Wednesday, July 6, 2011

Pengasas Yayasan SOFA - SYEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL-MALIKI

Salah seorang anak murid kepada Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Ustaz Mujahid bin Abdul Wahab menulis di dalam kitabnya yang bertajuk “Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki Yang Ku Kenali”:

“..Syeikh Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ yang begitu menitikberatkan pengajian ilmu secara bersanad dan bertalaqqi kerana ia adalah warisan ulama’ dan salafussoleh yang mulia. Oleh yang demikian, beliau telah mengembara ke merata tempat dan mengorbankan wang yang banyak demi memperolehi sesuatu ilmu serta menghubungkan rantaian sanad yang bersambungan dengan ulama’ seterusnya kepada Rasulullah.“.

Pengasas Yayasan SOFA
Connect to FACEBOOK

SYEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL-MALIKI

Dilahirkan pada hari Isnin 16 September 1974 bersamaan 29 Sya’ban 1394 di Kg. Chenong, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki mendapat pengajian awal di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Maahad Ahmadi Gemencheh. Seterusnya beliau telah menamatkan pengajian dengan cemerlang di Madrasah al-Nahdhah al-Hasanah, Kedah, Ma’ahad Orman Li al-Dirasat al-Lughah al-Arabiah dan Ma’ahad Tahfiz wal Qiraat Masjid Khulafa’ Kaherah sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar al-Syarif, Mesir di dalam jurusan Syariah Islamiyyah. Beliau telah menamatkan pengajiannya di Al-Azhar dengan pangkat Jayyid Jiddan (amat baik) dan pulang ke tanahair pada 1997.

Selain pengiktirafan dari Universiti al-Azhar al-Syarif, beliau juga memiliki perakuan keilmuan, sanad, keizinan mengajar, berdakwah dan mengeluarkan fatwa daripada lebih 60 ulama’ dunia Islam termasuk Mesir, Makkah, Morocco, Syria, Sudan, Dubai, Yaman dan lain-lain. Beliau telah menubuhkan Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk menjadikan landasan yang kukuh sehingga terbangunnya Kompleks Yayasan Sofa yang menempatkan Madrasah al-Hasaniah, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Pusat Penyelidikan As-Sofa, Asrama, Rumah Tetamu dan lain-lain kemudahan yang berkaitan.

Antara guru-guru Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki dari seluruh dunia adalah:

MESIR

  1. Syeikh Abdullah Al-Syura
  2. Syeikh Mahmud Al-Adawi
  3. Syeikh Husain Al-Darwisyi
  4. Dr. Ali Jum’ah
  5. Syeikh Abdul Ghani ibn Soleh Al-Ja’fari
  6. Dr. Judah Al-Mahdi Al-Husaini
  7. Dr. Ahmad Umar Hasyim
  8. Al-Muhaddith Dr. Mahmud Sa’id Mamduh
  9. Al-Muhaddith Syeikh Muhammad ibn Ibrahim Al-Kattani
  10. Al-Allamah Syeikh Ismail ibn Sodiq Al-’Adawi

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

  1. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi Al-Maliki
  2. Sayyid Ahmad ibn Muhammad Al-Maliki
  3. Dr. Umar Abdullah Kamil
  4. Habib Umar Hamid Al-Jailani
  5. Syeikh Ali Qaddur Al-Madani

DUBAI

  1. Dr. Isa ibn Abdullah ibn Mani’ Al-Himyari
  2. Al-Allamah Dr. Ahmad Muhammad Nur Saif

SYRIA

  1. Dr. Muhammad Muti’ ibn Muhammad Wasil Al-Hafiz Al-Dimasyqi
  2. Syeikh Husain So’biyyah

YAMAN

  1. Syeikh Ali Hamid Ahmad Abduh Hasan Qasim Al-So’fani Al-Makki Al-Yamani
  2. Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz
  3. Habib Ali Al-Jufri

INDONESIA

  1. Syeikh Abdul Hamid Al-Makki
  2. Syeikh Abdul Karim Al-Banjari Al-Makki
  3. Habib Soleh Al-’Aidarus

SINGAPURA

  1. Tuan Guru Haji Abdul Rashid bin Syeikh Haji Muhammad Sa’id
  2. Syeikh Ahmad Sonhaji
  3. Sayyid Ahmad Semait

MALAYSIA

  1. Tuan Guru Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman
  2. Tuan Guru Haji Ibrahim bin Dahan
  3. Tuan Guru Mursyid Diraja Dato’ Haji Tajuddin ibn Abdul Rahman

Dan ramai lagi yang tidak mampu ditulis kesemuanya di dalam ruangan ini.

Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin juga telah menghasilkan hampir 200 kitab sama ada karangan beliau sendiri atau penterjemahan terhadap kitab-kitab para ulama’ yang lain. Sebahagian kecil daripada kitab-kitab yang beliau hasilkan adalah:

  1. Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah
  2. I’tiqad Ahli Sunnah wal Jama’ah
  3. Aqidah Awam
  4. Agamamu Dalam Bahaya
  5. Tafsir Surah ad-Dhuha & al-Insyirah
  6. Tafsir Surah Yaasiin
  7. Tafsir Surah al-Ikhlas
  8. Hadith 60: Kelebihan Ahli Bait
  9. Mutiara Nabawi
  10. Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi
  11. Kelebihan al-Quran
  12. Munyah al-Musolli
  13. Safinah an-Najah
  14. Al-Musalsalat Al-’Asyarah
  15. Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan
  16. Akhlak Salafussoleh
  17. Pancaran Nur Doa dan Zikir Ahli Akhyar
  18. Perisai Tiga Kekasih Allah
  19. Hizib Bahr
  20. Hizib al-Imam Ghazali
  21. Hizib Imam Nawawi
  22. Amalan Bulan Rejab
  23. Tazkirah Ramadhan
  24. Amalan Menolak Wabak dan Bala
  25. Hubungan Tasawwuf Dengan Sunnah
  26. Hikam Abi Madyan
  27. Adab-adab Salikin
  28. Sayyid Ahmad ibn Idris
  29. Al-Maliki: Ulama’ Rabbani Kurun Ke-21
  30. Manaqib Sayyidah Khadijah Al-Kubra
  31. Maulid Nabi Dalam Neraca Nabawi
  32. Hukum Menghina Nabi
  33. Keunggulan Rasulullah
  34. Keistimewaan Rasulullah
  35. Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj

1 comment:

Anonymous said...

Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.