Tuhanku,
lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk
"Ku Pohon Kasih Sayang Dari Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang",
negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku,
Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.
Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.
Wahai Tuhan,
Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu. Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.
Akhimya, pinta hamba pada Mu Tuhan, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi. Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.
Amin, ya ALLAH.
Berani Berubah : Aku Tuntut Hak Kelahiranku
ALLAH MILIK SEGALA-GALANYA. ILMU ALLAH..REZEKI ALLAH.
Firman Allah maksudnya:
Bertanyalah (wahai muhammad): “Hak milik siapakah segala
yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah
milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi
sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada
sebarang syak padanya”. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan
mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang
tersebut) tidak beriman.
(Surah Al-An’am ayat 12)
Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku. Rahmat Kasih Sayang ku pohon dariMU. Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menulis dari lubuk hati ini dengan penuh keikhlasan dan berkongsi pada semua ini dengan tepat. Sekaligus dengan itu dapat mudah di fahami dan hanya Allah sahaja yang dapat membuka pintu hati dan petunjuk. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang masih di dalam Penjajahan Minda ini, untuk mendapat taufik dan hidayah di hati yang apa-apa sahaja yang di lakukan hanya padaMU dan setiap detik mengharapkan pertolongan dan di permudahkan olehMu.Dalam suatu hadits Nabi saw. Beliau bersabda, Setiap kandungan dalam seluruh kitab-kitab Allah diturunkan, semuanya ada di dalam Al Quran. Dan seluruh kandungan Al Quran ada di datam Al Fatihah. Dan semua yang ada dalam Al Fatihah ada di dalam Bismillah hirrahmaan nirrahiim.
Bahkan disebutkan dalam hadits lain, setiap kandungan yang ada dalam Bismillah hirrahmaan nirrahiim ada di dalam huruf Baa, dan setiap yang terkandung di dalam Baa ada di dalam titik yang berada dibawah Baa.
Setiap usaha dan perbuatan kita mulakan dengan Bismillah hirrahmaan nirrahiim.
Universiti Kehidupan : Cabaran dan Ujian dalam kehidupan yang lalu sebagai Anak Kunci Untuk Membuka Pintu Syurga.
Tuhan yang Maha Baik tidak membiarkan roh kita berasa selesa tanpa digugat dan diuji. Dalam surah Al-Baqarah ayat 155, Allah berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
SESEORANG atau sesuatu bangsa yang kuat itu, tunjangnya ialah pada kekuatan jiwa di samping kekuatan mental dan kekuatan fizikal. Tanpa kekuatan jiwa, seseorang yang fizikal dan mentalnya kuat akan mudah lemah oleh kesusahan atau cabaran hidup. Pernah seorang pensyarah muda yang sasa bunuh diri kerana kecewa dalam hidup. Seorang penyanyi terkenal yang selalu menghiburkan orang juga bunuh diri kerana tidak tahan menghadapi kesusahan hidup. Itulah bukti bahawa kekuatan jiwa adalah kekuatan asas yang utama bagi manusia. Tanpanya manusia akan jadi selemah-lemah makhluk hingga sanggup membunuh diri sendiri.Jiwa yang kuat itu adalah jiwa yang beriman. Dengan iman,jiwa akan memiliki sifat-sifat sabar, redha, tawakkal, berani, tidak putus asa, tidak kecewa dan lain-lain lagi. Dengan sifat-sifat itulah jiwa atau hati atau roh itu menjadi kuat. Tahan menghadapi cabaran dan ujian.
Dengan jiwa yang kuat saja sesuatu bangsa boleh tampil sebagai bangsa yang berjaya dan maju
Berikut ialah petikan PERJUANGAN BELUM SELESAI yang di sampaikan oleh Tun Mahathir
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Sajak : AKU TUNTUT HAK KELAHIRANKU DI SAMPAIKAN OLEH AMIR HASSAN PADA 31.8.2006 DI HOTEL DIAMOND PUTERI, KELANTAN.
Kejayaan yang di luar dugaan ialah berjaya membina jaringan ahli lebih daripada 40 buah negara.
No comments:
Post a Comment