Friday, February 22, 2013

Rahsia Naga dan Kampung Gaung : HIDUNG PESET PENERAJU EMPAYAR ISLAM.

Sebenar kewujudan Naga bermula di zaman nabi Iskandar Zulkarnain a.s. apabila Naga ini menyemburkan api untuk meleburkan ketul-ketul tembaga untuk menyiap dan memplaster Tembok raksasa pada masa itu. Naga ini sejenis haiwan bersaiz besar, kuat dan memiliki kuasa mistik serta ajaib tidak seperti haiwan-haiwan yang lain. Ia memiliki mata yang berapi tersembul yang mengerunkan pada sesiapa yang melihtnya buat pertama kali. Ianya Ia mempunyai kepak serta mampu terbang tinggi dan laju sehingga melepasi awan dan mampu menyelam ke dalam air sungai sehingga ke dasar lautan. Ia memiliki batu Mutira atau Geliga yang sesiapa memiliki bola mainannya ini akan memiliki kuasa mistik yang hebat seperti Raja Iskandar Zulkarnain dan panglima-panglimanya seperti nabi Khidir a.s. dan nabi Ilyas a.s. Naga memiliki kaki burung Helang dan terdapat tanduk di kepalanya seperti Rusa. Ia boleh bercakap-cakap dan memahami bahasa  manusia. Seluruh badannya dipenuhi dengan sisik Ikan serta bertelur dan sesetengah Naga mempunyai kepala 7 serta mampu hidup di dalam air. Naga yang matang dan tua memiliki janggut serta misai yang panjang seperti ikan Keli. Ceritanya bukan hanya terdapat di Quran dan Hadis malah kajian mendapati ianya turut di kisahkan 30 kaum dari berbagai bangsa memperkatakan tentang Naga di dunia ini yang menepati seperti ciri-ciri di atas dalam bentuk lagenda dan mitos antaranya sebagai penjaga harta karun dalam lagenda Kota Baghdad Kisah 1001 Malam dan Lagenda Greek Purba. Saintis mempercayai terdapat 2 bilion jumlah keseluruhan spesis di lautan. Jadi kewujudan Naga dengan penemuan beberapa raksasa yang memiliki rupa yang menakutkan di kawasan yang gelap serta dasar lautan Tasik dan Laut yang dalam kerap kali terjadi. Dan saintis juga kerap menjumpai pelbagai kehidupan pelik dan purba di dasar laut seperti Micro Algae, Diatom, Geo Duck dan lain-lain lagi. 

DARI TONGKAT NABI MUSA A.S. TELAH MENJELMA MERONG NAGA YANG TERLIBAT DENGAN KERJA DAKWAH UNTUK MENYEBARKAN AGAMA ILAHI

Naga  juga muncul di zaman Firaun raja Mesir semasa nabi Musa a.s. berjuang menyebarkan Islam di bumi Piramid berkenaan. Allah menjaga keselamatan baginda sehingga dikala baginda tidur, di datangkan Merong 2 ekor  dari tongkatnya bila baginda nabi Musa a.s. nyenyak tidur untuk menjaganya. Kayu Tongkat baginda di sepakati oleh kebanyakan ulama dari pohon syurga yang di bawa turun oleh nabi Adam a.s. ke muka bumi. Ianya di simpan oleh setiap nabi-nabi setelah kewafatan nabi Adam a.s. untuk di wariskan kepada nabi Musa a.s. Tongkat Nabi Musa a.s. yang sebelum ini di dalam simpanan nabi Syuaib a.s. tanpa di sedari oleh Musa a.s. kerap kali membantunya melicinkan tugas harian antaranya menjadi 2 ekor Merong bila baginda nabi a.s. tidur utk menjaganya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah menceritakan darihal tongkat ini pernah bertukar menjadi 2 ekor Merong ketika nabi Musa a.s. tidur dan melompat masuk ke dalam sungai serta membunuh musuh nabi Musa a.s. yang tidur berdekatan dengan sungai berkenaan. Jika baginda dahaga ia akan minum madu dari salah satu hujung cabang tongkat berkenaan dan air susu pula dari cabang yang lagi satu. Jika ia lapar Nabi Musa akan memukul bumi maka akan muncul hidangan syurga untuknya. Semasa Firaun laknatullah telah memanggil semua ahli sihir handal dikumpulkan untuk mengalahkan Nabi Musa, ahli-ahli sihir Firaun mencampakkan tali – tali dan tongkat yang berubah bentuk menjadi ular – ular yang banyak. Nabi Musa kemudian mencampak tongkatnya dan menjadi ular yang besar iaitu Naga lantas ia memakan dan menelan kesemua ular-ular ahli sihir tersebut. Kesemua ahli sihir Firaun itu kemudiannya insaf dan beriman pada tuhan sekalian alam selepas peristiwa ini.Cerita ini di ceritakan sendiri oleh Allah yang berrfirman artinya: “Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat. Sesungguhnya apa yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang.” . Dengan mukjizatnya menukarkan tongkat menjadi makhluk yang hebat iaitu Big Snake atau Merong Naga sebenarnya memudah dan melancarkan lagi baginda Musa a.s.  menyampaikan dakwah dan kebenaran agama Ilahi.



MERONG NAGA LAUT IALAH KEHEBATAN ARMADA LAUT BANGSA MELAYU TUA SERTA PENGUASAAN KE ATAS PERAIRAN MARITIM DUNIA MENGGERUNKAN MUSUH DAN WARISAN INI MASIH ADA DI ALAM PERSILATAN MELAYU

Di zaman nabi besar kita nabi Muhammad s.a.w.  ( 571 – 632 ) wujud Pedang yang mempunyai dua kepala Merong Naga. Ia merupakan Pedang Pusaka dari ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib yang bernama al-Maksur. Sebelum baginda di lantik menjadi rasul lagi pedang ini sentiasa bersama baginda dan pedang yang panjangnya 99sm ini masih sentiasa ada bersama baginda hatta ketika di lantik menjadi rasul. Pedang ini perkenalkan kepadanya oleh keluarga yang menyimpannya setelah kematian bapanya ketika ibunya masih lagi mengandungkannya ketika  meletusnya peperangan Fijar ketika baginda bersama bapa saudaranya bertempur dengan musuh Quraisy Jahiliyyah ketika baginda berumur 15 tahun di. Semasa baginda di lantik menjadi rasul pedang ini selalu di gunakan oleh baginda ketika berlakunya peperangan antara kafir musuh-musuh Allah dengan orang-orang Islam. Menurut Sirah Nabi s.a.w. ada mencatatkan Pedang al-Maksur ini adalah Pedang utama bagi nabi s.a.w. yang turut mempunyai 9 bilah pedang iaitu : 
1.  Pedang Zul Fikar
2.  Pedang al-Battar
3.  Pedang al-Hatif
4.  Pedang al-Mikhzam
5.  Pedang al-dasub
6.  Pedang al-Adab
7.  Pedang al-AlQadib
8.  Pedang al-Qalif
9.  Pedang ai-Maksur
Sebahagian daripada Pedang-Pedang ini di perolehi oleh baginda s.a.w. daripada harta rampasan perang atau al-Ghanimah dari peperangan yang di sertai oleh baginda nabi Muhammad s.a.w.
PEDANG KESAYANGAN NABI S.A.W. YANG MEMPUNYAI 2 EKOR MERONG SEPERTI TONGKAT NABI MUSA A.S. YG MEMPUNYAI CABANG 2 EKOR MERONG
Nabi besar kita s.a.w. pernah menghunuskan pedang ini di hari penikahan puterinya Fatimah az-Zahra r.ha dengan Saidina Ali Karamahallahu Wajhah di kelilingi oleh Bani Hasyim yang turut sama beramai-ramai memegang Pedang ini. Di zaman pemerintahan  Usmaniah Monggol Turki, Pedang ini telah mereka hiasi dengan batu-batu permata dari Delima dan Fairusa. Pemegang asalnya dari kayu begitu juga dengan sarung yang panjangnya 85sm asalnya dari kayu yang kemudiannya di lapisi kulit binatang  serta di salut dari emas di zaman pemerintahan  Usmaniah Monggol Turki dengan hujungnya terdapat kepala Merong yang telah lama wujud di zaman ayahnya Abdullah Bin Abdul Mutalib. Pemegangnya ini di baiki di abad 16 masihi kerana telah rosak dan usang di makan usia. Nabi sangat menyayangi Pedang ini dan tidak pernah memberi kepada sesiapapun di kalangan Sahabatnya kerana tingginya nilai darjat Pedang ini yang di miliki oleh Bani Hasyim. Setelah kewafatan baginda s.a.w. Pedang ini di wariskan kepada Fatimah az-Zahra melalui suaminya Panglima Besar Islam Saidina Ali r.hu. Semasa pemerintahan Penjaga Ribat Barat iaitu Ottomans atau Usmaniah Monggol Turki ianya di gunakan oleh raja Monggol ini dengan cara menarik Pedang ini dari sarungnya serta berdoa mengharapkan kemenangan dari Allah s.w.t. ketika hendak mengutuskan bala tenteranya ke sesuatu negeri atau ketika menahan serangan musuh. Pedang yang berkepala Merong ini juga di gunakan oleh Kaum Monggol Turki ini ketika pertabalan dan perlantikan raja-raja mereka di bandar Bursa dan Islambul atau Istanbul. Sesungguhnya hubungan Merong dan Islam cukup rapat dan mempunyai talian yang cukup lama tapi di nafikan habis-habisan oleh musuh-musuh Allah seperti mereka menafikan wujudnya ketamadunan Islam yang hebat dan makmur di Lembah Bujang dan Sungai Batu sejak zaman nabi Allah Ibrahim a.s. lagi.

No comments: