Berikut adalah di siarkan rencana yang bertajuk "
Anwar: Real leaders fight for the people, not cronies "
Petikan terakhir,“Madu di tangan kanan mu: Pakatan. Racun di tangan kiri mu: BN. I dah tahu mana satu pilihan ku. (Honey in your right hand: Pakatan. Poison in your left hand: BN. I know what my choice is.)”
Isu yang di sentuh oleh Anwar ialah berhubung dengan kepimpinan yang di ketuai oleh PM Malaysia. Semua yang di bangkitkan sebahagian besar hanya bermain dengan emosi semata-mata dqalam menarik rakyat Malaysia untuk sokong PKR dan menjatuhkan PM.
Inilah cara Anwar yang jadikan emosi pendengar tertarik dengan ceramah-ceramah beliau.Jika kita tak renungkan sejenak sebagai seorang Islam, mudah sekali terpesona dan terpengaruh dengan kaedah perjuangan yang di bawa oleh Anwar.
Alangkah eloknya, kita luangkan sedikit masa untuk sama-sama membaca artikel ini.
Politik pilihan raya bercanggah dengan Islam
Perbezaan Hasil Perjuangan Politik Islam Dan Politik Barat Politik Islam yang sebenarnyaMaka fahamlah kita, kaedah perjuangan yang di bawa oleh Anwar sebenarnya tidak menepati Politik Islam yang sebenarnya.
Tertanya-tanya, harus bagaimana untuk kita berjuang?
Bila Datang Malam Hilanglah Siang
Kebenaran hanya datang dari Tuhan
Allah berfirman dalam al Quran yang maksudnya :
"Kebenaran itu datang dari Tuhanmu dan janganlah kamu menentangnya."
Kebenaran atau yang hak itu berasal dari satu sumber saja iaitu dari Tuhan. Ertinya akidah yg hak adalah akidah yang datang dari Tuhan. Pertolongan hidup yang benar itu datang dari Tuhan. Setiap yang benar itu hanya datang dari Tuhan. Akhlak yang benar itu datang dari Tuhan, pendidikan yang benar itu pendidikan yang datang dari Tuhan. Sistem ekonomi yang benar itu sistem ekonomi yang datang dari Tuhan. Sistem politik yang benar itu sistem politik yang datang dari Tuhan. Sistem masyarakat yang benar itu adalah yang datang dari Tuhan. Jemaah yang benar itu jemaah dari Tuhan. Pemimpin yang benar itu pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan. Ilmu yang benar itu adalah ilmu yang datang dari Tuhan. Perjuangan yang benar itu adalah perjuangan yang datang dari Tuhan. Begitulah seterusnya
Kalau kebenaran itu bukan datang dari Tuhan, ia bukanlah kebenaran. Kalaupun benar, ia merupakan kebetulan saja, sebab bukan datang dari Tuhan. Memang ada setengah-setengah ajaran benar, tapi kerana tidak datang dari Tuhan, maka itu suatu kebetulan sahaja. Misalnya semua orang tidak suka mencuri, tapi tidak dikaitkan dengan Tuhan, maka itu bukan kebenaran, hanya fitrah saja. Kebenaran itu datang dari Tuhan, diamalkan kerana Tuhan dan dengan menggunakan panduan yang datang dari Tuhan. Itulah huraian ayat tadi.
Kebenaran yang hak, lawannya kebatilan. Di dunia ini biasanya kebatilan itu lebih banyak dan berlakunya lebih lama. Sedangkan kebenaran datang sekali sekala sahaja. Oleh kerana kebatilan itu selalunya merosakkan manusia, maka ianya tidak disukai oleh orang, samada ia baik ataupun jahat. Bila gejala masyarakat sudah membiak dan menyusahkan masyarakat, bukan hanya orang baik yang cakap, tetapi orang jahat juga cakap, sebab kebatilan itu menyusahkan semua orang. Jangan anggap orang yang tak suka gejala ini hanya orang baik sahaja. Kalau kerana kebatilan yang berlaku dalam masyarakat itu Tuhan akan turunkan hukuman, maka Tuhan tak pilih, orang jahat atau orang baik terkena juga. Manusia tidak mahu kebatilan, tetapi mereka tidak tahu macam mana melahirkan yang hak.
Ayat yang ke-2 bermaksud,
Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap.
Bagaimana huraian ayat ini?
Ayat ini mengatakan bahawa bila datang yang hak atau yang benar, otomatik yang batil hilang. Macam bila datang malam, maka otomatik siang lenyap dan bila datang siang, maka hilanglah malam.
Bagaimana huraian bila datang yang hak, otomatik yang batil hilang? Untuk memahami siang dan malam mudah, sebab Tuhan yang buat. Sedangkan yang jahat dan yang hak manusia yang buat. Kalau berlaku yang hak, orang yang batil dan jahat mendapat nikmat sama, begitu juga bila lahir yang batil, orang yang baik dan jahat susah sama. Bila malam datang, semua orang terlibat dengan malam, samada dia suka atau. Begitu juga bila datang siang, semua orang kena menerimanya, tak boleh tolak.
Begitulah, bila yang hak datang semua suka, samada dia jahat ataupun baik. Bila yang batil datang, bukan hanya orang jahat yang susah, tapi orang baik juga susah. Sebab itu semua manusia samada baik atau jahat menunggu kebenaran, cuma mereka tidak faham bagaimana mewujudkannya.
Malam dan siang Tuhan sendiri yang buat, tidak ada campur tangan dan usaha-usaha manusia. Tetapi perkara yang hak dan batil, manusia yang melakukan dan mengusahakannya. Yang batil semua manusia tidak suka, sebab menyusahkan semua orang, dan yang hak semua manusia suka, sebab menyenangkan mereka.
Sebab itulah, orang yang memperjuangkan yang hak, demi kebaikan semua, besar pahalanya. Bila dia mati dalam membuat perkara yang hak tersebut, ia mati syahid. Kerana itu menegakkan yang hak lebih besar nilainya dari pada sembahyang sunat, puasa sunnat, berzikir dan bertasbih. Sebab kebenaran itu datang sekali sekala sahaja, sedang yang batil datang selalu. Maka siapa yang memperjuangkan yang hak besar pahalanya dan dianggap jihad fisabilillah.
Menegakkan kebatilan mudah, tidak niat pun jadi. Kadang-kadang tak ada niat untuk berbuat jahat, tapi terbuat juga. Tapi untuk membuat kebenaran susah, mesti ada ilmu, ada niat dan usaha baru jadi.. Maka Tuhan sebut bila datang kebenaran, hilang kebatilan, macam bila datang malam siang terus hilang.
Apa maksud Tuhan, bila kebenaran itu datang maka kebatilan pasti hilang? Orang sudah tidak membahas dan menghuraikan ayat ini, padahal ayat ini sudah sering kita dengar dari kecil lagi.Kebenaran yang dapat menyebabkan hilangnya kebatilan secara otomatik adalah kebenaran yang bersifat global. Kalau tak global, kebatilan tidak hilang. Kalau kebenaran itu global, dia indah dan menyenangkan. Orang baik atau orang jahat suka. Dia berlaku secara pakej,satu set, global.
Pakej kebenaran yang global itu mesti bermula dangan adanya pemimpin kebenaran yang dilantik oleh Tuhan. Kalau tidak, pemimpin biasa tidak boleh membuat pakej itu. Pemimpin kebenaran ini diiring atau Tuhan lengkapkan dengan ilmu kebenaran dari Tuhan. Kalau pemimpin itu tidak mendapat ilmu kebenaran dari Tuhan, ia tidak akan mampu. Bila dia memperjuangkan ilmu dari Tuhan itu, ia akan mendapat kawan, maka lahirlah jemaah kebenaran. Di dalam jemaah kebenaran itulah pemimpin kebenaran dan pengikut-pengikutnya melahirlah sistem hidup kebenaran menggunakan panduan dari Tuhan. Bila lahir sistem ini baru nampak kebenaran itu global dan indah. Orang jahat pun tertarik dan sanggup serah diri apatah lagi orang baik.
Jadi yang dimaksudkan bila datang kebenaran yang batil pasti lenyap, ia bermula dengan datangnya pakej kebenaran iaitu pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, ilmu dari Tuhan, jemaah, sistem. Sistem itu mesti mencakup seluruh aspek kehidupan manusia kerana manusia hidup terlibat dengan berbagai sistem seperti sistem kemasyarakatan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem kebudayaan dan lain-lain lagi. Kalau kebenaran itu tidak membawa satu sistem yang global, ianya tidak ada erti, cacat. Katalah kebenaran tu kita kata hanya pendidikan saja, sudah tentu tidak indah sebab manusia hidup tidak cukup hanya dengan pendidikan. Tapi memerlukan juga hiburan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain. Kebenaran itu mesti lengkap, tidak boleh hanya satu juzuk sahaja.
Di zaman ada rasul, Rasullah ilmunya wahyu. Di zaman tidak ada rasul, yang ada mujaddid, ilmunya ilmu ilham. Tetapi sayang sekali banyak orang yang menolak ilham. Menurut mereka ilham bukan sumber ilmu. Sebab itu di akhir zaman ini supaya Tuhan buatkan pada kita kebenaran hingga hilang kebatilan, mestilah kita lahirkan kebenaran itu secara global.
Dalam perjuangan ini,tidak berdosa kalau tak mendapat Negara tapi berdosa jika berjuang tidak ikut cara Islam.
Orang-orang Yahudi di beri anugerah cerdik akalnya, hinggakan mereka tahu untuk 100 tahun ke hadapan.Malangnya kita orang Islam, nasib umat untuk esok hari pun kita tidak tahu.
Pernahkah kita dengar Jadual Tuhan, Kebangkitan Dari Timur,Mujadid,Putra Bani Tamim, Imam Mahdi dan lain yang berkaitan.
Semoga dengan sedikit sebanyak maklumat2 yang terkandung dalam blog ini dapat membantu anda semua untuk dapatkan maklumat2 yang berkaitan.
Buah Yang Manis Dan Sedap
Di dalam struktur kehidupan manusia ini, ada orang bawahan dan ada orang atasan. Orang bawahan dipimpin oleh orang atasan. Orang atasan pula, ada lagi orang yang di atasnya. Jadi, setiap manusia itu ada pemimpinnya.
Pemimpin itu berbagai-bagai peringkat dan mengikut kelompok-kelompok manusia yang tertentu. Murid dipimpin oleh guru. Anak dipimpin oleh bapa. Pekerja dipimpin oleh pengurus. Rakyat dipimpin oleh ketua negara dan begitulah seterusnya.
Namun, walaupun semua manusia itu ada yang memimpinnya, tapi kita lihat manusia itu macam tidak terpimpin. Akhlak rosak. Moral jatuh. Selalu sahaja terlibat dengan salah laku dan maksiat. Walhal, kita yakin dan kita tahu, tidak ada pemimpin yang menyuruh mereka berbuat jahat. Tidak ada pemimpin yang menyuruh mereka berbuat maksiat dan melanggar undang-undang.
Tidak ada pemimpin yang sengaja mengajar dan menyuruh anak-anak buah mereka berjudi, minum arak, mencuri, merompak, berzina dan sebagainya. Tidak ada ayah yang mengajar anak-anak mereka berbuat jahat. Tidak ada guru yang mengajar murid-murid mereka berbuat maksiat. Tidak ada ketua negara yang menyuruh rakyatnya membuat huru-hara dan melanggar undang-undang. Kebanyakan pemimpin melarang anak-anak buah mereka berbuat jahat. Malahan ada yang menghukum anak-anak buah yang membuat salah laku.
Mengapa dan kenapa manusia masih cenderung dan melibatkan diri dengan maksiat dan salah laku, kalau ianya tidak diajar dan tidak disuruh oleh pemimpin mereka?
Sebenarnya ini bukan masalah diajar atau tidak diajar, atau masalah disuruh atau tidak disuruh. Ia berkait dengan benih yang ditanam oleh pemimpin di hati anak-anak buah. Bila benih yang ditanam oleh pemimpin itu baik maka anak-anak buahnya akan jadi baik. Apabila benih yang ditanam itu jahat maka anak-anak buah akan jadi jahat.
Tambahan pada itu, bila benih yang ditanam itu tumbuh dan disuburkan pula oleh persekitaran yang tidak baik dan pengaruh-pengaruh yang negatif seperti pergaulan bebas, salah guna dadah, program-program TV, VCD lucah, komik lucah, majalah lucah, pop, rock metal dan sebagainya, maka ia akan cenderung ke arah jahat dan akhirnya akan jadi jahat.
Dalam kita mencari-cari seorang pemimpin yang sudah berjaya memimpin jemaah atau kumpulannya kita boleh berpandukan kepada hasil buah-buahan yang kita boleh rasa dari ladang pemimpin tersebut.
Dengan pimpinan seorang yang berwibawa, membawa manusia kepada Tuhan hasil yang boleh dilihat ialah orang tak pernah sembahyang dah mula sembahyang, orang tak tutup aurat dah mula tutup aurat, orang tak pemaaf dah jadi pemaaf.Orang yang tak berkasih sayang sudah berkasih sayang.
Jika kita pergi kebun orang, kemudian kita dapat makan rambutan manggis sedap, tetapi tiba-tiba kita cakap pada orang kebun ni, awak tak belajar ke? mengapa? sebab rambutan awak manis durian awak sedap. Sudah tentu kita dikatakan sebagaiorang yang tidak waras.Kalau buah yang kita makan itu tak sedap atau masam bolehlah kita kata dia salah tanam atau salah benih.Tetapi kita dapat makan hasil tanaman yang sedap,bermakna kita ada penyakit dalam hati.
Sekiranya hasil dari didikan seorang pemimpin itu tidak baik, akhlak-akhlak anak buahnya teruk belaka, barulah boleh dikatakan orang itu tersalah benih dan tersalah cara menanam. Bila kita dapat merasai makanan yang sedap sudah tentu kita puji tukang masaknya dan kita tak persoalkan cara dia masak itu betul atau tidak. Peliknya ialah kalau ada orang sudah merasai makanan yang sedap itu kemudian memberi komen, awak ini salah belajar memasaklah kerana makanan awak sedap.
Dalam kita mencari benih untuk ditanam diladang perlu kita kenal benih apa yang boleh ditanam. Apakah dia benih jahat itu? Benih jahat ialah sifat cinta dunia (hubbud dunya) yang ditanam di hati anak buah. Sifat cinta dunia ini akan menjadikan anak buah itu ahli-ahli dunia dan akhirnya hamba dunia. Sifat cinta dunia ini ialah ibu segala maksiat. Orang yang telah ditanam benih cinta dunia di hatinya, dia tidak ada cita-cita lain selain untuk merebut dan mendapatkan dunia.
Benih yang baik pula ialah rasa cinta dan takut kepada Allah dan cintakan Akhirat. Orang yang hatinya telah diisi dengan rasa cinta dan takut kepada Allah ini akan sentiasa terdorong untuk berbakti dan membuat kebaikan. Mereka tidak akan merebut-rebut dunia ini. Mereka lebih cenderung untuk membuat kebaikan dan kebajikan demi kebahagiaan mereka di Akhirat.
Oleh itu, para pemimpin tidak perlu banyak menyuruh dan melarang walaupun ini tidak salah. Apa yang perlu ialah berusaha menanam benih-benih yang baik di hati anak-anak buah. Bawa mereka kepada Tuhan. Kenalkan mereka kepada Allah. Tanamkan rasa cinta dan takut kepada Allah di hati-hati mereka. Bawa hati-hati mereka untuk mencintai Akhirat. Ajar mereka supaya menganggap dunia ini perkara remeh yang tidak mempunyai nilai apa-apa. Ajar mereka supaya tidak merebut dunia tetapi menggunakan dunia ini untuk mendapatkan Akhirat.
Di samping itu pelihara persekitaran daripada pengaruh-pengaruh yang jahat dan negatif yang boleh merosakkan. Daripada budaya kuning dan hiburan sumbang. Daripada kegiatan yang merosak dan melalaikan. Ini sebenarnya tugas pemimpin dalam mendidik anak buah. Ini tanggungjawab orang atasan terhadap orang bawahan. Ini tugas bapa terhadap anak. Ini tugas guru terhadap murid. Ini tugas pengurus terhadap pekerja. Ini tugas ketua negara terhadap rakyat jelata.
Kalau benih-benih baik ini dapat ditanam di dalam hati orang-orang bawahan, maka kerja memelihara dan mendidik mereka akan jadi mudah. Tidak perlu banyak suruh-suruh. Tidak perlu banyak larang-larang. Benih yang baik akan cenderung untuk menuju kebaikan.
Cara Hidup Yang Selamat Dan Menyelamatkan
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Agama pada di sisi Allah itu adalah Islam. (Ali Imran: 19)
Mengikut pada maksud lahir, ayat ini bermakna agama yang Tuhan terima atau redha itu adalah agama Islam. Justeru itu orang yang berfahaman sedemikian merasa cukup dengan mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi orang Islam dan membuat dan melaksanakan rukun Islam yang lima. Di sini kita tidak boleh silap faham. Agama di dalam ayat ini bukan setakat pegangan dan kepercayaan. Agama di dalam ayat ini ialah Addeen atau cara hidup (way of life). Sama ada cara hidup itu di peringkat individu ataupun di peringkat masyarakat. Cara hidup di peringkat individu ialah yang ain dan di peringkat masyarakat ialah yang kifayah. Cara hidup di peringkat individu ialah yang bersangkut paut dengan iman, ketaqwaan, ketuhanan dan ibadah khususiah yang bertujuan untuk membina iman, jiwa dan akhlak. Cara hidup di peringkat masyarakat pula ialah yang bersangkut paut dengan ibadah umumiah atau pembentukan sistem hidup seperti sistem ekonomi, pendidikan, masyarakat, kebudayaan, kesatan, kemajuan, pembangunan dan sebagainya.
Cara hidup di peringkat individu adalah peranan manusia sebagai hamba bersabit hubungannya dengan Tuhan (Hablumminallah). Di peringkat masyarakat adalah peranan manusia sebagai khalifah yang bersabit hubungannya dengan sesama manusia (Hablumminannas).
Kedua-dua hubungan ini adalah di dalam rangka membina tamadun. Di peringkat individu untuk membina tamadun rohaniah dan di peringkat masyarakat untuk membina tamadun lahiriah.
Islam di dalam ayat ini pula bukan setakat agama Islam itu sendiri. Bukan juga setakat penyembahan, rukun atau hukum-hakam. Islam di sini bermaksud selamat dan menyelamatkan. Bukan setakat selamat. Kalau selamat tentu Tuhan akan sebut Salmun. Islam bermaksud kita selamat dan orang lain selamat. Jadi, kalau dikupas secara terperinci, ayat ini membawa maksud yang tersirat seperti berikut:
Addeen (cara hidup) pada sisi Allah itu adalah selamat dan menyelamatkan.
Ini bermakna kalau cara hidup atau tamadun yang kita tegakkan adalah kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu, maka ia akan selamat dan menyelamatkan. Tamadun Islam itu (rohaniah dan lahiriah) selamat bagi orang Islam dan menyelamatkan bagi orang lain. Tamadun Islam itu tidak menindas, tidak menekan, adil dan tidak militan. Inilah yang dimaksudkan dengan tamadun hadhari.
Jangan ambil selain Islam sebagai cara hidup
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Barang siapa yang menghendaki selain Islam sebagai cara hidup, sekali-kali tidak akan diterima daripadanya dan di Akhirat, ia menjadi orang yang rugi. (Ali Imran: 85)
Manusia itu bermula dari diri dalamannya. Apa yang dilahirkan itu adalah buah. Sebelum boleh mengaddeenkan kehidupan lahirnya, manusia mestilah terlebih dahulu mengaddeenkan diri dalamnya, iaitu bermula dari akalnya, kemudian nafsunya dan hatinya.
Setelah akalnya, nafsunya dan hatinya terdidik bertunjangkan iman, taqwa dan rasa bertuhan, barulah akan lahir buahnya iaitu deenul Islam atau cara hidup Islam. Selain deenul Islam atau cara hidup Islam, Tuhan tidak terima. Akibatnya manusia akan rugi. Rugi itu maksudnya akan dilempar ke dalam Neraka.
Dalam hendak membina tamadun dan cara hidup, umat Islam tidak ada pilihan. Umat Islam mesti kembali kepada cara hidup Islam. Kalau tidak, cara hidup atau tamadun itu tidak akan diterima Tuhan. Tambahan lagi, kalau mengikut cara hidup atau tamadun yang dicipta akal manusia, ia akan merosakkan kehidupan manusia itu sendiri dan manusia akan hidup dalam kehinaan dan penderitaan. Apa pun, tamadun itu mesti bermula dari pembinaan insan atau pembinaan diri dalam manusia yang merangkumi akal, nafsu dan hati.
Amalan Islam mesti syumul
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Hendaklah kamu masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya. (Al Baqarah: 208)
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tidak ada balasan bagi orang yang melakukan demikian itu melainkan akan ditimpa kehinaan di dunia. Manakala di Akhirat akan dicampakkan pada azab yang pedih. (Al Baqarah: 85)
Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya: Bukan sifat mukmin lelaki mahupun perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka). (Al Ahzab: 36)
Islam itu satu sistem keselamatan. Kalau Islam itu tidak diambil atau diamalkan keseluruhannya, akan ternafilah keselamatan yang dijanjikan oleh Islam. Kita tidak boleh beriman dengan sesetengah ayat Quran dan kufur dengan sesetengahnya. Kita tidak boleh amalkan sesetengah ayat Quran dan meninggalkan sesetengahnya. Kita tidak boleh campur adukkan sistem Islam dengan sistem-sistem yang lain, dan kemudian menuntut keselamatan dari Tuhan.
Sistem Islam itu adalah penawar. Sistem-sistem yang lain adalah racun. Kita tidak boleh campurkan racun dengan penawar dan kemudian menganggapnya sebagai ubat. Kalau kita berbuat begitu, bukan sahaja penyakit yang ada tidak akan sembuh, bahkan akan timbul pula berbagai-bagai penyakit yang lain.
Kalau kita berjaya mengamalkan Islam keseluruhannya iaitu berjaya menegakkan cara hidup dan tamadun Islam, baik yang lahir mahupun yang batin, maka Tuhan janjikan apa yang difirmankan Allah SWT dalam Quran:
Maksudnya: Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan. (As Saba: 15)
Aman negara itu adalah kerana adanya ukhuwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang rasa, bersatu padu, rasa bersama, bekerjasama, bertolak ansur, maaf-bermaafan, doamendoakan, bertolong-bantu, bela-membela, pemurah dan berdisiplin hasil dari terbinanya rohani dan insan rakyat. Negara damai, tenang dan sejahtera. Tidak ada krisis, pergaduhan, perbalahan dan jenayah.
Makmur negara itu bila ada pembangunan, ada jalan raya, ada kemudahan, mewah makan minum, berpakaian, cukup tempat tinggal, mudah perhubungan, mudah mengurus keperluan dan kehidupan dan sebagainya. Makmurnya negara itu adalah sebagai alamat atau isyarat kasih sayang Tuhan terhadap negara dan rakyatnya yang telah berjaya mendirikan Islam dalam diri dan negara mereka.
Keampunan Tuhan itu bukanlah kerana negara makmur. Tidak ada kaitan negara makmur dengan keampunan Tuhan. Tuhan tidak memberi keampunan kepada sesebuah negara hanya kerana negara itu makmur. Kalau begitulah maka Amerika dan Eropah lebih layak mendapatkan keampunan Tuhan kerana mereka makmur.
Keampunan Tuhan itu adalah kerana makmurnya hati rakyat sesebuah negara. Apakah hati yang makmur itu? Iaitu apabila hati tenang, terutama tenang dengan dunia, walaupun hati bergelora dengan Tuhan. Hati yang lapang, indah dan tidak takut pada dunia dan hal-hal keduniaan. Hati yang cinta dan takut Tuhan hinggakan hal dunia tidak menggugat perasaan. Lapang dada dengan kesusahan dunia tetapi bimbang dengan kesusahan Akhirat. Sibuk dengan rasa bertuhan. Rasa berdosa dan takut dengan dosa. Hati yang seperti ini adalah hasil berzikrullah.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Ketahuilah bahawa dengan mengingati (zikir) kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang (tentang hal-hal dunia). (Ar Raad: 28)
Maksudnya: Sesungguhnya orang mukmin itu apabila disebut nama Allah, gementarlah hati-hati mereka. (Al Anfal: 2)
Makmur hati inilah yang membawa kepada keampunan Tuhan, bukan makmur negara. Makmur negara itu hanya nikmat yang Tuhan segerakan kerana redha-Nya. Ia berbentuk rahmat dari Tuhan kerana kasih sayang-Nya. Itu pun kalau kemakmuran itu adalah hasil dari usaha yang bertepatan dengan syariat dan cara yang Tuhan mahu. Bukan kemakmuran mengikut konsep ciptaan manusia seperti kapitalis, sosialis dan komunis. Makmur yang dicapai tanpa menegakkan cara hidup dan tamadun Islam ialah istidraj. Ia Tuhan beri dengan murka. Ia bertujuan untuk menyesatkan lagi manusia yang kufur dan ingkar.
Cara Umat Islam Beribadah Di Akhir Zaman
Di akhir zaman ramai umat Islam beribadah secara jahil kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja,tidak faham peranan syariat, tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat, sah batal pun tidak begitu difahami oleh ramai umat Islam.
Apakah beribadah seperti ini Tuhan terima?
Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib, kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat.Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram.Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah, fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan.Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan.
Kerana hendakkan fadhilat sembahyang di raudhah, berkasar dengan orang, sakit pula hati orang yang wajib dijaga.Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang, padahal perbuatan itu adalah haram,mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam,tidak mencium bukan satu kesalahan.
Rajin bersembahyng malam tapi bakhil menjadi pakaian, sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar. Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah. Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat,bercerita tentang dunia.Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat.Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang.
Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman. Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham.Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang, berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang. Di dalam beribadah berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam.
Cintakan Bangsa Dan Negara Adalah Buah Cinta Tuhan Allah
Kita ini dari pemimpin hinggalah rakyat jelata mudah sahaja berkata: Kita kenalah bertolak ansur! Barulah kita boleh hidup bersama.
Apakah bertolak ansur itu mudah, apa kaedahnya? Apa pemangkinnya?! Pernahkah kita dididik rakyat cara itu dari kecil lagi! Cuba jawab bersama
Marilah kita bekerjasama untuk kepentingan bersama! Mudah sahaja kita berkata begitu, ilmunya tidak pernah diperkatakan.Kalau kita bercakap orang sudah boleh menerima dan boleh melakukannya ertinya mudahnya mendidik manusia, begitukah?
Mendidik manusia, kena kenallah manusia, ada ilmunya, ada kaedahnya. Mendidik manusia tidak semudah dikata sekiranya dari kecil tidak pernah diasuh, dari sekolah lagi tidak pernah diperkata tiba-tiba setelah dewasa minta dikota?! tidak masuk akal, tidak munasabah manusia boleh terus bertindak.Sikap dan watak manusia itu adalah hasil asuhan dan didikan ia mestilah dilatih dari kecil lagi barulah berkesan
Marilah kita cintakan agama, bangsa dan negara! Slogan ini tidak semudahnya orang boleh cinta.Kalau cinta nafsu, memang tidak payah diajar, tidak payah diasuh, orang sudah sedia pandai.Macam cinta laki-laki atau perempuan, ia cinta nafsu mudah berlaku,kita kenalah faham ini. Tapi cintakan agama, bangsa dan negara tidak mudah berlaku hanya sekadar berkata.
Ia bukan cinta kepada sesuatu yang terangsang dan merangsang macam cinta laki-laki dan perempuan. Cinta yang ini mudah berlaku tidak diceritakan pun berlaku, memang setiap hari berlaku. Cintakan agama, bangsa dan tanah air tidak begitu ia perlu diasuh dari kecil, dididik dari sekolah lagi. Ia perlu pemangkin, perlu ilmu, perlu kesedaran, perlu galakan, hingga mendarah mendaging.
Disebut selalu itu hanya hendak menyuburkan sahaja sedangkan asasnya sudah ada, sudah bertapak di jiwa. Diharap semua golongan faham dan ambil tahu bahawa sebenarnya perkara besar, semua hal adalah hasil didikan bermula dari kecil lagi.
Tidak pernah kita dengar orang berkata :
Aku tidak mahu menipu kerana aku takut bangsa dan negara atau ada hati kecil berkata: Aku tidak mahu hasad dengki, tidak mahu berdendam, mencuri, berzina dan lain-lain kejahatan kerana takut negara.
Atau ada kedengaran orang menberi nasihat seseorang:
Buatlah baik jangan buat jahat takutlah kepada bangsa dan negara!
Yang selalu kita dengar atau hati kecil berkata Aku tidak mahu buat jahat. atau Aku hendak buat baik kerana Allah suruh kita.
Tuhanlah suruh buat
Tuhan tidak suka
Tuhan akan masukkan neraka orang yang jahat
Orang buat baik atau tidak mahu buat jahat ada kaitan dengan Tuhan. Rupanya buat baik atau tidak buat jahat jarang orang kaitkan dengan bangsa dan negara. Cuma kalau orang buat baik kerana Allah, bangsa dan negaralah yang mendapat untungnya. Oleh itu kalau hendak mendidik manusia, kaitkan dengan Tuhan, yang mendapat untung sudah tentulah bangsa dan negara.Hendak jadikan manusia baik dan tidak jahat kenalkan Tuhan dan asuh manusia mencintai-Nya atau takutkan-Nya bukan ajak manusia cintakan bangsa atau negara.
Cintakan bangsa dan negara adalah buah cinta Tuhan Allah . Kalau manusia baik dan manusia sudah tidak jahat, kerana takutkan Tuhan memanglah bangsa dan negara yang mendapat untung.Bangsa dan negara secara automatik maju, aman damai kerana orang takutkan Allah bukan takutkan bangsa dan negara.Tetapi apa yang terjadi sekarang para pemimpin mendidik rakyat cintakan bangsa dan negara. Bangsa dan negara tidak dicintai, Tuhan pun bukan sahaja tidak dicintai bahkan Tuhan pun dilupai.
Cintakan Allah, membawa orang cintakan bangsa dan negara. Cintakan Allah, bangsa dan negara yang akan mendapat untung adalah bangsa dan negara maju, aman damai dan harmoni. Jadi cintakan Allah Tuhan semesta, adalah rahsia atau anak kunci orang cinta agama, bangsa dan negara.
Ciri- Ciri Masyarakat Islam Idaman
Masyarakat yang macam mana yang kita mahu atau dengan kata lain bagaimana corak masyarakat Islam itu seperti yang dikehendaki oleh Islam, yang pernah berlaku dalam sejarah, yang sedang kita perjuangkan sekarang ini.
Masyarakat itu sudah tentu semua orang sama ada orang Islam atau bukan Islam berpuas hati, rasa senang dan tenang, rasa aman dan damai, selamat dan menyelamatkan, merasa gembira dan bahagia, merasa kasih sayang dan harmoni.
Masyarakat yang kita kehendaki seperti yang Islam mahu ialah para pemimpin berlaku adil, melindungi dan menyayangi, berlemah-lembut dan berakhlak tinggi, cerdik pandainya tawadhuk dan merendah diri. Setiap yang menggaulinya senang hati dan berpuas hati. Si kaya dan yang berada sombongnya tiada, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak berbangga. Mereka menjadi bank kepada masyarakat dan negaranya. Apatah lagi fakir miskin, dapat pembelaan dari mereka. Mereka disayangi dan menyayangi. Tidak ada orang yang sakit hati kecuali orang yang hasad dengki.
Masyarakat yang ditunggu kelahirannya ialah orang alim atau para ulama sentiasa menjadi obor penyuluh hidup setiap manusia ke jalan yang diredhai oleh Tuhan. Belas kasihan kepada si jahil, sering menunjuk ajar kepada mereka. Berlemah-lembut kepada manusia. Kasih sayangnya amat ketara. Melihat muka mereka teringat kepada Tuhan. Mereka sangat disayangi oleh manusia. Mereka adalah tempat rujuk dan sandaran manusia.
Masyarakat yang kita nanti-nanti kedatangannya ialah kalau mereka orang miskin sabarnya ketara, tidak meminta-minta, jauh sekalilah menipu daya, keluh-kesahnya tiada, hidup mereka tetap tenang dan menenangkan. Orang ramai tidak perasan yang mereka fakir miskin, padahal mereka papa kedana kerana mereka tidak pernah meminta-minta dan menyusahkan orang.
Masyarakat yang kita tunggu-tunggu ketibaannya ialah orang-orang tua dihormati kerana wibawanya tinggi dan dijaga. Semakin tua semakin dekat dengan Tuhannya. Kata-katanya bak mutiara, sangat memberi pengajaran kepada manusia. Makin mereka tua, makin disayangi oleh manusia. Mereka tidak disia-siakan apatah lagi oleh anak-anak cucunya.
Selain itu, masyarakat yang kita mahu ialah muda-mudinya berakhlak mulia, malunya amat ketara. Lebih-lebih lagi pemudi-pemudi dan wanita-wanitanya. Pergaulan bebas tiada, rajin bekerja, gigih berjuang menegakkan kalimah Tuhannya. Mereka tidak berfoya-foya. Masa mereka diisi dengan perkara-perkara yang sebaik-baiknya. Mereka sangat mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Mereka laksana pagar dan bentengnya.
Lebih jauh daripada itu, masyarakat yang kita idam-idamkan ialah tidak ada kemungkaran dan maksiat terang-terangan. Jenayah tiada, kalau ada pun sekali-sekala kerana manusia telah takut dengan Tuhannya dan sangat mencintai Akhiratnya. Barang-barang yang tercicir atau hilang akan dijumpa kembali atau dipulangkan kembali.Perempuan-perempuan yang berjalan sekalipun keseorangan tiada siapa yang mengganggu dan menodainya, bahkan keselamatan dan maruah mereka dijaga bersama, macam keluarga sendiri sekalipun mereka tidak dikenali.
Masyarakat itu juga adalah masyarakat yang mana jiran dengan jiran sangat hormat-menghormati, jaga-menjaga, tengok-menengok, beri-memberi, tolong-menolong, bantu-membantu, ziarah-menziarahi apatah lagi di waktu sakit. Masing-masing mengambil berat satu sama lain terutama di waktu jiran mendapat kesusahan, ada sahaja orang yang membantu dan membelanya.
Begitu juga masyarakat yang kita cari ialah orang yang bersalah mudah meminta maaf, yang tidak bersalah mudah memberi maaf walaupun tidak diminta. Dendam-mendendam tidak wujud, hasad dengki tidak berlaku, pembunuhan jauh sekali, hidup bertolak ansur menjadi budaya. Dunia tidak menjadi rebutan hingga saluran yang menjadikan perselisihan dan perbalahan tidak wujud. Dunia penuh dengan kasih sayang yang harmoni.
Masyarakat yang sedang diidam-idamkan oleh manusia ialah setiap orang yang susah, miskin dan mendapat kemalangan tidak ada yang terbiar, berebut-rebut orang yang memberi pertolongan dan bantuan. Mereka yang susah dan miskin itu rasa sangat mendapat pembelaan. Walaupun mereka susah pada lahirnya hakikatnya tidak susah kerana semua orang mengambil berat tentangnya. Bahkan, orang yang miskin itu lebih senang daripada orang yang hidup sederhana.
Masyarakat yang dikehendaki itu ke mana sahaja kita pergi atau bermusafir mudah sahaja kita menjadi tetamu. Berebut-rebut orang menerima kita, ada-ada sahaja bantuan dan pertolongan. Tersesat, ada sahaja yang menunjuk jalan. Di dalam berdagang, tidak merasa keseorangan, ada sahaja kawan-kawan dan kenalan dan sahabat-sahabat yang baru yang diperolehi.
Begitu juga masyarakat yang kita inginkan itu bahawa ayatullah dan kebesaran Tuhan serta syiar-Nya nampak di mana-mana. Ke mana sahaja kita pergi nampak orang beribadah, menutup aurat, memberi salam dan menjawab salam, membaca Al Quran, belajar agama, berbudi bahasa, berbudaya mulia, bertolong-menolong, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, menjamu dan mudah menerima tetamu, memberi dan membantu.
Begitulah seterusnya masyarakat yang dicita-citakan itu kelihatan para ulama, pemimpin, guru-guru, ibu bapa atau orang-orang tua dihormati dan dimuliakan, kanak-kanak dikasihi, suami isteri kasih-mengasihi, orang yang susah diberi atau mendapat simpati, berkawan setia, khianat-mengkhianati tiada, amanah dijaga, tanggungjawab ditunaikan, janji ditepati, keuzuran dimaafkan dan diterima.
Seterusnya masyarakat Islam itu, ke mana sahaja kita pergi tidak ada kelihatan ada manusia yang berlepak-lepak membuang masa, tidak ada manusia yang menganggur tidak ada kerja, tidak terlihat manusia berfoya-foya, yang hidup tidak tahu matlamatnya. Masing-masing kelihatan sibuk membuat kerja-kerja yang baik dan memberi manfaat sama ada untuk Tuhannya mahupun untuk manusia.
Masyarakat yang kita mahu, manusia sibuk membangun, aktif membuat kemajuan, tapi tidak berlaku kemungkaran bersamanya. Tidak ada rasuah, tiada ada tipu daya, tidak ada penindasan, tidak ada kelalaian. Tidak ada pelanggaran syariat. Semakin maju damembangun manusianya, semakin tawadhuk, pemurah, bersyukur dan makin takut kepada Allah. Maka berjalanlah serentak kemajuan fizikal dengan kemajuan rohani. Berganding bahu kemajuan lahir dengan kemajuan batin. Berjalan seiring kemajuan jasmani dengan kemajuan spiritual. Dunia Akhirat sama-sama terbangun. Tingginya tamadun, hebatnya kemajuan bukan melambangkan lagi keangkuhan manusia tapi menggambarkan keagungan Tuhan, kebesaran pencipta, lambang kekuasaan Tuhan dan limpahan nikmat dan rahmat-Nya.
Kesan-kesan daripada itu, orang yang bukan Islam atau kalau masih ada lagi golongan minoriti Islam yang hatinya masih jahat maka mereka malu hendak membuat jahat. Mereka juga rasa bersalah kalau hendak membuat sesuatu yang jahat. Walaupun mereka bukan malu kepada Tuhannya tapi malu dengan manusia, mereka rasa tidak patut melakukannya. Ia juga secara tidak langsung boleh membantu ketenangan dan keamanan masyarakat. Berkat daripada ramai orang yang telah baik, lebih-lebih lagi kerana mereka sayang dan kasih dengan pemimpin, para ulama dan orang-orang kaya mereka yang adil, pemurah, kasih dengan orang ramai, berakhlak mulia dan ada wibawa maka mereka tidak tergamak hendak melakukan kerja-kerja yang jahat dan tidak senonoh.
Oleh itu, masyarakat menjadi aman, damai, bersatu, berkasih sayang, tenang, senang, bahagia dan harmoni, hilang rasa ketakutan dan yang membimbangkan. Orang ramai tidak takut lagi dengan kejahatan manusia. Mereka merasa tidak akan ada lagi orang yang hendak menipu, mencuri hartanya, membuat khianat, mengambil kesempatan, yang akan mengambil peluang untuk kepentingan diri, yang melakukan kidnap, rogol, sabotaj, rompak dan sebagainya.
Terjadilah satu kehidupan seperti yang Allah Taala gambarkan melalui Al Quran yang bermaksud:
"Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Tuhan." (Saba`:15)
Ciri-ciri Pemimpin
Dalam ajaran Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan adalah amat ketat. Bukan sebarang orang yang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin. Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.
Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin oleh Tuhan. Mereka adalah para nabi dan rasul serta pemimpin pilihan Tuhan yang berwatak nabi dan berwatak rasul. Antara kedua-dua pemimpin ini, yang berwatak rasul saja yang layak memimpin seluruh kehidupan manusia, walaupun tidak salah untuk manusia mengikut pemimpin yang berwatak nabi. Ini kerana para nabi dan pemimpin berwatak nabi hanya memimpin di bidang ibadah dan akhlak sahaja.
Tugas dan peranan para pemimpin ialah banyak memberi tunjuk ajar kepada manusia. Maka yang lebih utama didahulukan telah memberi tunjuk ajar kepada diri sendiri. Mesti mampu mendidik diri, mampu menundukkan nafsu sendiri, mampu berakhlak sempurna dan mampu menjadi model dalam segala hal khususnya ilmu dan minda, ibadah, akhlak, kepimpinan dan rumahtangga. Manusia terjamin selamat di bawah naungan Pemimpin super model ini.
Pemimpin pilihan yang bertaqwa ini sentiasa dinaungi oleh Tuhan. Rezekinya Tuhan yang tanggung. Masalahnya Tuhan yang selesaikan. Ilmu dan mindanya Tuhan yang ajarkan dalam bentuk ilham atau firasat. Strateginya tepat kerana ilham dari Tuhan. Dia adalah sumber kekuatan, kekayaan, kebijaksanaan, keupayaan, kepintaran dan kemampuan. Musuh-nya Tuhan yang tewaskan. Kerananya maka orang lain dibantu. Dengan kehadiran pemimpin pilihan Tuhan ini, bumi menjadi dingin kerana turunnya rahmat Tuhan. Kepalsuan menjadi reda. Kejahatan merosot. Ketegangan menjadi kendur. Hati menjadi lembut dan lunak serta mudah menerima kebenaran dan kebaikan. Hati yang degil menjadi luntur. Maksiat dan kemungkaran menurun kerana hati-hati manusia turut terproses dengan sendiri. Manusia merasa gentar dan gerun untuk bertindak di luar batasan. Musuh mengakui kebenarannya tetapi hasad dengki mengongkong mereka lantas menolak kebenaran yang dibawa dan diperjuangkan oleh pemimpin bertaqwa seperti ini.
Sepanjang sejarah, Tuhan telah buktikan bahawa pemimpin inilah akhirnya yang beroleh kemenangan, kerana Tuhan kehendaki mereka menang. Tiada kuasa yang berupaya menembusi kuasa Tuhan. Musuhnya Tuhanlah yang menumpaskan kerana Tuhan kehendaki yang batil dan pemimpin zalim itu tumpas.
Masyarakat yang kita gambarkan inilah yang menjadi idaman kita yang kita sedang berusaha dan perjuangkan, yang kita mimpikan wujudnya di dalam realiti kehidupan kita.
Ciri- Ciri Sesuatu Bangsa Yang Cemerlang
Tidak kira apa bangsa, mereka yang berjaya dan cemerlang memiliki sekurang-kurangnya lima ciri asas:
Rajin Berani Sabar Bertanggungjawab Kreatif
Lima ciri di atas adalah natijah atau buah dari berjiwa besar. Siapa saja yang berjiwa besar automatik akan mendorong dan merangsang mereka untuk memiliki ciri-ciri di atas.
Saiz jiwa manusia, yakni kuat atau lemah, kecil atau besar boleh diukur sejauh mana mereka memiliki lima ciri-ciri di atas. Manusia yang berjiwa lemah, masalah yang kecil dan remeh dirasainya amat besar dan sukar. Urusan yang mudah dan ringan dirasai sebagai susah dan beban yang berat. Sebaliknya mereka yang berjiwa besar urusan yang sukar dirasai mudah dan ringan. Masalah yang berat dan besar dihadapinya seolah-olah tiada masalah.
Besar atau kecilnya jiwa sesuatu bangsa itu ditentukan oleh besar atau kecilnya cita-cita mereka. Bangsa yang bercita-cita kecil, jiwa pun turut kecil dan lemah. Bangsa yang bercita-cita besar maka jiwanya juga adalah besar.
Beberapa kategori cita-cita manusia:
1.Cita-cita dan matlamat memenuhi keperluan atau kemahuan diri dan keluarga.
2.Cita-cita untuk etnik atau kampung.
3.Cita-cita instituasi atau kumpulan.
4.Cita-cita negara
5.Cita-cita bangsa
6.Cita-cita agama
7.Cita-cita dan matlamat Tuhan
Semenjak zaman berzaman bahawa bangsa yang memiliki cita-cita kategori ketujuh iaitu cita-cita dan matlamat Tuhan adalah bangsa yang memiliki jiwa paling besar. Tidak ada bangsa lain yang mampu melawan yahudi kerana mereka yang paling besar jiwanya kecuali para rasul serta pengikutnya yang memperjuangkan Tuhan.
Bangsa Arab dan Bangsa Kurdi pernah berjaya membangun empayar bukan atas nama bangsa masing-masing tetapi atas nama Tuhan dan Islam. Insya Allah sekali lagi umat Islam akan menjadi empayar apabila benar-benar berjuang atas cita-cita dan matlamat Tuhan. Inilah janji Rasulullah kepada umat Islam di akhir zaman.
Cita- Cita Islam Bukan Sekadar Cakap
Ubah budaya `tidak apa` untuk capai wawasan Oleh FAUZI JAAFAR Utusan Malaysia 29 Jun 2006
KUALA LUMPUR 28 Jun - Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Malaysia mengubah budaya lebih kurang dan tidak apa kepada budaya yang lebih bermutu dan berkualiti dalam memastikan Wawasan 2020 dapat dicapai.
Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat Malaysia boleh mengamalkan budaya lebih baik pada masa akan datang kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai infrastruktur bertaraf dunia.
Tambah beliau, rakyat negara maju seperti di Eropah mengamalkan budaya berkualiti hingga negara mereka dikenali di seluruh dunia.
Bila kita bercakap budaya berkualiti, bermutu tinggi, kita bercakap pasal negara Jerman, kejuruteraan mereka dijadikan satu budaya telah meletakkan mereka di peta dunia.
Tetapi negara kita tidak sampai begitu, kita nak lihat budaya lebih kurang ditukar kepada budaya berkualiti, katanya.
Beliau berkata demikian dalam Dialog Makan Malam bertajuk Mengurus Cabaran Global - Perspektif Malaysia yang dikendalikan oleh dua pengacara, Dr. Frank-Jurgen dari Switzerland dan Sundeep Waslekar dari India di sini malam ini.
Turut hadir Presiden Malaysia Institute of Management (MIM), Tun Mohammed Hanif Omar dan Pengarah Urusan Urban Forum, Mal Tennekoon.
Najib berkata, kerajaan menyedari masih banyak ruang boleh dibaiki dalam mengubah budaya lama rakyat kepada budaya bermutu tinggi.
Pada satu soalan lain, Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia berhasrat menjadi negara penghubung antara negara Barat Kristian dengan negara Islam.
Kita boleh memainkan peranan menjadi hab yang menghubungkan kedua-dua blok dunia dalam memastikan keamanan dunia dicapai, katanya.
Jelas beliau, Islam yang diamalkan di negara ini dengan meletakkan cara pemikiran dan pengamalan positif boleh menjadi contoh kepada dunia Barat......
......................................................................
Mengapa kecil sangat cita-cita kita?.Kenapa dibataskan perjuangan kita dengan wawasan yang ditentukan? Dunia sudahlah singkat masanya kemudian masa perjuangan kita disingkat-singkatkan pula. Umat Islam mesti berjiwa besar dan bercita-cita besar agar perjuangannya menjadi besar.Perjuangan umat Islam amat jauh kerana wawasannya jauh iaitu wawasan Akhirat yang abadi.
Berjuanglah untuk persiapan wawasan Akhirat yang jauh dan berilah ruangan yang luas untuk perjuangan yang luas. Bangunkanlah kemajuan sepadan dengan wawasan.Dirikanlah bangunan seimbang dengan wawasan yang kekal abadi agar pahalanya besar, untuk wawasan yang besar. Yang penting pada kita setiap pembangunan itu ibadah dan setiap kemajuan itu pahala, ia jadi ibadah. Justeru itu syariat kena jaga dan kita diberi pahala pula, mengapa wawasan kita dibataskan?
Nabi ada bersabda jika kita tahu besok Qiamat, hari ini kita menanam juga.
Cita-cita Islam itu bukan cukup sekadar cakap-cakap,tidak juga cukup sekadar membaca kitab. Begitu juga tidak akan selesai sekadar membahas ilmiahnya atau menghurai falsafahnya dan hikmahnya.Cita-cita Islam itu ibarat permata paling berharga di atas puncak gunung. Senangkah hendak didaki?! Berapa ramaikah yang sanggup mendaki?!
Cita-cita Islam juga ibarat berlian yang tersembunyi di dasar lautan yang dalam, gelap, kelam. Senangkah hendak diselaminya?! Berapa orangkah yang sanggup menyelaminya?!
Cita-cita Islam juga ibarat berlian yang ada di dasar bumi, di tengah padang pasir yang kering-kontang. Perjalanan yang amat jauh sekali dinaungi oleh panas terik, tiada yang melindunginya.Mudahkah hendak mengambilnya?! Siapakah yang sanggup mencarinya?
Memang setiap zaman ada orang mencuba mencarinya. Yang mendaki gunung ramai yang jatuh, terguling-guling, remuk-redamlah jasadnya. Yang menyelam ke dasar lautan ramai yang tenggelam atau dimakan jerung yang kejam. Yang mengembara di padang pasir dan menggali bumi ramai yang mati kehausan. Tidak kurang yang sakit separuh jalan lantaran kepanasan tapi tidak mengapa kerana mereka telah mencubanya.Sejarah mereka tetap dicatat dengan tinta emas di dalam fail Tuhan yang tetap akan dibaca.
Dalam Menangani Penyakit Gejala Masyarakat Tiada Trial & Error
Dunia dilanda gejala jahiliah moden. Berbagai penyakit gejala masyarakat timbul di hari ini dengan zina, rogol, pembunuhan, rompakan, penyalahgunaan wang dan kuasa, penindasan, dadah, sumbang muhram, berkesedudukan dan sebagainya. Ia menular ke semua peringkat masyarkat. Semakin dibendung semakin menjadi-jadi. Semakin dikaji semakin berleluasa. Kadar jenayah berbentuk kriminal, sosial, ekonomi, politik dan keluarga sangat tinggi di merata dunia. Manusia hidup dalam ketakutan, tiada keindahan dan keselamatan.
Akal manusia sudah buntu untuk mencari jalan keluar. Manusia sebenarnya perlu mengubah semula pola pemikiran mereka dengan mencari jalan keluar yang terjamin tepat dan selamat dengan merujuk kepada sistem roh. Sistem roh bererti manusia kembali merujuk kepada Tuhan dengan menggunakan sistem Tuhan dan dipimpin oleh orang Tuhan. Manusia hari ini telah pinggirkan peranan roh. Ini menyebabkan manusia lalai dari penciptanya. Akibatnya, manusia menanggung gejala sosial yang amat serius.
Kita perlu tahu peranan akal dan ruh. Akal digunakan untuk membina kemajuan dan pembangunan. Sedangkan peranan ruh adalah untuk mendidik manusia. Berapa ramai ahli fikir yang banyak menggunakan akal membunuh diri. Contohnya seperti Socrates. Ahli fikir yang baik ialah dari hasil didikan orang rohani. Akal mereka digunakan untuk membuat pembangunan lahir dan batin tanpa mengetepikan bab-bab ketuhanan dan agama.
Gejala masyarakat hari ada dua bentuk. Satu, gejala itu diterima bersama sebagai gejala masyarakat seperti pembunuhan, merompak, menipu, bergaduh, berbohong. Ini diterima bersama oleh semua golongan, bangsa, agama dan etnik.
Kedua, maksiat yang tidak diterima bersama seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, zina, homoseks, lesbian. Dalam Islam, maksiat itu ada yang berbentuk lahir dan ada yang berbentuk batin seperti sombong, megah, riya�dan sebagainya. Maksiat batin itulah punca segala maksiat yang lain. Ini menyebabkan masyarakat dilanda gejala masyarakat yang sangat kacau-bilau seperti hari ini.
Gejala masyarakat ini ditimpakan kepada manusia kerana tiga kategori:
1. Atas usaha manusia sendiri. Akibat dari sikap manusialah lahir berbagai gejala dalam masyarakat seperti membunuh, menipu, zina, rasuah dan lain-lain.
2. Datang dari Tuhan. Iaitu seperti banjir dan sebagainya. Ia tidak ada campur tangan manusia langsung.
3. Di antara campur tangan manusia dan kehendak Tuhan. Contohnya, berlaku banjir di tempat yang tidak pernah banjir.
Bila timbul masalah kita kaji gejala yang berlaku. Sepatutnya kita kaji manusia yang menjadi penyebab mengapa gejala ini berlaku. Sedangkan orang-orang itulah yang hendak dipulihkan. Manusia ada akal, fizikal, roh dan nafsu. Manusia juga dibekalkan dengan benih, sifat, tabiat dan perangai tersendiri. Benih malaikat hendaklah disuburkan, haiwan didisiplinkan dan benih syaitan dibuang.
Inilah keadilan Tuhan. Bila akal memilih, akal akan merancang mengikut pilihan. Bila nafsu memilih perangai malaikat, akal akan merancang bagaimana untuk menjadi malaikat. Benih-benih itu Allah sudah tanamkan di dalam diri manusia seperti rasa malu, kasih, bertimbangrasa, rendah diri, rasa bertuhan dan kehambaan. Cuma perlu didisiplinkan sahaja. Terpulanglah kepada kita samada untuk menjadi malaikat, haiwan atau syaitan.
Bila tabiat-tabiat syaitan berperanan di tengah masyarakat, akan berlakulah pergaduhan, sifat sombong, pemarah dan sebagainya yang menyebabkan ramai orang susah. Bila tabiat binatang pula yang berperanan dalam masyarakat, akan berlaku pula zina, rogol, lesbian, homoseks, sumbang muhram dan lain-lain. Jika tabiat malaikat yang berperanan, masyarakat akan aman damai.
Sebenarnya ulamak dan umaraklah yang bertanggungjawab gejala ini berlaku. Umarak ini adalah golongan pemimpin samada pemimpin besar atau kecil. Pemimpin kecil terdiri dari ibubapa dan guru-guru serta golongan pendidik. Pemimpin besar adalah pemimpin yang menerajui jawatan penting dalam negara dan masyarakat. Pemimpin ibarat kayu, bayangnya rakyat. Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau rakyatnya penuh dengan masalah sosial, bererti ada yang tidak kena dengan bahagian pimpinannya. Bukan mudah menjadi pemimpin. Sebaik-baik pemimpin ialah yang berwibawa tinggi dan memiliki taqwa yang cukup mantap.
Oleh itu, untuk menjadi pemimpin yang baik dalam kepimpinan manusia kini, mestilah ada ilmu yang cukup, akhlak mulia, ibadah yang kemas dan memiliki sebanyak-banyak sifat mahmudah dalam diri untuk di contohi. Bila pemimpin tidak berwibawa, kecacatan akan terserlah. Orang akan hilang hormat, hilang keyakinan, tidak taat dan semakin dibenci. Keamanan tidak berlaku, kasih sayang tiada, segala bentuk gejala masyarakat berleluasa. Semakin dibenteras semakin bertambah kerana yang menangani sama-sama buat kemungkaran dan maksiat. Bahkan maksiat yang dibuat tidak nampak pada mata lahir seperti remaja. Jangan-jangan lebih hebat dan dahsyat lagi kejahatan yang dibuat oleh pemimpin kerana dibuat secara tersembunyi.
Remaja melakukan vandalisma sedangkan pemimpin negara sombong dan pemarah. Remaja melepak-lepak, pemimpin rasuah. Remaja mencuri sedangkan pemimpin tamak dan bakhil sehingga habis harta negara dan rakyat menjadi harta peribadinya. Begitulah seterusnya.
Pemimpin tidak melakukan kesalahan secara terbuka tetapi Tuhan Maha Mengetahui. Sebab itulah usaha mereka untuk membenteras gejala sosial tidak dibantu. Ramai lagi yang belum sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan menyebabkan mereka kurang membaiki diri. Di waktu yang sama mereka ingin menyedarkan orang lain. Dalam keadaan mereka begitu pun, mereka masih sempat untuk menunding jari, menghina dan menuduh kesalahan orang lain. Ini mengakibatkan orang yang jahat sakit hati manakala orang baik benci. Merekalah perosak masyarakat sebenarnya.
Orang awam buat kesalahan secara terbuka sedangkan pemimpin mereka buat maksiat di tempat yang ekslusif. Bolehkah kita lari dari pengetahuan Allah? Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran. Insaflah, ia tanda kelemahan diri. Kesali keterlanjuran dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Usaha lahir sahaja tidak cukup untuk membenteras gejala sosial ini. Mesti ada bantuan Allah. Jika tidak sia-sia usaha kita kerana dosa-dosa kita sendiri. Bahkan takut-takut akan menambahkan dosa lagi manakala gejala masyarakat tidak juga dapat dipulih dan dibersihkan.
Sebagai jalan keluar kepada masalah gejala masyarakat ini, pertamanya manusia perlu kembali kepada Tuhan. Kenal Tuhan itu dengan hati bukan setakat tahu dengan akal. Jika kita katakan Allah itu Maha Melihat, rasakanlah pandangan Allah itu tembus, boleh melihat yang jauh atau dekat, samada seni atau kasar, terang atau gelap. Jika begitulah hati kita merasa tentang Maha Melihat Allah itu, tidak tergamaklah kita untuk melakukan maksiat sendirian. Kita tidak boleh elak dari dilihat oleh Tuhan.
Untuk kembalikan masyarakat kepada Tuhan, perlukan kita berdakwah dengan semua golongan, berdakwah di majlis tidak rasmi, banyakkan bertafakkur tentang kebesaran Tuhan. Menceritakan sifat Tuhan serta peranannya dengan membawa berbagai tamsilan seperti takut dengan Tuhan itu seolah-olah berhadapan dengan harimau. Bila-bila masa sahaja ia boleh menerkam mangsanya. Begitu jugalah dengan kemurkaan Tuhan, bila masa dan apa sahaja Tuhan boleh lakukan terhadap kita. Kita juga hendaklah kenalkan Tuhan sejak anak-anak masih kecil lagi.�
Keduanya, membersihkan hati atau jiwa. Kejahatan manusia ada yang berbentuk maksiat batin dan ada yang berbentuk maksiat lahir. Maksiat batin hendaklah gunakan pendekatan dakwah dan pendidikan yang berterusan. Barulah berkesan untuk manusia meninggalkan kemungkaran. Kita juga hendaklah menutup segala pintu maksiat supaya bukan sahaja manusia tidak melakukan kejahatan bahkan menghampirinya juga hendaklah dilarang.
Gejala masyarakat ini ibarat najis. Ia sudah merata. Hendak dibersihkan mestilah berhati-hati. Jika tidak ia akan merebak lebih jauh lagi atau tidak terbendung lagi. Najis bersifat rohaniah lebih susah untuk dibersihkan. Ia ibarat mengubat satu wabak penyakit. Ia memerlukan seorang doktor pakar, tepat kaedah merawat dan dapat memberi ubat yang tepat untuk wabak itu cepat sembuh.
Begitu juga dengan gejala masyarakat ini. Untuk membenterasnya tidak boleh teragak-agak, mencuba-cuba, trial and error kerana ia melibatkan nyawa manusia. Jika silap cara pengubatannya, pesakit akan tenat dan penyakit akan merebak hingga membawa maut. Jika seorang mukmin mati dengan penyakit lahir, ia sebagai penghapusan dosa atau untuk meninggikan darjatnya. Jika ia mati bersama-sama dengan penyakit batin, ia akan dihumbankan ke dalam neraka.
Gejala masyarakat boleh dibendung dengan adanya orang yang pakar tentangnya, berwibawa dan disegani untuk memimpin masyarakat ke arah pencegahan gejala ini. Dia mesti tahu cara untuk merawat gejala ini dengan ada ilmu tentangnya yang boleh digunakan secara praktikal dalam perlaksanaannya. Dia juga mesti mampu untuk memberi kaedah yang bijaksana, tepat, sesuai dengan suasana yang tertentu, penyakit yang tertentu dan golongan yang tertentu.
Didik manusia tidak boleh dipaksa-paksa, diugut-ugut, ditakutkan, diasak-asak. Tidak boleh trial and error. Mendidik binatang atau kaedah tanam pokok bolehlah dicuba-cuba. Tanaman jika tidak menjadi, boleh dimusnahkan. Kalau manusia rosak, binasa generasi ke generasi. Manusia ada akal dan nafsu tidak boleh dilayan seperti tanaman dan haiwan. Binatang kalau payah dididik di sembelih sahaja. Dia boleh melawan tetapi tidak pandai bertindak melawan tuannya. Manusia kalau dididik tidak menjadi, mereka bukan sahaja akan sakit hati malah boleh bertindak. Dunia bertambah rosak.
Generasi yang rosak bukan boleh dipulih dalam masa yang singkat atau mudah. Bila kerosakan merata dan tidak dapat dibendung lagi, Tuhan hantar wakilnya yang membawa kaedah dan ubat dari Tuhan. Wakil Tuhan itu mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Ikhlas berbuat kerana Tuhan. Bukan dipaksa, kebetulan atau sudah terkena diri baru ingin bertindak.
2. Faham siapa yang patut menjadi teras dalam menanganinya. Bukan sebarang orang yang layak. Hanya orang yang bertaqwa yang layak.
3. Golongan sampingan yang perlu turut serta mesti dikenalpasti.
4. Faham golongan mana dalang atau yang sedang berperanan secara sedar atau tidak sedar merosakkan masyarakat.
5. Peka dan kenal pasti golongan yang mengambil kesempatan atas kerosakan.
6. Faham maksud tersirat Tuhan iaitu gejala ini merupakan bala dari Tuhan.
Syarat-syarat ini mesti dipenuhi. Jika tidak menepati syarat-syarat ini, jangan masuk campur sekalipun berjawatan tinggi, dikenali ramai. Ia ibarat tikus membaiki labu. Oleh itu, kita patut serahkan pada orang yang berkelayakan. Tuhan tidak memberi seseorang itu pakar dalam semua bidang. Kita patut memberi laluan kepada orang yang layak dan tepat walaupun tercabar. Kalau masing-masing ingin mempertahankan kuasa dan kedudukan, binasalah generasi di tangan kita nanti.
Banyak perkara yang kita bertindak dan salah tangani gejala ini. Di antaranya:
1. Zina, khalwat, pergaulan bebas, rogol, sumbang muhram. Majalah, filem, novel, lagu-lagu lucah berlambak tanpa sekatan. Majalah, filem bentuk keagamaan dan kesedaran disusah-susahkan penerbitan, pasaran dan penyiarannya. Tindakan ini ibarat menanam pokok beracun. Ia akan menghasilkan buah beracun dan memudaratkan tapi disiram dan dibajai setiap hari. Bolehkah tangan-tangan sedemikian yang hendak membenterasnya?
2. Mengintip, mengendap kes-kes khalwat. Pihak-pihak tertentu mencegah kefasikan dengan cara fasik. Mencegah yang haram dengan cara haram.
3. Gejala dadah ingin dibenteras tetapi diwaktu yang sama rokok tidak disekat samada iklan, jualan dan kilang memproses rokok.
Jika pemimpin yang tidak cukup syarat atau jahat sifatnya yang bertindak membenteras gejala ini, mereka memimpin orang jahat dan orang baik. Hasilnya, orang baik pun akan menjadi jahat. Rakyat yang jahat bertambah kejam dan zalim. Akan berlakulah orang jahat memikirkan orang jahat. Penzaliman dan penindasan difikirkan oleh orang zalim dan menindas. Yang kaki tipu pula akan membendung penipu dan berbagai kerosakan lagi.
Ramai yang akan teraniaya terutama orang yang baik. Orang jujur dimusuhi, yang benar akan disalahkan, yang ikhlas akan dipandang serong dan sebagainya. Orang jahat akan mendapat tempat, dimuliakan, diberi anugerah, disanjung, mentadbir, membangun dan menguasai dunia. Kalau pemimpin itu tidak menekan dia pula tertekan. Mereka tutup kelemahan dengan memarahi rakyat atau orang bawah. Perlulah pemimpin yang tepat dan layak tampil untuk membenteras gejala masyarakat ini agar masyarakat kembali aman dan makmur, membesarkan Tuhan dan merasakan diri ini hanya hamba Tuhan.

Didikan Hati Yang Diabaikan
Utusan Malaysia 23 Mei 2006 , ms 8 Persidangan Dewan Negara
Sikap tidak sabar rakyat dorong rasuah - Rakyat Malaysia dididik supaya bersabar dalam apa jua urusan atau tindakan yang ingin diambil kerana rasuah mudah terdedah kepada orang yang tidak sabar........
Demikianlah kenyataan yang dibuat oleh seorang menteri di Jabatan
Perdana Menteri berhubung kes rasuah yang diajukan oleh seorang senator di Parlimen serta pembentangan pelan jangka panjang dan jangka pendek bagi menangani gejala rasuah yang semakin hari semakin kronik di negara ini. Amat menarik juga apabila beliau menyentuh soal-soal yang ada hubungkait dengan roh atau hati manusia di mana menurut pandangan beliau faktor tidak sabar menyebabkan seseorang itu mudah terjerumus ke dalam gejala rasuah. Dan umum mengetahui bahawa sabar bukan persoalan lahiriah, tetapi persoalan bathiniah yang hanya "pakar" dalam soal-soal ini sahaja yang mampu mengungkai dan merawatnya.
Persoalannya , siapakah yang dikatakan pakar tersebut ? Kalau seseorang itu muncul di khalayak ramai lantas mengaku dialah pakarnya , nescaya kita menyaksikan satu pembohongan besar. Mana mungkin pakar mengenai perjalanan hati manusia boleh membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau mampu merawat hati manusia. Beliau pastilah mempunyai ciri-ciri atau peribadi yang boleh menjadi suri tauladan. Kerana soal memulihkan hati ini bukan sekadar ilmu yang bertempat di akal , tetapi perlu kepada pembersihan jiwa secara amali dan praktikal bagi mengikis dan mengekangsifat negatif yang ada pada diri manusia. Itulah dia sifat mazmumah.
Maka pakar yang hendak memulihkan manusia daripada sifat negatif ini
pastilah beliau sendiri telah bebas daripada sindrom sifat negatif
tersebut bahkan boleh mengenal ciri-ciri ataupun sifat-sifat negatif
yang ada pada diri manusia lantas memberikan rawatan yang bersesuaian
dengan penyakit "dalaman" yang ada pada diri seseorang itu. Bukan
setakat soal tidak sabar , sifat bakhil , tamak , cinta dunia , ujub ,
ria` , sumaah , , pemarah , malu yang tidak kena pada tempat , mengadu
domba , hasad , gila pangkat , gila harta , gila perempuan dan lain-lain
sifat negatif , juga menyumbang ke arah kerosakan di dalam sesebuah
institusi kemasyarakatan kerana daripadanya boleh mendorong seseorang
itu berbunuh-bunuhan , rompakan , pecah-belah , bunuh diri , inferiority
complex ( rasa rendah diri ) , pemalas dan berbagai-bagai kerosakan
lagi.
Menanamkan sifat membenci sesuatu perkara negatif bukannya satu kerja
yang boleh diakal-akalkan sebagaimana lazim yang berlaku seperti
menangani masalah dadah yang hanya banyak dijuruskan kepada hukuman berat dan penerangan kepada bahaya dan kerosakan najis dadah itu sendiri. Statistik yang dibuat oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) di bawah pemantauan Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) telah memaklumkan kepada kita bahawa bagi setiap 1/2 jam , 2 orang akan terjebak dengan najis dadah ( sekiranya fakta ini bertepatan , di harap dapatkan pernyataan sebenar daripada AADK ) . Ini bermakna langkah yang diambil kurang memberi impak kepada langkah membenteras penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat di Malaysia. Maka dengan itu kita harus membuat satu langkah yang lebih jitu dan bertepatan dengan faktor manusia itu sendiri agar jalan penyelesaiannya diketemui. Iaitu dengan jalan mengenal punca sebenar kenapa seseorang itu boleh terjebak dengan unsur-unsur negatif sehingga mencetuskan satu situasi yang mencemaskan pada sesebuah negara
mahupun dunia.
Sekiranya kita rujuk kepada ahli akal , maka mereka akan berkata kerana tidak mempunyai ilmu , ianya ternafi dengan berlakunya salah laku di kalangan golongan intelek dan cerdik pandai yang mempunyai ijazah yang berjela seperti penipuan di alam cyber yang melibatkan jutaan ringgit.
Sekiranya ada yang berkata kerana faktor kemiskinan , jauh meleset juga kerana ada juga orang-orang yang berharta melakukan penyelewengan seperti yang berlaku di negara jiran Indonesia yang bertaraf menteri
agama pula , terlibat dengan skandal rasuah. Pokoknya sekiranya kita
mahu mengenal punca sesuatu masalah dalam diri manusia berdasarkan
kepada akal semata-mata maka pastilah kita akan ketemu kebuntuan. Sebab faktor hati bukan boleh disuluh dengan akal. Ianya perkara maknawi dan amat seni yang hanya orang yang Allah anugerahkan ilmu sahaja mampu mengungkainya. Sekiranya ilmu yang dipelajari secara kasbi ( usaha lahir seperti belajar dengan guru atau hasil berfikir ) hanya akan bertapak di akal , maka ilmu anugerah Tuhan iaitu Laduni atau ilmu secara ilham ( ilmu yang diperolehi kerana faktor taqwa dan darjat seseorang di sisi Tuhan ) sahaja akan bertapak di hati dan sekiranya disyarah dan dihuraikan akan menjadi satu ilmu dan huraian yang sangat ilmiah dan bermanfaat pada manusia sejagat lantas mampu menyelesaikan sebarang permasalahan diri manusia.
Sekiranya darjat seseorang itu bertaraf Nabi atau Rasul , maka ilmu yang
diperolehi olehnya adalah dinamakan wahyu samada diberikan oleh Tuhan oleh perantaraan malaikat ataupun jatuh terus ke hatinya. Inilah
anugerah Tuhan secara Mauhibah kepada mereka yang bertaraf Nabi atau Rasul tanpa usaha dan ikhtiar dan tidak akan mereka lupa sampai
bila-bila. Tetapi di zaman di mana tiada lagi Nabi dan Rasul maka mereka
yang bertaraf Waliyullah sahajalah yang boleh menerima ilmu Laduni atau
ilmu Ilham tanpa usaha dan ikhtiar. Dan daripada ilmu ini, mampu
menghurai masalah semasa setiap zaman kerana manusia yang bertaraf wali ini ada di sepanjang zaman lebih-lebih lagi kalau bertaraf Mursyid dan Mujaddid. Maka pastilah ilmunya lebih bersifat global yang tidak mampu dicapai oleh orang yang belajar secara kasbi ( usaha ikhtiar dan
berfikir ) kerana kerosakan yang sudah berlaku juga adalah global
sifatnya dan kaedah dan pendekatan yang digunakan mengatasinya adalah melalui ilmu Laduni tadi.
Berbalik pada masalah jiwa , rohani dan hati manusia , kerosakan yang
berlaku pada masyarakat masakini bukan berbuah daripada satu sifat
mazmumah sahaja seperti tidak sabar sebagaimana yang diperkatakan oleh Menteri tadi. Kerosakan yang berlaku adalah buah daripada berbagai sifat mazmumah yang dimanifestasikan melalui sifat manusia yang melakukannya.
Sebagai contoh , orang yang tidak sabar , bukan sahaja melakukan rasuah, malah mudah melenting bila ditegur , panas baran , tidak berhemah di jalan raya dan sebagainya. Kalau sebagai individu biasa , kerosakan yang berlaku adalah pada tahap individu biasa. Tetapi sekiranya dia merupakan pemimpin, maka seluruh negara akan diheretnya kekancah yang lebih besar bahayanya seperti peperangan dan berbunuhan seperti yang dilakukan oleh Hitler , Mussolini dan lain-lain pemimpin negara yang terlibat dengan kancah peperangan. Sekiranya sifat tidak sabar ada pada seorang yang cerdik pandai , maka atas kecerdikan dan kepandaiannya itu dia akan pergunakan untuk merosakkan orang lain seperti mencipta bom atau senjata pemusnah seperti yang dibuat oleh Einstein pada peperangan dunia kedua dahulu. Perkara seperti ini pastilah amat membimbangkan kerana sekiranya
persoalan mazmumah ini tidak diendahkan , makin besar pangkat dan
jawatan seseorang , maka makin besarlah kerosakan yang akan dilakukan.
Ini bahayanya. Maka sebab itu jalan keluar segera mestilah dicari bagi
mengatasi sebarang masalah yang ada hubungkait dengan jiwa dan rohani
manusia. Ubat bagi sakit fizikal seperti kencing manis , darah tinggi ,
barah dan sebagainya sudah ada di hospital , tetapi ubat bagi penyakit
di dalam jiwa manusia ini , tidak ada satu hospital pun di dunia ini
mampu mengubatnya dan tidak ada seorang doktor pun mampu mengesannya kerana ianya tidak mampu dikesan oleh mikroskop lahir ciptaan manusia.
Hanya manusia yang telah Allah pilih, bertaraf Mursyid sahaja mampu
mengenal dan memberikan jalan keluar bagaimana hendak mengungkai sifat mazmumah yang ada pada diri manusia. Kaedah dan method yang digunakan pastilah tidak akan sama dengan orang akal kerana jalan yang difikirkan dan jalan secara ilham pastinya tidak sama. Sebagai contoh masalah tidak sabar , lawan baginya adalah bersabar. Mudah sahaja bunyinya. Tetapi dalam menempuh proses bagaimana hendak mencapai tahap orang yang bersabar bukan calang-calang proses yang hendak ditempuhi. Bersabar itu terbahagi kepada 2 iaitu :-
1) Sabar dalam mengerjakan segala titah perintah Tuhan
2) Sabar dalam meninggalkan segala larangan Tuhan Walaupun hanya 2 , tetapi meliputi seluruh kehidupan manusia. Hendak
mengerjakan perintah Tuhan dengan sabar seperti mengerjakan solat diawal waktu lantas , ketika mengerjakan solat tersebut segala perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia, wajib ditinggalkan dan ditumpukan ketika itu hanyalah menghayati apa yang dibaca di dalam solat seolah-olah kita sedang berbual dengan Tuhan , bermanja-manja dan meminta-minta serta merayu kepada Tuhan. Senang ke ? Tahap alim ulama` pun belum tentu mampu bersabar dalam mengerjakan perintah Tuhan ini.
Begitu juga dalam hal sabar meninggalkan larangan Tuhan . Mampukah kita bersabar dalam tidak mengumpat orang yang kita tidak suka dan kita benci, dan bersabar dengan kerenah yang dilakukannya. Banyak berlaku dewasa ini umpat , caci maki , kejian malahan fitnah berlaku di mana-mana tidak kira dia orang biasa mahupun pemimpin.
Ini hanya soal-soal yang kecil , betapalah lagi persoalan-persoalan yang
besar-besar yang melibatkan soal integriti sesebuah negara, tentulah
lebih payah dan sukar untuk kita bersabar.
Maka dengan itu jalan keluar yang ditunjukkan kepada kita ialah dengan
mencari kekuatan dalaman yang hanya ada pada satu iaitu dengan meminta bantuan daripada Tuhan yang menciptakan manusia. Itulah sahaja jalannya. Jadi dalam hendak meminta bantuan daripada Tuhan kenalah penuhi dan patuhi syarat-syaratnya. Untuk lebih memperincikan lagi hal ini sila dapatkan buku " Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia "
ditulis oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad yang merupakan buku ke 73 hasil tulisan beliau dan curahan ilmu yang diberikan kepada manusia sebagai panduan menyelesaikan sebarang masalah berhubung kait dengan masalah dalam manusia. Di samping itu juga buku yang ditulis oleh beliau
berjudul " Mengenal Diri Melalui Rasa Hati " dan " Iman Dan Persoalan "
juga menyentuh hal-hal dalam manusia.
Rasanya mungkin tidak terjangkau untuk mengulas isu-isu semasa tanpa
panduan yang diberikan beliau dalam menyuluh atas setiap isu. Dan bukan sahaja setakat ilmu yang perlu dimiliki , malahan langkah praktikal yang perlu diambil juga diberikan sebagai panduan . Pokoknya pada diri
individu terbabit , mahu atau tidak menerima dan mengamalkannya.
Sebagaimana tugas Rasul yang wajib menyampaikan ilmu wahyu kepada
manusia demi keselamatan manusia dunia dan akhirat , sekiranya manusia
ikut , maka manusia selamat , sekiranya manusia tinggalkan , neraka
dunia terentang luas sebelum Allah humbankan ke dalam neraka Akhirat
yang maha pedih dan maha azab , walyau`zubillah.