islam akan kekal sehingga ke akhir zaman.

Golongan Hijau ialah ialah puak Al-Khaidir, puak yang menjaga agama dengan kesaktian. Contoh mereka yang berada dalam puak ini ialah Tok Ku Paloh , semua Jundullah atau pendekar sufi.Nabi Khaidir sembahyang dua kali bersama Tok Ku Paloh, kali pertama Tok Ku Paloh berimamkan Nabi Khaidir a.s , kali kedua Nabi Khaidir a.s hadir sembahyang subuh berimamkan Tok Ku Paloh pula.

Kelabu pula ada 2 tafsiran iaitu merujuk kepada fahaman Ibnu Taimiyyah dan satu lagi merujuk kepada Syiah.

Hitam pula merujuk kepada fahaman golongan wahabi.

Kelabu dan hitam ini dicela pegangan dan fahaman mereka oleh Ahli Sunnah Waljamaah. Ramai diantara pengikut sebuah parti pembangkang sekarang ini yang berfahaman syiah dan wahabi.

Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh komponen satu parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.

Mengikut Firasat dan Kasyaf Tok Kenali kesemua golongan kelabu,hitam dan golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!! ]]

Lihat dan renunglah sendiri wahai sahabatku sekalian, mutu dan keunggulan semua parti atau golongan diatas sudah semakin merosot kini malah telah mengalami zaman kejatuhannya.Para pemimpin mereka asyik mengejar harta dunia, pangkat, malah sudah ada yang sanggup bersekongkol dengan kafir demi kelansungan kuasa mereka.

Atas sebab itulah marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning dalam kategori yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan 3 golongan lain [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!

Ketepikan soal politik sempit yang menyebabkan perpecahan ummah ! Melayu -islam harus bersatu ! Melayu- islam harus kuat!

Ayuh, sambutlah saranan wali Allah Tok Kenali seperti yang tertulis dalam karya syairnya diatas. Syair keramat seorang wali yang kuasa kasyafnya mampu menembusi ruang masa hingga ke 100 tahun kedepan dengan izin Allah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!