Thursday, July 26, 2012

PERJUANGAN BELUM SELESAI 5 : ULAMA


Hadis turut menyarankan pengasingan diri bagi membela agama Allah. Hadis diriwayatkan Hudhayfah ibn al-Yaman  menjelaskan 5 zaman telah kita lalui:

1. Zaman Jahilliyah
2. Zaman bidaah
3. Zaman ulama memanggil kita masuk ke neraka
4. Zaman institusi Khalifah dan Jemaah
5. Zaman kejatuhan institusi Khalifah dan Jemaah (mengasingkan diri)

Institusi Khalifah dan Jemaah telah tiada hampir 100 tahun lepas (1924). Oleh itu, zaman ulama mengeluarkan pernyataan palsu telah berlalu. Sebahagian ulama hari ini hanyalah warisan ulama dahulu yang gemar menghalalkan apa diharamkan Allah.

Hakikat sebahagian ulama berani menghalalkan riba bukan satu yang pelik. Ini kerana Rasulullah telah memberi amaran dan banyak hadis menyokong situasi sekarang ini. Ianya bukan sesuatu yang pelik kerana telah lama dinyatakan dalam Al-Quran. Ianya bukan lagi permainan baru, tetapi permainan ketinggalan zaman dan tidak laku. Ianya permainan lapuk, sepertimana manusia mengaku dirinya tuhan atau nabi, sama seperti dilakukan Firaun beribu-ribu tahun dahulu. Ianya sama seperti dilakukan Sai Ram atau Ayah Pin.
Namun itu, manusia terus menerus terperdaya dengan permainan lapuk ini kerana tidak membaca Al-Quran, tetapi menjampi (membaca bermaksud memahami dan mengamal maksudnya, jampi bagi yang membaca, tidak memahami maksudnya atau tidak mengamalkannya).

Kita hidup di zaman yang mana sebahagian ulama sejati tersangat kurang dan sebahagian besar ulama menjadi ulama jahat. Oleh itu langkah mesti diambil mengenal pasti ulama sejati dan ulama jahat. Dari aspek ini, Said Hawwa dalam kitabnya ‘al-Assasu fi-Tafsir (1985) mengupas pendapat Ibnu Mas’ud dan menyatakan ulama bukanlah sekadar yang mempunyai banyak ilmu tetapi juga orang yang banyak ‘khasyyah’ (takut dan cinta yang tinggi) kepada Allah”. Mereka menjadi pemimpin umat menegakkan agama Allah dan sanggup mengatakan perkara yang hak; Siapa Para Ulama?, Ciri-ciri Ulama
 
Persoalannya ialah adakah ulama jahat wujud? Apakah itu ciri ulama jahat? Bilakah zaman ulama jahat berleluasa? Ya! ulama jahat wujud dan zaman mereka wujud bermula apabila orang Islam mempunyai masjid yang tersergam indah.

Kita hidup di zaman masjid tersergam indah
Kita hidup di zaman masjid tersergam indah
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; “…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…”. (HR al-Baihaqi)
Fitnah (perdayaan) pada zaman Dajjal
Fitnah (perdayaan)  zaman Dajjal
Rasulullah SAW menyatakan ulama jahat wujud di zaman masjid-masjid tersergam indah, dan mereka sejahat-sejahat makhluk yang wujud di bawah naungan langit. Zaman kita adalah zaman masjid tersergam indah, maka sebahagian ulama hari ini sejahat-jahat makluk yang berada di bawah naungan langit.
Mereka memperdaya kelihatan beriman sesuai dengan zaman Dajjal sebagai zaman fitnah (perdayaan). Mereka ini Islam di luar tetapi sepenuh hati beriman dengan agama Lucifer (Iblis). Akibatnya Allah memperdaya mereka (“kepada mereka fitnah ini akan kembali hingga nafas terakhir“), dan menyesatkan kita kerana menyanggung ulama jahat dalam perkara maksiat.
Islam 23
Kebenaran dan perdayaan zaman Dajjal
Selainnya, Rasulullah SAW menggelarkan ulama sebegini Pemimpin Jahil. Rasulullah menyebut dalam beberapa hadisnya bahawa ada orang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-hadis tetapi mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil.
Inilah dikatakan ulama menyeleweng (ulama syirar, as-syin, fasik). Mereka ini ulama berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi diam-diam, dan malahan secara terbuka,  bertuhankan nafsu dan mengejar keduniaan.

Rasulullah bersabda: “…Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: “mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?” Dia menjawab: “Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya…” (HR Bukhari dan Muslim)

Ciri mengenali ulama jahat ialah mereka menyokong sistem kapitalis dan Knights Templar, menghalalkan riba melalui perbankan Islam. Ulama jahat turut mengetuai sistem Knights Templar dan mengamalkan riba pinjaman kenderaan, pinjaman rumah, pinjaman pelajaran, dan menyimpan wang di bank kafir. Mereka membuat pelaburan perniagaan di syarikat membuat pinjaman riba. Ulama jahat takut kemiskinan, tidak pernah kelaparan, makan kenyang dan hidup sangat selesa, jauh berbeza dengan cara hidup Rasulullah SAW dan para sahabat yang lapar sehingga mengikat batu di perut (kerana bersedekah); Mengejar Dunia dengan Amalan Akhirat adalah Kesyirikan, Jangan Berebut Jabatan Bertameng Al-Qur`an
Maksudnya: “…Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada hartabenda dan diri kamu…”; al-Quran: ali-Imran:185-186

Ulama jahat dikuasai nafsu memiliki rumah dan kenderaan mewah supaya tidak dihina masyarakat dan kelihatan berjaya. Mereka berjuang untuk pangkat dan pujian, dan bangga dengan Islam Sekular.  Mereka melabelkan Islam dan membawa pengertian Islam baru.

Objektif mereka enggan kelihatan miskin dan mahu kelihatan berjaya serta mengikuti arus kemajuan Yahudi dan Kristian. Mereka hendakkan kemuliaan di sisi kafir dan menendang kemuliaan di sisi Allah SWT. Mereka bertuhankan nafsu dan beriman dengan ayat Al-Quran dan Hadis yang boleh memenuhi keperluan nafsu untuk mulia di sisi manusia.

Maksudnya: “…Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak mahu beringat dan insaf? …”; al-Quran: al-Jaathiyah:23

Oleh itu dan bagi menutupi kejahatan dan mencapai matlamat nafsu pangkat dan kekayaan, mereka halalkan riba dengan ekonomi kapitalisma. Mereka menyokong konsep kekayaan dipusatkan beberapa individu dan mengakibatkan kematian jutaan saudara Islam dan kanak-kanak. Mereka hidup mewah sedangkan masyarakat Islam menangis-menangis, sengsara dan menderita.


Dalam pada itu ada juga yang cuai mengeluarkan fatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka ini Pemimpin Jahil. Ini kerana ulama sejati tidak mengeluarkan fatwa tanpa ilmu pengetahuan. Rasulullah SAW bersabda ulama jahat berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “…Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama (ulama sejati). Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain…” (HR Muslim)

Rasulullah SAW tidak menggelarkan mereka ulama tetapi  Pemimpin Jahil. Ini kerana hadis merujuk “ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin“, dan “pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa”.

Masyarakat tidak memahamkan pemimpin mengeluarkan fatwa, dan fatwa dikeluarkan mereka dikenali sebagai ulama. Oleh itu hadis merujuk sebahagian ulama hari ini, dan mereka bukan dalam kategori ulama, tetapi Pemimpin Jahil. Ini tidak pelik kerana banyak ulama, imam dan ustaz hari ini menceburi politik untuk menjadi Pemimpin.

Ciri asas mengenali mereka ialah mereka bijak agama tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu. Maksud ilmu di sini merujuk pengetahuan kesemua ilmu berkaitan fatwa dikeluarkan, termasuk sejarah, ekonomi, perbankan dan berkaitan kewangan.

Mereka ini produk negara bersifat sekular yang memisahkan ilmu agama dan ilmu kehidupan dunia. Oleh itu dan apabila mereka mengeluarkan fatwa berkaitan riba, mereka tiada ilmu sejarah, ekonomi, perbankan dan berkaitan kewangan. Sekiranya mereka merujuk kepada pakar, maka mereka mendapatkan pakar sama keadaannya seperti mereka atau berpendidikan sekular dan tidak memahami sistem ekonomi Islam.
Ada juga lainnya merasa tertekan mendapatkan rasional munasabah agar Islam menjadi sempurna dengan tafsiran ekonomi hari ini. Ini seumpama mendapatkan jawapan bagaimana membersihkan diri ditengah-tengah lubang najis. Mereka tidak mendapatkan penyelesaiannya.

Keadaan lain ialah ulama sejati dipinggirkan dan hidup dalam keadaan terpencil. Mereka ini mengigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi geraham mereka, dan tidak mencampur-adukkan keimanan dengan kezaliman. Mereka inilah ulama yang sejati dan sentiasa diberi hidayah untuk menyelamatkan kita dari fitnah Dajjal. Ulama sebegini mesti didampingi dan dihormati dengan sebaik-baiknya.

Perbankan Islam

Kini kita lihat kembali perbuatan sebilangan ulama menghalalkan bank islam dan transaksi riba, sistem dari acuan sistem wang, sistem bank dan sistem bank pusat Knights Templar.  Hakikat sebenar wang kertas atau Bank Note adalah Promissory Note. Ya!! wang kertas atau nota bank adalah hakikatnya kertas hutang, sama seperti Perjanjian Pinjaman anda.

A banknote (often known as a bill, paper money or simply a note) is a kind of negotiable instrument, a promissory note made by a bank payable to the bearer on demand, used as money, and in many jurisdictions is legal tender; Definition of Bank Note.


Secara umumnya USD9 dollar zaman dahulu mewakili nilai emas bersamaan USD1 dollar (pada zaman dahulu wang kertas telah menjadi riba kerana menggandakan USD9 wang kertas (90%) dari nilai emas sebenar USD1.  Apakan pula hari ini? Super Duper Riba!). Wang kertas dahulu adalah resit atau seumpama cek hari ini, iaitu sekadar kertas mewakili wang emas sebenar dalam simpanan bank; Money as Debt


Pada hari ini, wang kertas tidak  mewakili emas, tetapi mewakili kurang daripada 1% dari jumlah keseluruhan aset dan liabiliti dalam rekod bank (BNM Statutory Reserve Requirement (SRR) 4.1 Effective 1 March 2009, the statutory reserve institutions is 1% of eligible liabilities, dan  The Eligible Liabilities base consists of ringgit denominated deposits and non-deposit liabilities, net of interbank assets and placements with Bank Negara Malaysia). Kadar dan sistem sama turut terpakai kepada perbankan Islam (2.1. This requirement applies to… Islamic banks licensed under the Islamic Banking Act 1983)


Oleh itu wang kertas hari ini tidak berasaskan emas tetapi berasaskan “Eligible Liabilies” (EL). Sekiranya aset dan liabiliti dalam rekod bank berjumlah $1 juta, maka bank berupaya mencipta wang baru untuk dipinjamkan (atas angin) bersamaan 99% atau $99 juta. Sekiranya $100 juta, bank boleh mencipta wang baru bersamaan $10 billion, dan seterusnya. Ini bukan wang kertas mengalir dalam ekonomi (money of exchange), tetapi wang di dalam sistem (money of account).


Di dalam kertas jawapan Institut Bank-Bank Malaysia DP01: Monetary Economics and the Malaysian Financial System – 6 October 2003 mukasurat 9,  dan bagi jawapan bagi soalan “..Briefly explain two factors that determine the level of money supply in the Malaysian economy..”, Institut Bank-Bank Malaysia  menjawab ciptaan wang yang bergantung kepada pinjaman (hutang):

(b) Factors that determined the level of money supply (choose two):

- Net Government Operations
Financing of the Government’s overall deficit by the banking system will have the overall same effect as the banking system’s loan to the non-bank private sector. There is no difference between these two operations – both of them work through bank reserves to inject greater liquidity into the private sector. The expansionary and contractionary impact on money supply arising from the bank financing of the Government expenditure will be reflected in the average difference over time between the level of Government deposits with the banking system (i.e. the Government lending to the system) and the holdings of Government debt by the banking system, mainly in the Government papers (that is bank lending to the Government). If on average, Government deposits with the banking system is larger than the holding of Government debt by the banking system, then the public sector’s financial operations have imparted a contractionary impact on money supply and vice versa.
- Bank Credit to Private Sector
Loans by the banking system to the private sector are major source of liquidity. Every loan will create a deposit and therefore, expand money supply. The limit tend credit to which banks may extend credit will depend on the size of the statutory reserves at the Central Bank. In the Malaysian economy over the past years, credit to private sector has always been expansionary and has even exceeded that of money supply (M3). On the other hand, a restrictive monetary policy will slow down lending to the private sector.



Sistem ini adalah perdayaan dan sebab utama kekayaan bank. Bank adalah parasit yang pada awalnya tidak memiliki aset bernilai berupaya menjadi pemilik semua aset-aset rumah dan kenderaan melalui cagaran dan penyerahakkan (assignment). Bank memiliki barangan dagang, saham, akaun bank dsbnya.
Keringat rakyat diperah untuk membayar kembali, dan perdayaan hutang mengakibatkan pergaduhan, perceraian, bunuh diri dan jenayah. Atas alasan ini kita dapat melihat bangunan bank adalah paling terbesar dan membuat keuntungunan ratusan billion atau trillion. Kekayaan secara menipu dan lebih teruk daripada along (kerana sekurangya along meminjamkan wang kertas dari pencariannya)

Persoalan sampingan ialah adakah kerajaan mengetahuinya? Sudah tentu tetapi mereka mendiamkan diri kerana ini di antara lubang mereka mencari makan. Cuba fikirkan, apakah alasan pemimpin meminta bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi jatuh? Ini membuktikan kerajaan mengetahui wang kertas wujud dari hutang. Mereka mengetahui wang adalah hutang, dan hutang adalah wang. Jika tiada hutang maka tiada wang dalam ekonomi! Oleh itu dan bagi mengatasi masalah kejatuhan ekonomi, hutang perlu dibanyakkan agar banyak wang baru dicipta dan mengalir dalam aliran ekonomi. Ini membuktikan kerajaan kita adalah hamba kesayangan Knights Templar; Confessions of an Economic Hit Man.

Kerana itu juga negara kita mempunyai hubungan baik dengan Amerika, banyak pelabur barat di Malaysia dan Proton berupaya membeli Lotus. Mereka mencacai kekejaman Yahudi dan Kristian di luar (kerana dibenarkan Knights Templar atas nama strategi dan perancangan) dan pada masa  bersaudara dibelakang pentas kehidupan.

Selanjutnya dan sekira kita mencipta wang sebegini, maka kita dipenjarakan. Sebaliknya bank perdagangan dibenarkan mengamalkan jenayah ini tanpa mengikut undang-undang. Adakah mana-mana undang-undang atau Memorandum of Association (MOA) membenarkan bank perdagangan mencipta wang?

Tidak dan ini jenayah! Terdapat kes-kes mahkamah yang membuktikan perdayaan ini. Di antaranya kes First National Bank of Montgomery v. Jerome Daly (1969). Namun itu dan seperti biasa, kes tersebut lenyap kerana penguasaan Knights Templar. Kes terkini dan masih berjalan adalah di Kanada. Rakyat Kanada yang menjadi peminjam memfailkan saman ke atas bank dan mendakwa penipuan bank.  Sila rujuk The People vs. The Banks:
“…John Ruiz Dempsey BSCr, LL.B, a criminologist and forensic litigation specialist filed a class action suit on behalf of the People of Canada alleging that financial institutions are engaged in illegal creation of money. The complaint filed Friday April 15, 2005 in the Supreme Court of British Columbia at New Westminster, alleges that all financial institutions who are in the business of lending money have engaged in a deliberate scheme to defraud the borrowers by lending non-existent money which are illegally created by the financial institutions out of “thin air.” Dempsey claims that creation of money out of nothing is ultra vires these defendants’ charter or granted corporate power and therefore void and all monies loaned under false pretence contravenes the Criminal Code. The suit which is the first of its kind ever filed in Canada which could involve millions of Canadians alleges that the contracts entered into between the People (“the borrowers”) and the financial institutions were void or voidable and have no force and effect due to anticipated breach and for non-disclosure of material facts…”; Statement of Claim

(Bilakah lagi kita akan mengambil tindakan sama dan menghapuskan kesemua riba bank?)

Berdasarkan fakta, perbankan Islam tidak meminjamkan wang tetapi mencipta wang melalui Fractional Reserve System, atau di Malaysia dikenali Statutory Reserve System (Modern Money Mechanics). Sistem ini adalah perdayaan, yang mana bank perdagangan meletakkan rizab dari deposit pelanggan untuk membolehkan mereka mencipta wang baru, iaitu wang pinjaman. Oleh itu apakah jawapan sebahagian ulama hari ini yang menghalalkan transaksi bank islam di bawah:—
(a) Wang  kertas dahulu Promissory Note untuk ditukarkan wang emas. Promissory Note hari ini tidak berdasarkan emas, tetapi berdasarkan “Eligible Liabilities”. Oleh itu wang sebenar tidak pernah wujud, dan wang kertas menjadi akujanji membayar hutang tidak terbayar selamanya. Oleh itu bagaimana “janji kosong“mempunyai nilai dan menghalalkan transaksi perbankan Islam?
(b) Adakah Promissory Note membayar hutang halal digunakan sebagai wang, atau sebagai wang perantaraan dalam perjanjian pinjaman? Begitu juga sebaliknya, adakah halal bagi bank meminjamkan wang kertas Promissory Note kepada Peminjam, dan kemudiannya dibelanjakan Peminjam serta mengalir dalam ekonomi? Bukankah perjanjian pinjaman di dalam Islam terhad kepada akad dua pihak langsung dan tidak bertukar tangan di dalam aliran ekonomi tanpa had?
(c) Bagaimana wang fiat yang memperolehi nilai melalui paksaan undang-undang legal tender boleh bernilai dan halal di sisi Islam? Hakikatnya wang kertas tetap kertas tidak bernilai, dan Islam tidak mengiktiraf paksaan.  Oleh itu, apakah rasional ulama membenarkan kertas tidak bernilai menjadi bernilai dan halal melalui paksaan undang-undang? Adakah nilai di dalam Islam boleh diwujudkan berasaskan paksaan undang-undang?
(d) Bagaimana wang kertas yang mana haram dan riba, boleh menghalalkan transaksi pinjaman atau jual-beli dalam perbankan Islam? Bagaimana halal boleh wujud dari haram? Jika ini benar, maka air mineral dicampur arak jernih juga boleh menjadi halal kerana warnanya masih putih seperti air mineral.
(e) Sekiranya undang-undang menyatakan wang kertas Promissory  Note adalah wang sah, maka itu Perjanjian Pinjaman ditandatangani Peminjam juga adalah Promissory Note, sama seperti Promissory Note wang kertas. Dalam erti kata lainnya, Perjanjian Pinjaman ditandatangani Peminjam adalah wang!!
Oleh itu, apakah wang dipinjamkan bank apabila kedua pihak bertukar perjanjian pinjaman yang sama nilainya? Kenapa Peminjam perlu membayar tambahan Promissory Note (wang kertas) apabila beliau menyerahkan Promissory Note (Perjanjian Pinjaman) dengan jumlah bersamaan Promissory Note (wang kertas)? Peminjam malahan diperdaya mencagarkan asetnya.
(f) Bagaimana transaksi Bai-Bithaman Ajil atau lainnya menjadi halal apabila bank tiada wang memasuki perjanjian, tetapi semata-mata mencipta wang selepas pelanggan menandatangani perjanjian? Bank sekadar mencipta wang dengan merekodkan di komputer. Bukankah ini perdayaan? Bagaimana transaksi perbankan Islam menjadi halal dari perdayaan? Bukankah dalam Islam kedua-dua pihak mesti mempunyai barangan bernilai sebenar untuk memasuki perjanjian?
(g) Bagaimana ulama mengatakan halal untuk bank memeras keringat dan melelong harta apabila tiada bayaran kembali? Peminjam pihak tunggal menawarkan aset dan mencagarkan keringatnya, manakala bank tidak pernah mengalami kerugian apabila tiada bayaran kembali. Ini kerana Bank tidak meminjamkan wang tetapi mencipta wang, dan bank tidak perlu membayar kepada Bank Negara kerana mereka tidak meminjam wang daripada Bank Negara. Mereka mencipta wang dalam sistem komputer setelah perjanjian ditandatangani. Jika benar bank dikehendaki membayar Bank Negara, maka sedah tentu ekonomi tidak berkembang kerana tiada pertambahan wang dalam ekonomi; Modern Money Mechanics
Terdapat juga fahaman menghalkan perbankan Islam kerana percaya wang kertas kerana semata-mata medium of exchange. Medium of exchange pihak penjual atas balasan kehilangan barangan jualan, dan medium of exchange peminjam/pembeli ialah keringatnya membayar kembali hutang dan cagaran. Persoalannya apakah medium of exchange bagi pihak bank? Ini kerana mereka sekadar mencipta wang atas angin, tetapi mendapat kembali wang atas keringat peminjam dan aset cagaran. Persoalannya ialah apakah yang ditawarkan oleh bank sebagai pertukaran (exchange) untuk ditukarkan dengan keringat peminjam dan aset cagaran? Bank mencipta wang, dan bukan meminjamkan wang. Oleh itu adakah ini halal apabila bank tidak mengeluarkan sebarang barangan bernilai?
(h) Bagaimana pinjaman RM100,000, yang mana selepas 20 tahun menyusut  jatuh RM70,000 boleh menjadi halal? Selepas 40 tahun menyusut kepada RM50,000 dan selepas 80 tahun menyusut kepada beberapa ribu ringgit sahaja.  Bukankah ini pengurangan nilai secara penganiayaan dan tidak adil?
(i) Bagi mengatasi masalah kejatuhan nilai wang mengikut situasi (h) di atas, ulama membenarkan riba RM300,000 bagi pinjaman RM100k yang dibayar selama 30 tahun. Persoalannya, jumlah wang dicipta bank melalui perjanjian pinjaman setakat RM100k. Bank tidak mencipta riba RM300k. Oleh itu, dari mana peminjam akan mendapatkan tambahan RM300k sekiranya aliran wang dicipta dalam ekonomi hanya RM100k. Bagi menampung kekurangan RM300k, bank terpaksa memberi pinjaman baru berjumlah RM300k. Namun itu, kini ekonomi tidak mempunyai wang untuk membayar pinjaman dan riba yang baru dalam ekonomi dan terpaksa berterusan mewujudkan hutang yang lebih besar. Ini juga bermaksud kebankrapan adalah satu yang pasti, dan hanya permainan masa semata-mata.
Bagi memudahkan pemahaman,  kita andaikan dalam bentuk emas. Andaikan keseluruhan emas dunia berjaya ditemui hanyalah 1 juta kilo. Bank meminjamkan 1 juta kilo emas dengan faedah 3 juta kilo emas. Oleh itu dan memandangkan tiada lagi emas boleh ditemui, dari manakah peminjam berupaya mencari tambahan 3 juta kilo emas?
Jika peminjam berjaya kumpulkan semua emas dalam aliran ekonomi, peminjam hanya berjaya mengumpulkan 1 juta kilo emas dan sekadar mampu membayar hutang asal. Oleh itu bank akan memfailkan saman dan merampas harta cagaran bernilai 1 juta kilo emas.

Ini menunjukkan bank memperolehi kembali 1 juta kilo emas dari aliran ekonomi, 1 juta kilo emas daripada nilai harta, dan peminjam masih juga berhutang 2 juta kilo emas kepada bank dan menjadi hamba bank. Perhambaan ini adalah sebab utama Allah melarang riba!!

Sistem inilah yang menundukkan negara melalui hutang, dan menawarkan pemimpin rasuah berbillion, Roll Over Programme (ROP) dan (PPP) dan tanggungan perbelanjaan pilihanraya. (Tidak munasabah pemimpin mendapatkan duit dari projek semata-mata, iaitu kaedah paling tidak popular kerana membangkitkan kemarahan rakyat. Lihat sahaja penaja pilihanraya di USA, dan kepentingan mereka menaja).

Kembali kepada perbincangan awal, sistem inilah didakwa ulama sebagai halal. Ianya juga sistem perdayaan dan perhambaan yang berfungsi sebagai tiang menggerakkan ekonomi kapitalis, dan mengakibatkan penindasan, perhambaan, peperangan, kekejaman dan penderitaan masyarakat sedunia demi mewujudkan barangan dan perkhidmatan termurah dan terbaik. Fakta membuktikan dakwaan perbankan Islam hari ini halal adalah palsu dan tidak benar. Terdapat sebahagian ulama membuat dusta terhadap keterangan Allah, dan menjadi penyumbang besar kepada penderitaan dan kematian masyarakat seluruh dunia.

Sekiranya mereka masih tidak bertaubat dengan memperbetulkan kesemua kemungkaran akibat perbuatan mereka, tidak berusaha mendedahkan dan memusnahkan sistem bank yang beroperasi akibat tindakan mereka, maka sedarlah, satu hari nanti mereka akan dihadapkan di Mahkamah lainnya. Mereka mungkin terlepas di Mahkamah dunia dan membolot kesemua pangkat, kuasa dan kekayaan, tetapi tidak di akhirat. Pada masa itu tiada jalan kembali dan yang bersalah dimasukkan ke neraka selama-lamanya.

No comments: