Dalam kehidupan sehari-hari, kita melalui dan menempuhi pelbagai situasi dan keadaan. Banyak benda yang kita lihat, kita jumpa, sentuh, rasa dan lain-lain. Ingin saya timbulkan satu persoalan. Adakah kehidupan yang kita lalui ini adalah sesuatu yang nyata atau hanya sekadar ilusi? Bagi sesetengah orang, ini mungkin persoalan yang sudah basi dan berulat. Dah lapok ditelan zaman. Harun Yahya sendiri telah menulis beberapa buah buku berkaitan tajuk ini sahaja. Filem-filem Hollywood seperti The Matrix, telah lama cuba menyingkap persoalan ini. Blog-blog di alam maya juga tidak terlepas daripada membicarakan tentang hal ini. Tetapi saya percaya, masih ada ramai lagi yang masih berminat untuk belajar dan memahami tentang hakikat dunia ini. Hakikat jisim. Segala apa yang kita ada, yang kita lihat termasuk diri kita. Apakah semua itu? Kereta, pokok, air, tanah, api dan segala benda yang berjisim di alam semesta ini. Adakah semua ini wujud? Adakah komputer yang anda sedang tatap ini dan keyboard yang anda sedang sentuh ini benar-benar wujud atau sekadar imaginasi anda? Apakah jisim? Untuk lebih memahami tentang hakikat "benda", marilah kita renung sebuah kisah daripada Al-Quran. Kisah ini mengenai Nabi Adam, ketika mana Allah baru menjadikan beliau, Allah telah mengajar kepada Nabi Adam tentang nama-nama benda di dunia. Cuba kita perhatikan kembali kisah tersebut dalam Al-Quran. Allah telah menggunakan perkataan "asmaa' " yang bermaksud "nama". Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam bahawa yang ini namanya pokok, yang ini pula namanya sungai dan lain-lain. Apa maksudnya? Maksudnya, di dunia ni, pokok tak wujud, tetapi yang wujud hanyalah sesuatu yang bernama "pokok". Kat dunia ni, air tak wujud, tetapi yang wujud adalah sesuatu yang bernama air. Kat dunia ni tak wujud pun tanah, tetapi yang wujud adalah sesuatu yang bernama tanah. Kita amek contoh yang lebih mudah. Jika anda lihat sebuha gambar pokok dalam sebuah komputer. Ya anda lihat sebuah pokok dalam komputer tu. Ya, kita boleh panggil dia pokok. Tapi adakah ia benar-benar pokok? Tidak, ia hanya sesuatu yang bernama pokok. Dan jika anda perhatikan betul-betul sesuatu yang bernama "pokok" dalam komputer tersebut, anda akan nampak pecahan-pecahan piksel. Gabungan-gabungan 3 warna asas, Merah, Hijau, Biru telah menghasilkan imej-imej pelbagai warna yang menyebabkan kita nampak pokok itu kelihatan seperti pokok sebenar. Baiklah. Sekarang anda telah faham bahawa sesuatu yang bernama "pokok" yang bernama pokok yang berada dalam skrin komputer itu, hakikatnya adalah pecahan-pecahan piksel. Sekarang mari kita lihat sesuatu yang bernama "pokok" yang berada di sekeliling anda. Adakah sesuatu yang bernama "pokok" itu benar-benar wujud? Perhatikan betul-betul. Dan hakikatnya, anda akan sedar bahawa sesuatu yang bernama "pokok" itu bukanlah pokok yang sebenar, tetapi hakikatnya adalah atom-atom yang tersusun yang membentuknya. Ya. Pokok yang sebenar tidak wujud di alam ini. Begitu juga dengan semua yang ada dalam alam ini. Semuanya adalah atom-atom yang tersusun rapi membentuk sesuatu yang kelihatan seperti "pokok", sebagaimana piksel-piksel dalam skrin komputer tadi berjaya membentuk imej pokok. Dan atom-atom jika dilihat dengan lebih mendalam lagi, kita akan dapati sebenarnya apa yang membentuk alam ini hanyalah himpunan tenaga-tenaga. Tenaga-tenaga inilah yang menyempurnakan permainan ilusi ini menyebabkan kita lihat sesuatu yang bernama "pokok" sebagai pokok yang betul. Tapi ada orang kata,"pokok yang dalam komputer tu memang tak wujud sebab kita tak boleh sentuh. Tapi pokok yang ada di alam nyata ni kita boleh sentuh". Fattah: "Memangla boleh sentuh sebab kita berada dalam dimensi yang sama dengan sesuatu yang bernama pokok tu". Betul tak? Untuk memahami dengan lebih mudah lagi, perhatikan sebuah game komputer. Ini adalah screenshot daripada game Tarzan. Siapa kata pokok dalam game tak boleh dipegang? Lihat sajalah Tarzan bergayut pada pokok dalam game tu. Apa maknanya? Kenapa? Kerana Tarzan itu berada dalam dimensi yang sama dengan pokok tersebut. Sama seperti sesuatu yang bernama "pokok" yang anda kata boleh sentuh itu. "Pokok" itu boleh disentuh oleh kita kerana kita berada dalam dimensi yang sama dengan "pokok" tersebut, sebagaimana pokok dalam game yang boleh disentuh oleh watak-watak dalam game. Dan "pokok" hanyalah salah satu contoh bagi sesuatu jisim dalam alam ini. Kerana itulah Allah telah menyatakan kepada manusia bahawa dunia ini tidak mempunyai nilai langsung sebenarnya kerana segala apa yang ada dalam dunia ini hanyalah ilusi dan tidak wujud! Sepinggan nasi ayam tidak pernah wujud di alam ini. Yang ada hanyalah tenaga-tenaga yang membentuk sesuatu yang kelihatan seperti nasi ayam. Tenaga-tenaga tersebut telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi mata bahawa nasi ayam itu berwarna kuning, mempunyai seketul ayam dan sayur-sayur. Tenaga-tenaga itu juga telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi jari-jemari kita bahawa nasi ayam itu dapat dipegang, panas dan berminyak. Tenaga-tenaga tersebut juga telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi lidah kita bahawa nasi ayam itu sedap. Hakikatnya, di hadapan kita tiada apa-apa pun. Kita berada di dalam sebuah dimensi yang begitu hebat, sehingga kita menyangka segala apa yang ada di sekeliling kita benar-benar wujud. Subhanallah. Satu lagi analogi mudah. Pernahkah anda bermimpi? Ya, sudah tentu. Apa yang anda jumpa dalam mimpi? Anda lihat kereta, manusia, kekasih anda, pokok, bumi tempat anda berpijak dan macam-macam lagi. Anda dapat sentuh benda-benda dalam mimpi anda bukan? Anda dapat pijak dan berdiri tegak si atas tanah di dalam mimpi tersebut. Tetapi adakah watak-watak dalam mimpi anda itu wujud? Tidak. TIdak wujud sama sekali walaupun anda dapat pegang, lihat dan rasa benda tersebut. Apabila anda terjaga dari tidur, semua itu telah hilang. Jika anda bermimpi dikejar raksasa, raksasa akan hilang apabila anda terjaga. Dan sebenarnya raksasa itu bukanlah hilang tetapi raksasa itu tidak pernah wujud langsung! Yang ada hanyalah dalam minda anda sahaja. Samalah juga dengan dunia ini. Apabila anda telah meninggal dunia, barulah anda sedar bahawa segala yang ada dalam dunia ini hanyalah ilusi semata-mata. Tidak pernah wujud pun. Mati itu sebenarnya adalah sama seperti anda baru bangun tidur. Jika anda berasa tertipu dengan mimpi setelah bangun tidur, anda juga akan berasa tertipu juga dengan dunia ini apabila anda meninggal dunia ini. Segala apa yang anda kejar dalam dunia ini akan hilang bagai segala apa yang anda buat dalam mimpi anda. Insaflah Baiklah tadi berkaitan tentang segala yang berada di dunia ini tidak wujud. --------------------------------------------------------------- Masa Pakar motivasi selalu bercakap mengenai masa. Tahukah mereka apa itu masa? Cubalah anda cari apa itu masa. Anda akan menemui bermacam-macam jawapan yang akhirnya anda akan menyedari bahawa bukanlah "masa itu emas" juga bukan "masa itu kehidupan" tetapi yang anda akan jumpa ialah "masa itu tidak wujud". Apa sebenarnya masa? Mungkin ahli fizik akan berkata bahawa masa adalah tempoh untuk mengukur sesuatu jarak perbezaan waktu. Itu kata ahli fizik, dan insya Allah saya akan buat satu posting lepas ni yang membongkarkan bahawa sains tidak membawa kita maju tetapi sebaliknya sains lah yang telah menyebabkan manusia mundur jauh ke belakang! Apa sebenarnya masa? Jika ingin diterangkan untuk kefahaman anda mungkin agak payah. Tetapi secara mudahnya, boleh lah dirumuskan bahawa masa itu tidak wujud. Jika anda faham hakikat masa sebagaimana yang anda faham sekarang, anda akan menjadi lagi pening. Mari kita lihat satu contoh. Juga berkaitan dengan mimpi. Pernahkah kadang-kadang kita tidur hanya beberapa minit, tetapi kita mimpi mengenai satu perjalanan yang begitu panjang, seolah-olah ianya memakan masa sehari? Jika anda tidur pada waktu malam, mungkin anda hanya tidur sekitar 6-7 jam. Tetapi pernahkah anda terfikir kenapa mimpi anda itu seolah-olah anda sedang hidup dalam mimpi selama 2-3 hari? Mungkin pada suatu waktu yang lain, anda hanya tidur setengah jam, tetapi anda boleh bermimpi dikejar raksasa selama berjam-jam. Bagaimana boleh jadi begitu? Kerana, tiada yang pelik mengenai masa, kerana masa hanyalah sebuah pemahaman. Jika anda faham silap, maka dengan itulah anda akan menjadi pelik. Seorang sahabat pernah bertanya kepada saya, bolehkah kita mengundurkan masa? Mungkin dia mengharapkan saya kata "boleh" kerana dengan saya pernah berkata, dengan menggunakan kuasa minda, kita boleh melawan segala hukum fizik yang telah memperbodohkan kita. Tetapi ingin saya tegaskan di sini, "masa tidak boleh diundurkan". Anda boleh kaji filem "Matrix" jika anda ingin memahami tentang hakikat sebenar dunia ini. Dalam filem tersebut, watak-watak tersebut dikatakan mampu memahami hakikat sebenar dunia ini dan boleh memanipulasinya. Ada yang boleh terbang melawan graviti, menjadi kuat, lompat tinggi dan lain-lain yang telah mengenepikan hukum fizik. Tetapi ada tak babak dalam filem tersebut yang menunjukkan mereka memanipulasi masa? Tidak. Kerana.............. masa tidak boleh dimanipulasi. Masa tidak boleh dipendekkan atau dilambatkan. Masa tidak boleh dikebelakangkan dan tidak boleh dikehadapankan. Kerana anda tidak faham mengenai hakikat masa, kerana itu anda selalu terfikir, bolehkah masa dimanipulasi. Pernahkah Allah memanipulasi masa? Tidak. Salah satu firman ALlah ada menyebutkan bahawa ajal maut tidak boleh dilambatkan atau dicepatkan. Faham ayat ini? Hmmm, kita pergi kepada contoh ayat lain. Kita lihat bagaimana Allah menceritakan tentang Ashabul Kahfi, kisah tujuh pemuda yang ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. Pernahkah anda berfikir, kenapa Allah tidurkan pemuda itu di dalam gua sebegitu lama? Kenapa Allah tidak hantarkan sahaja mereka itu terus ke masa hadapan? Jawapannya ada pada firman Allah dalam surah Fatir yang menyebutkan bahawa"tidaklah sesekali kamu akan mendapati sebarang perubahan pada sunnatullah". Ianya mengenai sunnatullah mengenai masa, bahawasanya masa itu tidak boleh diubah dan dimanipulasi sesuka hati kerana masa perlulah dibiarkan berjalan. Satu lagi contoh dalam Al-Quran mengenai seorang lelaki dari bani Israel, Uzair (ada yang mengatakan beliau seorang Nabi) juga mengalami peristiwa yang sama. Beliau telah dimatikan kemudian dihidupkan semula sehingga dia melihat keldainya tadi telah tinggal rangka sahaja sedangkan sebelum dia dimatikan, keldainya masih sihat walafiat. Anda faham tentang hakikat "masa" sekarang? Anda dapat lihat daripada Al-Quran bagaimana jika Allah ingin menghantar seseorang ke masa hadapan, Allah tidak akan mempercepatkan masa, tetapi Allah akan matikannya terlebih dahulu kemudian dihidupkan kembali di masa hadapan. Dan untuk kembali ke masa silam, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah manusia dan sudah pastinya, kita tidak akan dapat kembali ke masa silam. Lihat juga contoh kedatangan Nabi Isa yang sedang ditunggu-tunggu sekarang. Kenapa Nabi Isa perlu diangkat ke langit terlebih dahulu? Kenapa tidak dihantar terus ke masa hadapan? Ini kerana masa hadapan belum wujud. Dan kita sesekali tidak akan mampu melangkah masa kerana masa hadapan belum wujud. Sedangkan masa yang silam pula sudah pupus dan tidak akan wujud. Kesimpulannya, apa itu masa? Tiada siapa pun sebenarnya dapat menerangkan apa itu masa. Dan surah Al-'Asr sekalipun, ada sebahagian tafsiran yang mengatakan bahawa Al-'Asr yang disebutkan dalam Al-Quran itu bukan lah merujuk kepada makna masa, tetapi waktu Asar. Ini kerana orang Arab Jahiliyah dahulu suka menggunakan waktu selepas asar mereka sebagai waktu untuk berborak-borak mengenai kehebatan diri sendiri yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Kerana itulah selepas itu mengatakan bahawa manusia itu dalam kerugian, kerana perbuatan orang Kafir Quraisy itu hanyalah sia-sia dan merugikan kerana hanya membawa kepada pergaduhan. Wallahu A'lam. Apa itu masa? Wujud kah masa? Masa sebenarnya hanya satu tempoh, yang menjadikan perkara lain sebagai sandaran pengukurannya. Sebagai contoh, untuk melambangkan kepantasan sesuatu kejadian orang akan mengatakan "ianya berlaku sekelip mata". Ini menunjukkan bahawa sesuatu kejadian itu berlaku dalam satu tempoh yang menyamai kepantasan kelipan mata. Sama juga seperti jika katakan "tempoh perjalanan dari Malaysia ke Amerika mengambil masa sehari untuk sampai". Maknanya kita mengatakan bahawa tempoh kita untuk sampai ke Amerika adalah sama dengan tempoh yang diambil untuk bumi melengkapkan satu putarannya. Kerana itulah, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah, ketika dipenghujung kehidupan nanti, manusia akan merasakan bahawa mereka seolah-olah hanya hidup beberapa jam sahaja, sepanjang waktu isya atau sependek waktu dhuha. Sebagaimana selepas kita terjaga dari mimpi, walaupun ketika berada di dalam mimpi kita berasa bahawa masanya bergerak begitu lama, tetapi apabila kita terjaga, kita akan rasa seolah-olah mimpi kita itu hanya beberapa saat! --------------------------------------------------------------- Terima kasih kerana sudi membaca penerangan yang tak seberapa ini. Ada banyak lagi persoalan-persoalan yang saya tidak sempat sentuh, seperti persoalan takdir yang akan menghancurkan teori "probability" dalam matematik dan lain-lain. Apa yang saya ingin tegaskan di sini, kehidupan di dunia ini hanyalah ilusi. Apa yang kita lihat, tidak wujud dan tidak pernah wujud pun, termasuklah tangan-tangan anda sendiri! Masa juga tidak wujud dan tidak pernah wujud. Jika begitu, apakah yang benar-benar wujud? Inilah persoalan yang menyebabkan saintis-saintis menjadi gila memikirkannya. Syukurlah Allah telah memberikan jawapan kepada kita bahwa Allah lah sebenarnya yang benar-benar wujud. Allah juga telah memberitahu kita bahawa Syurga dan Neraka itulah yang benar-benar wujud. Pokok di syurga adalah pokok sebenar, sebaliknya pokok di dunia hanyalah hasil gabungan atom-atom kecil yang membentuk sesuatu yang bernama "pokok". Kita telah diprogramkan oleh Allah supaya rasa apa yang kita rasa sekarang dan lihat apa yang kita lihat sekarang, walaupun hakikatnya benda yang kita lihat itu semua tidak wujud, sebagaimana Tarzan dalam game yang menyangka persekitaran dalam game itu benar-benar wujud. Kita telah diprogramkan dengan sifat-sifat seperti berat, masa, warna, bunyi, keras, sejuk, sakit dan lain-lain sehingga kita tertipu dengan kesempurnaan ilusi ciptaan Allah. Wallau A'lam.. | ::: | Ketogori Utama
Apesal.com
|
Saturday, September 17, 2011
Kesempurnaan ilusi Tuhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment