“..Syeikh Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ yang begitu menitikberatkan pengajian ilmu secara bersanad dan bertalaqqi kerana ia adalah warisan ulama’ dan salafussoleh yang mulia. Oleh yang demikian, beliau telah mengembara ke merata tempat dan mengorbankan wang yang banyak demi memperolehi sesuatu ilmu serta menghubungkan rantaian sanad yang bersambungan dengan ulama’ seterusnya kepada Rasulullah.“.“
Pengasas Yayasan SOFA
Connect to FACEBOOK
SYEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN AL-MALIKI
Dilahirkan pada hari Isnin 16 September 1974 bersamaan 29 Sya’ban 1394 di Kg. Chenong, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki mendapat pengajian awal di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Maahad Ahmadi Gemencheh. Seterusnya beliau telah menamatkan pengajian dengan cemerlang di Madrasah al-Nahdhah al-Hasanah, Kedah, Ma’ahad Orman Li al-Dirasat al-Lughah al-Arabiah dan Ma’ahad Tahfiz wal Qiraat Masjid Khulafa’ Kaherah sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar al-Syarif, Mesir di dalam jurusan Syariah Islamiyyah. Beliau telah menamatkan pengajiannya di Al-Azhar dengan pangkat Jayyid Jiddan (amat baik) dan pulang ke tanahair pada 1997.
Selain pengiktirafan dari Universiti al-Azhar al-Syarif, beliau juga memiliki perakuan keilmuan, sanad, keizinan mengajar, berdakwah dan mengeluarkan fatwa daripada lebih 60 ulama’ dunia Islam termasuk Mesir, Makkah, Morocco, Syria, Sudan, Dubai, Yaman dan lain-lain. Beliau telah menubuhkan Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk menjadikan landasan yang kukuh sehingga terbangunnya Kompleks Yayasan Sofa yang menempatkan Madrasah al-Hasaniah, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Pusat Penyelidikan As-Sofa, Asrama, Rumah Tetamu dan lain-lain kemudahan yang berkaitan.
Antara guru-guru Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki dari seluruh dunia adalah:
MESIR
- Syeikh Abdullah Al-Syura
- Syeikh Mahmud Al-Adawi
- Syeikh Husain Al-Darwisyi
- Dr. Ali Jum’ah
- Syeikh Abdul Ghani ibn Soleh Al-Ja’fari
- Dr. Judah Al-Mahdi Al-Husaini
- Dr. Ahmad Umar Hasyim
- Al-Muhaddith Dr. Mahmud Sa’id Mamduh
- Al-Muhaddith Syeikh Muhammad ibn Ibrahim Al-Kattani
- Al-Allamah Syeikh Ismail ibn Sodiq Al-’Adawi
MAKKAH AL-MUKARRAMAH
- Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi Al-Maliki
- Sayyid Ahmad ibn Muhammad Al-Maliki
- Dr. Umar Abdullah Kamil
- Habib Umar Hamid Al-Jailani
- Syeikh Ali Qaddur Al-Madani
DUBAI
- Dr. Isa ibn Abdullah ibn Mani’ Al-Himyari
- Al-Allamah Dr. Ahmad Muhammad Nur Saif
SYRIA
- Dr. Muhammad Muti’ ibn Muhammad Wasil Al-Hafiz Al-Dimasyqi
- Syeikh Husain So’biyyah
YAMAN
- Syeikh Ali Hamid Ahmad Abduh Hasan Qasim Al-So’fani Al-Makki Al-Yamani
- Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz
- Habib Ali Al-Jufri
INDONESIA
- Syeikh Abdul Hamid Al-Makki
- Syeikh Abdul Karim Al-Banjari Al-Makki
- Habib Soleh Al-’Aidarus
SINGAPURA
- Tuan Guru Haji Abdul Rashid bin Syeikh Haji Muhammad Sa’id
- Syeikh Ahmad Sonhaji
- Sayyid Ahmad Semait
MALAYSIA
- Tuan Guru Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman
- Tuan Guru Haji Ibrahim bin Dahan
- Tuan Guru Mursyid Diraja Dato’ Haji Tajuddin ibn Abdul Rahman
Dan ramai lagi yang tidak mampu ditulis kesemuanya di dalam ruangan ini.
Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin juga telah menghasilkan hampir 200 kitab sama ada karangan beliau sendiri atau penterjemahan terhadap kitab-kitab para ulama’ yang lain. Sebahagian kecil daripada kitab-kitab yang beliau hasilkan adalah:
- Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah
- I’tiqad Ahli Sunnah wal Jama’ah
- Aqidah Awam
- Agamamu Dalam Bahaya
- Tafsir Surah ad-Dhuha & al-Insyirah
- Tafsir Surah Yaasiin
- Tafsir Surah al-Ikhlas
- Hadith 60: Kelebihan Ahli Bait
- Mutiara Nabawi
- Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi
- Kelebihan al-Quran
- Munyah al-Musolli
- Safinah an-Najah
- Al-Musalsalat Al-’Asyarah
- Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan
- Akhlak Salafussoleh
- Pancaran Nur Doa dan Zikir Ahli Akhyar
- Perisai Tiga Kekasih Allah
- Hizib Bahr
- Hizib al-Imam Ghazali
- Hizib Imam Nawawi
- Amalan Bulan Rejab
- Tazkirah Ramadhan
- Amalan Menolak Wabak dan Bala
- Hubungan Tasawwuf Dengan Sunnah
- Hikam Abi Madyan
- Adab-adab Salikin
- Sayyid Ahmad ibn Idris
- Al-Maliki: Ulama’ Rabbani Kurun Ke-21
- Manaqib Sayyidah Khadijah Al-Kubra
- Maulid Nabi Dalam Neraca Nabawi
- Hukum Menghina Nabi
- Keunggulan Rasulullah
- Keistimewaan Rasulullah
- Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj
1 comment:
Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
Post a Comment