Perutusan dari Abuya kepada Pemimpin UMNO
16 April 2008
Wahai UMNO!
Kamu sudah berada di hujung perjuangan. Terimalah kenyataan bahawa kamu akan berakhir bila-bila masa dari sekarang. Surat ini meminta kamu meredhai kematianmu dan bersiap sedialah, jangan kecewa.
Patah tumbuh hilang berganti. Penggantimu adalah sesiapa yang sebenarnya yang akan memajukan dan menguatkan Negara ini. Dia jauh lebih baik dari mu, dia mampu menjadikan Melayu dan Malaysia semuanya jadi kuat dan menguatkan. Di tangannya Melayu akan menerajui empayar timur menggantikan empayar barat.
Akan kejadian ini wahai UMNO, kamu tidak bersalah dan sesiapa pun tidak bersalah.Usahlah menyalahkan sesiapa mengenai nasib yang sedang dan bakal menimpamu.
Sudah kukatakan sebelum ini bila kamu melihat ekonomi sesebuah bangsa itu dijatuhkan Tuhan dengan sebab-sebab tertentu, maka tunggulah tidak lama lagi pasti akan digoncangkan kuasa politiknya dan akan jatuh berguguranlah orang-orang politiknya, seperti bergelimpangannya orang kaya kerana kejatuhan kewangan mereka.
Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia!Ini watak dunia yang disifatkan Tuhan sejak azali lagi. Watak itu sedang berulang di bumi kecil Malaysia ke atas etnik Melayu UMNO. Sedangkan dia sudah berwatak demikian kepada seluruh kaum-kaum yang pernah menumpang di muka bumi Tuhan ini. Kaum Ad dan Kaum Tsamud adalah julung-julung kali ditimpa nasib malangitu dengan keadaan yang lebih mengerikan menurut paparan Al Quran. Kita umat Muhammad, Tuhan jatuhkan dengan penuh sopan itu pun adalah untuk diselamatkan sebenarnya.
Wahai UMNO,
Baguslah kalau mahu membaiki diri dan menguatkan kembali. Tapi tidak untuk naik lagi bukan? Kamu tidak mungkin boleh naik lagi. Jangan kamu kira tangan yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi. Tidak UMNO! Tidak!
Kamu hanya sedang diberi masa untuk bertaubat sebenarnya sebelum kamu semua diranapkan seranap-ranapnya. Kuasa Tuhan itu tidak akan mampu dikalahkan. Melainkan kamulah yang akan kalah. Percayalah. Bahawa siapa yang akan selamat hanyalah mereka yang bertaubat.
[10]
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
[11]
Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
[12]
(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
[13]
Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
[14]
Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
[15]
Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
[16]
(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
(Surah Ad-Dukhaan : 10-16)
Sesudah kejatuhan ini wahai UMNO dan sesudah kamu bertaubat, kamu akan menerima hadiah yang istimewa dari nabi mu Muhammad SAW, iaitu kamu akan menjadi muslim yang cintakan Tuhan.
Tuhan juga akan cintakan kamu, lalu kamu akan direzekikan kebahagian dunia dan akhirat. Waktu itu kamu akan berkata terima kasih Tuhan. Kerana menjatuhkan dan menaikkan. Walhal kata-kata seperti itu kamu tidak tahu mengungkapkannya, sebelum ini.
Wahai UMNO,
Perihal Anwar Ibrahim, janganlah kamu salahkan dia. Dia tidak tahu menahu pun akan apa yang bakal dan telah menimpa kamu ini. Dia pun orang yang sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju sebenarnya gelombang-gelombang yang sedang melanda ini. Dia terundang untuk masuk gelanggang semula sesudah jatuh yang seteruk-teruknya.
Dia pun tak tahu siapakah yang memberikan peluang ini semula. Yang membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula setelah terkulai sekian lama. Lalu dia pun mencubalah untuk menggapainya walau pun dia dalam keadaan yang lemah dan lemah sebenarnya.
Ketahuilah wahai UMNO,
sebenarnya tujuan Anwar Ibrahim itu dinaikkan semula kegelanggang pertarungan ialah agar dia tahu, bahawa bukan sahaja dengan Tun Mahathir dia tidak mampu, bahkan dengan Pak Lah yang lemah itu pun dia tak berupaya.
Dia tidak layak sebenarnya. Dia bukan orangnya sebenarnya. Orang yang berlakon dan berpura-pura dengan Tuhan, nescayalah Tuhan akan permain-mainkan dia semahu-mahunya. Nescaya dia akan hancur sehancurnya wahai UMNO. Berdoalah dan bertaubat jugalah untuknya mudah-mudahan Tuhan akan ringankannya.
Wahai UMNO,
Tentang Tuanku Yang diPertuan Agung, kamu janganlah salah faham. Kalau Yahudi tahulah yang dia ialah Agung yang akan merubah Malaysia, nescayalah baginda akan dirosakkan juga Islamnya seperti dirosakkan raja-raja lain.
Tuhan merahsiakannya dari musuh hatta dari keluarganya sekalipun bahawa baginda akan bernasib baik menjadi Raja Muda yang cintakan Tuhan. Hasil dididik di Istana Hinggap sahaja!
Bulan Disember 2016 akan datang menjadi satu bulan yang di tunggu. Malaysia akan mendapat seorang ketua negara atau raja yang baharu, yang terkenal kerana dekatnya beliau dengan Islam dan ajarannya. Namun raja atau sultan sekarang ini cukup berikan gambara bahawa negara kita adalah negara Islam Ahli Sunnah. Permaisuri yang menutup aurat adalah simbol kekuatan Islam raja kita. Inilah jawapan bagi soalan apakah negara kita sebuah negara Islam. Permaisuri juga boleh menjadi model muslimah bagi masyarakat kita. Sayang, kita tidak berikan perhatian kepadanya. Semoga Allah swt memelihara raja dan permaisuri serta rakyatnya.
MALAYSIA BENTENG AHLI SUNNAH, DAN SELAMAT DENGANNYA.Baginda Tuanku, sepertilah rakyat Malaysia yang lain yang ditukar hati dari cinta dunia kepada cinta Islam, mengalami perubahan oleh gelombang dakwah yang melanda. Maka Istana Negara pun berubah watak, dari secular kepada Islam. Bahkan Baginda bercita-cita untuk Islamkan Malaysia, sebenarnya.
Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya dijadikan boneka oleh kuasa politik. Sebelum penjajah raja-raja sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin. Tapi kerajaan beraja sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah.
Lalu oleh Yang di Pertuan Agung yang ini, baginda rasa bertanggungjawab untuk mencatur Negara politik yang sudah teruk! Lalu hiduplah semula kuasa raja. Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia amat-amat memerlukan campur tangan banyak pihak untuk diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.
Wahai UMNO,
Tun Mahathir Muhammad sepatutnya Perdana Menteri Malaysia sampai sekarang. Bukannya Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dia lebih baik dari Pak Lah walaupun mempunyai kekurangan.
Kalau bukanlah oleh dosanya menghancurkan gerakan Islam khususnya Arqam, beliau tidak akan jatuh dari takhtanya. Allah tahu kejujurannya terhadap UMNO. Sepertilah Anwar Ibrahim, tidak jatuh kalau tidak jatuhkan Abuya Asaari Muhammad.
Pak Lah diharapkan oleh Tun Mahathir untuk tidak sampai mengenepikannya, bahkan terus mengharapkan kepimpinannya dibalik tabir. Sebab Pak Lah daya kepimpinannya lemah. Namun kerana dunia wataknya menipu daya, maka kedua-duanya dapat ditipu. Pak Lah seperti lupa diri dan Tun Mahathir pun hilang sabar! Jadilah Malaysia Negara kecintaan mereka sebagai mangsanya.
Politik hakikatnya telah berakhir. Turun dan jatuhnya Tun Mahathir adalah lambang berakhirnya era politik barat di Malaysia. Seorang yang lahirnya telah berjasa selama lebih 22 tahun pada tanah airnya kini semakin sepi, dibiarkan dan jauh daripada perjuangannya. Malah beliaulah yang sedang menjatuhkan sistem yang satu masa dulu dialah pejuangnya, pencintanya, hidup mati untuknya. Tun sepatutnya makin jelas melihat politik bukanlah penyelamat negara. Islam adalah penyelamatnya. Semoga dia diberi kekuatan untuk faham dan turut serta menjayakan kebangkitan Islam di Malaysia.Hancurlah kamu wahai UMNO oleh tangan-tangan yang membangunkannya. Sepertilah runtuhnya patung Stalin di Rusia oleh pejuangnya dan rebahnya kuasa besar barat juga oleh pendokong-pendokong nya. Memanglah begitu sudahnya nasib semua barang yang diciptakan. Hanya kuasa Tuhan yang kekal abadi.
Tun Mahathir cukup sanggup mengambil risiko dengan menghancurkan Arqam sebab dia tahu perihal bahayanya pengaruh Asaari Muhammad terhadap pemerintahannya.
Dan lagilah Tun Mahathir tahu siapa Abuya bilamana jemaah yang dihancurkannya itu, di zaman Pak Lah telah membesar 10 kali lebih dari kekuatan Arqam. Masakan Tun akan biarkan potensi ini, di kala Negara Malaysia yang dicintainya sedang amat memerlukan pembelaan darinya. Lalu Tun yang berjasa ini tentunya ingin mempastikan Pak Lah Badawi itu tidak lagi terus melemahkan Negara, dengan cara menjatuhkan Pak Lah kalau tidak mahu berundur.
Dan percayalah wahai UMNO, bahawa Tun Mahathir tidak akan malu dan takut untuk menyerahkan Negara kepada Abuya. Tun sanggup bertaubat dan menebus dosanya sebelum dia mati. Tun sanggup demi cintanya kepada bangsa dan Negara!
Wahai UMNO,
Entah kenapa pada suatu hari lebih kurang setahun yang lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan telah datang ke rumah saya Asaari Muhammad, semua SB memang di ketahui pro Abuya selepas 10 tahun mengenali saya sepanjang sekatan ISA. Sejak itu kerja JAKIM dan JAIS untuk hancurkan saya tidak lagi di sokong oleh KPN dan SB.
Tahun 1994 ketika saya beritahu bahawa Timbalan PM waktu itu Dato Sri Anwar Ibrahim akan jatuh, mereka sangat marah kepada saya. Tapi sekarang mereka termasuk orang yang akan jatuhkan Anwar dan sangat tidak menyokong Anwar nak jadi PM.
KPN dan SB wahai UMNO sepatutnya menyokong orang politik terhadap Negara secular ini. Tapi kekecewaan terhadap kamu semua membuatkan hati telah berubah kepada Islam. Sementelahan mereka menyaksikan satu kepimpinan yang dilantik Tuhan di Malaysia sudah bersedia dan layak menjadi alternative. Pucuk dicita ulam mendatang. Diwaktu ini kerja-kerja menaikan seseorang dan menjatuhkan seseorang sedang sangat dipastikan. Sungguh KPN dan SB sedang bekerja keras untuk melantik orang Tuhan menjadi PM Malaysia.
Kamu wahai UMNO akan dijatuhkan dan sepatutnya sepertilah mereka, kamu cukup bersedia kembali menerima Tuhan dan Islam. Mengalahlah pula wahai UMNO setelah orang lain semua sanggup mengalah, kepada seseorang yang selama ini sangat-sangat mengalah kepada kamu sambil mendoakan kamu. Abuya sanggup maafkan kamu dan janjikan keselamatan untuk mu.
Wahai UMNO,
Perihal bangsa asing di Malaysia, kenapalah kamu tidak melayannya dengan sebaik-baiknya seperti diajarkan oleh Allah dan Rasul kita? Kamu buatkan mereka pandang rendah kepada kamu dan pada Islam itu. Apa kata Allah dan Rasul agaknya dengan sikap kamu ini?
Orang-orang Cina dan India serta pendatang-pendatang yang lain di Malaysia ini sebenarnya tidak bermaksud jahat pun. Mereka bukannya kafir Harbi yang melawan atau mengajak perang. Mereka ialah kafir zimmi yang mahu terima kerajaan Islam. Penentangan kalau pun ada bukan dari rasa pemusuhan, Cuma rasa tak puas hati dan tidak yakin dengan setengah hal yang kamu lakukan atas nama Islam.
Wahai UMNO,
Terhadap kafir Zimmi nabi kita perintahkan kita membela mereka. Bukannya ajak bertengkar dan bergaduh. Islam tahu melayan apa juga bangsa tetamunya dengan segala kasih sayang dan budi baik. Islam sanggup buatkan orang-orang bukan Islam itu akhirnya jatuh cinta dengan Islam dan tidak lagi sayang untuk mengorbankan agama asal.
Wahai UMNO,
Memanglah atas nama UMNO tiada sebab untuk mereka masuk UMNO, tapi atas nama Islam, percayalah bahawa Allah dan Rasul akan melayan mereka dengan penuh kebijaksanaan sehingga mereka semuanya akhirnya sudi menerima Allah dan Rasul dan sanggup memeluk agama Islam. Percayalah, Allah pasti lakukan untuk mereka.
Akhirnyalah wahai UMNO,
Kenapalah kamu boleh tersilap berfikir tentang hidup ini, walhal setiap hari kita sama-sama menonton kematian-kematian yang menjadi-jadi di depan mata. Seorang Islam sepatutnya sedang memikir-mikirkan kematiannya pula dan bahkan merindui hari kepulangan ke sana. Bukankah kita datang dari sana? Ataukah kamu berfikir mati itu penutup dan mengakhiri segala-galanya?
Tuhan sangat mahukan kita mengenang-ngenangka n alam sana, merindui, menyintainya dan manfaatkannya. Kita orang Islam kena mengambil kekuatan dari sana. Bukannya merebut-rebutkan dunia kepunyaan musuh Tuhan dengan penuh cinta dan ghairah! Itu tertipu dan bodoh namanya. Mana ada orang Islam yang betul-betul menang dan kuat hasil menggilai dunia yang menipu ini?
Marilah wahai UMNO,
Memulakan perjalanan ke alam ghaib yang di sanalah nabi kita sedang menunggu dan menangisi iman dan Islam kita. Bertemu nabi secara hati dan mental, kita akan dapatkan semula kekuatan yang kian hilang ini, percayalah.
Mengadulah kepada-Nya untuk dapatkan pertolongan Allah yang hanya Dialah yang mampu memberi jalan keluar dari kebuntuan yang mencekik ini! Dan janganlah kamu terkejut bila mendengar Rasulullah saw bersabda nantinya:- untuk dapatkan keselamatan diri dan perjuangan kamu, datangilah Putra Bani Tamim sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.
Wahai UMNO,
Today, the coalition is led by Maria Chin Abdullah from WDC. Initially, the fundamental reasons behind Bersih 5.0 were to urge the government to have free and clean elections, a transparent government, the right to assemble peacefully, improve the nation’s democratic constitutional monarchy and lastly, to rescue the Malaysian economy.However, this time around Bersih 5 is set to focus on pressuring the government to identify and apprehend “Malaysian Official One” or MO1, a reference mentioned 36 times in the US Department of Justice civil suit filed on July 22 in New York.
Bersih going off track by attacking MO1
Kamu masih berharap kepada rakyat untuk menyokongmu bukan? Walhal kamu amat sedar bahawa kamu sudah terlalu mengecewakan rakyat. Cintamu yang berlebihan kepada dunia hingga kamu meremehkan Tuhan dan akhirat adalah sebab utama mengapa kamu gagal menyelamatkan rakyat.
Konon kamu mencari Al Ghazali untuk Negara mu, walhal mujadid Tuhan di depan mata kamu tidak pedulikan. Masakan kamu tidak mampu melihat kebenarannya?
Lalu Tuhan pun melakukanlah kempen-Nya untuk melantik sendiri calun-Nya. Kempen pilihanraya Tuhan berjalan begitu dahsyat sekali di Negara ini membuatkan hati rakyat majmuk ini majoritinya sudah inginkan Tuhan dalam hidup mereka. Hanya Tuhan yang boleh selesaikan segala masalah, kata hati mereka. Mereka mahukan pemimpin yang boleh hubungkan mereka dengan Tuhan bukannya pemimpin yang jual nama Tuhan dan Islam untuk tonjolkan diri.
Lalu wahai UMNO,
Bilamana di Malaysia ini pilihanraya Tuhan itu yang sedang menguasai rakyat dengan cara menjatuhkan calun-calun anti Tuhan, menderhakai Tuhan, membelakangkan Tuhan. maka nescayalah kamu tidak mampu bertahan. Kalau terus-terusan kamu cuba melawan akan tambah parahlah keadaanmu. Lebih baik mengalah dan angkat tangan. Biarlah jatuh dan sakit sedikit daripada jatuh yang amat menyakitkan.
Wahai UMNO, saudaraku se-Islam, didoakan kamu akan mendapat keampunan, hidayah dan taufik dari Tuhan.
Penutup
Mohon maaf dan mohon ampun kepada Tuanku Sultan Mizan Yang Di-Pertuan Agung Malaysia, Tun Mahathir Muhammad, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, sekelian perisikan Negara dari Polis dan Tentera, UMNO, Orang Melayu, warga Malaysia dan orang Timur semuanya atas sentuhan dari buku ini.
Allah berfirman dalam Quran;
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (datangkan petunjuk) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
(Al-Israa' 17:16)
Yahudi (Israel) yang selama ini berkuasa, bongkak angkuh, kebal dari mana-mana kuasa dunia, kini mengemis dan menagih kasih umat dunia. Tanpa segan silu merayu sedangkan sebelum ini dia bongkak seolah-olah tidak perlukan pertolongan sesiapa. Ini juga jawapan Allah kepada sesiapa yang menolak dan menafikan arus kebangkitan ini. Inilah realiti kita. Takut-takut bukan musuh Islam sahaja, dengan kita-kita yang tak mahu ambil pengajaran ini Allah hukum. Ramai lagi umat Islam yang mahu menjadi benteng agama ini, yang sanggup berkorban untuk Allah dan Rasul serta agama-Nya. Andai kita tak bersedia, Allah datangkan kaum yang baru, yang bersemangat waja untuk agama tercinta, berkorban untuk mendapat keredhaan Allah swt. Ingatlah, Allah sangat perihatin terhadap umat yang di zalimi.
BANTUAN ALLAH SWT TELAH TIBATidaklah berani saya melakukannya melainkan kerana mendapat kekuatan dari Allah. Bahawa semua ilmu yang dituliskan adalah apa yang saya dapat dari hadis-hadis dan sabda-sabda baginda Rasulullah SAW kepada saya setiap kali direzekikan beryaqazah (bertemu secara jaga) dengan roh baginda.
Adalah satu kesalahan rasanya kalau saya tidak menyampaikan berita besar yang bakal berlaku, berkait dengan tuan-tuan semua. Janganlah tuan-tuan takut untuk mencetuskannya kerana belum pernah lagi dalam sejarahnya janji Allah itu tidak berlaku atau gagal. Belum pernah! Maha Suci Tuhan dari memungkiri janji-Nya. Maha Suci Tuhan dari sebarang kelemahan atau dari apa yang mereka sangkakan.
Saudara-saudaraku sekalian,
Kisah perjuangan yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW
Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikan-’nya’..
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa :
Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah ai-Hasan dan al Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya,
“Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah
‘Panji-panji Hitam dari Timur.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya
Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.
Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walauterpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah.
Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. “
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Bakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, AbusSyeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)
Selanjutnya...
Malaysia dari dulu lagi dilayan Tuhan dengan segala keajaiban-Nya, adalah untuk membawanya ke destinasi Daulah Islamiyah. Sudah cukup banyak bukti-bukti yang Tuhan buatkan dengan kuasaNya untuk kita yakin bahawa janji Tuhan itu pasti berlaku. Ayuh mari bersama Tuhan kita cetuskan kuasa Timur yakni Daulah Islamiyah demi menyahut tawaran Tuhan, dan demi keselamatan kita dunia dan akhirat.
Sekian, Terima kasih!
Dari,
Abuya Asaari Muhammad
No comments:
Post a Comment