Wednesday, March 6, 2013

Luahanku (Rakyat) Untuk Perdana Menteri, DS Haji Hadi, DS Anwar Ibrahim dan Wakil Pemimpin Lain-lain Bangsa

Tuhanku,

lzinkanlah hambaMu ini menuliskan  tentang tajuk


"Luahanku (Rakyat) Untuk Perdana Menteri, DS Haji Hadi, DS Anwar Ibrahim dan Wakil Pemimpin Lain-lain Bangsa"

negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba­-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku,

Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.

Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.

Wahai Tuhan,

Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.

Akhimya, pinta hamba pada Mu Tuhan, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi. Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.


Untuk Perdana Menteri Malaysia

Saya sebagai rakyat Malaysia taat pada pemerintah.  Pemerintah itu bagaikan ayah. Ketaatan ini bukan membabi buta tetapi atas didikan dari guru yang telah beliau buktikan. Dalam usia saya kini 45 tahun, di lahirkan selepas 10 tahun merdeka.  19 tahun yang lalu saya saksikan sendiri bagaimana satu jemaah yang di terajui oleh Abuya Ustaz Asaari telah di haramkan dan ketika itu DS Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Abuya telah tunjukkan satu contoh yang baik. KEBENARAN ITU IALAH PETUNJUK DARI ALLAH.  

Tidak lama selepas itu, satu kejutan besar berlaku di mana Tun Mahathir telah memecatkan DS Anwar. Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang banyak memberi kekuatan jiwa dan mental pada saya untuk jadi seorang Melayu yang ada Jati Diri.  Keikhlasan beliau dalam Perjuangan Belum Selesai di Bumi tercinta ini terbukti hingga kini. Walaupun DS Anwar pada mulanya seorang yang amat dekat dengan Tun Mahathir, sepatutnya lebih nampak dan memahami Perjuangan Belum Selesai tetapi yang sebenarnya, PETUNJUK ITU DARI ALLAH. 

Dengan jiwa yang kuat saja sesuatu bangsa boleh tampil sebagai bangsa yang berjaya dan maju

Berikut ialah petikan PERJUANGAN BELUM SELESAI yang di sampaikan oleh Tun Mahathir

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya


Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Selepas DS Anwar di pecat, bermula episod beliau mengetuai Reformasi dan akhirnya menubuhkan parti Keadilan.  DS Anwar semakin hebat menjadi rakyat yang tidak  taat pada Pemerintah.  Tidak taat pada pemerintah, maka telah melanggar perintah Allah Yang Maha Berkuasa.  

Dalam usaha berterusan pemimpin-pemimpin negara mengisi kemerdekaan, pada masa yang sama musuh besar iaitu Yahudi melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan dan pada saat dan ketika  PERSIAPAN YAHUDI MENUNGGU DAJJAL.


Kita sedang berperang dengan dajjal yang berasal dari keturunan Yahudi yang senjatanya cukup canggih. Apakah senjata kita kalau bukan teknologi roh? Ianya adalah benar bahkan semua itu adalah kekuatan utama zaman tiga kurun selepas Rasulullah S.A.W. bilamana mereka berhadapan dengan perang. Semua itu adalah cara hidup orang roh atau teknologi roh yang Allah rezkikan untuk mereka dapat berhubung dengan kerajaan ajaib.

Ketahuilah bila umat Islam menolak teknologi roh tersebut, konon kembali pada Quran dan Hadis saja, sesungguhnya adalah kerana mereka telah dipesongkan daripadanya. Padahal dalam Quran dan Hadis terlalu banyak yang membenarkan hal-hal rohiyah atau ghaibiah ini. Siapa yang kata Quran menolak hal-hal ghaib ini ertinya, dia telah telah dipengaruhi Yahudi yang sesat itu.

“Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abdullah Ibn Umar RA, sabda Nabi S.A.W. : "Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata." (Hadis riwayat Bukhari)

Dari Ali R.A. berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa nabi S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Doa berlindung dari fitnah Dajjal :


اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal." (HR. Muslim No. 923)


Setelah kewafatan Nabi S.A.W., yahudi telah merancang usaha-usaha untuk menghina baginda sekaligus menghina Islam. Mereka berdendam dengan Allah yang tidak mengutus rasul terakhir dikalangan mereka, bahkan diutus kepada bangsa arab. Bagi mereka, ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Sejak itu dengan rasminya mereka berperang dengan Allah!
Kata Abuya, apa sahaja yang datang dari yahudi samada nampak baik atau memang buruk keadaannya, semua itu adalah dalam rancangan mereka. Sepertilah iblis yang berdendam dan menghasut untuk membawa manusia bersamanya ke neraka, yahudi begitulah.
Yahudi tahu kebenaran bersama Islam. Jadi mereka merancang untuk mempersiapkan kedatangan satu makhluk dari keturunan mereka juga, yang dijanjikan ditangannya manusia kafir beramai-ramai! Ya, itulah dajjal yang ditunggu-tunggu mereka.
Umumnya sejarah dunia telah dirubah mereka, mengikut gaya dan citarasa mereka. Tujuannya adalah untuk memisahkan agama dan manusia. Hakikatnya nak merosakkan hubungan manusia dengan Tuhan.
Kalaulah umat Islam mengetahui sejarah Islam yang sebenar, roh umat Islam akan terbina sekaligus Islam akan mulia di mana-mana. Dengan sejarah yang dirubah pun umat Islam mendapat kekuatan, betapalah kalau roh sejarah itu masih ada, akan lahirlah masyarakat Islam sepertimana yang wujud di zaman Rasulullah dan para sahabat!
Sejarah moden juga diputarbelitkan, sedangkan semua ini rancangan mereka sejak kewafatan Nabi Muhammad lagi. Perang dunia pertama, kedua, perang dingin, perang teluk, huru-hara di Mesir sekarang ini, semua ini dalam pelan mereka.
Lakonan mereka cukup berjaya. Walaupun ribuan nyawa melayang itu bukan masalah. Bahkan nilai nyawa manusia selain bangsa yahudi adalah ibarat binatang, sebab itulah diperlakukan sesuka hati. Semua ini adalah persiapan untuk kedatangan dajjal.
Kalaulah kedatangan Imam Mahdi dipersiapkan, begitu juga dengan kedatangan dajjal, dan yahudilah yang mempersiapkannya!
Peristiwa 11 September, Osama bin Laden, ini adalah rekaan yahudi. Kata Abuya, Osama bin Laden tu tak wujud pun! Entah siapalah yang diambil wajahnya, dibubuhlah nama Osama. Keluarga Bin Laden pula dibayar dengan dunia untuk digunakan nama buruk mereka. Maka Islamlah yang dihina. Itulah tujuannya. Seolah-olah ini ajaran Quran, ajaran Nabi Muhammad.
Setakat dua buah bangunan yang dihancurkan dengan dua buah kapal terbang, apalah sangat nilainya bagi yahudi demi kedatangan dajjal. Dengan slogan anti-pengganas, misi keamanan, Osama bin Laden, Al-Qaeda, 11 September dan lain-lain, ini hanyalah sebahagian dari pelan kedatangan dajjal. Muncullah stesen Aljazeera seolah-olah wira yang menyampaikan berita dari tengah medan perperangan, rupa-rupanya itupun milik yahudi yang bertopengkan Islam juga.
Di Baitul Maqdis, kerja-kerja musuh Islam semakin rancak. Mereka bekerja 24 jam bagi memastikan usaha mereka tidak terganggu. Orang Islam di Palestin sedikit pun tidak menggugat mereka. Malah bridged Al-Qassam sedikit pun tidak menggangu mereka. Kerana mereka tahu yang akan merosakkan plan mereka adalah bangsa berhidung peset! Bangsa hidung mancung kini bukan zaman mereka lagi.

Pelan kedatangan dajjal hampir ke kemuncaknya. Yahudi hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa dan pada masa yang sama sedang mendirikan Haikal Sulaiman di bawahnya. Orang-orang mereka telah dipersiapkan diseluruh dunia, dipelbagai bidang. Semuanya berperanan di bidang masing-masing demi misi mereka ini.

Abuya pernah tulis buku, 'Perang Teluk Islam Kembali Gemilang'. Kenapa Abuya kata perang itu menggemilangkan Islam? Rupanya boneka yahudi berpaling tadah! Siapa boneka itu?
Saddam Hussein asalnya adalah boneka yahudi, digunakan untuk 'Devide & Rule' di Timur Tengah. Namun Saddam berpaling tadah dan semenjak itu dia diancam. Begitulah juga yang berlaku dan akan berlaku kepada mana-mana boneka yahudi, temasuk Anwar. Kalau tidak patuh dan taat pada mereka, rahsia peribadi akan dibongkar, dan kemuncaknya dibunuh.

Perang antara Hizbullah dan Israel, itu pun lakonan semata. Yang terkorban adalah puak sunni. Di depan manusia berperang di belakang tidur sebantal dengan musuh. Itulah yang berlaku di Lubnan selama ini. Begitu jugalah yang sedang berlaku di Syria sekarang ini. Yang terkorban adalah puak sunni, dan yang musnah juga bandar-bandar dan perkampungan sunni.
Malah, boleh dikatakan peristiwa di Syria sekarang ini sepertilah Nazi di zaman moden. Bahkan gaya atau cara tabik hormat Nazi dan Syiah adalah sama. Kerana kedua-duanya adalah rekaan dan ciptaan yahudi.

“Kalau bukan kerana orang-orang Iran (bantuan mereka), Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah! “ Bekas Presiden Iran yang ke 4, Akbar Hashemi Rafsanjani.
“Selepas serangan 9/11 Amerika telah menyertai satu pasukan pakatan untuk menggulingkan Taliban. Pakatan itu termasuk India, Russia, Iran dan Pakatan Utara. Dengan bantuan Amerika, pakatan itu telah berjaya menggulingkan Taliban. Itulah sebenarnya yang berlaku” James Dobbins, bekas duta Amerika di kesatuan Eropah.
"Tentera Iran telah memerangi TALIBAN dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di Bumi AFGHANISTAN. Seharusnya Amerika mengetahui jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!" Akbar Hashemi Rafsanjani.

  Kejahatan yahudi, dimana mereka itu kerjanya memisahkan hubungan manusia dengan Tuhan, sekalipun ada yang menyembah batu, itu pun akan dirosakkan mereka.
Sudahlah bermusuh dengan Tuhan, malah mengambil selain Allah sebagai Tuhan dan anutan. Sebentar berpisah dengan Nabi Musa, dibuatlah tuhan lembu daripada tanah dan disembah. Itulah yahudi. Di barat, kelihatan banyak monumen atau patung-patung aneh berupa binatang gabungan atau jin, itulah pujaan mereka. Ini semua ada kaitan dengan pemujaan untuk kedatangan dajjal. Bahkan segelintir umat Islam sendiri mengambil itu sebagai hiasan.
Apa kaitan lembu Samiri yang disembah yahudi dengan dajjal? Ketahuliah! Bahawa ibu bapa dajjal adalah daripada sebahagian mereka yang selamat dikejar firaun bersama Nabi Musa dan menyembah patung lembu Samiri. Dan patung-patung yang dibina sekarang adalah lambang hormat kepada dajjal dan penghargaan kelahirannya.

Monumen Washington, sebuah tiang yang hujungnya bersegi tiga, adalah lambang pemujaan syaitan. Tiang itu dijadikan kebanggaan mereka, kononnya memperingati sejarah Amerika. Sebenarnya itulah peringatan dan pemujaan untuk kedatangan dajjal. Sepertilah umat Islam melihat Kaabah dan mendapat kekuatan darinya, begitu juga dengan yahudi dan mereka yang menunggu kedatangan dajjal. Kalau umat Islam melontar batu ke tiang (jamrah), dengan niat membaling syaitan (merujuk sejarah Nabi Ibrahim), mereka memuliakan tiang tempat berkumpulnya syaitan itu.
Pope yang meletakkan jawatan baru-baru ini dan meninggalkan Vatican, ini pun adalah sebahagian daripada persiapan yahudi menyambut ketibaan dajjal.
Kalau begitu sekali persiapan mereka, maka munasabahlah persiapan untuk kebangkitan Islam kedua ini pun sangatlah hebatnya. Percaturannya, perjalanannya, tempatnya, semuanya adalah tersusun dan terpimpin. Sesuailah hebatnya persiapan ini dengan persiapan yang dibuat oleh yahudi.
Janji Tuhan dan Rasul akhir zaman, Islam pasti gemilang dan takkan kalah-kalah lagi.

 

No comments: