Tuesday, September 14, 2010

Keturunan Ketua Wali 7 : Pemasyhuran Tuanku Faris Petra Sebagai Sultan Kelantan

Powered By: VideoBuzz

KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

"Bismillah ir-Rahman ir-Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidil Fitri. APAKAH ERTI HARI RAYA?

Hari raya. Apa itu hari raya? Pada lughah atau pada bahasa, raya ertinya besar atau utama. Jalan raya ialah jalan yang besar atau utama. Pasar raya ialah pasar yang besar. Bandaraya pula ialah bandar yang besar dan utama.

Begitu juga dengan lebuhraya dan sebagainya. Oleh itu hari raya bermaksud hari yang besar atau hari yang utama. Benarkah hari raya itu hari yang besar dan utama? Kalau benar, di manakah letak kebesaran atau keutamaannya.

Apakah hakikat hari raya yang sebenar sehingga ianya dianggap sebagai hari yang besar? Kalaulah benar hari raya itu hari yang besar, bagaimana patut kita menyambutnya. Apakah yang patut kita buat pada hari itu? Bagaimana patut kita mengisinya?

Adakah pada setiap hari raya kita perlu tukar langsir, perabot dan permaidani? Adakah sempena hari raya, kita perlu beli pakaian dan kasut baru? Kita menjamu selera dengan bermacam-macam kuih-muih dan juadah yang enak dan lazat. Atau adakah di hari raya patut kita berseronok dan bersuka ria dengan majlis-majlis hiburan lengkap dengan muzik, nyanyian, joget dan tari-menarinya. Kita adakan atau kita tonton pertunjukan atau “show” hiburan hari raya. Atau kita bermain mercun, bunga api dan meriam buluh.

Atau adakah cukup hari raya itu disambut hanya dengan bersembahyang hari raya, mengirim kad-kad hari raya, berziarah, menjamu selera dan bermaaf-maafan. Bagi orang Melayu, eid fitr dinamakan hari raya puasa. Perkiraan dan kira bicara dalam hal ini sangat senang dan mudah. Ia dinamakan hari raya puasa kerana ia disambut selepas bulan puasa. Ini sebenarnya mudah yang sudah terlebih. Sudah over. Cara mudah memberi nama seperti ini tidak memberi gambaran atau maksud yang sebenar. Maksudnya tersimpang dan lari dari apa yang dikehendaki oleh agama dan syariat. Ia menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Lama-kelamaan orang Melayu terutama yang tidak mengaji agama, tidak tahu kenapa dan mengapa mereka menyambut hari raya puasa.

Mereka juga tidak tahu bagaimana hari raya puasa patut disambut. Mereka kira hari raya puasa itu ialah hari untuk berseronok, berpesta dan bersuka ria. Hari untuk berbelanja, membazir dan bermewah-mewah. Hari untuk melepaskan geram setelah sekian lama disekat dan dikongkong nafsu mereka. Mereka sedih kalau tidak dapat baju raya dan kasut raya. Sedih kalau tidak dapat tukar langsir baru, perabot baru atau permaidani baru. Bagi yang lebih tua, hari raya puasa jadi hari “nostalgia” dan hari melayan perasaan. Ingat anak, ingat cucu yang tidak balik pada hari raya.

Sambutan hari raya puasa sudah tidak lagi menjadi suatu ibadat. Ia sudah bertukar menjadi adat dan istiadat. Dengan “open-house”nya, hari raya “get-together”nya, “Hari Raya Dance”nya dan berbagai-bagai lagi cara sambutan pada masa ini. Para artis dan penghibur pula sibuk dengan show hari raya dan album hari rayanya.

Dalam Islam tidak ada hari raya dalam konteks yang difahami oleh orang Melayu. Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot dan permaidani. Tidak ada hari untuk membeli baju atau kasut baru. Tidak ada hari untuk membazir dan bermewah- mewah. Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur, berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan muzik, nyanyian, joget, tari-menari, show, album dan sebagainya. Yang ada hanyalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan.

Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya “mengembalikan”. Fitr itu “fitrah”. Jadi “Eidil Fitri” itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud hari menyambut kejayaan mengembalikan fitrah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.

Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan nafsu dan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakan-Nya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula. Supaya kerakusan nafsu itu dapat ditekan dan diimbangi. Kalau tidak, nafsu akan bertambah-tambah rakus sampailah manusia itu mati. Dia akan mati dalam keadaan nafsunya yang bermaharajalela. Bagi orang Islam, kalau dia hidup selama 50 tahun selepas akil baligh, nafsunya akan ditekan dan fitrahnya dikuatkan sebanyak 50 kali dan selama 50 bulan. Ini banyak membantu mengawal nafsunya. Itulah rahmat Tuhan. Ia tidak berlaku pada orang kafir.

Kalau fitrah sudah rosak dan kotor, manusia akan lupa Tuhan. Bila Tuhan sudah dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan tanpa rasa bertuhan. Manusia yang telah mati jiwanya tidak boleh lagi berperanan sebagai insan. Keinsanannya akan rosak. Nafsunya akan bermaharajalela. Dia akan terangsang hanya dengan dunia dan akan benci akhirat. Dia akan suka dengan apa yang Tuhan benci dan akan benci dengan apa yang Tuhan suka. Dia akan mengangkat nafsunya menjadi Tuhan. Akhirnya hidupnya di dunia menjadi punah ranah dan di akhirat nanti akan bakal dicampakkan ke dalam neraka.

Pautan ilmu


SAJAK
 

Friday, September 3, 2010

Mustar Bona Ventura : BENDERA

sIapa Mustar Bona Ventura?

Ini maklumat beliau...<Petikan dari blognya>Saya adalah mustar bona ventura manurung yang lahir tepat pada tanggal 1 feb 1975 dengan bintang aquarius,saya dilahirkan dari asli orang tua batak yang hanya pekerja biasa-biasa dan saja dan ibu yang hanya menjadi tulang punggung keluarga kami…..saya dilahirkan dikota hujan bogor.dan selesaiakan sekolah dasar di SD negeri pabrik gas III bogor,menyelesaikan sekolah menengah pertama Kristen (SMPK)bogor,dan melanjutkan sekolah menengah atas di sekolah menengah atas Katholik Budi Mulia(BM) Bogor.dan pada tahun 1994 saya mendaftarkan diri dikampus uki,tapi pada tahun 95 baru mulai aktif kuliah,karena pada thn 1994 saya coba kursus dibandung untuk bisa masuk di univ katholik parahayangan bandung namun gagal masuk,lalu kemudian saya melanjutkan kuliah di Universitas Kristen Indonesia(UKI) fakultas ekonomi jurusan akuntansi…saat ini juga belum lulus kuliah dan masih CSE(calon sarjana ekonomi) dan ini masih menjadi tanggung jawab beban hutang yang harus aku lunasi pada kedua orang tua saya,keluarga saya dan juga pada adik-adik tercinta saya dan juga kekasih hati saya yang baik hati……tetapi belum tau kapan akan lulus dan dapatkan gelar sarjana.

 Siapa Adian Napitulupu ?
Maklumat dari blog Adian Yunus Yusak Napitupulu, SH adalah putera ketiga dari 4 putera pasangan Ishak Parluhutan Napitupulu, SH dan Soeparti Esther. Ayahnya adalah pegawai negeri sipil yang sempat menjabat sebagai Kepala Kejaksaaan Negeri di Kotamobagu (Sulawesi Utara), Barabai (Kalimantan Selatan), Kupang (Nusa Tenggara Timur) dan terakhir menjabat di Kejaksaan Agung RI sebelum pada akhirnya meninggal dunia pada saat Adian baru berusia 10 tahun.
Aktivitas pergerakan Adian dimulai pada akhir tahun 1991 ketika ia bekerja menjadi buruh dengan upah Rp 3.000 / hari di pabrik kayu di Total Group di kawasan Industri Marunda. Setelah ditangkap pukul 2 pagi dan di tahan di Polsek Cilincing Jakarta Utara dan dinterogasi terkait keterlibatannya dalam 5 kali Demontrasi dan pemogokan di Pabrik, Adian kemudian diberhentikan dengan tidak hormat.
Tahun 1992 Adian mendaftarkan diri dan diterima menjadi anggota Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia Cabang Jakarta. Dua tahun Berikutnya Adian beserta 4 orang kawannya membentuk Kelompok Diskusi Prodeo di sebuah rumah petak ukuran 4 x 8 meter di daerah Kramat Jati. Kelompok Diskusi ini dibiayai dari oleh 3 Supir dan 6 Kondektur bis PPD dari Depo H Simpang Hek Jakarta Timur.


Pendidikan:
SMPN 166 Jagakarsa, Jakarta Selatan.
SMUN 49 Jagakarsa, Jakarta Selatan.
SMUN 55 Duren Tiga Jakarta Selatan.

Fakultas Hukum Universitas Kristen Indonesia.

Organisasi dan Aktivitas :
- Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia 1992.

- Pendiri kelompok Diskusi ProDeo 1994.

- Senat Mahasiswa Fakultas Hukum Univeristas Kristen Indonesia 1994.

- Posko Pemuda dan Mahasiswa (DPP PDI Jl Diponegoro 58) 1996.

- Sekretaris Eksekutif Lembaga Bantuan Hukum Nusantara (LBHN)Jakarta 1996.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq diminta menjelaskan hubungannya dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bagi memastikan tiada unsur pengkhianatan dilakukan ke atas Malaysia.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ‘hubungan’ di antara Jahabar yang juga ketua pengarang portal berita propembangkang itu dengan pemimpin Bendera mungkin boleh membetulkan keadaan yang berlaku disebabkan kempen anti-Malaysia anjuran pertubuhan itu.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
“Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

“Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Kisah-kisah lalu

Provokasi media dan benteng demokrasi rakyat Indonesia didalangi pihak ketiga

Oleh MONOSIN SOBRI

Memetik laporan weblog yang menamakan halaman tersebut sebagai Digital Journal, 26 September 2009, sekumpulan rakyat Indonesia yang menggelarkan dirinya sebagai Benteng Demokrasi Rakyat bercadang untuk menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009.

Kumpulan tersebut ditubuhkan pada tahun ini, iaitu semasa kempen pemilihan presiden Indonesia berupaya menarik perhatian segelintir rakyat Indonesia untuk melakukan sweeping terhadap rakyat Malaysia di Indonesia menggunakan buluh runcing dan membakar bendera Malaysia di Kedutaan Malaysia di Jakarta pertengaahan September lalu.

Kumpulan yang anti Malaysia itu dilihat tiak mengendahkan permohonan maaf dan tidak cuba memahami permasalahan sebenar yang cuba digembar-gemburkan oleh media mereka yang mengalami kejutan besar apabila diberikan ruang kebebasan yang besar sejak kejatuhan pentadbiran Suharto pada tahun 1998. Selanjutnya...




++++++++++++++++++++++++

Rayuan Anak kecil ,

Kepada saudara-saudaraku di Malaysia dan Indonesia.  Apa untungnya jika kita bersengketa?  Apa untung kita berpecah belah? Cukuplah kita telah dianiaya oleh penjajah2 Belanda, Inggeris dan Portugis. Kita semua baru setahun jagung kecapi kemerdekaan dari penjajah2.

Masihkah kita ingat lagi pada tahun 1490 bagaimana Empayar Majapahit 11 di Kelantan telah diserang oleh Melaka sedang disaat itu Empayar Majapahit 11 punyai kelemahan kerana sedang berperang dengan Siam.  Selepas itu mulailah kita jadi lemah dan seterusnya kita dijajah beratus-ratus tahun.


Kita semua adalah serumpun.

Setiap umat digilirkan untuk memerintah dunia.  Bukan kini adalah masanya dalam Jadual Allah dalam Era Kasih Sayang yang bangsa kita bakal memerintah dunia?  

Kalau tahun 1490 kita berpecah... jadikan sekarang ini sebagai cerminan 90 4 1  iaitu mengambil contoh Perlembagaan Pertama Dunia dan terbukti berjaya takluk dunia dan memberi keadilan kemakmuran kepada semua tanpa kira bangsa dan ugama. PIAGAM MADINAH. 


Negara Madinah ini berpijak pada prinsip yang dinyatakan Allah Taala dalam firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” [al-Nahl: 90].

Dalam ayat ini menyatakan bahawa prinsip seorang mukmin sama ada sebagai individu, keluarga, sosial, dan negara adalah:

Pertama: Keadilan

Kedua: Berbuat Ihsan

Ketiga: Menyambung silaturrahim

Keempat: Melarang kemungkaran

Maksud berbuat keadilan adalah menegakkan Tauhid kepada Allah Taala. Maka inilah sebesar-besar keadilan yang perlu ditegakkan kerana firman Allah Taala:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya Syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar”. [Luqman: 13].

Berkata Ibn Abbas Radiallahu anhuma ketika mentafsirkan makna ‘Keadilan’ dalam ayat ke-90 surah al-Nahl di atas: “Menyaksikan bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”. [Ibn Kasir: 4/595].
 ...................
---------------------------


 Dibawah ini adalah petikan dari Sangtawal
Sememangnya dunia sudah hampir kiamat.Cuma manusia yang lalai dan kuat berangan-angan saja yang sengaja tidak mahu membuat persediaan untuknya walaupun sudah sekian banyak tanda-tanda dunia hampir kiamat seperti apa yang telah dinyatakan oleh Allah swt melalui lidah para rasulNya telah berlaku.

Disini saya ingin memetik tulisan Ustaz Jaafar Bin Salleh dalam bukunya : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia : Al-Mahdi-Dajjal-Nabi Isa Al Masih , m/s 65 :

[[ Nabi saw bersabda,maksudnya : “Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat ;

1.Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai).
2.Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi)
3.Seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu”

(Hadis Riwayat At-Tabrani dalam Al-Kabir)

Ketika mengulas hadis di atas , ‘Allaamah Mufti Brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya: “Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang islam ialah mereka mengikut cara orang Eropah atau cara barat, iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit-jerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad.Sedangkan Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik-mekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan islam”

Sabda Nabi saw ,maksudnya :

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir) ]]

************

Wahai saudara se-islamku, mengapa harus kita berdemonstrasi jika itu adalah amalan yang dibenci oleh Allah dan Rasulnya???

Kebelakangan ini timbul pelbagai isu yang boleh memecah belahkan umat islam di Nusantara.Tidak terfikirkah oleh kita bahawa dalam setiap apa yang berlaku dalam masyarakat islam itu, pasti ada dalangnya.Sudah pasti dalangnya itu adalah mereka yang bersekongkol dengan Iblis-Dajjal!

Setelah demonstrasi baju merah yang bermandi darah di Thailand sedikit reda, kini timbul pula ketegangan antara Malaysia- Indonesia. Kumpulan-kumpulan yang mendakwa mereka anti-Malaysia juga menggunakan baju dan bendera yang berwarna merah bercampur putih.Mereka juga bermain dengan darah!!!

Kumpulan BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia ) telah melakukan kempen mengumpul cap jari berdarah dan dengan sengaja membuat provokasi menggesa Indonesia menjadikan Malaysia sebagai wilayah ke-34 Republik itu!

Cara mereka ini seakan-akan apa yang berlaku di Thai..

‘Penyeberangan’ Dan Permastautinan Manusia Di Alam Ghaib?


1. Apa yang ingin saya bincangkan di sini adalah mengenai perkara ghaib yang mana kita tidak diberikan ilmu pengetahuan mengenainya oleh Allah SWT melainkan sedikit sahaja. Dalam akidah Islam secara umum, Allah SWT meminta kita agar beriman dengan perkara-perkara ghaib yang disampaikan melalui kitab-Nya dan juga rasul-Nya. Namun, persoalan yang ingin diketengahkan ini barangkali adalah satu persoalan yang jarang dikupas dan diketengahkan. Ianya mengenai satu persoalan dalam hubungan antara alam manusia dan alam ghaib, iaitu tentang ‘penyeberangan’ dan kewujudan manusia di alam ghaib, dalam ertikata kehidupan sebagaimana manusia biasa yang hidup di alam zahir ini. Perbincangannya sama sekali tidak termasuk kehidupan manusia yang telah mati di alam roh. Pada pendapat saya tidak salah ianya dibincangkan, kerana menurut hemat saya ia dapat memahamkan kita dengan banyak masalah dan persoalan yang berlaku di sekitar hidup manusia yang berkait hubungan antara dua dimensi, alam zahir dan alam ghaib, khususnya berhubung soal kerohanian. Bagaimanapun, persoalan ini tentu menjadi pertikaian di kalangan ahli ilmu. Barangkali ada yang menolaknya, di samping ada juga yang menerimanya. Banyak hujah yang mungkin dapat menyokong orang yang menolak kemungkinan tersebut. Namun tidak kurang juga hujah-hujah orang yang tidak menolak kewujudan dan kebarangkaliannya. Malah cerita-cerita yang dikisahkan juga amat banyak.

2. Tiada siapa yang menafikan mengenai ‘penyeberangan’ makhluk dari alam ghaib ke alam zahir kerana bukti-bukti mengenainya sangat banyak, seperti yang dinyatakan dalam al-Quran tentang khidmat jin terhadap Nabi Sulaiman AS, tugasan Jibril AS menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul, rombongan jin datang bertemu Nabi SAW untuk mendengar al-Quran, hadith mengenai Nabi SAW menangkap syaitan/jin ifrit yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, begitu juga kisah Abu Hurairah RA menangkap syaitan dan mengajarnya ayat al-Kursi sebagai pelindung, dan sebagainya. Namun persoalannya, bolehkah berlaku ‘penyeberangan’ manusia dari alam zahir ke alam ghaib? Sebagai jawapannya, mungkin kita boleh perhatikan fakta-fakta yang akan saya kemukakan satu persatu sepertimana berikut. Pertamanya, boleh kita katakan perpindahan pertama manusia ‘menyeberang’ dari alam ghaib ke alam zahir ialah perpindahan Nabi Adam AS dan Hawwa yang diturunkan oleh Allah SWT daripada syurga ke atas muka bumi ini. Zahir nas menunjukkan bahawa mereka ‘menyeberang’ dalam keadaan sedar dan jaga.

3. Seterusnya, kenyataan tentang Nabi ‘Isa AS diangkat ke langit oleh Allah SWT dalam usia 33 tahun, dan baginda akan turun semula ke bumi di akhir zaman kelak bagi memimpin umat Muhammad SAW menegakkan keadilan dan menghapuskan kebatilan. Baginda belum lagi diwafatkan oleh Allah SWT sehinggalah tiba masanya kelak, iaitu setelah turun semula ke bumi dan membunuh Dajjal. Riwayat mengenai perkara ini adalah mutawatir, meskipun ada golongan yang kurang berilmu di kalangan orang Islam yang mengatakan bahawa Nabi ‘Isa AS telah pun wafat, sepertimana kepercayaan orang Kristian. Pendapat mereka ini adalah tertolak sama sekali, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam al-Kasymiri dalam al-Tasrih, Syeikh al-Kawthari dalam Nazrah ‘Abirah, al-‘Arabi al-Tabbani dalam I’tiqad Ahl al-Iman dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa Nabi ‘Isa AS dapat ‘menyeberang’ dari alam zahir ke alam ghaib dan sebaliknya dalam keadaan sedar dan jaga.

4. Bagi mereka yang mengatakan Nabi Khidir AS masih hidup meyakini bahawa baginda adalah manusia yang diberikan keistimewaan oleh Allah SWT dan dapat hidup di dimensi yang lain. Majoriti ulama yang mencebur bidang kerohanian menyatakan tentang kewujudan Nabi Khidir AS dan ramai yang telah bertemu dengannya. [Lihat contohnya, kitab Tabaqat al-Khidhriyyin oleh Syeikh Muhyiddin al-Tu’mi]

5. Antaranya, Nabi Muhammad SAW telah diberikan keizinan oleh Allah SWT untuk ‘menyeberang’ secara langsung dari alam zahir ke alam ghaib dengan jasad manusiawinya dalam peristiwa Israk dan Mikraj yang masyhur hingga dapat sampai ke Sidratul Muntaha. Malah baginda diperintahkan agar mengkhabarkannya kepada orang ramai, dan tidak menyembunyikan peristiwa yang sangat ajaib itu.

6. Nabi SAW juga pernah ‘menyeberang’ masuk ke alam jin dan membacakan al-Quran kepada mereka, seperti yang diceritakan oleh Ibn Mas’ud RA: Kami bersama Rasulullah SAW pada suatu malam, lalu tiba-tiba kami kehilangan baginda, dan kami pun pergi mencarinya di merata tempat di wadi dan lerengan bukit, hinggakan kami berkata: Baginda telah diculik jin atau pun dibunuh… (hadith riwayat Muslim no. 682 dan Abu Dawud).

7. Nabi SAW pernah menceritakan mengenai seorang lelaki yang bernama Khurafat.

عن عائشة قالت: حدث رسول الله صلى الله عليه وسلم نساءه ذات ليلة حديثا. فقالت امرأة منهن: يا رسول الله كان الحديث حديث خرافة. فقال : أتدرون ما خرافة إن خرافة كان رجلا من عذرة أسرته الجن في الجاهلية فمكث فيهن دهرا طويلا ثم ردوه إلى الإنس فكان يحدث الناس بما رأى فيهم من الأعاجيب فقال الناس حديث خرافة.

(رواه أحمد في مسنده برقم 24085، والترمذي في شمائله برقم 252 وأبو يعلى في مسنده برقم 4442، وقال شعيب الأرنؤوط : إسناده ضعيف لضعف مجالد بن سعيد وللاختلاف عليه في وصله وإرساله، ولكن أخرجه الطبراني في الأوسط برقم 6068 – من وجه آخر عن أنس بن مالك عن عائشة، وفيه: فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم: إن أصدق الحديث حديث خرافة رجل من بني عذرة سبته الجن وكان يكون معهم فإذا استرقوا السمع أخبروه فيخبر به الناس فيجدونه كما قال).

Kisahnya, beliau telah diculik oleh jin dan masuk ke dimensi mereka. Lalu beliaupun melihat berbagai keajaiban yang tidak pernah dilihatnya di dunia nyata. Apabila beliau pulang semula ke alam zahir, beliau pun menceritakan kepada orang apa yang dilihatnya semasa di alam jin. Maka orang pun berkata: Cerita-cerita Khurafat. Apabila Nabi SAW tidak menafikan kebenaran kisah tersebut, jika sah hadith ini, maka jelaslah bahawa ‘penyeberangan’ manusia masuk ke alam ghaib adalah satu perkara yang mungkin dan boleh berlaku.

8. Kisah Tamim al-Dari RA dalam hadith al-Jassasah merupakan satu lagi bukti berlaku ‘penyeberangan’ ini, di mana beliau pernah menaik kapal bersama 30 orang dari kabilah Lakhm dan Juzam. Lalu mereka dipermainkan oleh ombak hingga berada di tengah lautan selama satu bulan. Sampai mereka terdampar di sebuah pulau di tengah lautan tersebut saat tenggelamnya matahari. Mereka pun menaiki perahu-perahu kecil dan memasuki pulau tersebut hingga menjumpai seekor binatang yang berambut sangat lebat dan banyak bulu. Mereka tidak tahu mana depan dan mana belakangnya, karena demikian lebat bulunya. Mereka pun berkata: ‘Apakah kamu ini?’ Ia menjawab: ‘Aku adalah al-Jassasah.’ Mereka mengatakan: ‘Apa al-Jassasah itu?’ Ia mengatakan: ‘Wahai kaum, pergilah kalian kepada laki-laki yang ada di biara itu. Sesungguhnya ia sangat merindukan berita kalian…’. Dipendekkan cerita, Nabi SAW bersabda: ‘Sesungguhnya cerita Tamim menakjubkanku, di mana sesuai dengan apa yang kuceritakan kepada kalian tentangnya (Dajjal), serta tentang Makkah dan Madinah. Ketahuilah bahwa ia berada di lautan Syam atau lautan Yaman. Tidak, bahkan dari arah timur ianya. Dari arah timur ianya. Dari arah timur ianya. Dan baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.’ (Hadith riwayat Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dalam al-Kubra, Ibn Majah dan Ahmad). Pulau yang dinyatakan dalam hadith di atas tentunya berada di dimensi yang lain, kerana jika tidak pasti manusia sudah menemuinya dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini dan mewartakannya sebagai Pulau Dajjal misalnya.

9. Ada dibincangkan oleh para ulama mengenai kemungkinan berlaku perkahwinan antara manusia dan jin. Ada yang menafikan, dan ada yang mengharuskan kemungkinannya berdasarkan kes-kes yang berlaku. Syeikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Syibli (m. 769H) dalam kitabnya (آكام المرجان فى احكام الجان) menyatakan pernikahan manusia lelaki dengan jin perempuan, dan sebaliknya adalah mungkin. Namun, ada diriwayatkan bahawa Nabi SAW melarang dari menikahi jin, dan di kalangan tabi’in pula ada yang mengatakan hukumnya adalah makruh, manakala para ulama fiqh mengatakan bahawa hukumnya tidak harus. Bagaimanapun, bentuk kemungkinan sedemikian merupakan bukti terhadap ‘penyeberangan’, meskipun di luar adat kebiasaan dan kenormalan alam tabii.

10. Banyak peristiwa yang berlaku berhubung ‘penyeberangan’ manusia dari alam zahir ke alam ghaib dan sebaliknya. Namun, jika berlaku ‘penyeberangan’, bolehkah manusia hidup terus di alam tersebut, dalam ertikata membesar, berkahwin, beranak pinak dan mati di sana. Seringkali kita dengar seperti peristiwa manusia yang tersesat di dimensi yang berbeza, jin menculik manusia baik dewasa mahupun kanak-kanak, menyorokkan mereka, mengambil bayi dan sebagainya. Ada yang dapat kembali semula dan ada yang tidak. Malah peristiwa sebegini kemungkinan sudah berlaku sejak sekian abad lamanya. Maka berkemungkinan besar mereka yang tidak kembali itu terus hidup di alam tersebut. Berkemungkinan juga mereka dapat bertemu dengan manusia-manusia lain yang senasib dan dapat membina kehidupan ‘masyarakat’ manusia di alam sana. Barangkali juga, sesekali berlaku perhubungan secara rohani dengan dunia nyata, sehingga mereka ini dikenali dengan panggilan ‘Rijalul Ghaib’ (orang ghaib).

11. Kewujudan ‘Rijalul Ghaib’ turut menjadi perselisihan di kalangan ahli ilmu. Sebahagian ulama menolak kewujudan mereka kerana tiada dalil yang kukuh mengenainya. Bagaimanapun, di sana wujud golongan wali Abdal, Nujaba’ dan Awtad yang termasuk dalam kategori ‘Rijalul Ghaib’, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam al-Suyuti dalam risalahnya (الخبر الدال على وجود القطب والأوتاد والنجباء والأبدال). Ini bersandarkan kepada banyak riwayat hadith dengan berbagai darjat antara sahih, hasan, daif, dan juga mawdhu’ (palsu), meskipun ada yang cuba menghukumkan kesemua riwayat ini sebagai batil. Antaranya diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada ‘Ubadah bin al-Samit daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda s.a.w. bersabda: “Al-Abdal bagi umat ini seramai 30 orang, yang seumpama Nabi Ibrahim Khalil al-Rahman azza wa jalla, setiap kali meninggal seorang lelaki daripada mereka, Allah akan menggantikan tempatnya dengan lelaki yang lain.” (Musnad Ahmad: 5/322) [Lihat kitab (الاحتفال بثبوت حديث الأبدال) oleh ‘Allamah Muhaddith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh]

12. Antara yang mendorong saya menulis tentang persoalan ini ialah kekerapan seorang sahabat karib saya, seorang yang rajin beramal yang barangkali sudah bertemu dengan mereka, mengatakan bahawa mereka adalah manusia seperti kita, bukan jin, bunian, malaikat atau seumpamanya yang dijadikan dari selain unsur tanah. Beliau dengan pasti menjelaskan bahawa mereka adalah manusia, cuma mereka hidup di dimensi yang berbeza dan bukan di alam nyata sebagaimana manusia biasa yang lain.

13. Ada cerita yang baru diceritakan kepada saya oleh seorang kawan, pengamal perubatan Islam, mengenai sepasang suami isteri, di mana bayi mereka telah diambil oleh jin, namun ibunya telah memberikan syarat bahawa bayi tersebut mesti dipulangkan setiap hari untuk disusukan olehnya. Maka syarat tersebut ditepati di mana bayi tersebut dipulangkan sementara untuk disusukan dan kemudian diambil kembali sebelum terbit fajar. Apa yang menghairankan hanya si-ibu sahaja yang dapat melihat bayinya itu. Lalu ia terus dibela oleh mereka dan kini kanak-kanak tersebut sudah berusia 10 tahun dan enggan balik kepada ibunya di alam zahir.

14. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang dijadikan oleh-Nya dengan sebaik-baik kejadian (fi Ahsani Taqwim). Maka tidak mustahillah jika pada diri manusia itu tersimpan berbagai rahsia yang tidak diketahui oleh manusia itu sendiri. Kemampuan roh manusia juga adakalanya dapat melebihi dari jangkauan akal dan ukuran logik. Ditambah lagi dengan keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah SWT bahawa tiada suatu apa pun yang mustahil bagi-Nya. Malah amat banyak rahsia-rahsia alam yang belum kita ketahui kecuali sedikit sahaja, dan adakalanya menghairankan ahli-ahli sains untuk menghuraikannya. Maka berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, saya berpendapat ‘penyeberangan’ manusia ke alam ghaib dan kewujudan mereka di sana adalah mungkin. Jika sudah jelas fakta-fakta mengenai berlakunya ‘penyeberangan’ manusia ini, maka tidak mustahil pula berlakunya permastautinan mereka di sana. Wallahu a’lam…

Dicatat oleh al-'Abd al-Da'if

Thursday, September 2, 2010

Islam Nusantara



Sebelum kita sampai ke destinasi yang bernama 'Loh Mahfudz' di Akhirat yang sudah wujud sekarang cuma di alam lain, wajib sampai setiap jiwa ke suatu taman yang dipenuhi oleh pokok-pokok yang penuh dengan daun, bunga dan buah. Taman ini adalah tanaman hasil tangan orang-orang Islam.

Diantara pokok-pokok yang terdapat didalam taman itu, terdapat satu pokok yang sangat indah yang selalu menghasilkan bunga dan buah.Pada suatu masa dahulu pokok ini tidaklah berbuah selalu tetapi sekarang, Pokok ini sekarang selalu berbuah dan menjatuhkan buah-buah yang manis dan lazat ini ke tanah. Setiap kali buah ini jatuh ke tanah, maka menangis meraung sambil meminta ampunlah malaikat yang menyaksikan kejadian ini. Mereka memuji dan meminta keampunan Allah ke atas buah-buah yang sudah digugurkan lalu terus menjadi busuk ditanah manikam.

Baru-baru ini, satu buah dari pokok ini telah jatuh dan sedang melalui pereputan dan pembusukannya. Buah ini adalah dari dahan belah timur. Sebuah negara didunia sedang melalui zaman kehancurannya.

Amerika,Mindcontrol dan Paganisme



Kehidupan manusia sama sahaja,jika anda sekarang tinggal di dalam desa atau pinggir bandar di negara anda,sudah pasti anda akan menyaksikan kehidupan manusia yang pelbagai;miskin dan kaya.Sama juga jika anda tinggal di Chicago atau San Francisco.Bukan semua orang Amerika kaya raya.Ada juga yang miskin dan tidak berumah.Namun Amerika bijak dalam komersialisme.Amerika pandai mempromosikan gaya hidup 'American Dream'nya yang menggiurkan.Jika anda sudah menjadi penagih kepada gaya hidup Amerika seperti yang anda tonton di kaca televisyen anda,saya ucapkan tahniah!Anda sudah masuk ke dalam 'Mimpi orang Amerika'!Apabila orang Amerika bangun dari mimpi,kemungkinan besar anda masih tertidur!Jadi apa yang saya dan orang Amerika (yang bangun tadi) mahu katakan kepada anda,"What a pity of you!"

Betapa bertuahnya anak perempuan saya tidak 'dipilih' untuk dijadikan tikus makmal oleh sebilangan manusia yang berhati kejam itu.Mangsa-mangsa mindcontrol biasanya akan mengalami trauma yang teramat sangat.Di fasiliti-fasiliti mindcontrol seluruh Amerika,para pekerjanya telah dilatih supaya menganggap kanak-kanak atau manusia yang dijadikan bahan ujikaji sebagai 'lab material' atau 'tikus makmal'.JIka anda menjadi 'tikus makmal' mereka,anda tidak boleh berharap akan dilayan seperti manusia.Mereka akan korek mata anda,kenakan renjatan elektrik,pukul anda seperti anjing atau biarkan anda kelaparan.JIka kanak-kanak perempuan,dia biasanya dijadikan sasaran sebagai 'mindcontrol bunnies' untuk dijadikan pekerja seks terlatih bagi para Elit dan VIP Amerika,mereka akan mengalami sejarah kehidupan yang menjijikkan dan menyedihkan.Anda kenal siapa itu Marilyn Monroe?Ini adalah contoh 'high class mindcontrol pet' yang berjaya dihasilkan oleh industri mindcontrol Amerika.Oh,mungkin ini contoh yang sudah lapuk.Anda kenal Kurt Kobain?Britney Spears?Micheal Jackson?Sukacita dimaklumkan,mereka adalah bekas-bekas mangsa mindcontrol tajaan negara saya.Dan senarai ini akan bertambah dari tahun ke tahun.Lindsay Lohan?Hmmm...anda boleh teka sendiri.

Pendedahan yang selanjutnya ....

Wednesday, September 1, 2010

NAFSU

Perangilah hawa nafsu kalian, sebagaimana kalian memerangi musuh-musuh kalian
Sesuai dengan perjuangan jiwa seseorang dan penolakannya terhadap syahwatnya serta penolakannya untuk mengikuti kesenangannya (yang diharamkan), dan penolakan atas apa yang menjadikan mata berkeinginan memandangnya, maka di situlah terletak pahala dan siksaan.

  • Orang yang bijak adalah yang dapat menguasai hawa nafsunya
  • Janganlah sekali-kali engkau menuruti nafsumu, dan jadikanlah yang membantumu untuk menghindar darinya adalah pengetahuanmu bahwasanya ia berupaya mengalihkan perhatian akalmu, mengacaukan pendapatmu, mencemarkan kehormatanmu, memalingkan kebanyakan urusanmu, dan memberatkanmu dengan akibat yang akan engkau tanggung di akhirat. Sesungguhnya nafsu adalah permainan. Maka, jika datang permainan, menghilanglah kesungguhan. Padahal, agama tidak akan pernah berdiri tegak dan dunia tidak akan menjadi baik kecuali dengan kesungguhan.

  • Sesungguhnya saat engkau meninggalkan kebenaran, engkau pasti sedang menuju kepada kebatilan; dan saat engkau meninggalkan sesuatu yang benar, engkau meninggalkannya menuju kesalahan.
  • Kepada Allahlah kami berharap agar Dia memperbaiki apa yang rusak dari hati kami, dan kepada-Nyalah kami memohon pertolongan untuk memberikan petunjuk pada jiwa kami. Sebab, hati berada di tangan-Nya, Dia mengaturnya sesuai yang Dia kehendaki.
  • Orang yang baik adalah yang mampu mengatur nafsunya sesuai keinginannya dan menolaknya dari segala keburukan, sedangkan orang yang jahat adalah yang tidak seperti itu.
  • Janganlah engkau menuruti nafsumu dan perempuan, dan kerjakanlah apa yang menurutmu baik.
  • Cegahlah nafsu yang bertentangan dengan akalmu, yaitu dengan menentang keinginannya.


Mari Melawan Nafsu



Antara syurga dan neraka, yang mana satu pilihan kita?
Antara hina dan mulia di sisiNya, yang mana satu pilihan kita?
Pilihan di tangan anda.

Bantulah Aku Melawan Nafsu

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Sahabat seperjuangan selanjutnya

Nafsu Makan


Brisbane, Siapa bilang olahraga membuat nafsu makan bertambah besar? Hasil yang dilakukan peneliti menemukan olahraga yang di lakukan rutin justru bisa menguranginafsu makan. Dengan olahraga rutin tubuh akan bmengeluarkan sinyal kenyang yang bisa mengalahkan rasa lapar.

Orang yang melakukan olahraga secara rutin bisa mengurangi berat badannya karena mengalami peningkatan nafsu makan di pagi hari, tapi tidak di siang hari. Sedangkan orang yang olahraganya jarang tidak berhasil mengurangi berat badan dan mereka tidak nafsu makan pagi, tapi mengalami peningkatan nafsu makan di siang hari.

Dalam studi yang dilakukan terhadap 58 orang dewasa obesitas dan kelebihan berat badan, peneliti menemukan bahwa banyak olahraga adalah satu cara efektif mengurangi berat badan.

Selanjutnya...


Pompeii - Sex and the city

Pernah dengar pasai masyarakat Pompeii? Depa ni mcm kaum Nabi Luth, yang dikenakan bala besar lepas buat dosa melampau dan terlampau. Memang boleh nampak bukti balasan tu sampai skang pada yang pegi Pompeii, Itali.

Semua penduduk dengan bangunan tertanam sampai 18 meter kat bawah lava (dengan abu) gunung berapi. Pada tahun 1594, ada kerja menggali terowong kat kaki gunung berapi Vesuviu, depa jumpe mcm2 artifak, ukiran dinding dan opkos yang paling mengejutkan (opocot) bila jumpe puluhan tubuh mengeras.

Setelah dikaji, Masyarakat Pompeii menganggap seks patut dibuat secara terbuka, mengamalkan seks bebas dan bandar tu adalah bandar pelacuran popular time zaman tu. Akhirnya turun bala, dan depa mati mengeras. Kalu tengok pada mayat depa, ia memang berlaku super pantas dan ada yg muka terkejot.


Selanjutnya...

Indahnya Poligami



Istilah poligami berasal dari bahasa Yunani yang berarti praktek perkawinan dengan perkawinan yang multiple. Istilah ini sebenarnya hanya berhubungan dengan masalah sosial, antropologi, sosio-biologi dan sosiologi. Poligami telah dipraktekkan oleh manusia sejak lama, bahkan sejak prasejarah. Budaya ini diteruskan oleh para raja-raja di semua peradaban.  More 

Manisnya Dimadu




Ketika tekhnologi dirgantara Indonesia masih bersinar terang di bawah institusi ernama IPTN, ada satu nama yang paling sering disebut dan dipuji B.J. Habibie, yakni Dr. Ing. Gina Puspita. Itu karena perempuan asal Bogor, Jawa Barat ini merupakan satu-satunya perempuan ahli struktur pesawat terbang yang dimiliki Indonesia kala itu.

Dr. Ing. Gina Puspita adalah salah satu muslimah lulusan terbaik dari Jerman. Citranya sebagai ahli struktur pesawat terbang makin berkilau tatkala ia menikah dengan Dr. Ing. Abdurrahman R. Effendi, juga ahli pesawat lulusan Jerman. Sebelumnya, Gina tercatat sebagai pelajar Indonesia pertama yang lulus dari universiti kejuruteraan pesawat terulung dunia, Ecole National Superieure de l'Aeronautique et de l'Espace (Ensae), di Toulouse, Perancis. Jauh sebelum ia dikenal sebagai ahli pesawat, ketika masih kuliah di ITB, Gina sudah dikenal sebagai aktifis dakwah kampus.

Sayang, politik di Indonesia dalam beberapa waktu terakhir ini tidak mendukung perkembangan industri pesawat terbang nasional yang berada di Bandung itu. Akibatnya, ratusan ahli-ahli pesawat yang dimiliki negeri ini hengkang ke luar negeri. Mereka kini tersebar dan menjadi orang-orang penting di berbagai industri pesawat kelas dunia, seperti Boing, Fokker, Airbus dan lain-lain.  Selanjutnya...


Blog : Hikmah Poligami Menurut Mereka Yang Melakukannya









  • Dari segi hikmah;Poligami dalam Islam bukan sesuatu yang wajib, tetapi mubah boleh). Adapun hikmahnya kalau ditelusuri dengan akal sehat dan hati yang jernih, maka akan sulit menginventarisirnya, saking banyaknya. Diantaranya; jumlah jenis lelaki yang tidak berimbang banyak dibanding jenis perempuan.   Selanjutnya     

    Poligami : Bertahan Hidup dengan YAYASAN










    Klub Poligami Global Ikhwan tak hanya mengumpulkan para pasangan yang berpoligami. Namun, klub ini juga berbentuk yayasan yang mengembangkan berbagai usaha yang membantu menafkahi para angotanya.   Selanjutnya...   

    Adil kepada Para Isteri (Etika Poligami)
    Ariij As-Sanaan, sebagai seorang perempuan, sering miris melihat fenomena dan kasus yang memprihatinkan dalam praktek poligami. Sejauh riset yang dia lakukan, tidak sedikit kaum suami yang melakukan praktek poligami yang tidak mengerti aturan dan etika poligami yang dianjurkan oleh Islam. Selanjutnya ....

    Buku : Poligami ; Berkah atau Musibah    

    Siapa bilang poligami itu tanpa kelemahan dan masalah? Siapa bilang pria berpoligami itu selalu benar? Apa benar poligami itu telah ada sebelum kedatangan agama Islam? Apa benar salah satu hikmah poligami adalah mengangkat harkat dan kehormatan wanita - bukankah malah menyengsarakan wanita? Dan sederet pertanyaan kritis lainnya. Jawaban tuntas dari pertanyaan-pertanyaan di atas dan hal-hal seputar poligami lainnya akan anda temukan di dalam buku ini. Selanjutnya...  


    Buku : Tip-tip Poligami








    Ditulis dengan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami. Buku ini merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh masyarakat khusus buat pasangan suami isteri dan peminat poligami. Selanjutnya .. 


  • Buku : Hidup Bahagia Dengan Poligami 

    Poligami merupakan isu fikah yang kontroversi dan tidak kurang pula yang menentangnya. Sistem perkahwinan yang membolehkan lelaki bernikah melebihi satu pasangan ini pernah dipraktikkan Rasulullah pada zamannya. Al-Quran, surah al-Nisak ayat 3, dianggap memberikan legitimasi bagi mengamalkan poligami. Selain bukti daripada wahyu Allah, analisis penulis turut memberikan alasan logik lain bagi membolehkan poligami.   Selanjutnya ..