Monday, May 5, 2014

6 Jahanam : Kebangkitan Dari Timur Mengikut Jadual Tuhan Dalam Era Kasih

Kini sudah memasuki 503 tahun masa kita mula di jajah yang bermula pada tahun 1511 Empayar Melaka telah berjaya di tawan oleh Portugis. Usaha-usaha pihak musuh ini semenjak sekian lama di buat kerana mereka amat tahu tentang Jadual Tuhan ini.

Selepas kemerdekaan 31 Ogos 1957,bukan beerti kita dah merdeka. Bukan mudah untuk membangunkan modal insan kerana sudah sekian lamanya kita orang-orang Melayu telah di jajah dan ramai yang telah lupa jati diri. Segala puji-pujian untuk Allah S.W.T yang telah memberi RahmatNya dan NikmatNya pada semua di Bumi bertuah ini.

Selepas kemerdekaan kita Bangsa Melayu mula di perkenalkan satu sistem yang telah di sediakan oleh pihak penjajah ini melibatkan Sistem Kebudayaan, Pendidikan, Politik, Pemerintahan dan pelbagai lagi. Sihir Kaballah yang ditukarkan ke dalam sistem kehidupan, tanpa di sedari rupa-rupanya begitu halus sihir yang mereka gunakan. Walaupun begitu sekali perancangan dan usaha mereka untuk menghalang kebangkitan dari Bumi Bertuah ini tetapi rupa-rupanya segala perancangan mereka dalam Pengetahuan Allah.

Berikut adalah secebis perkongsian bagaimana "BILA RUMI MENARI" tanpa mereka sedari betapa Bijaksananya Bangsa Melayu ini hadapi mereka dari dulu hingga kini akhirnya bila tiba masanya orang-orang Melayu semua kembali kepada Islam dalam semua aspek kehidupan maka tibalah masa yang di janjikan dalam Jadual Tuhan.

Kerja kita ialah mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan takwa, membebaskan diri dari penyakit cinta dunia, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari  berbilang bangsa dan ugama. Malaysia atas nama Islam bukan sahaja  umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama  lain sebagaimana yang telah berlaku 
pada kebangkitan Islam kali  pertama.

Menyampaikan Strategi Musuh Melalui Lagu dan Filem secara Bijaksana

1.  Lagu Bangau oh bangau mula diperkenalkan untuk kanak-kanak selepas kemerdekaan tersurat satu pengajaran besar ertinya berhubung dengan hubungan sesama manusia.  Tersirat di sebalik lagu ini ialah peri pentingnya Erti Kasih Sayang dan bila meningkat remaja maka menjadi kekuatan pada mereka yang bakal warisi bumi bertuah ini.

Saat kini adalah Islam akan menang dan tak kan kalah lagi dalam jadual Tuhan.  Di saat para Pemuda bakal teraju kepimpinan negara ini maka mudah untuk mereka mengikut kerana dari kecil hingga dewasa dapat saksikan sendiri bagaimana kesannya melanda bila dalam urusan kehidupan sampai peringkat negara tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah.  Allah Yang Maha Berkuasa menundukkan sekelian makhluk dan hanya kepadaNya kita sujud dan kepadaNya kita memohon pertolongan.

Kini tiba masanya dalam era Kasih Sayang ,

1 Malaysia

Kerja kita ialah mengusahakan agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan takwa, membebaskan diri dari penyakit cinta dunia, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu pada Allah dan Rasul automatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari  berbilang bangsa dan ugama. Malaysia atas nama Islam bukan sahaja  umat Islam menjadi kuat bahkan dapat menaungi penganut ugama-ugama  lain sebagaimana yang telah berlaku 
pada kebangkitan Islam kali  pertama.

Perjuangan yang paling besar ialah memperjuangkan Tuhan.

Memperjuangkan Tuhan mengatasi perjuangan kerana bangsa, ekonomi, ideologi dan agama. Jangan perjuangkan syariat Islam tetapi perjuangkanlah Tuhan. Kalau perjuangkan syariat, Tuhan akan tertinggal. Mula-mula perjuangkan Tuhan supaya hidup mati kerana Tuhan. Bila kita perjuangkan Tuhan, syariat akan ikut sama. Bila Tuhan disembah dan ditakuti, inilah perjuangan Abuya, yang diwarisi dari perjuangan Nabi Junjungan kita Muhammad SAW.

UMNO, PAS dan KEADILAN adalah sebagai alat dalam perjuangan. Janganlah kita hanyut dalam alat itu.  Matlamat kita semua adalah sama.Jangan jadikan alat itu sebagai halangan kepada kita untuk mencapai matlamat.

Kemuncak kejayaan besar tercipta ialah dalam PRU 13 bila mana 3 parti politik itu seperti peminta sedekah kepada Bangsa China dan India dan akhir selepas PRU 13 itu berlaku pelbagai suasana yang tidak menyenangkan kita.

Paling hebatnya ialah kejayaan kita orang2 Melayu menjadi Juara kepada perpecahan sesama kita.  Mana jati diri kita orang Melayu yang beragama Islam, inilah kesan sihir yang dijadikan sistem politik membuatkan tanpa disedari para pemimpin semua menjadi Cinta Dunia.  Gara-gara ingin menjadi wakil Rakyat yang dijanjikan gaji lumayan dan harta kekayaan maka akhirnya para pemimpin yang kononnya ingin perjuangkan Islam sebenarnya tarian mereka itu dalam Sangkar Ciptaan Yahudi akhirnya kemuncaknya rakyat semua menjadi saksi kepada lakon layar itu.

Firman Allah maksudnya:

[1]Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2]Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3](Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

(Surah Al-Munafiqun : Ayat 1,2 dan 3)

Anak kecil yang kini sudah dewasa kini yang telah saksikan dan lalui betapa  sayu hatinya melihat semua itu.

Kasih Sayang ....Menulis dan membaca dari lubuk hati yang paling dalam. Semoga Allah memberi petunjuk kebenaran kepada para pemimpin negara dan kepada pemimpin-pemimpin parti politik di Malaysia ini semua agar kembali kepada Pejuangan Yang Besar iaitu Pejuangkan Tuhan.

Apakah para pemimpin parti-parti politik semua tidak sedar bahawa apa yang berlaku kini adalah kerana begitu parahnya penyakit Cinta Dunia yang telah melanda kepada semua.

Demi hanya untuk mengejar menjadi wakil rakyat sehingga pada pemimpin negara maka tanpa kamu sedari sebenarnya Yahudi dan Syaitan telah berjaya dalam misi nya dan akhirnya kini kamu semua menjadi peminta sedekah kepada golongan minoriti.
 Cukup! Cukup!Cukup sampai di sini sahaja.  
3333

No comments: