Monday, May 7, 2012

Persiapan 13 Mei 2012

 Oleh Farok Halim
farok94@gmail.com
2012/04/30



Syeikh Putra Izrin Syah
 Rawang:  Persiapan menjelang 13 Mei sedang giat dijalankan di Bandar Country Homes,Rawang.
Seramai 100 orang dari setiap negeri turun padang untuk bersama- sama
mempersiapkan Bandar RSA itu sepenuhnya.
Perhimpunan Wakil2 Dari Setiap Zon

Turut turun padang ialah Pengarah Zon(PZ), Ibu Zon(IZ) dan beberapa Menteri dari seluruh kepimpinan GISB.Pengarah Zon Kedah,  Syeikh Putra Izrin Syah berkata,program ini diadakan untuk menyambut ketibaan pemimpin besar  yang sangat-sangat ditunggu dan dirindui untuk menyelamatkan dunia.

 Antara  gotong-royong  yang dilakukan ialah seperti pengubahsuaian setiap primes,mengecat,pembinaan landskap dll.GISB juga sedang merancang untuk membeli sepanjang 15 blok kedai untuk dijadikan Hospital di Bandar tersebut.Kemegahan Bandar tersebut sangat dirasai oleh penduduk-penduduknya apabila renovation dilakukan.

Antara Revovation dilakukan
Kata seorang penduduk di situ,sebelum ini Bandar ini sangat malap,seperti tidak ada cahaya.Bila Abuya hantar wakil-wakil seluruh dunia untuk mempersiapkan Bandar itu,ianya bertambah seri.Dan moga-moga ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang,perpaduan dan meningkatkan lagi roh-roh kami untuk menyambut ketibaan Abuya yang ditunggu-tunggu
 Konsert besar-besaran juga akan diadakan sepanjang 1 mei ini hingga 13 mei untuk menyambut ketibaan Abuya yang dirindui
Bersambung(nantikan video-video sempena 13 mei di blog ini

 

 KONSERT 1 MEI 2012


 
Program Hari Keluarga Global Ikhwan Sdn Bhd
 
Pada 1 Mei lepas, telah berlangsungnya program Hari Keluarga Global Ikhwan Sdn Bhd 
di perkarangan padang BRSA,Country Homes,Rawang.  Program itu bermula pada pukul  8 pagi hingga 12 malam. Ianya dihadiri oleh ahli-ahli dan simpati dari seluruh negeri. Program ini juga bertujuan untuk menyambut hari kelahiran Bonda Ummu Jah selaku isteri kepada Abuya Ashaari Muhammad pada 1 Mei.
Antara aktivi-aktiviti yang diadakan ialah seperti persembahan tarian sufi,persembahan nasyid,dan persembahan daripada kumpulan Remaja Harapan pada sebelah malam.

Penonton membanjiri hadapan pentas
Antara artis yang turut di jemput hadir ialah,Shekal,seorang bekas ahli jemaah jemaah.Beliau pernah menganggotai kumpulan nasyid Qatrunada.Antara nasyid yang didendangkan ialah lagu ‘Kebangkitan’ daripada album Qatrunada.

Jamuan makan turut disediakan bagi tetamu-tetamu yang hadir.  Dimaklumkan,program persiapan BRSA,Country Homes ini akan berlangsung sehingga 13 Mei bagi menyambut kedatangan Abuya yang dirindui
Acara Potong Kek Sempena Hari Kelahiran Bonda Ummu Jah
*Disini saya turut sediakan beberepa liputan video sepanjang majlis Hari Keluarga Global Ikhwan Sdn Bhd

 

No comments: