Tuhanku,
lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk
"ILMU ALLAH : HIMPUNAN DARI PUTRA BANI TAMIN",
negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku,
Usaha mengumpulkan ilmu-ilmu Allah yang di anugerahkan pada Putra Bani Tamin ini agar tersingkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Kebenaran itu adalah Petunjuk dari Allah.
Wahai Tuhan,
Kiranya usaha ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya usaha ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.
Akhirnya, pinta hamba pada Mu Tuhan, kiranya ada pahala dari usaha ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba usaha mengumpulkan ilmu -ilmu percikan minda dari Putra Bani Tamin ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi. Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.
Amin, ya ALLAH.
Inilah Seajaib-ajaib Manusia di Zaman ini
Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi
pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan
luar negara.
|
| Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim Umat Islam ada agenda tersendiri yang telah dijadualkan oleh Allah SWT. Jadual dari yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Namun, agenda dan jadual Allah SWT ini dipinggirkan. Sebaliknya umat Islam membuat jadual sendiri atau mengikut jadual ciptaan Barat. Ini sangat bercanggah dengan sikap Rasulullah SAW. Selanjutnya..Abuya adalah Putera Bani Tamin |
No comments:
Post a Comment