Sunday, June 10, 2012

Kabin : Ashabul Kahfi lari bersembunyi di gua demi CINTA AGUNG


Ini adalah kali pertama di siarkan di blog ini semenjak tinggal di Kabin dari 3 Rejab 1433 (24 Mei 2012.
 Catatan: 
Selama bertahun ku tempuhi pelbagai ujian kecil dan besar..ekonomi(tiada apa2 harta) ..miskin..kasih sayang..ujian dengan kawan2..insan yang terdekat..Semuanya itu untuk membersihkan kekotorsn dalam hati agar terpancar kilauan emas..Tauhid Pada Allah. Ilmu Allah,Rekezi Allah,Teknologi Roh.. Dalam perjalanan hidupku kini terakhir di uji yang melibatkan kasih sayang dengan insan yang dekat iaitu isteri..Ketika langkah demi langkah kutempuhi dan di saat ku perlukan isteriku sama2 memberi  galakan,sokongan dan perangsang , malangnya berlaku sebaliknya ujian dari Allah yang di berikan padaku. Aku tidak berkecil hati dan tidak menyalahkan dan menghukum isteriku kerana sedar dan insaf bahawa Allah Yang Menentukan segala-galanya. Setiap masa aku doakan agar beliau di beri Petunjuk oleh Allah. 

Saat dan ketika aku RM0 dan tidak di benarkan masuk rumah telah beberapa kali ku tempuhi hingga kali terakhir ini berlaku lagi ..menumpang di rumah kawan-kawan..dan kali terakhir menumpang di rumah kawan X..tiba2 di tuduh menceroboh dan di tahan reman 6 hari akhirnya di bebaskan dan tidak bersalah. Bermula 3 rezab 1433 tinggal di longitud 3.2198190.101.739082 hanya di sebuah kabin kecil dan di kelilingi pokok2 ,di kaki bukit dan di kelilingi rumah2 mewah dan gedung perniagaan. Syukur pada Allah atas segala-galanya..ALLAH MILIK SEGALA-GALANYA. 

 Firman Allah maksudnya;


Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan. 

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya. 



Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.

Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mer
eka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.



Surah Al-Kahfi : 56,57,58,59


 "The Cave is the Divine Presence. Here one utters the cherished 
prayer of the Prophet : 

'O God, You are my destination and Your Pleasure is what I seek.' The heart, as it cycles between the cessation and restoration of its pumping, is existing at the level of the Essence of the Divine Presence. Because that Divine Essence is the source of all created being, that heart will be at one with every minutest creation in this universe. 

The heart which has reached the secrets of the nine points will be able to see everything, hear everything, know everything, taste everything, sense everything, 'Until He will be the ears with which he hears, the eyes with which he sees, the tongue with which he speaks, the hand with which he grasps, and the feet with which he walks. He will be Lordly, he only need say to a thing Be! and it will be."

Di Cabin ini kutemui titik. Melihat pada yang banyak dan pandangan pada Yang Satu. Pandangan melalui Mata  Hati.  CINTA AGONG HANYA UNTUK ALLAH.   ILMU ALLAH DAN REZEKI ALLAH. 1 sen pun bukan milik kita,milik Allah,kita hanya pegang amanah sahaja.Aku bersyukur dengan anugerah ketenangan di hati kini walaupun tiada2 apa2 harta. Maka di hatiku kini Hanya Allah dan Rahmat Kasih Sayang dariNya. Didikan yang kutempuhi sebelum ini  dan kini moga dengan izin Allah dapat  membuang cinta dunia yang mengotori hatiku.. 


KINI AKU BERADA DALAM CABIN (GUA MODEN) . MAKA TIBA SAAT DAN KETIKA SETERUSNYA UNTUK AKU MENGATUR LANGKAH BERIKUTNYA UNTUK TEMPUHI CABARAN YANG SETERUSNYA.  WALAUPUN AKU KINI TIADA MILIKKI APA2-APA HARTA, TAPI SEMENJAK TINGGAL DI SINI, TIAP MASA DAPAT KU LIHAT BURUNG2,POKOK DAN BANJARAN GUNUNG YANG TAAT DAN PATUH PADA ALLAH.  ALLAH YANG MEMILIKKI SEGALA KEWUJUDAN DI DUNIA INI.  

 Cabaran permulaan kutempuhi jua untuk biasakan diri di sini kerana sebelum ini tinggal di rumah yang selesa dengan segala kemudahan.   Mengawal perasaan yang sentiasa berubah juga bila ingatkan insan yang terdekat dalam hidup ini sanggup tanpa peri kemanusiaan dan tergamak memperlakukan seorang suami sampai ke tahap ini.Alasan utama yang diberikan ialah kerana kemiskinan suami . Pelbagai usaha dan ikhtiar telah ku lakukan untuk mencari rezeki tetapi kita hanya berusaha, Allah yang menentukan segala-galaNya. 
Padahal di awal suami dalam kesusahan, tanpa di beritahu pada suami, beliau telah membeli rumah baharu. 
Melancung ke luar negara tanpa memberitahu dan minta kebenaran dari suami.   Pelbagai bentuk penghinaan dan kejian di lemparkan sepanjang kesusahan dan kemiskinan suami.   Berulangkali di perlakukan pada suami dengan tidak membenarkan masuk ke dalam rumah dengan menukarkan mangga kunci.  Pernah suatu masa apabila suami hendak masuk ke rumah, di panggil polis.   Semua itu di buat kerana katanya rumah itu miliknya. Walaupun sedikit sahaja pertelingkahan, terus suami tidak di benarkan masuk kedalam rumah.



Hati Sangat Sedih:   Jadikanlah aku hambaMu yang 

mempunyai jiwa yang tahan pada ujian. 

 

Nak Ku Tangis Tak Berairmata, Nak Ku Rayu Pada Siapa...

Hanya Allah Maha Mengetahui

Firman Allah maksudnya : 

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. 

Surah Al-Kahfi : Ayat 6

31.05.2011 : Jangan Mudah Lupa

  


  
CINTA AGONG HANYA UNTUK ALLAH.   ILMU ALLAH,  REZEKI ALLAH.
 
 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya:
 "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan 
dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun". 
(18:60)

   FACEBOOK 

 Selamat Datang ke Teratak Kasih Sayang 

Kasih Sayang ...Membaca dari Mata Hati dan Menulis dari Lubuk Hati

SYUKUR PADA ALLAH ATAS SEMUANYA..


SAJAK HASIL NUKILAN GURUKU PADA 25.5.1997N 11.53 MALAM
PADA 25.5.2012 JUGA ADALAH MALAM PERTAMA KU MENGINAP DI KABIN.

Di akhir Zaman Wang Jadi Ukuran
 
DI AKHIR zaman wang ringgit atau kekayaan
menjadi ukuran
Mulia atau hormat seseorang itu
jika ada duit atau kekayaan
Hafaz Quran, hafaz Hadis, banyak ilmu
tidak akan dipandang orang
Kalau seseorang itu tidak ada duit,
tidak ada kekayaan
Ada duit, ada kekayaan banyak kawan,
belum tentu sayang
Tidak ada duit, tidak ada kekayaan,
kawan hilang dan dihina orang
Sanak-saudara tidak peduli,
keluarga pun pandang serong
Anak isteri pun tidak hormat,
silap sedikit mereka meradang
Ada duit, ada kekayaan adalah saudara,
banyaklah kawan
Apabila miskin papa di tengah ramai,
hidup keseorangan
Orang mengata, orang menghina,
di mana pergi dicemek orang
Isteri boleh lari, anak-anak akan benci,
kawan-kawan tidak peduli
Seseorang yang sedang disanjung,
tiba-tiba miskin, kawan-kawan lari
Sedikit sahaja yang silap,
orang hamun, orang maki
Kalau tidak sabar mahu cabut lari,
hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati
Begitulah duit atau kekayaan
di dalam kehidupan menjadi tuan
Sesetengah orang duit dan kekayaan
menjadi tuhan, sekalipun tidak dipanggil tuhan
Ada duit, ada kekayaan dihormat orang,
walaupun tidak sembahyang
Kalau dia menjadi calon di dalam pilihan raya
mudah menang
Apabila ada kekayaan, di dalam keluarga,
dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai
dialah dipandang orang atau dihormat orang
Di dalam kumpulan kawan-kawan,
dialah selalu diziarah orang
Tapi apabila jatuh miskin
semuanya habis menghilang
Abuya
11.53 malam
25 – 05 – 1997(17 Muharam 1418)

Ashabul Kahfi lari bersembunyi di gua demi CINTA AGUNG


Tercatat  dalam sejarah Al Quran
Kisah tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi cinta yang paling AGUNG
Demi menyelamatkan iman

Tulang belulang berserakan
Itulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan syurga
Qitmir yang dimuliakan

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya hingga 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdun

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada Ashabhul Kahfi
Tiada mustahil di dunia ini ia boleh berlaku
Jika kita beriman dan bertaqwa


~ Berdasarkan lirik lagu Ashabul Kahfi - (raihan) ~
————————————————


Berikut adalah sebuah catatan perjalanan Ustaz Ashaari Muhammad ke gua Ashabul Kahfi, Jordan pada November 1985. Dipetik dari buku KEMBARA MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL QURAN :Gua yang dipanggil Cave of Seven Sleepers of Ephesis ( menurut Kitab Perjanjian Lama ) juga didakwa terletak di Turki, tetapi yang terletak tidak berapa jauh dari Amman, Jordan ini dikatakan adalah yang SAHIH seperti yang diceritakan di dalam Al Quran.

 Al Kahfi ( The Cave ) @ Wikisource
———————————————————————
SAMPAI ke satu tempat kira-kira tujuh batu dari bandar Amman kereta kami berhenti. Kami dikejutkan dengan perkataan,  ASHABUL KAHFI. la keluar dari mulut pemandu kami.

Alangkah terharunya, satu impian yang sekian lama mengganggu fikiran; di manakah Ashabul Kahfi? Kini impian kian menjadi kenyataan. Seakan satu mimpi lagi bahawa kami boleh berada di sana.
GUA di mana tujuh orang pemuda ditidurkan bersama seekor anjing yang tersebut di dalam Al Ouran itu rupanya berada di Jordan, kira-kira tujuh batu dari Amman. Tetapi daerah Rakim kini bukan lagi semak samun, tempat untuk bersembunyi.

la sudah terbuka menjadi bandar dengan bangunan-bangunan tinggi dan jalan-jalan raya berselirat dan besar-besar.

TANAH LAPANG padang pasir berbukit itu kini sudah menjadi tumpuan kehidupan dan Ashabul Kahfi yang tegak di situ menjadi bahan lawatan dan punca kemasyhuran Rakim.
Letaknya Ashabul Kahfi tidak jauh dari jalan raya, di atas tanah tinggi lebih kurang 20 kaki ( 6 meter ). Kami mendaki dengan debaran keinginan yang sukar dinyatakan. Tanpa peduli kiri kanan, batu-batu besar yang mengganggu jalan, kami langkah untuk segera tiba.



Pintu masuk ke gua Ashabul Kahfi
Dan tiba di pintu gua, perasaan sebak hiba, menyesak dada.
DISINI engkau lari membawa diri
ASHABUL KAHFI
lari dari kekufuran dan kezaliman
membawa IMANMU yang kental pejal
hanya simpati dari seekor anjing
sedang Raja Tarajan mahu membunuhmu.

Wahai tujuh pemuda beriman,
kenapa ke GUA larimu?
Tidak adakah selain gua waktu itu
yang sudi padamu?
Apakah gua lebih faham tentang TUHAN
daripada saudara-saudaramu?

ADUH! Kau menyabung nyawa
untuk TUHAN, pemudaku.

Apa yang dapat kau buat
di dalam gua yang gelap ini
wahai anak muda
selain berbaring, menyorokkan diri
dari kesejukan dan kebuasan binatang liar
sedang hatimu bertanya
MATIKAH aku?

Wahai pemuda
kau lari pada TUHAN
menjadi TETAMUNYA
lalu kau disambut
pun ditidurkanNYA.

TIDURLAH,
kami datang bukan mengganggumu
cuma mahu nyatakan
bahawa kami rindu menanti
hari bangunmu
untuk gempurkan dunia
yang KUFUR dan KEJAM ini
bersama membantu


IMAM MAHDI dan NABI ISA AS.
—————————
Dari Ibnu Abbas RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Ashabul Kahfi itu adalah para pembantu al-Mahdi.”


Kami menyusup pintu gua yang berbentuk empat segi kemudian menuruni tiga anak tangga, ke dasar gua. Lantainya rata berbatu licin.

Bumbung gua juga batu yang melengkung. Jarak lantai dengan bumbung lebih kurang 12 kaki ( hampir 4 meter ) . Di kiri dan kanan pintu masuk terdapat binaan seperti maqam. Di kanan empat buah, di kiri tiga buah. Tujuh semuanya dibina oleh orang-orang dahulu sebagai tanda pada tiap-tiap orang pemuda penghuni gua itu.

Terdapat ruang lain dalam gua itu yang di sana kami disuruh mendongak ke atas oleh penjaga gua, melihat lubang-lubang masuknya cahaya matahari ke gua tersebut seperti yang terkandung di dalam AIQuran di dalam Surah Al Kahfi ayat 17

“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada
dalam tempat yang luas dalam gua itu”.


Disitu juga terletak almari tua yang di dalamnya disimpan bekas-bekas lama kesan lawatan orang-orang dahulu (Umaiyah). Antaranya bekas wudhuk mereka. Terdapat juga tulang-tulang dan tengkorak anjing di dalamnya, kononnya ditemui dalam gua itu dan kata penjaga gua itu, itulah tulang anjing ASHABUL KAHFI.


 
Tulang2 yg dijadikan bahan sejarah, yang dikatakan kononnya kepunyaan Qitmir ( anjing Ashabul Kahfi )

Sejuk kami rasa berada dalam gua itu. Keadaan tidaklah terang sangat sebab cahaya matahari hanya masuk dari pintu gua. Lubang cahaya yang ada telah dftutup dari atas. Kami berpusing-pusing di dalam gua yang tidak luas itu. Hati tertanya-tanya bagaimana keadaan pamuda-pemuda itu sekarang? Di mana dan bagaimana? Di dalam Ouran menyatakan bahawa mereka itu tidak mati, hanya tidur. Hadith pula menceritakan mereka akan bangun kembali, membantu perjuangan Imam Mahdi dan Nabi Isa AS.

Kalau tidak mati, di mana jasad mereka? Penjaga gua menunjukkan kami tulang-tulang rangka manusia dalam satu dari maqam yang mereka gali. Katanya itulah tulang Ashabul Kahfi. Kami agak keliru, tetapi logiknya mungkin begini; Secara lahirnya jasad yang lahir mungkin hancur dimamah zaman maka yang tinggal hanya tulang. Tapi di sisi Allah swt, di sebalik pandangan lahir manusia mereka itu tetap hidup dan nanti akan dikeluarkan kembali ke alam nyata. Allahu ‘Alam.

Kami tidak boleh lama di dalam gua sebab hari sudah petang, penjaganya mahu tutup pintu gua. Kerajaan Urdun menjaga gua tersebut betul-betul hingga dibuat pintu dari besi di pintu gua itu. Terpeliharalah tempat mulia itu dari kejahatan makhluk-makhluk yang berniat begitu.

Di luar gua juga penuh dengan tanda-tanda sejarah. Kami mendaki ke atas gua dan mendapat tiang-tiang satu dari bangunan lama yang telah roboh. Kata pemandu kami itu ialah rumah ibadah yang dibangunkan oleh kerajaan Rome yang mula-mula menemui Ashabul Kahfi sebelum kedatangan Islam, kerajaan Kristian yang masih diiktirafkan  (oleh Nabi Muhammad SAW).

Tapi bangunan-bangunan itu kini tinggal tiang-tiangnya saja bagaimanapun amat penting bagi kajian sejarah. Kami berjalan ke sekitar dan jumpalah lubang yang tembus ke bawah yakni lubang untuk cahaya masuk ke gua. Tetapi ianya telah ditutup dan dikunci. Besarnya lebih kurang 2 kaki ( 2/3m) panjang 1 1/2 kaki ( 0.4 m) lebar. Tidak jauh dari lubang cahaya terdapat satu lubang lain yang juga ditutup, kami cuba membukanya dan rupanya perigi. Ada air di dalamnya. Pelik di atas bukit batu ada perigi. Berkat Ashabul Kahfi agaknya air keluar di situ. .

Di halaman hadapan gua terdapat juga tiang-tiang batu, kesan bangunan lama yang telah roboh. Kami difahamkan itu ialah masjid yang dibangunkan oleh kerajaan Umaiyah. Tapi juga telah roboh, tinggal tiang-tiangnya sahaja. Di luar masjid itu terdapat pula bekas-bekas kubur yang sebahagiannya telah digali dan dibiarkan berlubang. Semuanya adalah kesan lama dan kubur itu bukan tanah tapi batu. Orang-orang dahulu memahat bukit batu untuk mengkebumikan mayat.

Hari sudah hampir Maghrib ketika kami melangkah meninggalkan kawasan Ashabul Kahfi. Baru kami sedar bahawa di depan pintu pagar kawasan gua itu ada sebuah masjid baru yang dibina dalam tahun 60an. Tujuan pembinaannya ialah untuk menghidupkan kawasan Ashabul Kahfi supaya sentiasa
dikunjungi dan dipelihara.

 

Masjid Ahlul Kahf tidak jauh dari gua Ashabul Kahfi di Urdun, Jordan

Dari sebuah kitab tentang Ashabul Kahfi, ditulis oleh seorang ulama Urdun yang mengaku mula-mula mengkaji dan menemukan Ashabul Kahfi, gua itu sebelum ini terbiar. Tidak seorang pun yang menghiraukannya. Ketika beliau mula-mula sampai, jalan masuk ke situ pun tiada. Gua itu di dalamnya pula terlalu gelap. Tidak nampak satu benda pun.

Beliau mendesak kerajaan Inggeris masa itu untuk mem bersihkan gua tersebut. Tidak pun dilayan. Hinggalah Urdun merdeka, kerajaan Islam di bawah Menteri Wakaf menyahut seruannya dan desakannya itu untuk mengkaji gua itu. Maka didatangkan pengkaji-pengkaji sejarah purba untuk mengkaji rahsia gua itu dan mereka semuanya setuju bahawa itulah gua Ashabul Kahfi.

Di dalam kitabnya, penulis itu menyatakan kalau di tempat lain orang mengaku ada Ashabul Kahfi, itu adalah pengakuan  tanpa bukti dari tafsiran yang diagak-agakkan sahaja. Penulis Islam Pakistan, Abul A’la Al Maududi yang terkenal itu pernah pergi ke gua itu tetapi kata penulis kitab itu masa itu gua itu masih gelap.
Kami rasa bertuah kerana waktu kami pergi ke gua itu sudah di pelihara baik di dalamnya agak terang dan cukup untuk melihat apa-apa di dalamnya.

Allah SWT setelah memuliakan gua itu dengan menempatkan orang-orangNya  lalu memuliakannya dengan satu kemuliaan yakni anak zina tidak  boleh masuk ke situ.
Pernah berlaku satu masa dulu sekumpulan tentera Islam datang ziarah dan sembahyang di hadapan gua. Bersama mereka terdapat seorang hamba kulit hitam yang banyak sembahyang. Selesai sembahyang si hamba pun berjalan ke gua untuk masuk ke dalam. Tetapi dia tidak boleh masuk. Berkali-kali dia mencubanya, namun tidak dapat juga (terasa ada angin menolaknya keluar). Tahulah orang bahawa di hamba adalah anak zina.

Kami meninggalkan gua petang itu dengan syukur tidak terkira. Betapa kuasanya Allah SWT membawa kami ke tempat yang dimuliakanNya, sedangkan kami secara lahirnya bukanlah orang yang mampu untuk sampai ke situ.

Dan bila ziarah Ashabul Kahfi, lebih nyata pada kami bahawa Allah boleh buat apa sahaja. Yakni Allah menidurkan orang-orang yang dikehendakiNya selama 309 tahun tanpa apa-apa cacat cela dalam gua batu yang gelap.

Dan Allah tentu boleh lebih dari itu sendirian. Tapi,  siapakah yang layak untuk mendapat pertolongan istimewa dari Allah itu?  lalah orang yang beriman. Orang yang melebihkan cinta pada Allah dan Rasul lebih dari dirinya sendiri.

Pada mereka yang demikianlah saja akan berlaku janji Allah,
“Sesungguhnya Allah pelindung orang-orang yang BERTAQWA”.
Menyaksikan Ashabuf Kahfi memperolehi satu kekuatan. Kalau tujuh orang pemuda itu lari dari kekufuran masuk ke gua lalu Allah menyelamatkan mereka dan memuliakan mereka sepanjang zaman, kenapa kita takut untuk lari dari kekarutan SEKULARISME (ekonomi kapitalis, pendidikan, politik barat dan lain-lain lagi) ?