Wednesday, April 25, 2012

PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUM MERDEKA DAN SELEPASNYA


Perbezaan-perbezaan dalam keadaan masyarakat sebelum merdeka dan selepasnya dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:

 1. Orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya boleh berada dalam satu kampung. Zaman sekarang, masyarakat sudah disusun di mana ada taman untuk orang miskin (rumah kos murah), ada taman untuk golongan pertengahan dan ada taman hanya untuk golongan atau kelas orangorang kaya.
  
2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah justeru tabiat hidup nafsi-nafsi telah menebal.
  
3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama. Mereka dijaga sama-sama dan setiap orang boleh menegur atau merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan. Betapalah orang biasa.
  
4. Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi, secara menyorok- nyorok. Sekarang orang membuat maksiat secara terang-terangan.
  
5. Dahulu orang alim dan cikgu dihormati serta disegani. Sekarang orang tidak peduli.
  
6. Dahulu kalau pengantin baru, di dalam masa sebulan, menziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak. Mereka juga menziarahi orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung. Kini ia jarang berlaku lagi.
  
7. Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding untuk sama ada menerima atau menolaknya. Hari ini suasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira.
  
8. Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan, lebihlebih lagi hendak berjalan berdua-duaan. Ianya dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua-duaan bagi yang bukan muhrim sudah jadi budaya.
  
9. Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak mengambil upah. Bahkan sesetengah guru, dia menanggung pula makan minum murid-muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi komersil.
 
10. Dahulu alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi.
 
11. Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung, sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya dan makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa balik. Sekarang, jangan. Ia akan dianggap mencuri atau menceroboh.
 
12. Dahulu kalau orang menangkap banyak ikan sungai, mereka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.
 
13. Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung, orang-orang tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri. Adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.
 
14. Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan untuk tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tidak ada lagi.
 
15. Dahulu, anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh berkhatan. Begitu juga anak-anak perempuan, mesti khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarang berkhatan atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran.
 
16. Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji Al Quran, mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, Kalau anak saya ini nakal, rotanlah dia dengan rotan ini. Sekarang merotan murid satu pantang larang.
 
17. Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.
 
18. Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.
 
19. Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim jadi budaya.
 
20. Dahulu pasangan yang berkahwin, antara yang lelaki dengan yang perempuan, mesti ada jarak umur. Suami mesti lebih tua daripada isteri. Paling tidak lima tahun. Sekarang kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.
 
21. Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain, contohnya sebagai polis atau askar, kalau mereka balik bercuti, mereka bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan turut menziarahi tuan-tuan guru dan orang-orang penting di kampung. Kalau tidak, dianggap tidak beradab. Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada lagi.
 
22. Dahulu, perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati. Tidak kira sama ada seorang diri atau dengan orang lain. Ia sudah jadi perkara biasa.
 
23. Dahulu di dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendak bertemu. Lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan. Betapa pula setelah bertunang.


Beza Hidup Sebelum dan Selepas Merdeka
Aku hidup sempat berada di dalam empat kerajaan
Dua kali kerajaan British, sekali pemerintahan Jepun,
sekali kerajaan Malaysia yang merdeka
Semasa penjajahan terutama penjajahan Jepun
di antara kesusahan dan penderitaan secara umum
akan diceritakan sebagai pengetahuan
Miskin dan papa merata-rata tempat berlaku sangat ketara
Kemudahan kehidupan seperti alat-alat perhubungan, jalan raya, tempat tinggal dan pakaian amat susahnya
Berbagai-bagai penyakit tidak ada orang yang tidak diserangnya
Ubat-ubatan sangat terbatas, hanya ubat tradisi sahaja
Harimau mengganas, kerbau, lembu, kambing jadi sasaran bahamannya
Tempat belajar sangat terbatas terutama di zaman Jepun
Kerana itulah cerdik pandai Melayu terlalu kurang
Merata di kalangan orang Melayu buta huruf terutama kaum ibu
Rata-rata orang Melayu mundur
Pekerjaan sangat terbatas
Ramai yang bekerja sendiri
Di kalangan orang Melayu hanya berjawatan polis, askar, cikgu
Peringkat kerani hanya bilangan jari
Pendapatan rakyat tidak menentu
Untuk menziarahi keluarga sekadar sejauh 20 dan 30 batu jarang berlaku, terasa sangat jauhnya
Kalau lebih jauh dari itu terputus terus tidak tahu
ke mana hendak dicari sampai mati
Kemajuan boleh dikatakan tidak ada pembangunanhanya ala kadar sahaja
Pembangunan sangat terbatas sekali hanya
di bandar-bandar sahaja
Bangunan yang paling tinggi di waktu itu hanya 7 tingkat
Hutan merata-rata tempat kerana belum diserang
oleh pembangunan dan kemajuan
Jalan raya amat dhaifnya
Perjalanan di antara satu tempat ke satu tempat terasa amat jauhnya
Tapi di celah-celah kesusahan dan kepayahan itu ada yang indahnya
Kasih sayang masih berbunga
Ia berbuah sekalipun tidak lebat
Lebih-lebih lagi sesama keluarga
Bekerjasama tanpa digesa sangat ketara
Sebagai contoh yang ia jadi budaya:
Membuat rumah bergotong-royong bersama
Membuat bendang berderau sesama sekampung
Kalau kenduri-kendara kenduri bersama
Masing-masing membawa bahan mentahnya
untuk dimasak dan makan bersama
Di musim buah, buah-buahan di kebun siapa pun boleh diambil bersama
Siapa yang mengambilnya sekalipun tidak ada keizinan tuannya tidak dianggap mencuri
Siapa yang menangkap ikan dapat lebih diagih-agihkan sekampung
Perempuan-perempuan muda terutama anak dara dijaga bersama, tidak ada yang berani menodainya
Kalau berlaku sekali-sekala insiden riuh-rendah sekampung, yang melakukannya sangat malunya adakalanya berpindah dari kampung
Jarang mendengar kecurian, rompak, samun, pergaduhan,
apatah lagi pembunuhan
Berzina, sumbang muhram, buang anak, rogol hampir tidak kedengaran
Perceraian susah berlaku dan jarang terjadi
Anak-anak masih menghormati ibu bapanya
Murid-murid masih kasih dengan guru-gurunya
Apatah lagi guru agama dan ulama sangat dihormati
Guru-guru agama dan ulama tempat rujuk orang kampung
Hingga hendak nikah kahwin pun bertanya tok guru
Ziarah-menziarahi masih jadi budaya terutama sesama keluarga
Mencari jodoh adalah urusan orang tua bukan urusan peribadi, kekal sampai mati
Orang miskin tidak terbiar ada sahaja orang yang memberi
Orang-orang tua atau pemimpin dihormati dan dimuliakan
Orang segan dengan mereka
Krisis di antara puak terlalu sedikit
Apatah lagi kerana politik tidak terjadi
Setelah merdeka apa sudah terjadi?
Setelah merdeka memang tidak dapat dinafi
banyak perkara positif terjadi
Semua orang terasa hal itu, tidak boleh dinafi
Ramai orang Melayu yang pandai dan berjawatan tinggi
Buta huruf sudah tidak ada lagi
Kemajuan dan pembangunan merata negara dan negeri
Kemewahan di kalangan orang Melayu sudah wujud agak merata
Ramai di kalangan orang Melayu menjadi jutawan dan bilionwan segera
Kemiskinan semakin berkurangan
Tapi yang malangnya bahkan sangat menyedihkan budaya lama yang positif bahkan yang diperlukan setiap masa hilang begitu sahaja tidak dipertahankan
Lahir pula perkara positif yang baru menggantikan perkara positif yang lama yang sangat disayangkan
Kemajuan pesat berlaku tapi budi bahasa yang indah layu bahkan hilang ditiup bayu
ang Melayu sudah pandai-pandai
yang berjawatan tinggi sudah ramai hidup nafsi-nafsi pula jadi budaya Gotong-royong, bekerjasama, rasa bersama hilang kecuali digesa-gesa dan terpaksa atau pura-pura
Hidup agak selesa, alat perhubungan mudah tapi ziarah-menziarahi kurang sekali kalau ada, terpaksa aja
Selepas merdeka orang Melayu boleh melancong seluruh dunia tapi tidak pula membawa identiti Islam Melayu
Di waktu itu orang Melayu sudah berfikiran terbuka maka terbuka pula krisis merata
Orang Melayu terima demokrasi boleh memilih pemimpin sendiri tapi berbalahan, perpecahan menjadi-jadi
Wujud sekolah di mana-mana belajar mudah tapi kasih sayang pecah ibu bapa, guru-guru tidak dihormati lagi
Peluang pekerjaan terbuka luas tapi jenayah merata-rata terjadi perkelahian, pergaduhan, pembunuhan, zina, rogol, sumbang muhram menjadi berita setiap hari
Mudah pergi ke mana-mana, tapi ketakutan juga berlaku di mana-mana Dahulu masjid tempat ibadah, lambang perpaduan sekarang tempat berbalah dan berpecah belah

Sepatutnya orang Melayu rakyat atau pemimpin setelah merdeka bebas menambah perkara-perkara yang positif di atas perkara positif yang sudah ada
Tapi mengapa melahirkan perkara positif yang baru korbankan pula perkara positif yang lama
Padahal yang lama sangat diperlukan, yang baru juga diperlu
Seolah-olah orang Melayu terpaksa membuat pilihan di antara dua
Kalau hendakkan perkara yang baru yang sangat berguna terpaksa korbankan perkara yang lama yang juga berguna
Mengapa ia terjadi begitu?
Di mana salah silapnya?
Apa yang tidak kena?
Mengapa membuat yang baik korbankan yang baik
Mengapa membuat perkara yang perlu, korbankan pula yang perlu Sepatutnya yang lama yang baik perlu dipertahankan
tambah lagi dengan yang baru yang perlu
Begitulah satu bangsa yang hendak menjadi
satu bangsa yang baik dan maju
Satu bangsa yang boleh berdiri sendiri yang dihormati oleh dunia
Kita akui yang baru banyak yang baik
Tapi mengapa yang lama yang baik itu diganti
dengan yang negatif atau yang tidak baik
Itu tentulah salah sistem, atau pemimpin tidak pandai menilai
dan tidak pandai mendidik rakyat
Bukan senang yang lama yang baik itu hendak dikembalikan semula?!
Dan juga tidak semudahnya yang baru yang negatif itu hendak ditumpaskan pula
Kalau bukan Tuhan campur tangan dengan secara
didatangkan pemimpin yang
Dia tunjuk mungkin seratus tahun lagi tidak akan selesai
Marilah kita berdoa dan berusaha agar
pemimpin yang Tuhan tunjuk itu datang segera
Semoga yang lama dapat dihidupkan semula,
yang baru dikekalkan juga,
di samping dimantapkan lagi iman dan taqwa
Maka lahirlah negara yang aman makmur
dan mendapat keampunan Tuhan
Itulah cita-cita kita

 Abuya Ashaari Muhammad at Tamim

Mengapa Masyarakat Islam Tidak Dilihat Indah


Islam adalah agama akidah, agama ibadah, akhlak dan peraturan serta undang-undang hidup di dalam semua aspek kehidupan sama ada dari persoalan kekeluargaan, masyarakat, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, perhubungan, kenegaraan, ketenteraan hinggalah alam sejagat.

Jika sekiranya Islam itu dapat difahami, dihayati dan diamalkan keseluruhannya, akan dapat dilihat bahawa penganutpenganutnya adalah manusia yang berakidah, beribadah, berakhlak, berdisiplin, cergas, aktif dan berhubung antara satu sama lain.

Dari sini lahirlah manusia yang berukhwah, berpadu, maju, aman damai, bahagia dan harmoni.

Akan tetapi pada hari ini kita lihat umat Islam dan masyarakat umum amat kusut sekali, haru-biru, huru-hara, kelamkabut, tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Umat Islam tidak sehaluan, tidak sependapat dan tidak satu fikiran. Masing-masing ada tujuan-tujuan yang tersendiri, tidak seia-sekata dan tidak serentak menuju satu matlamat yang menjadi cita-cita Islam.

Bersimpang-siur antara satu sama lain. Tidak di satu barisan yang tersusun rapi seperti satu bangunan yang tersusun dan indah. Mereka bercelaru, satu ke hulu, satu ke hilir. Satu ke darat, satu ke baruh. Satu ke lurah, satu ke bukit. Satu ke timur dan satu ke barat. Akhirnya accident dan berembuk sesama sendiri. Akhirnya umat Islam yang rugi

Ada yang kaya berfoya-foya, sombong, membuang masa dan melakukan pembaziran. Hidup sendiri-sendiri.

Ada yang miskin tidak sabar. Merungut sana, merungut sini. Mengeluh di sana, mengeluh di sini. Mereka kelihatan resah gelisah.

Yang berilmu hanya memikirkan diri. Dia mencari harta dengan ilmunya. Dia bergaul dengan masyarakat hanya di majlis-majlis rasmi. Hidup juga bersendirian.

Pemuda-pemudinya hidup tidak tentu hala dan tidak tahu matlamat. Berkumpul membuang masa, bohsia, bohjan, melepak- lepak, sakit mata melihatnya.

Para pemerintah dan penguasa menggertak-gertak, membentak- bentak, mengugut-ugut dan menakut-nakutkan seolaholah tenggelam punca. Tidak tahu bagaimana hendak mendidik rakyatnya.

 Di dalam keluarga, masing-masing hendak lari keluar. Terutamanya anak-anak. Mereka gelisah sahaja. Panas punggung duduk di rumah kerana di rumah tiada ketenangan dan tiada kebahagiaan.

Begitulah gambaran masyarakat Islam di seluruh dunia. Begitu kusut dan menyakitkan mata memandang. Kalau kita hendak membuat perbandingan, sepertilah kain buruk yang luntur warnanya, berculang-caling, bertompok-tompok, ada hitam, ada kelabu, ada merah, ada biru, ada kuning dan lainlain warna kerana ditimpa berbagai-bagai hal. Keadaannya begitu comot sekali. Sakit mata memandang dan perasaan hati terasa jijik. Atau dengan gambaran yang lain sebagai perbandingan, macam kita melihat di satu lembah yang busuk, becak, berlumpur, penuh sampah sarap yang berbagai-bagai warnanya. Baunya busuk, sangat jelik dilihat. Hati liar dibuatnya. Begitulah gambaran masyarakat umat Islam di seluruh dunia.

Mengapa terjadi demikian?
Mengapa gambaran masyarakat Islam begitu buruk?
Mengapa Islam itu begitu cantik tetapi penganutnya tidak cantik?
Mengapa Islam itu indah sedangkan penganut-penganutnya sudah tidak indah lagi?

Terjadinya yang demikian itu adalah dari sebab-sebab seperti berikut:

1. Sesetengah umat Islam di seluruh dunia, Islamnya tinggal akidah semata-mata. Ibadah sudah tidak dibuat lagi. Apatah lagi perkara-perkara selain ibadah, lebih-lebih lagi tidak mencerminkan ajaran Islam. Hiduplah cara mana mahu hidup. Buatlah apa yang terasa. Ikutlah siapa yang hendak diikut. Kadang-kadang dia pun tidak tahu apakah dia seorang muslim atau tidak. Cuma dia dengar-dengar bahawa dia adalah keturunan umat Islam. Maka dia pun mengaku orang Islam. Apa itu Islam, dia tidak tahu. Golongan ini masih ramai.

2. Ada segolongan umat Islam, agamanya hanya setakat akidah dan ibadah sahaja. Itu pun ibadahnya tidak mengikut ilmu yang tepat dan beribadah pun tidak konsisten. Kadangkadang buat, kadang-kadang tidak. Rasa hendak buat, dia beribadah. Rasa tidak mahu, berhenti dahulu. Atau waktu terpaksa beribadah. Contohnya kerana ada majlis rasmi di masjid, kenalah bersembahyang. Selepas itu rehat pula. Kemudian apabila terasa hendak beribadah, buat pula. Di aspek-aspek yang lain, jangan cerita. Dia buatlah apa sahaja yang dia mahu. Ia tidak ada kena-mengena lagi dengan Islam. Islam memang tidak ada hubung kait lagi dengan persoalan kehidupan. Golongan ini juga ramai.

3. Ada golongan pula di kalangan umat Islam, dia berakidah dan ibadahnya tetap dibuat, tidak pernah tinggal. Bagaimana pun, di sudut-sudut lain dia tidak ambil kira sangat, seperti di aspek makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan tempat kerja. Hal-hal itu, ikut Islamkah atau tidak, dia tidak ambil pusing sangat. Jatuh kepada haram atau halal, dia tidak ambil kira. Akhlak juga tidak dijaga. Kalaupun ada yang sesuai dengan ajaran Islam bukan pula dirancang tapi hanya secara kebetulan sahaja. Kerana yang dia jaga sangat ialah akidah dan ibadah sahaja. Yang lain tidak dijaga. Golongan ini agak ramai.

 4. Satu golongan lagi, akidahnya bagus, ibadahnya juga agak bagus. Memang dia jaga. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal dijaga jangan sampai melanggar ajaran Islam. Begitu pun di sudut-sudut lain pula terabai. Dia tidak ambil kira sangat. Seperti tidak ambil kira tempat bekerja walaupun melanggar perintah Islam seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Begitu juga akhlaknya tidak dijaga. Boleh sahaja mengumpat, mengata, menghina, hasad, pemarah, sombong, riyak, tamak, bakhil, memfitnah, mengadu domba dan lain-lain lagi. Golongan ini juga agak ramai.

5. Ada golongan yang akidahnya dijaga, ibadah tidak dicuaikan dan akhlak boleh tahan dengan orang luar tetapi dengan anak isteri cuai. Di dalam keluarga tidak ada pendidikan formal atau tidak formal. Dengan anak isteri boleh buat lebih kurang, tidak ada perbincangan, tidak ada usrah, tidak ada pengajian dan tidak ada mesyuarat sesama ahli keluarga. Dengan anak isteri marah-marah sahaja. Didikannya hanya setakat: kalau anak isteri buat salah, dia marah-marah. Dia anggap itulah didikan. Padahal itu adalah hukuman, bukan didikan. Suasana Islam tidak ada di dalam rumah tangga dan hubungan renggang di antara keluarga. Padahal Islam itu selain bermula dari diri, ia juga bermula dari rumah tangga. Golongan ini juga agak ramai dan keadaan ini berlaku merata.

6. Ada golongan yang sangat menghayati Islam. Akidahnya dijaga, ibadahnya istiqamah dan bersungguh-sungguh. Halal haram di dalam semua hal sangat diambil berat. Akhlaknya dengan Tuhan atau dengan manusia sentiasa diambil berat. Kalau dia melakukan kesalahan atau tertinggal amalan yang pernah dibuat walaupun sunat, dia sangat menyesal dan dia akan tampung dengan kebaikan. Dia akan tampung dengan sembahyang sunat, sedekah, dengan menolong orang dan lain-lain. Dengan anak isteri berjalan syariat Islam, sembahyang berjemaah bersama, ada program membaca Al Quran, ada jadual kuliah dan perbincangan. Ibu dan ayah menjadi suri teladan, berkasih sayang sesama keluarga, bekerjasama di antara satu sama lain. Golongan ini sudah tidak ramai lagi. Mereka ini sudah dianggap orang ganjil dan pelik oleh masyarakat.

7. Golongan ini selain bersikap seperti golongan yang keenam, mereka sibuk memperjuangkan Islam. Islam itu diperjuangkan melalui ceramah-ceramah, nasihat-nasihat, tulisantulisan, membuat kebaikan di tengah masyarakat seperti selalu bersedekah, sering menolong orang susah dengan berbagai-bagai cara, suka berkhidmat dengan masyarakat dan pantang mendengar orang susah, mesti ditolongnya. Dia menyedarkan masyarakat kepada Islam secara bilhal atau secara sikap, agar orang ramai faham bahawa begitulah caranya Islam itu. Golongan ini lebih-lebih lagi terlalu sedikit. Macam antah dalam beras atau macam mencari gagak putih.

Kalau secara rambang atau secara umum umat Islam seluruh dunia telah terbahagi kepada tujuh golongan. Itu belum kita perinci dan detailkan lagi. Bagaimanalah umat Islam hendak berkasih sayang? Bgaimanakah boleh bersatu padu? Senangkah hendak bertolong bantu? Mudahkah hendak seia-sekata? Mudahkah hendak berjuang di dalam satu barisan yang tersusun, menuju satu haluan?

 Kalau umat Islam seluruh dunia ini, sudah tidak sama dan tidak seirama dalam memahami, menghayati, mengamalkan dan memperjuangkan Islam, bolehkah umat Islam menjadi kuat dan berdaulat? Bolehkah lahir satu umat yang berakhlak dan berwibawa hingga dihormati oleh bangsa-bangsa lain di dunia? Kalau kehidupan umat Islam sudah begitu kusut seperti yang telah kita paparkan sebelum ini, dari manakah kita hendak bermula untuk memulihkannya semula? Bermula dari duit? Bermula dari hiburan? Bermula dari politik? Bermula dari ilmu?

Berjuang memulihkan semula masyarakat Islam yang begitu haru-biru itu mesti bermula daripada iman dan ilmu. Iman dan ilmu mesti dari didikan. Dari didikan baru datang penghayatan. Dari penghayatan baru datang cinta kepada Allah, Rasul dan agama-Nya, atau baru datang takut kepada Allah Taala. Dari takut itu mereka melaksanakan. Dari melaksanakan, lahirlah bangsa yang bertaqwa. Setelah bertaqwa barulah datang bantuan dan pembelaan dari Allah Taala. Setelah Allah Taala bela, barulah datang kekuatan, kedaulatan dan seterusnya kejayaan yang diredhai-Nya.

Begitu pun, hendak melahirkan proses itu atau metodologi untuk ditempuh hingga sampai ke matlamatnya, mesti ada figure atau pemimpin yang beriman, berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia, yang dihormati dan disegani, disayangi dan dipatuhi. Kalau nilai peribadi pemimpin itu sama dengan nilai peribadi rakyat umum atau lebih rendah lagi, siapakah yang boleh terima? Siapakah yang boleh hormat? Siapakah yang akan sayangi? Siapakah yang akan patuhi? Kita semua boleh memberi jawapan.

Sudah tentu perjuangan umat Islam tidak sampai ke mana. Kalau hendak memperjuangkan di satu aspek sahaja seperti membangun dan maju sahaja, mungkin boleh.

Bagaimana pula di aspek iman, taqwa, akhlak, ketaatan dan kasih sayang? Cukupkah dengan maju sahaja? Orang Barat sudah maju tetapi apa telah jadi kepada masyarakat mereka? Kita semua tahu keadaannya. Tidak perlulah saya sebutkan lagi. Apakah umat Islam mahu mengejar kemajuan sahaja seperti orang Barat lakukan. Masing-masing kita jawablah sendiri.

Tuesday, April 24, 2012

Kelab Kasih Sayang 3 in 1 : PERKASA & DINAMIK


Sebagai menyahut Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020, maka sebagai satu usaha dari rakyat ini yang taat dan patuh kita tubuhkan
Kelab Kasih Sayang 3 in 1 pada 24.4.2012


"Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya," titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara hari tersebut.

Idea penubuhan ini oleh DP Ayahanda Soria Ramli pada permulaannya melalui Group Facebook dan telah menjemput Ayahanda-Ayahanda dari seluruh negara untuk bersama-sama bersatu hati bersama dalam Jadual Tuhan Kebangkitan Dari Timur di Era Kasih Sayang.

Pada asasnya matlamat utamanya berdasarkan prinsip yang terkandung dalam Piagam Madinah dan selari dengan Gagasan 1 Malaysia.

Prinsip-prinsip:

1. Keadilan (Tauhid Pada Allah)
2. Silaturrahim
3. Kebajikan
4. Cegah kemungkaran


Pada peringkat permulaan SEMAIAN benih Kasih Sayang ini di mulakan dengan secara Online melalui Group Facebook dan seterusnya DP Ayahanda Soria Ramli akan mengadakan pertemuan dengan Ayahanda-ayahanda di seluruh negara untuk berbincang dan mendapatkan buah fikiran untuk mantapkan lagi kelab ini.

Photobucket




Monday, April 23, 2012

Is this Israel's last Independence Day?

“Hashem* Tamid” sounds like a proper Arabic name, yet it is not. It is Hebrew for “Always Guilty,” and was the name chosen many years ago by an Israeli comedian and musician for a character he impersonated. Hashem Tamid appeared on the Israeli television while rapping in Arabic-accented Hebrew; he described how he always got innocently involved in situations that led to his being defined as guilty by Israeli Jews. While he was rapping his story, the chorus interrupted him in perfect Hebrew, and made fun of his name: “Hashem Tamid is always guilty,” they kept singing. This parody correctly represents the Israeli reality, where Palestinians—despite being the builders of most of the state—are automatically blamed for everything bad that happens. A few days from now, on April 27, Israel will celebrate Independence Day, providing us with a golden opportunity to analyze where this “you are all guilty” attitude may soon lead the Zionist state to.

Burning of Israeli Flag-Australia
Burning of Israeli Flag-Australia
Mahmoud Ahmadinejad
Mahmoud Ahmadinejad

Opening this article with Hashem Tamid was natural. After all, nowadays the entire world is watching a similar saga. Benjamin Netanyahu is singing "Mahmud Ahmadinejad is always guilty!" Most of the world listens to the music without understanding the words, and applauds. Yet, Iran is guilty of nothing. Unlike Israel it doesn't have nuclear weapons. Unlike Israel, it is a signatory country of the Treaty on the Non-Proliferation of Nuclear Weapons. As such, it is close to an international agreement on its nuclear program, as described in West and Iran Step Closer to Agreement; Israel Worried. Yet, Israel keeps shouting "Wolf!" while incessantly threatening with violent attacks-including nuclear ones-on Iran, and apparently is also extra-judicially assassinating Iranians along the way. For Israel, these winds of peace flowing between Iran and the leading Western powers are worrying.

Elections 2013

In 2013, Israel faces elections. Current Prime Minister Benjamin Netanyahu would like to be the next one as well; yet, Israel's inner problems may prevent him from achieving that. Minister of Defense Ehud Barak is fighting for a place in the next Knesset, and is in a bad situation.

Within his party-the Likud-Benjamin Netanyahu would probably prevail over any other candidate. Yet, when the entire electorate votes, things may turn out being less comfortable for him. By the end of June 2011, social protests began in Israel following a sharp rise in the price of cottage cheese, a key ingredient in the local cuisine. It was the first time such widespread protests had happened. No matter how trivial this looked, once the mental barrier of Israelis forbidding protests against the government was broken, nothing could stop the following events. Shortly after, a wave of mass protests began, this time on construction issues. In Israel, tiny apartments cost lifelong mortgages that transform their takers into state-slaves. The protests were spurred following a Knesset vote approving the National Housing Committees Law, which places the authority for approving building projects in the hands of regional committees. The committees would be in the hands of the state and the large construction companies. This means no houses for the poor. Roughly 80% of the people earn less than the average salary (this is possible due to the large difference between the highest and lowest salaries) and an average salary is not enough for paying an average mortgage while eating on a daily basis. In such a way, disguised slavery was introduced into the state through a back door. I reviewed the amazing protests in Monsters in Tel Aviv. The protests reached an unusual peak on August 10, when a guillotine – symbol of the French Revolution - was placed on Rothschild Boulevard. The last is near the Rabin Square, where the protests are centered, and has become the center of a tent city housing thousands of protesters. Considering its substantial size, it is hard to believe Prime Minister Netanyahu failed to notice the protesters message. Since then, the Israeli administration succeeded in dispersing the protesters' tent city, but the resentment of the population continues. A clear sign of this is the fact that a newcomer politician, Yair Lapid (a former Channel 2 anchor), may become the second largest party in the next Knesset and a main partner in any future coalition (see Torch Sets Israel Afire). Netanyahu wobbles.

Ehud Barak’s obsession with an attack on Iran has political reasons. He is in a desperate political situation. Despite the fact that being Minister of Defense transforms him into the second most important politician in Israel, Barak is fighting for his political life. And he is losing. After winning back the leadership of the Labor party, Barak was sworn in as Minister of Defense in June 2007, as part of Prime Minister Olmert’s cabinet reshuffle. During December 2008 through January 2009, Barak led (as defense minister) Operation Cast Lead, which led to Israel being defined as a terror state. In the 2009 elections, the Labor Party he led won just 13 out of the 120 Knesset seats, making it the fourth largest party. Barak reached an agreement with Netanyahu under which Labor joined the governing coalition, and he retained his position as Defense Minister. In January 2011, Labor threatened to force Barak to leave the government, following disagreements with Prime Minister Netanyahu’s policies. In reply, Barak formed a breakaway party, Atzmaut (Independence), which enabled him to maintain his loyal Labor MK faction within Netanyahu’s government. Barak’s preemptive move against the Labor party was successful on a tactical scale. He stayed in the government and in the same position. However, it was a strategic disaster. His new party has little chance of entering the next Knesset. If he is lucky, he may get the minimum possible number of Knesset members. If he is unlucky, he will stay out. In any case, even if Netanyahu—his brother in arms—wins the next elections, Barak is unlikely to get again his beloved Minister of Defense position. A party of two or three Knesset members has no chance of getting that senior position in the subsequent government.

Unless—of course—he proves himself once again as a war hero, attracting votes from IDF soldiers, especially from the reservists. This effect is well known in Israeli politics. Many years ago, Lieutenant General Rafael “Raful” Eitan, who led the First Lebanese War, entered the Knesset with a newly formed party; his name was so attractive to the military-related electorate that he got eight seats in parliament. The new party was mockingly known afterwards as “Raful and the Seven Dwarves,” because nobody remembered the names of the other seven members. Barak needs a war for this strategy to succeed; Iran may provide the perfect excuse. However, the USA thwarted an Israeli attack on Iran. Thus, Barak is desperate.

Hence, Barak and Netanyahu are in an uncomfortable situation. Beyond the situation described above, they are also fighting against each other. Netanyahu recently tried a flank-attack on Barak using his Minister of Finances, also a member of the Likud, to request a restructuring of the Minister of Defense budget practices (see War Declared on Barak). Barak answered swiftly by evacuating what became known as "The House in Hebron" (see Settler Agent 007: Hebron House Hoax). In such a way, he is portraying Netanyahu as leading a government that works against right-wing parties' interests. Since they can't formally declare war on each other, a war with Iran will benefit both of them.

Independence Day | Israel Plays with Fire

Independence Day | Israel Plays with Fire

Israel's Last Independence Day

Unluckily for Barak and Netanyahu, the USA won't allow Israel to attack Iran before the American presidential elections of November. In March 2012, U.S. President Obama convinced Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu at a summit in Washington to give diplomacy a chance. This change of American attitude was welcomed in Iran. Iranian Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei greeted Obama’s words that diplomacy not war was on the agenda by saying they were “an exit from delusion.” Afterwards, a statement hinting at a possible solution was issued. The Head of Iran’s Atomic Energy Organization, Fereydoon Abbasi, said Iran would cap uranium enrichment at 20 percent, enough to drive a reactor that makes medical isotopes, but not refined enough for nuclear weapons. This may be the agreement to be achieved next month in Baghdad. If next month an agreement between the P5+1 (the five permanent members of the United Nations Security Council—Russia, China, the United States, France and Britain—plus Germany) and Iran is achieved, Israel would be in a tough position with all its policies plummeting into the deepest oceans. All its rhetoric would have been rendered as motivated by its will to begin a war no matter what. Losing legitimacy in the eyes of most of its electorate—as well as the entire world—is the worst thing that can happen to a regime. The Zionists are about to reach such a point, unless something dramatic happens.

Israel is running out of options. In January 2012, a thinly veiled assassination threat was issued against American President Obama (see Yitzhak Obama). Yet, despite the dislike of Obama by Israel and Washington's Jewish lobby, Mr. Obama is resilient. Such a step would be highly dangerous and may easily backfire on Israel, especially since it is already being advertised and analyzed. Another possible option is a desperate Israeli attack on Iran after the American elections but before the Nuclear Security Summit of December, a chapter of the Treaty on the Non-Proliferation of Nuclear Weapons that will deal mainly with Israel's nuclear program. Barak and Netanyahu are cold-blooded enough to attempt such a desperate gamble in order to save their careers. If that happens, enjoy the fireworks this year, because it is Israel's last Independence Day. Such an attack would lead to an obliteration of Israel in a subsequent missiles attack, and probably to the destruction of Iran's leadership by Israel's nuclear second strike, a capability it acquired with the unbelievable help of Germany. Yet, don't worry about Barak and Netanyahu; they'll be evacuated by the American Sixth Fleet, one of whose formal tasks is the evacuation of the israeli leadership. Afterwards, from America, they will attempt to create the exile government of the Third Diaspora. Will America's Jewry follow their leadership?

http://www.roytov.com/articles/hashemtamid.htm


Thursday, April 12, 2012

Roh Import Eksport dalam Islam

Rakyat Malaysia perlu jadi perkasa dan dinamik: Tuanku Abdul Halim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya," titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara hari ini.

Berita selanjutnya..



Maka ditafsirkanlah bahawa carilah sebanyak-banyak ilmu atau importlah ilmu walaupun terpaksa merantau sejauh negeri China untuk mendapatkan ilmu. Namun Abuya mentajdidkan tafsirannya, bahawa Rasullullah SAW mahu mengeksport insan-insan yang bergelar sahabat RA yang memiliki Nur Muhammad ke negeri China bahkan ke seluruh dunia agar Islamlah dunia. Cukuplah dengan kedatangan Sayidina Abdullah Al Bahili maka Islamlah sebahagian besar negeri China.


Apakah peri pentingnya EKSPORT IMPORT kepada dunia Islam? Mari kita belajar dengan MUJADDID akhir zaman yakni Abuya Fata at Tamimi. Abuya sangat faham tentang bangsa Yahudi yang telah berjaya menguasai dunia sekarang. Firman Allah yang bermaksud,

“Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani itu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka”.

Begitulah bencinya Yahudi kepada Islam malah bangsa-bangsa lain selain Yahudi. Lalu bertindaklah Yahudi merancang agar terlaksananya cita-cita mereka.

Maka diciptakanlah oleh Yahudi segala bentuk teknologi, sistem hidup, isme-isme, lalu dieksport semaksimanya ke seluruh pelusuk dunia. Bersamanya disertakan sihir yang menguasai seluruh fikiran dan hati manusia. Maka hiduplah manusia di atas muka bumi Tuhan ini dalam genggaman dan cengkaman Yahudi. Tidak ada seinci pun bumi milik Tuhan yang terlepas, bahkan udara pun telah di’Yahudi’kan. Maka siapa sahaja yang menyedutnya pasti lenyaplah Allah dan Rasul dari hati mereka. Demikianlah Allah izinkan kepada musuhNya.

Yahudi sangat mengkaji dan memahami Al Quran, sepertimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 146 yang bermaksud,

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)”.

Maka diimportlah ilmu-ilmu dari Quran kemudian dirosakkan dan dieksportkan kepada umat Islam sebagai ilmu yang mutannajis. Lalu Islam dilihat oleh dunia sebagai satu sistem hidup yang sempit, jumud, haru biru dan kejam. Jelas terbukti bilamana seks yang halal, suci dan ibadah telah dipandang jijik oleh umat Islam akhir zaman terutama ulama-ulama rasmi mereka.

Sejarah kegemilangan Islam di Turki telah lenyap oleh Kamal Atartuk, manusia yang telah diimport untuk diindoktrinasikan oleh Yahudi. Ulama-ulama dunia dan pemimpin boneka seperti inilah yang menghancurkan Islam. Yahudi cuci tangan bilamana umat Islam telah menghancurkan agamanya sendiri.

Bersandarkan firman Allah yang bermaksud,

“Perangilah mereka sebagai mana mereka memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka mereka yang melampaui batas”.

Global Ikhwan Sendirian Berhad (GISB) bangun di tengah-tengah dunia Islam yang ditindas dan dihina untuk membina semula Islam yang gemilang di akhir zaman. Tokohnya tidak lain dan tidak bukan yakni, Imam Mahdi dan Fata at Tamimi (Putera Bani Tamim), didokong oleh para Ikhwan dan Asoib. Sehebat mana proses merosakkan Islam oleh Yahudi, sehebat itu jugalah proses yang mesti dilaksana semaksima mungkin.

Sebagaimana Yahudi mengeksportkan sihirnya ke seluruh dunia, maka GISB telah menemukan semula NurMuhammad yang selama ini dikebumikan oleh Yahudi, untuk dipancarkan bagi menyinari seluruh pelusuk bumi Tuhan ini. Nur Muhammad, cahaya diatas segala cahaya, mampu menembusi seribu kegelapan bahkan mampu menerangi akhir zaman.

Maka dibangunkan pelbagai projek-projek NurMuhammad dan dieksport ke seluruh dunia. Kafe Nur Muhammad menghidangkan makanan yang suci dan berkat. Media elektronik seperti TV alat penyebar dakyah, telah diimport dan diIslamkan, sebagai medium dakwah agar Allah diagungkan dan Nabi Muhammad dibanggakan semula di seluruh dunia. TVRSA telah pun dilancarkan sebagai saluran roh suci dan seks suci Islam dengan niat sebagai alat dakwah yang paling berkesan. Pasti Yahudi tergamam, senjata makan tuan.

Namun yang lebih utama ialah insan-insan bakal Ikhwan dan Asoib yang dalam hati mereka penuh dengan NurMuhammad telah diterbangkan yakni dieksport dan bertebaran di setiap pelusuk dunia sebagai duta-duta menjadi kesinambungan tugasan Sayidina Abdullah Al Bahili RA, untuk mengIslamkan dunia!

Jelas, satu perancangan eksport yang cukup hebat dan strategik oleh tiga pemimpin Roh. Haramain yang merupakan kampung halaman baginda Rasulullah SAW yang telah dijadikan pusat merosakkan Islam dan kubu kebal Yahudi telah mulai diterobos. Segala yang dibangunkan sekarang cukup membuatkan manusia-manusia di Haramain, merasai mereka telah dikembalikan kepada Tuhan, Rasullullah dan Islam yang penuh keindahan dan kasih sayang.

Wahai NurMuhammad, anugerahkanlah hati kami dengan kerinduan yang sangat mendalam disaat menunggu kembalinya pemimpin umat. Pasti Allah akan diagungkan semula dan Nabi Muhammad akan dibanggakan di seluruh dunia. AMIN

Rakyat Malaysia perlu jadi perkasa dan dinamik: Tuanku Abdul Halim


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya," titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara hari ini.

Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka Baginda kerana ini adalah kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baharu di Jalan Duta di sini.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Seri Paduka bertitah: "Negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu dan kemajuan pula tidak bererti jika nilai-nilai yang positif diketepikan oleh penghuninya."

Titah baginda, tidak ada negara di dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan mencipta kejayaan dengan hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan semata-mata tanpa sokongan dan peranan yang dimainkan rakyat.

"Maka jadilah insan yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh agama, iaitu insan yang berilmu dan berpekerti mulia serta sedar dan patuh terhadap tanggungjawabnya kepada negara," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat negara bukan sahaja ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi terus menjadikan negara ini kekal maju dan dihormati dunia.

"Persaingan global yang perlu dihadapi hari ini begitu kompetitif dan serba mencabar. Justeru, setiap dari rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing dengan sepenuh hati," titah baginda.

Baginda juga menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu, berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan negara terus maju, aman dan harmoni.

"Perkukuhkah diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar cintakan tanah air. Sesungguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatan bersama. Untuk itu, masa depan negara kita haruslah dicorak dan diadun oleh kita semua," titah baginda.

"Kemajuan daripada segi kebendaan sahaja belum cukup untuk menjadikan kita satu bangsa yang kuat. Kita perlu menjaga dan mengamalkan ciri-ciri hidup masyarakat yang berbudi bahasa.

"Kemajuan fizikal yang diimbangi dengan nilai hidup berbudi bahasa akan mengangkat tamadun bangsa, menjulang agama dan negara. Beta menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga tatasusila dan ciri-ciri hidup ketimuran yang sekian lama telah diamalkan selama ini," titah baginda.

Menyentuh mengenai kepimpinan negara dan pertabalannya sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, baginda bertitah: " Sesungguhnya juga, setelah lebih empat dekad berlalu seperti yang sudah dipertentukan oleh Yang Maha Kuasa, dan tertulis dengan kehendak-Nya jua, pemerintahan Beta pada kali dahulu dan kali kedua ini, berpeluang menerima khidmat daripada dua Perdana Menteri yang mempunyai pertalian darah.

"Pertamanya semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak. Kini pula pada kala tampuk kerajaan di bawah pimpinan anakandanya, yakni Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," titah baginda.

Baginda bertitah rakyat negara ini perlu bersyukur kerana negara sejak dahulu sehingga hari ini mengecap nikmat kemakmuran disebabkan adanya kesinambungan pimpinan kerajaan yang berhemah, cekap lagi berwawasan.

"Begitulah juga kita bertuah kerana rakyat daripada pelbagai latar belakang kehidupan, bangsa dan agama, dapat kekal hidup rukun damai," katanya.

Tuanku Abdul Halim juga bersyukur kerana dapat menyaksikan kemajuan negara ini dan menyedarkan baginda betapa bertuahnya Malaysia dan rakyatnya yang sentiasa dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi.

Baginda bertitah kesejahteraan hidup yang dinikmati ini "bukanlah datang secara bergolek. Ia pastinya telah direncana, disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan dengan usaha begitu gigih daripada kepimpinan lalu kepada kepimpinan semasa."

Tuanku Abdul Halim bertitah falsafah utama kerajaan yang berlandaskan gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' amat sesuai pada saat yang mencabar ini kerana untuk mengurus sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia memerlukan kerjasama semua pihak.

"Paling utama harus ada kesefahaman di setiap lapisan dan kelompok (masyarakat)," titah baginda.

Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia

SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selepas menandatanganinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja ke-227 di Istana Negara, 13 Disember 2011 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencatat sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Kali pertama 1970-1975 ketika baginda berusia 43 tahun semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein.

Pada tahun 1970-1975 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong semasa Tun Radzak Hussein menjadi Perdana Menteri hari ini beliau menjadi Agong kepada anak Tun Razak, DS Najib.


Yang Dipertuan Agong Pertama

Yang Dipertuan Agong Pertama Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Yang Dipertuan Agong Pertama – Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 – 1 April 1960


Yang Dipertuan Agong Kedua

Yang Dipertuan Agong Kedua Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960

Yang Dipertuan Agong Ketiga

Yang Dipertuan Agong Ketiga Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 – 20 September 1965

Yang Dipertuan Agong Keempat

Yang Dipertuan Agong Keempat Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 – 20 September 1970

Yang Dipertuan Agong Kelima

Yang Dipertuan Agong Kelima.pg  Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 – 20 September 1975

Yang Dipertuan Agong Keenam

Yang Dipertuan Agong Keenam Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 – 30 Mac 1979

Yang Dipertuan Agong Ketujuh

Yang Dipertuan Agong Ketujuh Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984

Yang Dipertuan Agong Kelapan

Yang Dipertuan Agong Kelapan Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 – 26 April 1989

Yang Dipertuan Agong Kesembilan

Yang Dipertuan Agong Kesembilan Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994

Yang Dipertuan Agong Kesepuluh

Yang Dipertuan Agong Kesepuluh Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999

Yang Dipertuan Agong Kesebelas

Yang Dipertuan Agong Kesebelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001


Yang Dipertuan Agong Keduabelas

Yang Dipertuan Agong Keduabelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 – 12 Dec 2006

Yang Dipertuan Agong Ketigabelas

Yang Dipertuan Agong Ketigabelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12 Dec 2006 – 12 Dec 2011

Gambar Yang di Pertuan Agong ke 14 Sultan Abdul Halim Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa 13 Dis 2011



TUANKU ABDUL HALIM SELAMAT DITABAL YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14

12th April, 2012



..

KUALA LUMPUR: Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini, kelmarin.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu “Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.

Upacara kelmarin mengandungi dua sejarah penting bagi Seri Paduka kerana ini merupakan kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selain merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baru di Jalan Duta.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, perdana menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, yang merupakan perdana menteri kedua negara.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Istiadat Pertabalan dimulakan sebaik keberangkatan masuk Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah ke Balairong Seri dengan diiringi tiupan nafiri dan paluan nobat lagu “Belayar” oleh Kumpulan Nobat Diraja Kedah.

Keberangkatan masuk pasangan Diraja itu didahului pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama.

Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak yang merupakan sebahagian alat kebesaran Diraja yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Malaysia.

Tuanku Abdul Halim berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu muskat (seperti kot hitam labuh) yang bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dengan bertengkolok “Dendam Tak Sudah”.

Baginda juga memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.

Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.

Tuanku Hajah Haminah pula memakai perhiasan Raja Permaisuri Agong iaitu Gendik Diraja yang merupakan pakaian ulu (kepala) dan Kalung Diraja, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih bertatah berlian dan mengenakan persalinan baju panjang sedondon.

Seri Paduka berdua kemudiannya bersemayam di Singgahsana untuk Istiadat Pertabalan.

Istiadat diteruskan dengan membawa masuk baki alatan kebesaran yang diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela bersama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman membawa masuk senaskhah Al-Quran, Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan dan Warkah Ikrar dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara, diikuti Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob dengan diiringi paluan nobat dengan lagu “Palu”.

Nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela.

Baginda lalu mencium Al-Quran dan meletakkannya di atas rehal yang terletak di atas meja tengah di antara Seri Paduka berdua.

Pemangku Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan surat pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tampil ke hadapan Singgahsana, mengangkat sembah dan membacakan perisytiharan itu.

Ini diikuti dengan Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu dihunus, dan dikucup sebelum menyarungkan semula keris itu sebagai simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka.

Keris itu kemudian diletakkan Seri Paduka di atas meja di hadapan nashkah Al-Quran.

Seri Paduka kemudiannya melafazkan ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Sebaik sahaja selesai warkah ikrar dilafazkan, nafiri ditiup dan lagu nobat “Perang” dimainkan, diikuti laungan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali oleh pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairong Seri, serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu “Negaraku” dimainkan.

Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap sebagai mewakili kerajaan dan rakyat mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda, diikuti dengan Tuanku Abdul Halim menyampaikan Titah Diraja.

Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob kemudian membacakan doa selamat.

Selepas itu, pahar berisi Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 selamat disempurnakan.

Seterusnya, Balairong Seri bergema sekali lagi dengan tiupan nafiri dan paluan nobat yang memainkan lagu “Belayar” mengiringi Seri Paduka berdua meninggalkan istiadat dengan di dahului pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja dan panglima-panglima yang membawa alat-alat Kebesaran Diraja.

Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja kali ke-226 pada 14 Okt 2011 bagi menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada 12 Dis 2011.

Pada tanggal 13 Dis 2011, sempena Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja kali ke-227, Tuanku Abdul Halim dengan rasminya diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi memerintah negara buat kali yang kedua.

Saturday, April 7, 2012

Formula 786 : Artikel Sirru Asrar : Tempat Roh-Roh Dalam Badan

Tempat roh manusia, roh kehidupan, di dalam badan ialah dada. Tempat ini berhubung dengan pancaindera dan deria-deria. Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya ialah mentaati perintah Allah. Dengan peraturan-peraturan yang ditentukan-Nya, Allah memelihara dunia nyata ini dengan teratur dan harmoni. Roh itu bertindak menurut kewajipan yang ditentukan oleh Allah, tidak menganggap perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri kerana dia tidak berpisah dengan Allah. Perbuatannya daripada Allah; tidak ada perpisahan di antara ‘aku' dengan Allah di dalam tindakan dan ketaatannya.

"Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya".
(Surah Kahfi, ayat 110).

Allah adalah esa dan Dia mencintai yang bersatu dan satu. Dia mahu semua penyembahan dan semua amal kebaikan, yang Dia anggap sebagai pengabdian kepada-Nya, menjadi milik-Nya semata-mata, tidak dikongsikan dengan apa sahaja. Jadi, seseorang tidak memerlukan kelulusan atau halangan daripada sesiapa pun di dalam pengabdiannya kepada Tuhannya, juga amalannya bukan untuk kepentingan duniawi. Semuanya semata-mata kerana Allah.

Suasana yang dihasilkan oleh petunjuk Ilahi seperti menyaksikan bukit-bukti kewujudan Allah di dalam alam nyata ini; kenyataan sifat-sifat-Nya, kesatuan di dalam yang banyak, hakikat di sebalik yang nyata, kehampiran dengan Pencipta, semuanya adalah ganjaran bagi amalan kebaikan yang benar dan ketaatan tanpa mementingkan diri sendiri. Namun, semuanya itu di dalam taklukan alam benda, daripada bumi yang di bawah tapak kaki kita sehinggalah kepada langit-langit. Termasuk juga di dalam taklukan alam dunia ialah kekeramatan yang muncul melalui seseorang, misalnya berjalan di atas air, terbang di udara, berjalan dengan pantas, mendengar suara dan melihat gambaran dari tempat yang jauh atau boleh membaca fikiran yang tersembunyi. Sebagai ganjaran terhadap amalan yang baik manusia juga diberikan nikmati di akhirat seperti syurga, khadam-khadam, bidadari, susu, madu, arak dan lain-lain. Semuanya itu merupakan nikmati syurga tingkat pertama, syurga dunia.

Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan' ialah di dalam hati. Urusannya ialah pengetahuan tentang jalan kerohanian. Kerjanya berkait dengan empat nama-nama pertama bagi nama-nama Allah yang indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang lain empat nama tersebut tidak termasuk di dalam sempadan suara dan huruf. Jadi, ia tidak boleh disebut. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

"Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut". (Surah A'raaf, ayat 180).

Firman Allah di atas menunjukkan tugas utama manusia adalah mengetahui nama-nama Tuhan. Ini adalah pengetahuan batin seseorang. Jika mampu memperolehi pengetahuan yang demikian dia akan sampai kepada makam makrifat. Di samalah pengetahuan tentang nama keesaan sempurna.

Nabi s.a.w bersabda, "Allah Yang Maha Tinggi mempunyai sembilan puluh sembilan nama, sesiapa mempelajarinya akan masuk syurga". Baginda s.a.w juga bersabda, "Pengetahuan adalah satu. Kemudian orang arif jadikannya seribu". Ini bermakna nama kepunyaan Zat hanyalah satu. Ia memancar sebagai seribu sifat kepada orang yang menerimanya.

Dua belas nama-nama Ilahi berada di dalam lengkungan sumber pengakuan tauhid "La ilaha illa Llah". Tiap satunya adalah satu daripada dua belas huruf dalam kalimah tersebut. Allah Yang Maha Tinggi mengurniakan nama masing-masing bagi setiap huruf di dalam perkembangan hati. Setiap satu daripada empat alam yang dilalui oleh roh terdapat tiga nama yang berlainan. Allah Yang Maha Tinggi dengan cara ini memegang erat hati para pencinta-Nya, dalam kasih sayang-Nya. Firman-Nya:

"Allah tetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat". (Surah Ibrahim, ayat 27).


Kemudian dikurniakan kepada mereka kehampiran-Nya. Dia sediakan pokok keesaan di dalam hati mereka, pokok yang akarnya turun kepada tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi kepada tujuh lapis langit, bahkan meninggi lagi hingga ke arasy dan mungkin lebih tinggi lagi. Allah berfirman:

"Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah yang baik seperti pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit.
(Surah Ibrahim, ayat 24).

Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan' adalah di dalam nyawa kepada hati. Alam malaikat berterusan di dalam penyaksiannya. Ia boleh melihat syurga alam tersebut, penghuninya, cahayanya dan semua malaikat di dalamnya. Kalam ‘roh peralihan' adalah bahasa alam batin, tanpa huruf tanpa suara. Perhatiannya berterusan menyentuh soal-soal rahsia-rahsia maksud yang tersembunyi. Tempatnya di akhirat apabila kembali ialah syurga Na'im, taman kegembiraan kurniaan Allah.

Tempat ‘roh sultan' di mana ia memerintah, adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan roh ini ialah makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua pengetahuan ketuhanan yang menjadi perantaraan bagi semua ibadat yang sebenar-benarnya diucapkan dalam bahasa hati.

Nabi s.a.w bersabda, "Ilmu ada dua bahagian. Satu pada lidah, yang membuktikan kewujudan Allah. Satu lagi di dalam hati. Inilah yang perlu bagi menyedarkan tujuan seseorang".
Ilmu yang sebenar-benarnya bermanfaat berada di dalam sempadan kegiatan hati.

Nabi s.a.w bersabda, "Quran yang mulia mempunyai makna zahir dan makna batin". Allah Yang Maha Tinggi membukakan Quran kepada sepuluh lapis makna yang tersembunyi. Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya kerana ia semakin hampir dengan sumber yang sebenarnya. Dua belas nama kepunyaan Zat Allah adalah umpama dua belas mata air yang memancar dari batu apabila Nabi Musa a.s menghentamkan batu itu dengan tongkatnya.

"Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu'. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya". (Surah Baqarah, ayat 60).


Pengetahuan zahir adalah umpama air hujan yang datang dan pergi sementara pengetahuan batin umpama mata air yang tidak pernah kering.

"Dan satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkannya dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu mereka memakannya". (Surah Yaa Sin, ayat 33).

Allah jadikan satu bijian, sebiji benih di langit. Benih itu menjadi kekuatan kepada kehaiwanan di dalam diri manusia. Dijadikan-Nya juga sebiji benih di dalam alam roh-roh (alam al-anfus); menjadi sumber kekuatan, makanan roh. Bijian itu dijiruskan dengan air dari sumber hikmah. Nabi s.a.w bersabda, "Jika seseorang menghabiskan empat puluh hari dalam keikhlasan dan kesucian sumber hikmah akan memancar dari hatinya kepada lidahnya".

Nikmat bagi ‘roh sultan ialah kelazatan dan kecintaan yang dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan keelokan, kesempurnaan dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi. Firman Allah:

"Dia telah diajar oleh (Jibril a.s) yang bersangatan kekuatannya, Yang mempunyai keteguhan; maka (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli. Kemudian ia mendekati rapat (kepada Muhammad), lalu bertambah dekat,. Sehingga jaraknya dua busur panah atau lebuh dekat (lagi). Lalu disampaikannya wahyu kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah diwahyukan Allah. Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya". (Surah Najmi, ayat 5 - 11).

Nabi s.a.w menggambarkan suasana demikian dengan cara lain, "Yang beriman (yang sejahtera) adalah cermin kepada yang beriman (yang sejahtera)". Dalam ayat ini yang sejahtera yang pertama ialah hati orang yang beriman yang sempurna, sementara yang sejahtera kedua itu ialah yang memancar kepada hati orang yang beriman itu, tidak lain daripada Allah Yang Maha Tinggi sendiri. Allah menamakan Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan.

"Dia jualah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia...Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara segala-galanya". (Surah Hasyr, ayat 23).


Kediaman ‘roh sultan' di akhirat ialah syurga Firdaus, syurga yang tinggi.

Stesen di mana roh-roh berhenti adalah tempat rahsia yang Allah buatkan untuk Diri-Nya di tengah-tengah hati, di mana Dia simpankan rahsia-Nya (Sirr) untuk disimpan dengan selamat. Keadaan roh ini diceritakan oleh Allah melalui pesuruh-Nya:

"Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya".


Urusannya ialah kebenaran (hakikat) yang diperolehi dengan mencapai keesaan; mencapai keesaan itulah tuagsnya. Ia membawa yang banyak kepada kesatuan dengan cara terus menerus menyebut nama-nama keesaan di dalam bahasa rahsia yang suci. Ia bukan bahasa yang berbunyi di luar.

"Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi". (Surah Ta Ha, ayat 7)


Hanya Allah mendengar bahasa roh suci dan hanya Allah mengetahui keadaannya.

Nikmat bagi roh ini ialah penyaksian terhadap ciptaan Allah yang pertama. Apa yang dilihatnya ialah keindahan Allah. Padanya terdapat penyaksian rahsia. Pandangan dan pendengaran menjadi satu. Tidak ada perbandingan dan tidak ada persamaan tentang apa yang disaksikanya. Dia menyaksikan sifat Allah, keperkasaan dan kekerasan-Nya sebagai esa dengan keindahan, kelembutan dan kemurahan-Nya.

Bila manusia temui matlamatnya, tempat kediamannya, bila dia temui akal asbab, pertimbangan keduniaannya yang memandunya selama ini akan tunduk kepada Perintahnya; hatinya akan rasa gentar bercampur hormat, lidahnya terkunci. Dia tidak berupaya menceritakan keadaan tersebut kerana Allah tidak menyerupai sesuatu.

Bila apa yang diperkatakan di sini sampai ke telinga orang yang berilmu, mula-mula cubalah memahami tahap pengetahuan sendiri. Tumpukan perhatian kepada kebenaran (hakikat) mengenai perkara-perkara yang sudah diketahui sebelum mendongak ke ufuk yang lebih tinggi, sebelum mencari peringkat baharu, semoga mereka memperolehi pengetahuan tentang kehalusan perlaksanaan Ilahi. Semoga mereka tidak menafikan apa yang sudah diperkatakan, tetapi sebaliknya mereka mencari makrifat, kebijaksanaan untuk mencapai keesaan. Itulah yang sangat diperlukan.

Formula 786 : Artikel Sirru Asrar : Penurunan Manusia ke Peringkat Rendah Paling Bawah

jjj..Allah Yang Maha Tinggi menciptakan roh suci sebagai ciptaan yang paling sempurna, yang pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya. Kemudian Dia berkehendak menghantarkannya kepada alam rendah. Tujuan Dia berbuat demikian ialah bagi mengajar roh suci mencari jalan kembali kepada yang sebenar di tahap Maha Kuasa, mencari kedudukannya yang dahulu yang hampir dan akrab dengan Allah. Dihantarkan-Nya roh suci kepada perhentian utusan-utusan-Nya, wali-wali-Nya, kekasih-kekasih dan sahabat-sahabat-Nya.

Dalam perjalanannya, Allah menghantarkannya mula-mula kepada kedudukan akal asbab bagi keesaan, bagi roh universal, alam nama-nama dan sifat-sifat Ilahi, alam hakikat kepada Muhammad s.a.w. Roh suci memiliki dan membawa bersama-samanya benih kesatuan. Apabila melalui alam ini ia dipakaikan cahaya suci dan dinamakan ‘roh sultan'. Apaabila melalui alam malaikat yang menjadi perantaraan kepada mimpi-mimpi, ia mendapat nama ‘roh perpindahan'. Bila akhirnya ia turun kepada dunia kebendaan ini ia dibaluti dengan daging yang Allah ciptakan untuk kesesuaian makhluk-Nya. Ia dibaluti oleh jirim yang kasar bagi menyelamatkan dunia ini kerana dunia kebendaan jika berhubung secara langsung dengan roh suci maka dunia kebendaan akan terbakar menjadi abu. Dalam hubungannya dengan dunia ini ia dikenali sebagai kehidupan, roh manusia.

Tujuan roh suci dihantar ke tempat ciptaan yang paling rendah ini ialah supaya ia mencari jalan kembali kepada kedudukannya yang asal, makam kehampiran, ketika ia masih di dalam bentuk berdaging dan bertulang ini. Ia sepatutnya datang ke alam benda yang kasar ini, dan dengan melalui hatinya yang berada di dalam mayat ini, menanamkan benih kesatuan dan menunbuhkan pokok keesaan di dalam dunia ini. Akar pokok masih berada pada tempat asalnya. Dahannya memenuhi ruang kebahagiaan, dan di sana demi keredaan Allah, mengeluarkan buah kesatuan. Kemudian di dalam bumi hati roh itu menanamkan benih agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok agama agar diperolehi buahnya, tiap satunya akan menaikkannya kepada peringkat yang lebih hampir dengan Allah.

Allah membuatkan jasad-jasad atau tubuh-tubuh untuk dimasuki oleh roh-roh dan bagi roh-roh ini masing-masing mempunyai nama yang berbeza-beza. Dia bena ruang penyesuaian di dalam tubuh. Diletakkan-Nya roh manusia, roh kehidupan di antara daging dan darah. Diletakkan-Nya roh suci di tengah-tengah hati, di mana dibena ruang bagi jirim yang sangat seni untuk menyimpan rahsia di antara Allah dengan hamba-Nya. Roh-roh ini berada pada tempat yang berbeza-beza dalam tubuh, dengan tugas yang berbeza, urusan yang berbeza, masing-masing umpama membeli dan menjual barang yang berlainan, mendapat faedah yang berbeza. Perniagaan mereka sentiasa membawakan kepada mereka banyak manfaat dalam bentuk nikmati dan rahmat Allah.

"Daripada apa yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang, (mereka) mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi".
(Surah Fatir, ayat 29).

Layaklah bagi setiap manusia mengetahui urusannya di dalam alam kewujudan dirinya sendiri dan memahami tujuannya. Dia mestilah faham bahawa dia tidak boleh meminda apa yang telah dihukumkan sebagai benar untuknya dan digantungkan dilehernya. Bagi orang yang mahu meminda apa yang telah dihukumkan untuknya, yang terikat dengan cita-cita dan dunia ini Allah berkata:

"Tidaklah (mahu) dia ketahui (bagaimana keadaan) apabila dibongkarkan apa-apa yang di dalam kubur? Dan dizahirkan apa-apa yang di dalam dada?"
(Surah ‘Aadiyat, ayat 9).

"Dan tiap-tiap manusia Kami gantungkan (catatan) amalannya pada tengkuknya..." (Surah Al-Isra', ayat 13).

Rahsia Adam Turun ke Dunia


"Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, dia berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?"

Ini adalah penjelasan yang unik bagi menerangkan bagaimana nabi Adam a.s boleh dikeluarkan dari syurga bersama Hawa dan juga Iblis.Syurga yang didiami Adam adalah satu Matrix yang mempunyai setup yang berlainan dari Matrix dunia.Apa yang dimimpikan Adam menjadi kenyataan.

"Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:

"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."
Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya.

Selanjutnya...


Adam dan Pertukaran Matrix




Lupa

Tidak mempunyai keazaman teguh

Iblis adalah musuh

Terpedaya dengan Iblis kali pertama

Derhaka

Allah kurnia taufik untuk bertaubat

Allah terima taubat dan diberi petunjuk

Berlaku permusuhan di kalangan manusia

Allah akan beri PetunjukNya

Ikut petunjuk akan Selamat

Sesat dan azab sengsara


Firman Allah yang bermaksud;

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.

Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

"Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.

"Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari".

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).

Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

(Surah Taa'Haa : Ayat 1
Artikel selanjutnya..

Formula 786 : Artikel Sirru Asrar : Manusia Kembali ke Kampung Halaman, Kepada Asal Usul Permulaan Mereka

..
Manusia dipandang daripada dua sudut; wujud lahiriah dan wujud rohani.
Dalam segi kewujudan lahiriah keadaan kebanyakan manusia adalah berlebih kurang sahaja di antara satu sama lain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang umum boleh digunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka.

Dalam sudut kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujud lahiriah, setiap manusia adalah berbeza. Jadi, peraturan yang khusus mengenai diri masing-masing diperlukan.
Manusia boleh kembali kepada asalnya dengan mengikuti peraturan umum, dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Dia mestilah mengambil peraturan agama yang jelas dan mematuhinya. Dengan demikian dia boleh maju ke hadapan. Dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau peringkat kerohanian, masuk ke daerah makrifat.

Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w,

"Ada suasana yang semua dan segala-galanya berkumpul di sana dan ia adalah makrifat yang murni".


Untuk sampai ke peringkat tersebut perlulah dibuang kepura-puraan dan kepalsuan yang melakukan kebaikan kerana menunjuk-nunjuk. Kemudian dia perlu menetapkan tiga matlamat. Tiga matlamat tersebut sebenarnya adalah tiga jenis syurga. Yang pertama dinamakan Ma'wa - syurga tempat kediaman yang aman. Ia adalah syurga duniawi. Kedua, Na'im - taman keredaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya. Ia adalah syurga di dalam alam malaikat. Ketiga dinamakan Firdaus - syurga alam tinggi. Ia adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab, rumah kediaman bagi roh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat. Kesemua ini adalah balasan yang baik, keelokan Allah yang manusia berjasad akan nikmati dalam usahanya sepanjang tiga peringkat ilmu pengetahuan yang berturut-turut; usaha mematuhi peraturan syariat; usaha menghapuskan yang berbilang-bilang pada dirinya, melawan penyebab yang menimbulkan suasana berbilang-bilang itu, iaitu ego diri sendiri, bagi mencapai peringkat penyatuan dan kehampiran dengan Pencipta; akhirnya usaha untuk mencapai makrifat, di mana dia mengenali Tuhannya. Peringkat pertama dinamakan syariat, kedua tarekat dan ketiga makrifat.

Nabi Muhammad s.a.w menyimpulkan keadaan-keadaan tersebut dengan sabda baginda s.a.w,

"Ada suasana di mana semua dan segala-galanya dikumpulkan dan ia adalah hikmah kebijaksanaan (makrifat)".

Baginda s.a.w juga bersabda,


"Dengannya seseorang mengetahui kebenaran (hakikat), yang berkumpul di dalamnya sebab-sebab dan semua kebaikan. Kemudian seseorang itu mesti bertindak atas kebenaran (hakikat) tersebut. Dia juga perlu mengenali kepalsuan dan bertindak ke atasnya dengan meninggalkan segala yang demikian".

Baginda s.a.w mendoakan,

"Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya"
.


Orang yang kenal dirinya dan menentang keinginannya yang salah dengan segala kekuatannya akan sampai kepada mengenali Tuhannya dan akan menjadi taat kepada kehendak-Nya.

Semua ini adalah peraturan umum yang mengenai diri zahir manusia. Kemudian ada pula aspek diri rohani atau diri batin manusia yang merupakan insan yang tulen, suci bersih dan murni. Maksud dan tujuan diri ini hanya satu iaitu kehampiran secara keseluruhan kepada Allah s.w.t. Satu cara sahaja untuk mencapai suasana yang demikian, iaitu pengetahuan tentang yang sebenarnya (hakikat). Di dalam daerah wujud penyatuan mutlak, pengetahuan ini dinamakan kesatuan atau keesaan.

Matlamat pada jalan tersebut harus diperolehi di dalam kehidupan ini. Di dalam suasana itu tiada beza di antara tidur dengan jaga kerana di dalam tidur roh berkesempatan membebaskan dirinya untuk kembali kepada asalnya, alam arwah, dan dari sana kembali semula ke sini dengan membawa berita-berita dari alam ghaib. Fenomena ini dinamakan mimpi. Dalam keadaan mimpi ia berlaku secara sebahagian-bahagian. Ia juga boleh berlaku secara menyeluruh seperti israk dan mikraj Rasulullah s.a.w. Allah berfirman:

"Allah memegang jiwa-jiwa ketika matinya dan yang tidak mati, dalam tidurnya, lalu Dia tahan yang dihukumkan mati atasnya dan Dia lepaskan yang lain".
(Surah Zumaar, ayat 42).

Nabi s.a.w bersabda,

"Tidur orang alim lebih baik daripada ibadat orang jahil".

Orang alim adalah orang yang telah memperolehi pengetahuan tentang hakikat atau yang sebenar, yang tidak berhuruf, tidak bersuara. Pengetahuan demikian diperolehi dengan terus menerus berzikir nama keesaan Yang Maha Suci dengan lidah rahsia. Orang alim adalah orang yang zat dirinya ditukarkan kepada cahaya suci oleh cahaya keesaan. Allah berfirman melalui rasul-Nya:


"Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya. Pengetahuan batin tentang hakikat roh adalah rahsia kepada rahsia-rahsia-Ku. Aku campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku." "Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik".

Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah melakukan tafakur - cara mendapatkaan pengetahuan yang demikian jarang digunakan oleh orang ramai. Nabi s.a.w bersabda,

"Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat". "Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat". "Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat".


Nilai sesuatu amalan itu tersembunyi di dalam hakikat kepada yang sebenarnya. Perbuatan bertafakur di sini nampaknya mempunyai nilai yang berbeza.

Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai satu tahun ibadat.

Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian, renungannya bernilai lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat.

Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana keesaan. Orang arif yang menyintai menyatu dengan yang dicintainya.


Daripada alam kebendaan terbang dengan sayap kerohanian meninggi hingga kepada puncak pencapaian. Bagi ahli ibadat berjalan di dalam syurga, sementara orang arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya


Para pencinta mempunyai mata pada hati mereka

mereka memandang sementara yang lain terpejam
sayap yang mereka miliki tanpa daging tanpa darah
mereka terbang ke arah malaikat Tuhan jualah yang dicari!
..

Penerbangan ini terjadi di dalam alam kerohanian orang arif. Para arifbillah mendapat penghormatan dipanggil insan sejati, menjadi kekasih Allah, sahabat-Nya yang akrab, pengantin-Nya.

Bayazid al-Bustami berkata,

"Para Pemegang makrifat adalah pengantin Allah Yang Maha Tinggi".


Hanya pemilik-pemilik ‘pengantin yang pengasih' mengenali mereka dengan dekat dan secara mesra.. Orang-orang arif yang menjadi sahabat akrab Allah, walaupun sangat cantik, tetapi ditutupi oleh keadaan luaran yang sangat sederhana, seperti manusia biasa. Allah berfirman melalui rasul-Nya:

"Para sahabat-Ku tersembunyi di bawah kubah-Ku. Tiada yang mengenali mereka kecuali Aku".

Kubah yang di bawahnya Allah sembunyikan sahabat-sahabat akrab-Nya adalah keadaan mereka yang tidak terkenal, rupa yang biasa sahaja, sederhana dalam segala hal. Bila melihat kepada pengantin yang ditutupi oleh tabir perkahwinan, apakah yang dapat dilihat kecuali tabir itu?

Yahya bin Muadh al-Razi berkata,

"Para kekasih Allah adalah air wangi Allah di dalam dunia. Tetapi hanya orang-orang yang beriman yang benar dan jujur sahaja dapat menciumnya".

Mereka mencium keharuman baunya lalu mereka mengikuti bau itu. Keharuman itu mengwujudkan kerinduan terhadap Allah dalam hati mereka. Masing-masing dengan cara tersendiri mempercepatkan langkahnya, menambahkan usaha dan ketaatannya. Darjah kerinduannya, keinginannya dan kelajuan perjalanannya bergantung kepada berapa ringan beban yang dibawanya, sejauh mana dia telah melepaskan diri kebendaan dan keduniaannya. Semakin banyak seseorang itu menanggalkan pakaian dunia yang kasar ini semakin dia merasakan kehangatan. Penciptanya dan semakin hampirlah kepada permukaan akan muncul diri rohaninya. Kehampiran dengan yang sebenar (hakikat) bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melepaskan kebendaan dan keduniaan yang menipu daya.


Penanggalan aspek yang berbilang-bilang pada diri membawa seseorang hampir dengan satu-satunya kebenaran. Orang yang akrab dengan Allah adalah orang yang telah membawa dirinya kepada keadaan kekosongan. Hanya selepas itu baharulah dia dapat melihat kewujudan yang sebenarnya (hakikat). Tidak ada lagi kehendak pada dirinya untuk dia membuat sebarang pilihan. Tiada lagi ‘aku' yang tinggal, kecuali kewujudan satu-satunya iaitu yang sebenarnya (hakikat). Walaupun berbagai-bagai kekeramatan yang muncul melalui dirinya sebagai membuktikan kedudukannya, dia tidak ada kena mengena dengan semua itu. Di dalam suasananya tidak ada pembukaan terhadap rahsia-rahsia kerana membuka rahsia Ilahi adalah kekufuran.

Di dalam buku yang bertajuk "Mirsad" ada dituliskan,

‘Semua orang yang kekeramatan zahir melalui mereka adalah ditutup daripadanya dan tidak memperdulikan keadaan tersebut. Bagi mereka masa kekeramatan muncul melalui mereka dianggap sebagai masa perempuan keluar darah haid. Wali-wali yang hampir dengan Allah perlu mengembara sekurang-kurangnya seribu peringkat, yang pertamanya ialah pintu kekeramatan. Hanya mereka yang dapat melepasi pintu ini tanpa dicederakan akan meningkat kepada peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Jika mereka leka mereka tidak akan sampai ke mana-mana."