Wednesday, March 12, 2014

Kisah Masjid Limbongan, Besut serta Pulau Rhu,Besut dan Misteri MH 370


jjj



Besut  3 March 2014 – Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini.
Kejadian itu disedari berlaku oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang melakukan rondaan kali kedua di situ jam 2.30 pagi apabila ternampak al-Quran berselerak di tangga masjid sebelum rondaan pertama jam 1 pagi di kawasan itu tidak menemui sebarang perlakuan mencurigakan.
Lebih mengejutkan, jemaah yang datang untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi turut menemui kitab suci itu bersepah di lantai masjid dan dalam tandas.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera Mohd Mahdi Musa berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian itu Subuh tadi.
Katanya, kejadian itu amat dikesali dan tidak patut berlaku di tempat berkenaan.

Selanjutnya...



Surah Al-Jaathiyah 

- سورة الجاثية

Dengar Surah Al-Jaathiyah


Bismillah 

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


A001
 Haa, Miim.
(Al-Jaathiyah 45:1)  


 

A002
Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Jaathiyah 45:2)  
A003 Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
(Al-Jaathiyah 45:3)
A004 Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
(Al-Jaathiyah 45:4

A005 Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
(Al-Jaathiyah 45:5

A006 Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
(Al-Jaathiyah 45:6)
A007 Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -
(Al-Jaathiyah 45:7)
A008 Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Jaathiyah 45:8)
A009 Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.
(Al-Jaathiyah 45:9)
A010 Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.
(Al-Jaathiyah 45:10)
A011 Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Jaathiyah 45:11)
 
A012 Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
(Al-Jaathiyah 45:12)
 
A013 Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
(Al-Jaathiyah 45:13)
A014 Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.
(Al-Jaathiyah 45:14)
A015 (Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.
(Al-Jaathiyah 45:15)
A016 Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.
(Al-Jaathiyah 45:16)
A017 Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara agama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara agama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
(Al-Jaathiyah 45:17)
A018 Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
(Al-Jaathiyah 45:18)
A019 Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
(Al-Jaathiyah 45:19)
A020 Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
(Al-Jaathiyah 45:20)
A021 Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
(Al-Jaathiyah 45:21)
A022 Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
(Al-Jaathiyah 45:22)
A023 Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
(Al-Jaathiyah 45:23)
A024 Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.
(Al-Jaathiyah 45:24)
A025 Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain daripada berkata: "Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) kalau betul kami orang-orang yang benar!"
(Al-Jaathiyah 45:25)
A026 Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)".
(Al-Jaathiyah 45:26)
A027 Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
(Al-Jaathiyah 45:27)
A028 Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!
(Al-Jaathiyah 45:28) |
A029 "Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!"
(Al-Jaathiyah 45:29)
A030 Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
(Al-Jaathiyah 45:30)
A031 Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?
(Al-Jaathiyah 45:31)
A032 "Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ', kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya '."
(Al-Jaathiyah 45:32)
A033 Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu!
(Al-Jaathiyah 45:33) |
A034 Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
(Al-Jaathiyah 45:34)
A035 "(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).
(Al-Jaathiyah 45:35)
A036 (Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam.
(Al-Jaathiyah 45:36)
A037 Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Jaathiyah 45:37
MH370 ‘Hilang’ : Misteri & Hikmah
Petikan blog MATAHATI 

Selepas lebih 24 jam pesawat MAS hilang secara tiba-tiba daripada pemantauan radar trafik udara di Subang, semakin banyak spekulasi timbul mengenainya.
Antaranya ialah;
1. Kemungkinan terhempas. Tetapi menjadi tandatanya pakar kerana tidak ada komunikasi awal yang menunjukkan pesawat sedang mengalami sebarang masalah teknikal termasuk masalah cuaca. Pesawat hilang secara tiba-tiba dari radar!
2. Kemungkinan pesawat terus tenggelam ke dalam laut. Namun mustahil tidak meninggalkan sedikit serpihan pun! Jika ianya berlaku juga, secara teorinya masih boleh dikesan oleh teknologi canggih masakini.
3. Ada pakar mengandaikan bahawa pesawat B777-200, MH370 kemungkinan meletup secara tiba-tiba dan berkecai sama sekali atau bagaimana?
4. Ada juga yang membuat telahan pintu kargo terbuka atau tercabut menjadikan pesawat boleh hilang di angkasa kerana hilang kawalan. Mungkin pesawat melayang-layang macam layang-layang putus tali?
5. Timbul pula sangkaan dari pihak keselamatan yang mengatakan kemungkinan pesawat dirampas dan telah dibawa ke suatu destinasi yang tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak. Dakwaan ini dikuatkan lagi yang kononnya ada dua atau empat penumpang dikatakan menggunakan passport palsu.
Apa pun, sehingga artikel ini ditulis, kehilangan pesawat ini masih berstatus misteri yang belum mana-mana pihak berani tampil membuat pengumuman rasmi tentang kedudukan sebenarnya.
Ironinya ada beberapa fakta menarik di sekitar berlakunya peristiwa misteri pesawat MAS “hilang” seperti berikut;
1. Pakar mengakui bahawa MAS sebuah syarikat penerbangan terkenal dan mempunyai rekod cemerlang selama lebih 37 tahun tanpa kemalangan ‘major’.
2. Peristiwa ini berlaku selepas pada sebelah petang harinya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes sodomi-ll oleh Mahkamah Rayuan.
3. Malaysia telah pun diramal akan menjadi tumpuan dunia kesan dari keputusan Mahkamah Rayuan tersebut dan sekaligus menjelang PRK Kajang.
4. Namun belum sempat Malaysia dihujani dengan macam-macam tuduhan atas nama politik, MAS telah menarik seluruh perhatian antarabangsa ke Malaysia atas peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan!
5. Berlaku satu senario mendadak terutamanya mesej atau status pengguna laman social atau media alternative berhubung peritiswa pesawat hilang ini iaitu “suara hati” yang mengajak seluruh dunia mengharapkan keajaiban dari kuasa TUHAN!
Sekiranya sehingga kini akal manusia masih buntu tentang peristiwa kehilangan MH370, hati nurani atau roh sebenarnya tidak pernah buntu.
Sejahil mana atau sejahat mana sekali pun seorang manusia itu, bila mana akalnya bertemu jalan buntu, maka hati teruslah terdetik, Maha Berkuasanya Allah Yang Maha Agung!
Ia, itulah hati! Hati atau roh yang memiliki ‘rasa’ akan mudah kembali kepada Allah bila akal mengalami kebuntuan!
Kehilangan MH370 sekali lagi Allah mengajak manusia supaya mahu insaf sekali gus mengalah dengan Allah. Secanggih mana pun teknologi ciptaan manusia, itu semua tetaplah tertakluk kepada izin dan kuasa Allah!
Banyak peristiswa dalam sejarah seperti banjir besar di zaman Nabi Nuh, hancurnya kaum Samud, terbaliknya kaum Lut, tenggelamnya Firaun dan lain-lain yang diceritakan oleh Allah dalam Al Quran, supaya manusia mengambil iktibar.
Allah Yang Maha Memiliki alam ini berhak melakukan peristiwa demi peristiwa yang besar-besar mau pun kecil agar manusia mau sedar dan kembali kepada Allah walau pun jumlah mereka yang sedar itu hanya segelintir sahaja!
Sebagai contoh, padamnya api kaum Majusi yang berumur ribuan tahun dan bergegarnya istana Rom sempena kelahiran baginda Nabi, adalah satu cara Allah menyampaikan mesej ketuhanan kepada manusia.
Maka salahkah kalau kita kaitkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekitar kita ini sebagai mesej-mesej dari Allah kepada manusia?
Alam ini ibarat sebuah panggung yang sedang menayangkan berbagai gendre filem. Adakalanya filem aksi, filem sedih, filem fiksyen dan ada juga filem komedi.
Pengarah Agung filem ini adalah Allah. Krew-krew filem ini terdiri dari para malaikat dan makhluk ghaib. Pelakun-pelakunnya pula adalah manusia.
Semua filem hakikatnya membawa mesej ketuhanan. Menerusi filem-filem tersebut, Allah mahu bercerita tentang dirinya yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Bijaksana dan seluruh sifat kesempurnaan Allah yang tidak terhitungkan banyaknya.
Sepertilah reaksi manusia yang beragam terhadap filem-filem Hollywood atau Bollywood dan lain-lainnya, begitu jugalah terhadap filem yang Tuhan tayangkan kepada dunia.
Hanya segelintir yang dapat mengambil iktibar dan hikmahnya. Antara hikmah dan iktibar kehilangan MH370 setakat ini ialah;
1. Sekurang-kurang manusia mahu berfikir dan kembali mengatakan hebatnya kuasa Allah walau pun untuk seketika!
2. Tentu ada segelintir manusia yang beriman akan bertambah keimanan mereka. Sedangkan orang beriman dan bertaqwa itu sentiasa mengaitkan sesuatu peristiwa dengan Allah sekali pun kakinya tertusuk duri di jalanan!
3. Mendorong manusia mengharap kepada kuasa Allah atau keajaiban dari Tuhan!
4. Di Malaysia khususnya, sekurang-kurangnya meredakan persengketaan politik yang semakin hari semakin menjauhkan manusia dengan Allah.
5. Mengalih pandangan dunia terhadap kekalutan politik di Malaysia kepada suatu peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan! Dengan peristiwa ini, seolah-olah dunia sedang diajak untuk mengenal Allah melalui Malaysia!
6. Isu politik, ekonomi, social dan bencana alam yang kian parah dari masa ke masa semacam terhenti seketika oleh satu babak menarik. Allah mahu mengajak manusia kembali kepadaNya untuk menyelesaikan semua masalah kehidupan yang sedang meruncing.
7. Sekiranya kehilangan pesawat ini terus ‘hilang’, barangkali ianya isyarat besar menjelang peristiwa yang sangat besar di akhir zaman.
8. Mungkinkah misteri ini akan menjadikan manusia yang bertuhankan akal mahu untuk tunduk kepada suatu kuasa roh oleh “Kerajaan Ajaib” yang ghaib?
9. Apa pun hikmahnya hanya Allah Yang Maha Tahu. Di zaman Nabi Allah Nuh, Allah saw lakukan banjir besar di seluruh dunia, tetapi hanya sekitar 80 orang sahaja yang terus beriman dan makin kuat rasa bertuhan dalam diri mereka.
10. Tidak hairan jika peristiwa apa pun Tuhan lakukan, hanya segelintir manusia yang mahu kembali kepada Allah dikeranakan peristiwa tersebut.
Pesawat MH370 bukan sahaja telah pun menerbangkan seramai 227 penumpangnya lalu “hilang” tetapi diharapkan impaknya boleh pula membuatkan hati-hati manusia untuk terbang bertemu Tuhannya sehingga dunia ‘hilang’ dari hati mereka.
Wallhu’alam.


mmmmmmmmmmmmm

No comments: