Bela Islam atau Anwar?
Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Baik. Mohon restu Fatta Attamimi, Imamul Mahdi dan Rasulullah saw.
Penghayatan Islam di Malaysia terus meningkat. Pada masa yang sama, kemungkaran juga berkembang pesat. Sama naik, sama bersaing dalam perlumbaan yang cukup sengit.
Kebenaran dan kebatilan mempunyai pendokongnya masing-masing. Sudah tentu terdapat kelompok dan pemimpin yang memperjuangkannya.
Masyarakat sering keliru untuk membezakan antara perjuangan Islam dengan perjuangan orang Islam. Perjuangan Islam atau lebih tepat perjuangan kebenaran mempunyai ciri-ciri yang jelas secara khusus dan secara umum. Secara ringkasnya begini;
Ciri-ciri jemaah Islam yang sempurna
Ialah jemaah Islam yang kuat dan berwibawa
Jemaah itu role model di zamannya
Ada pemimpin yang berwibawa, ilmunya banyak, akhlaknya mulia
Boleh memberi ilmu, mampu mendidik pengikut-pengikutnya
Ibadahnya baik, cita-citanya besar, tabah dan sabar
Pengikut-pengikutnya taat setia berkorban dan rajin bekerja
Berkasih sayang, fikiran mereka selaras dan bekerjasama
Di dalam jemaahnya ada sistem hidup di semua aspeknya
Malam menjadi abid, siang menjadi singa
Di luar jemaah mereka mengembara
Pergi berdakwah, membuat kajian, melihat kebesaran Allah
Berhubung dengan manusia mencari kawan seperjuangan
Setidak-tidaknya mengenalkan perjuangannya, mencari simpati orang
Kepimpinannya satu, menuju satu hala
Pemimpin nombor satu adalah tempat rujuk dan penentu
Dia adalah lambang kesatuan dan perpaduan di dalam jemaah
~Abuya~
Tanpa ciri-ciri tersebut, jelaslah itu bukan perjuangan Islam. Jika ada orang Islam yang gigih berjuang atas nama apa sekalipun, maka itu dinamakan perjuangan orang-orang Islam. Bukannya perjuangan Islam lebih-lebih lagi tidak layak disebut perjuangan kebenaran.
Secara jujur, ramai bersetuju bahawa perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak termasuk dalam ciri-ciri perjuangan kebenaran. Kalau pun ada isu yang selari dengan Islam, itu adalah tuntutan yang bersifat fitrah. Menentang kezaliman, penindasan, penipuan, kekejaman dan sebagainya itu merupakan tuntutan fitrah manusia. Tidak ada manusia yang bersetuju dengan semua itu dan sangat ingin bebas daripadanya. Islam agama fitrah. Apa yang Islam setuju, fitrah manusia juga setuju.
Perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah perjuangan orang Islam berlandaskan ideologi. Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang Islam dan beliau dikenali dengan pegangan Islam yang liberal.
Kebelakangan ini ramai yang membela Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sedang berdepan kononnya dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah.
Selanjutnya .....
Pejuang ???
No comments:
Post a Comment