Friday, June 20, 2014

LIWA' AL HAMDI : PANJI RASULULLAH

Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain
Pencetus kepada Daulah di Timur dan menerima amanah untuk 
Mengetuai Panji Rasulullah. 

Sabda Nabi SAW

“Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka,sekalipun merangkak di atas salji.”
Akhir zaman nanti Allah dan Rasul akan mengumpulkan benih-benih Rasul (Ahlul-Bait) sepertimana awan-awan berkumpul.  Sebelum mengatur kita di atur oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Dengan Hak Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Kini adalah masa Islam akan menang dan tidak akan kalah lagi.  Pada 27.9.1511 Empayar Melaka (Turki Kecil)  telah di takluki Portugis.  Pelbagai usaha dan rancangan pihak musuh Islam di buat untuk gagalkan Jadual Allah berhubung dengan Kebangkitan Kali ke 2 Dari Timur ini.  Segala perancangan musuh dalam pengetahuan Allah dan akhirnya kini kita dapat saksikan akhirnya "Senjata Makan Tuan".

Antara rancangan yang besar dibuat untuk lenyapkan Alter Terahsia Bangsa Melayu ialah dengan membawa masuk secara besar-besaran pendatang dari India dan China.  Tujuan utama ialah untuk jadikan Tanah Melayu ini sentiasa bergolak dan tidak aman di sebabkan penduduknya pelbagai bangsa.  Pihak penjajah di peringkat awal lagi telah caturkan agar berlaku jurang perbezaan dari segi ekonomi.  Bangsa Melayu di tempatkan di kampung, India di ladang-ladang dan China di kawasan bandar.

Sebelum 1969 seramai 17 orang Melayu dari pelbagai negeri telah mengadakan pertemuan dengan Ismail Pulau Besar/Tok Perak dan bermula saat itu mereka berbaiah dengan Tok Perak.   Bermula dari itulah konsep Baiah mula di perkenalkan di Malaysia sehingga sekarang.   Kini terdapat pelbagai Pertubuhan Melayu yang di daftarkan dan tidak di daftarkan menjadikan Baiah sebagai keutamaan dalam jemaah.

Setelah 503 tahun mengalami pelbagai cabaran dan ujian kini Bani Tamin (Bangsa Yang Di lahirkan di Tanah Melayu) terpanggil dan di umumkan melalui media Facebook dan blog kini bahawa "Pemimpin Yang Di Janjikan" telah muncul iaitu "


Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain
Pencetus kepada Daulah di Timur dan menerima amanah untuk
Mengetuai Panji Rasulullah.



Melalui Laman FB, makluman telah di hantar untuk Ayahanda-Ayahanda di seluruh negara.   Respon amat baik di terima.

Antara yang terawal ialah Dato Mohamad Ramalan Yunus dari WICC datang mengunjungi Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain.



No comments: