Wednesday, March 26, 2014

MH 370 - Kotak Hitam - Magic Box

Pada malam kejadian kehilangan kapalterbang MH 370 pada 8.3.2014 , sepanjang malam berfikir dan mencari rahsia tersirat dalam Magic Box 3 x 3 dan Magic Box 4 x 4


Pada pagi 8.3.2014 sebelum mengetahui tentang kehilangan MH 370 saya tertumpu untuk merungkaikan rahsia di Magic Box 4 x 4 pada petak nombor  1 8 13 12.

Cerminan ..  1:1   8:8    13:31   12:21

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  

(Surah Al-Fatihah :1)

Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. 

(Surah Al Anfal :8)


Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

(Surah Ar-Rad : 31)
Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.


( Surah Yusuf : 21 )

 Surah Al-Fatihah



1. Kuliah Al Fatihah : Muqaddimah I

PETIKAN:
Tetapi yang ini ahli Sains tidak dapat kesan. Yang ghaib tidak dapat dikesan. Mereka hanya mampu mengesan yang lahir sahaja seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, hubungan bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu. Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kedurhakaan manusia.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirrahmaanirrahiim
Anak-anak  yang saya kasihi  sekalian,
Alhamdulillah kita telah membincangkan tentang Kebesaran Al Quran. Kali ini apa yang hendak kita perkatakan atau kuliahkan ialah salah satu daripada surah dalam Al Quran iaitu Surah Al Fatihah.
Surah Al Fatihah itu adalah suratul Makiyyah. Ia turun 2 kali iaitu di Mekah dan Madinah.
Maksud ayat Makiyyah itu ialah setiap ayat yang turun semasa sebelum Rasulullah berpindah ke Madinah.
 Yang disebut surah Madaniyah ialah setiap surah yang turun selepas hijrah ke Madinah, sekalipun ayat itu tidak turun di Madinah. Mungkin turun di Mekah, mungkin turun di Thaif atau mungkin dalam perjalanan.
 Ia dikatakan surah Al-Fatihah atau surah pembukaan. Boleh juga dikatakan surah ‘yang mendapat kemenangan’ sebab dalam bahasa Arab, kemenangan itu dari perkataan fath, seperti Futuh Mekah, contoh: Sultan Muhammad Al Fateh (Muhammad yang dapat kemenangan). Mengapa disebut surah yang mendapat kemenangan? Kerana ia adalah ibu kitab. Ibu kitab yang tertulis di luh mahfuz ada di dalam Al Fatihah. Jadi kandungan Al Fatihah meliputi seluruh isi Al Quran. Kalau surah Al Fatihah dapat difahami dan dihayati intipatinya, itu pun sudah cukup untuk kita memahami intipati Al Quran. Bila ia menjadi ilmu lalu dihayati dan diapplykan, pasti akan mendapat kemenangan. Maksud yang biasa, yang selalu dibahas ulama ialah “Surah Pembukaan” kerana ia diletak di depan, di pintu Al Quran. Ertinya surah nombor 1. Tetapi aneh kerana ia bukanlah ayat yang mula-mula turun. Yang mula-mula turun ialah dari surah Al Alaq sebanyak 5 ayat. Sepatutnya surah pembukaan itu ialah Surah Al Alaq tetapi ia tidak disebut sebagai ‘Surah Pembukaan’ Mengapa? Di sini kita akan dapat rahsianya. Hikmahnya ialah kerana Al Fatihah itu merangkumi semua sama ada aqidah, syariat, akhlaq, dan terutamanya syariah. Kalau diperluaskan, syariah itu ialah peraturan atau undang-undang sistem hidup. Hikmahnya diturunkan Surah Al Alaq dahulu ialah Tuhan hendak menanamkan aqidah dahulu. Kalau aqidah belum ada, belum kenal Tuhan, tidak tahu kemampuan dan kuasa Tuhan, maka apa perlunya syariah. Oleh itu walaupun Surah Al Alaq diturunkan awal, ia tidak disebut sebagai surah pembukaan atau surah kemenangan kerana ianya hanya menyebut satu juzuk iaitu aqidah sahaja. Al Alaq tidak mewakili seluruh Al Quran. Sebab itu surah Al Fatihah dijadikan surah pertama walaupun ia bukan surah yang pertama turun.

Surah Al Fatihah  ada 2 maksud:
 1.    Surah Pembukaan
2.    Surah Kemenangan
Al Fatihah ada tujuh ayat, termasuk ayat Bismillah. Bismillahi rahmaanir rahim itu adalah ayat dari Al Fatihah tetapi fahaman wahabi tidak memasukkannya dalam Al Fatihah (ayatul min ayatilfatihah). Orang berfahaman Wahabi/tidak bermazhab, bila bersolat tidak membaca Bismillah. Terus sahaja membaca alhamdulillah. Kalau kita bersembahyang dengan Wahabi kita menjadi was-was sebab bagi kita Al Fatihah itu wajib/rukun solat..Patutnya kalau imam yang bijaksana, berhikmah, dan menghormati mazhab, kalau seorang imam berfikir mengenai masyarakat umum, membaca Bismillah itu lebih baik, jika pada keyakinannya Bismillah itu  sunat, bukannya haram! Kalau dia membacanya pun dia akan mendapat pahala sunat. Kalau pada keyakinan seseorang Bismillah itu wajib dibaca [seperti kita], jadi batallah sembahyang kita. Ini tidak. Bagi mereka [imam fahaman Wahabi] membaca Bismillah ianya hanya sunat. Kalau imam itu bijak, jika dia membaca Bismillah, selain mereka mendapat pahala sunat dan menghormati mazhab selain mazhab mereka, ia juga menyelamatkan orang lain dari terbatal sembahyang.
 Al Fatihah ada tujuh ayat. Mengapa 7? Ini ada hikmahnya . Bukankah saya sudah kata tadi, intipati Al Quran yang 30 juz itu ada di dalam Al Fatihah. Katalah ada seorang pakar, yang Tuhan berikan dia ilmu. Katalah dia tidak membaca seluruh Al Quran tetapi dia berkata, “Mari kita huraikan Al Fatihah.” Mungkin dia akan syarahkan selama satu tahun kerana ibarat hendak menggali lombong, takkan memakai cangkul? Hendak mengeluarkan emas Al Quran!!
Selepas setahun dia memberi kuliah, maka bila kita  lihat Al Quran, maka akan didapati apa yang disyarahkan dari huraian Al Fatihah itu akan sama dengan seluruh isi Al Quran. Tetapi tidak pernah ada orang yang hendak berbuat kerana tidak ada yang pakar.
Mengapa Al Fatihah ada 7 ayat? Ini ada hikmahnya yang  besar. Ia ada hubungan dengan manusia dan dengan segala ciptaan Tuhan, secara isyarat.
1.    Tujuh Ayat menggambarkan 7 hari dalam seminggu. Dalam 7 hari itulah manusia hendak menjadi jahat atau baik. Hendak mendapat rahmat atau mendapat laknat. Hendak bahagia atau celaka. Hendak menjadi kafir atau mukmin. Hendak kaya atau susah. Hendak sakit atau sihat. Ertinya dalam masa seminggu, kalau Al Quran yang intipatinya ada dalam Al Fatihah itu berperanan, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatihah tidak berperanan dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru hara dan celaka.
 2.    Begitu juga dalam seminggu itu sama ada manusia hendak menjadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu, selain solat  adalah rukun Islam yang kedua, di dalam sembahyang itulah segala anggota 7 itu digunakan Kalau agama lain, bila menyembah Tuhan, tidak melibatkan semua anggota. Dalam Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh. Kegunaan kepala bermacam-macam jenis. Tangan itu berapa banyak peranannya. Boleh buat baik atau jahat, boleh membunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang. Begitu juga kedua lutut dan dua kaki. Dalam sembahyang inilah anggota-anggota sujud. 7 anggota penting manusia terlibat dalam solat. Sebab itu dalam doa iftitah kita sebut, “hidup matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam kita ini sudah ikrarkan bahawa kita serah pada Allah. Apa yang disebut oleh bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan. Itu kalau kita sedari dan hayati.
 3.    Al Fatihah ini ada 7 ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib dia nanti sama ada neraka yang 7 atau syurga yang 7. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatihah. Kalau Al Fatihah berperanan dalam hidup, dia akan dapat salah satu dari 7 peringkat syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari 7 peringkat neraka.
 Tujuh  ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. Di langit ada bermacam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan 7 lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia.
Ramai ahli-ahli Sains yang membuat kajian, sudah mengesahkannya tetapi setakat yang lahir-lahir sahaja. Sebenarnya ia bukan berhubungan dengan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja.
Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat. Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia kepada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi yang ini ahli Sains tidak dapat kesan. Yang ghaib tidak dapat dikesan. Mereka hanya mampu mengesan yang lahir sahaja seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu. Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kedurhakaan manusia. Yang ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi Saintis tidak boleh.
Jadi 7 langit dan 7 bumi ada hubungan dengan manusia sama ada bersifat dunia atau akhirat. Jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli Sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Sebab itu, bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalau di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, ertinya jin itu dari Indonesia. Jin di Arab berbahasa Arab. Jadi jin menumpang bahasa manusia supaya nampaklah manusia itu lebih mulia dari jin. Jin belajar menumpang dengan manusia. Sekarang pun mereka menumpang belajar dengan kita. Eloklah jika tidak nampak. Jika nampak, tidak larat kita hendak lihat.
Begitu juga soal makan. Kalau jin kafir, mereka makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang kafir. Begitu juga jin Islam, mereka menumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh  orang Islam. Sebab itu hati-hati bila membuang tulang. Biarlah pada tempatnya. Kalau bersepah-sepah , jin makan, jin terlanggar anak kita, jadi masalah. Jadi Al Fatihah yang ada 7 ayat ini sangat berhubungan dengan kehidupan.

5) Yang terpenting dari itu, 7 ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh mendidik nafsu kita yang 7.
Semakin kita hayati, semakin  kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Isi Al Quran itu terkandung di dalam Al Fatihah. Kalau dihayati, nafsu boleh menjadi baik sebab nafsu itu yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatihah atau isi Al Quran dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat Mulhamah. Itu pun sudah agak OK. Itu ertinya nafsu orang soleh. Kalau mutmainah, itu nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap. Kalau mulhamah masih lagi goyang. Tidak mantap lagi. Nafsu ada 7 dan ayat ini ada 7 itu bukan kebetulan.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Al Fatihah padahal baru bercakap mengenai kulitnya. Baru muqaddimah sahaja. Baru di pintu Fatihah. Belum masuk lagi ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Sebab itu saya lebih suka mengatakan Al Fatihah itu surah untuk mendapat kemenangan daripada dikatakan ia pembukaan Al Quran. Kalau ulama mahsyurkan, dikatakan Al Fatihah itu surah pembukaan kerana diletak di depan Al Quran, itu pun tidak salah. Tetapi bagi saya elok dimahsyurkan yang kedua, yakni surah kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti syurga, neraka, nafsu dan lain-lain.

Bila disebut Surah Fatihah, bagi orang yang ada ilmu, tergambarlah rangka Fatihah secara umum. Kalau dikatakan Al Fatihah hanya pembukaan Al Quran, bukan salah tetapi itu hanya kecil dan sedikit sangat. Tetapi bila disebut Al Fatihah itu surah kemenangan, itu adalah intipati atau ibu. Baru muqaddimah pun sudah nampak besarnya. Maha BesarNya Tuhan. Cuba lihat, Allah gunakan ism fiil, ‘yang telah mendapat kemenangan’. Lebih baik makna ini kita mahsyurkan kerana Surah Fatihah itu menentukan seseorang itu akan  menang atau tidak.
2. Kuliah Al Fatihah : Muqaddimah II - [Tujuh Ayat]
Petikan : Seseorang yang dhaif dalam memahami 7 ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan 7 tahap nafsu itu.
Allah menciptakan 7 ayat untuk menghadapi 7 neraka. Kalau kita jahat, kita tolak terus falsafah ini, maka neraka paling bawahlah, yang paling dahsyatlah yang akan dihadapinya
---------------------------------------------------------------------------------------------------------Bismillahirrahmanirrahim.
Anak-anak yang dikasihi sekelian,
Alhamdulillah, kita teruskan program kita. Moga-moga Allah beri kita ilmu untuk jadi panduan, bagi menyelesaikan berbagai-bagai masalah. Moga-moga hati kita ini jadi wadah yang boleh menerima ilmu-ilmu.
Soalan: Benarkah Bismillah sebagai ayat pertama Fatihah itu ikhtilaf?
 Jawapan saya, itu bukan ikhtilaf. Bismillah itu sangat besar maksudnya, tidak boleh dikatakan ikhtilaf. Kalau kita mengaji ilmu tafsir, tujuh ayat dalam Al Fatihah itu dirangkapkan 2-2. Seperti bentuk sajak. Hujungnya disamakan,mim dengan nun, akhirnya dipasang-pasangkan.
Tujuh ayat Fatihah itu jangan kita anggap sebagai kebetulan.Agar hidup ini dipandang berat dan supaya tidak disia-siakan, janganlah kita anggap semua itu kebetulan.
Tawaf, perjalanan antara Safa dan Marwah juga 7 kali.Semua hal-hal yang berhubungkait dengan manusia, Tuhan ciptakan dengan bilangan tujuh.
Maha Suci Tuhan yang mentakdirkan Al Quran yang mempunyai 6,666 ayat, diringkaskan kepada 7 ayat yang menjadi satu matan. Yang mana Allah menetapkan bahawa 7 ayat itu sama dengan 6,666 ayat Al Quran. Maha Hebat Allah. Mengapa Allah berbuat begitu adalah diluar kemampuan kita untuk memahaminya.
Apa istimewanya angka 7 itu?
Cuba kita fokus kepada 7 ciptaan lain yang mana ia bukan merupakan huruf atau ayat tetapi bersifat maddi atau maknawi...ada 7 anggota badan, 7 langit, 7 syurga, 7 neraka, 7 hari dan 7 nafsu.
Hari juga diciptakan 7, tidak 8 atau 9. Mengapa tujuh? Allah yang Maha Tahu rahsianya. Itu manusia tidak boleh menjawabnya. Allah juga memilih untuk membuat anggota badan itu tujuh. Semua ciptaan-ciptaan yang berkait rapat dengan pengendalian hidup manusia, Tuhan samakan dengan Al Fatihah, ummul Kitab ini.
 Cuba kita lihat nafsu yang ada 7 peringkat. Manusia akan bermula dengan paling jahat kepada paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya.Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk study dan praktikan berkaitan nafsu, manusia akan mampu membawa dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan pernah menjadi seorang yang bernafsu amarrah, pernah mencapai tahap nafsu lauwamah, mulhamah, mutmainnah,radhiah dan paling tinggi akan sampai ke mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai ke nafsu kamilah yakni nafsu yang paling atas.
Manusia biasa boleh menjangkau sampai mardhiah kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.
Setakat kita ini jika mencapai tahap mulhamah pun sudah OK, kalau boleh pergi sampai ke mutmainnah, itulah yang terbaik untuk kita.
Bagaimana untuk kita mengendalikan nafsu kita supaya sampai jadi taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan dapat merasai bagaimana dia merangkak dari satu tahap ke satu tahap.
Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi sangat berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya. Tetapi untuk itu mesti dirujuk kepada Al Quran. Ayat Al Quran terlalu banyak namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita tumpukan kepada tujuh ayat sahaja.
Kalau kita boleh  mengambil tujuh ayat ini untuk kita menguasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka dengan cara itulah sahaja kita boleh mengendalikan nafsu kita.
Yang sebenarnya kalau kita boleh menguasai 7 ayat itu,kita boleh sampai ke peringkat ke tujuh nafsu kita yang mana nafsu itu kita boleh tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh berbuat hingga sampai peringkat  ke tujuh itu. Rasulullah SAW boleh tetapi setakat kita yang hari ini makna Fatihah pun belum boleh faham, rasanya tidak sempat untuk kita sampai ke peringkat itu. Jika dapat peringkat mulhamah pun sudah cukup.
Allah menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan 7 ayat dari surah Al Fatihah itu. Allah menetapkan, kekuatan 7 ayat Al Fatihah itu boleh mengendalikan 7 peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama.
Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta 7 ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan 7 peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah wujudkan nafsu  itu 7 peringkat. Kita lihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumi kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam 7 ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan 7 peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan.
Seseorang yang dhaif dalam memahami 7 ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan 7 tahap nafsu itu.
Allah menciptakan 7 ayat untuk menghadapi 7 neraka. Kalau kita jahat, kita tolak terus falsafah ini, maka neraka paling bawahlah, yang paling dahsyatlah yang akan dihadapinya.
Sayangnya Universiti-universiti tidak menetapkan ini untuk dikuasai.Hari ini orang hanya belajar bagaimana untuk menguasai lombong bijih dan minyak. Mereka tidak fikir untuk menggali lombong Al Fatihah, satu kekuatan untuk mendapat syurga atau neraka. Manusia akan masuk neraka mengikut kadar dia melihat Al Fatihah itu. Seorang yang inginkan syurga Allah maka kuasailah Fatihah itu.
Menyentuh tentang hari yang 7 pula, rupanya Allah jadikan hari-hari itu tidak sama. Seorang boleh menguasai harinya dengan baik apabila dia menguasai kekuatan Fatihah.
3. Kuliah: Al-Fatihah: Ayat Pertama – Bismillahirrahmaanirrahiim  ½
PETIKAN : Sebab itu kalau kita baca sejarah, orang yang lurus dan bersih hatinya, yang sangat sensitif, dia nampak sangat Rahmat Tuhan itu, seolah-olah seperti salji yang turun. Setiap detik Tuhan memberi kasih sayang tetapi kita tidak pernah terasa kasih sayang Tuhan. Tidak pernah jatuh hati dengan Tuhan. Tidak pernah terasa serba salah dan malu dengan Tuhan.Bottom of Form



Bismillahirrahmanirrahim.
Anak-anak yang dikasihi sekelian
Kita sudah memperkatakan muqaddimah Ummul Kitab. Belum memperkatakan isinya. Baru menyentuh yang luar-luar. Kalau ibarat istana, kita belum tahu apa yang di dalamnya dan secantik mana ia. Kita baru lihat dari luar. Lihat dinding luar itu pun sudah terasa keindahannya. Kalau kita masuk istana, tentu lebih puluhan kali keindahannya. Marilah kita lihat lagi ke dalam ummul kitab yang merupakan seluruh intipati isi Al Quran dan sunnah, demi untuk keselamatan manusia dunia dan akhirat. Ummul Kitab atau pun Al Fatihah itu, bagi siapa yang mengamalkannya akan mendapat kemenangan. Ia bukan sahaja surah pembuka Al Quran tetapi pengertian sebenarnya ialah surah kemenangan.   Dengan maksud, kalau diamalkan, ia adalah penentu, pembawa kemenangan. Ia bukan surah pertama diturunkan tetapi isinya kalau difahami, dihayati, diamalkan dalam kehidupan dan perjuangan, maka ia boleh membawa kemenangan.
Al Fatihah dimulai dengan Bismillah...iaitu dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Di sini Tuhan sebut namaNya, yang mana Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dua sifat ini adalah sifat Tuhan yang termasuk Asmaul Husna yang 99. Ertinya sifat-sifat Tuhan yang disebut dalam Asmaul Husna, yang ada dalam Quran dan Hadis, itu semua merupakan satu pakej yang memperlihatkan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah. Daripada keseluruhan itu, yang merupakan 1 pakej, yang Tuhan tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertinya kebesaran Tuhan dan keagungan Tuhan tidak ada kesudahan tetapi Tuhan hanya sebutkan 99.Anehnya kerana daripada 99 sifat Tuhan itu, Tuhan sangat menonjolkan sifat Rahman dan Rahim Nya.
Sebab itu Hadis ada menyebut, “Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah berkatnya..
 Tuhan tidak pilih sifat-sifatnya yang lain. Contoh: Bismillahi Jabbar, Bismillahi Sobur atau Bismillahi Syakur. Mengapa Rahman dan Rahim yang dipilih? Bismi itu bukan sifat. Rahman dan Rahim itu sifat Allah. Allah itu dikatakan Ismu jalalah, nama yang Maha Agung. Nama bagi satu Zat yang dikatakan Dia lah Tuhan, yang menciptakan langit dan bumi. Yang dipopularkan, dimasyhurkan dan dipopularkan ialah dua sifat Nya iaitu Rahman dan Rahim Mengapa Tuhan tonjolkan 2 sifat ini dan tidak yang lain? Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau faedahnya iaitu:
1.Kalau kita prihatin, memang 2 sifat inilah yang tertonjol. Katalah As Syakur, ia tidak berapa nampak. Al Jabbar dan Al Qahhar boleh dilihat sekali sekala seperti gunung berapi meletus, dilanggar kereta, ada pemimpin yang jatuh (!). Sekali sekala nampak Al Kabir dan Al Kudrah Nya. Tetapi Rahman dan Rahim sangat tertonjol. Setiap detik tertonjol tetapi aneh kita tidak prihatin!.
Sebab itu kalau kita baca sejarah, orang yang lurus dan bersih hatinya, yang sangat sensitif, dia nampak sangat Rahmat Tuhan itu, seolah-olah macam salji yang turun.
Yang terkesan ialah sifatnya yang sekali sekala berlaku. Berlaku gempa bumi di Iran, sebulan orang perbualkan padahal beberapa tahun sekali ia berlaku. Ajaib sekali.Bila ada orang mati dilanggar kereta, ia jadi bualan padahal bukan setiap detik ia berlaku. Patutnya yang diperhatikan ialah Rahman dan Rahim Tuhan itu sebab ia bukan sahaja setiap detik berlaku bahkan setiap suku detik ia berlaku. Buktinya, ia berlaku dari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas.“Hidup lagi aku. Sayangnya Tuhan dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup.”Kita hidup itu adalah dari kurnia Rahman dan Rahim Tuhan.
Bila kita pergi bilik air, itu Rahman dan Rahim Tuhan. “Boleh melangkah lagi aku. Tuhan sayang lagi dengan aku.”
Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu , bila dapat air, terasa segar. Padahal waktu sakit itu dahsyat. Kena air, ¾ sakit hilang. Itulah kasih sayang Tuhan. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribu Rahman dan Rahim Tuhan. Mandi, bernafas dalam bilik air. Lepas itu kita boleh sembahyang dengan Rahman dan Rahim Tuhan juga. Seterusnya kita keluar pergi kerja dengan nafas yang turun naik, itu juga Rahman dan Rahim Tuhan yang berlaku setiap detik.
Kita melangkah kaki, memijak di bumi Tuhan.Kalaulah Tuhan jerluskan, bukankah dahsyat. Boleh berpijak dengan baik di bumi Tuhan. Boleh pula melihat-lihat ciptaan Allah, “Rupanya mata aku tidak buta. Ini Rahman dan Rahim Tuhan.” Dengan Rahman dan Rahim Tuhan itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmat Tuhan,Kalau dia bukan seorang pemimpin manusia, perasaan yang dirasa untuk dirinya sahaja maka dia akan mabuk [sakr] dengan Tuhan. Itulah istilah-istilah yang dipakai.Dia seperti orang gila kerana tidak tahan dengan Rahmat dan nikmat yang bukan sahaja matanya dapat lihat bahkan hatinya juga melihat. Kalau Rasulullah SAW itu bukan pemimpin, mungkin dia sudah mabuk. Kalau sudah mabuk, sudah tidak boleh memimpin orang ramai.
Tetapi biasanya pemimpin-pemimpin itu Tuhan kawal perasaannya supaya tidak sampai mabuk. Setakat hatinya sahaja yang mabuk.Sebab itu kalau kita lihat ahli sufi yang bukan memimpin, ramai yang aneh-aneh. Kita hendak ikut dia pun, dia tidak suka sebab dia perhubungannya dengan Tuhan terganggu kerana kita.
Sebab itu Sayidina Ali RA dan Sayidina Umar RA , ketika bertemu Uwais Al Qarni, Uwais Al Qarni tidak mahu bercakap panjang dengan mereka. Tentulah Sayidina Umar dan Sayidina Ali lebih tinggi pangkat dan darjat dari Uwais Al Qarni yang hanya afdhol tabiin iaitu tabiin yang paling utama. Orang yang ada hubungan hati dengan Tuhan, dia tidak seronok untuk berhubung dengan manusia jika dia bukan pemimpin manusia. Uwais hanya menjaga kambing orang ramai. Dia adalah ulama berwatak nabi yang hanya jaga dirinya. Sebab itu dia mabuk dengan Allah. Biasanya orang kalau berjumpa Sayidina Umar dan Sayidina Ali, mereka hendak berlama-lama kerana mereka rasa itulah ibadah mereka. Melihat muka mereka pun terasa terhubung hati kita dengan Tuhan. Tetapi orang macam Uwais Al Qarni yang sentiasa terhubung dengan Tuhan, dia jadi semacam  mabuk bersendirian.
Jadi itu hikmah yang pertama mengapa Allah menonjolkan diriNya dengan dua sifat ini. Kalau orang prihatin dalam kehidupannya, mata, akal dan rohnya prihatin, memang sifat Rahman dan Rahim Tuhan sangat menonjol. Sifat Rahman dan Rahim Tuhan yang mencurah-curah itu ibarat seorang di padang pasir, didatangkan salji yang tidak berhenti-henti. Munasabahlah dua sifat ini tertonjol. Tetapi pelik, begitu sekali pun tertonjol dalam kehidupan manusia, bahkan Tuhan ingatkan selalu dengan disebut Rahman dan Rahim itu melalui Bismillahi rahmanir rahim. Namun kita buat tidak tahu dan kita tidak rasa…
Padahal saya sebut tadi, dari bangun tidur, di bilik air, depan rumah, belum jauh pun kita melangkah, begitu banyak nikmat Tuhan. Jadi munasabahlah Tuhan suruh menyebut nama ini pada setiap perbuatan yang baik. Memang sifat inilah yang tertonjol. Tetapi sifat yang tertonjol ini tidak diperhatikan manusia. Menunjukkan hati sudah terlalu lalai. Kalau orang bukan Islam, kita tidak hairan. Ini orang yang masih solat, puasa dan naik haji pun tidak rasa. Seolah-olahnya Rahman dan Rahim Tuhan itu kebetulan sahaja.
Ini samalah dengan contohnya: Mungkin kita ada kawan, orang kaya yang pemurah. Dia ajak kita bersiar-siar sekali sekala. Dia memberi kita pakaian, memberi kita hadiah untuk dibawa balik kepada anak. Dua bulan kemudian , kita jumpa dia lagi. Dia ajak kita makan dan ajak kita round2 dengan keretanya.Ia berlaku sekadar sebulan sekali atau dua bulan sekali. Itupun kita mula bercakap, “Baiknya orang itu, pemurah dan berkasih sayang.”
Tapi aneh anak kita atau kita sebagai anak yang setiap hari duduk dengan ibu, diberi buku sekolah, diberi pakaian, sekali sekala dibawa keluar, kita tidak pernah rasa ibu ayah sayangkan kita.
Malah  berfikir pula,”Sayang kah ibu aku ni?Jangan-jangan benci.”
Kita boleh terikat hati dengan orang luar padahal sekali sekala sahaja orang buat baik pada kita. Itupun dia katadia  sudah sayang dengan orang itu. Padahal ibu ayahnya hari-hari berbuat baik padanya, menanggung makan dan minum, tidak terasa olehnya ibu dan ayahnya sayang.
Ini samalah dengan apa yang orang  buat pada Tuhan. Tuhan Pemurah dengan mereka, setiap detik dan setiap saat tetapi tidak pernah pula disebut. Setiap detik Tuhan memberi kasih sayang tetapi kita tidak pernah terasa kasih sayang Tuhan. Tidak pernah jatuh hati dengan Tuhan. Tidak pernah terasa serba salah dan malu dengan Tuhan.
Kalau mengikut akal, tidak logik ia berlaku. Kalau dibahaskan logik atau tidak logiknya, tentulah kita akan lebih sayang dengan orang yang hari-hari belanja kita bukan yang belanja sebulan sekali. Tetapi yang tidak logik itulah berlaku. Begitulah kita buat pada Tuhan. Sekalipun kita sembahyang, puasa, wirid, zikir tetapi tidak nampak nikmat, rahmat dan kebaikan Tuhan.
Enam bulan sekali, bila sakit gigi, kita berkata, “Apalah Tuhan ni!!”. Yang sekali itu yang diingat. Waktu sihat itu kita lupa. Termasuklah kita yang berjuang, solat, puasa dan naik haji tetapi tidak teringatkan rahmat dan nikmat Tuhan. Itu menunjukkan hendak hidupkan hati susah sekali padahal kita dimandikan dengan Rahman dan Rahim Tuhan setiap hari. Jadi Tuhan suruh baca Bismillah kerana Tuhan hendak isytiharkan 2 sifat ini yang menonjol. Sifat yang lain hanya berlaku sekali sekala untuk kesedaran, untuk insafkan manusia.
2. Hikmah kedua: Supaya berkat setiap kebaikan yang kita buat sama ada yang bersifat maddi atau maknawi, rohaniah, jangan lupa baca Bismillah. Supaya lahir cinta terhadap Tuhan. Apa rahsianya? Kita cinta atau tidak cinta Tuhan, itu tidak jadi masalah bagi Tuhan. Keagungan Tuhan tetap. Ia tidak berubah sama ada kita cinta atau bencikan Nya. Tuhan seolah-olah mengajar kita apabila kita baca Bismillah, kita tersedar atau tersentak yang mana waktu itu kita akan prihatin dengan banyaknya nikmat Tuhan. Supaya kita cintakan Tuhan. Agar kita jatuh hati dengan Tuhan. Faedahnya bukan untuk Tuhan.
Kalau orang cintakan Tuhan automatik dia akan cinta sesama manusia. Untungnya sesama manusia. Bila cinta sesama  manusia, tiada pergaduhan, ada tolak ansur, bekerjasama, bermaaf-maafan, tiada hasad dengki, tidak ada peperangan.
Keuntungan, faedah dan manfaatnya untuk manusia, bukan untuk Tuhan. Di sini ada rahsia dalam rahsia. Dalam Rahman dan Rahim Tuhan itu, bila kita kaji hikmahnya, dalamnya itu ada Rahman dan Rahim. Hikmahnya itu juga adalah Rahman dan Rahim Tuhan. Dalam Rahman ada Rahman. Dalam Rahim ada Rahim. Dalam kasih ada kasih. Dalam cinta ada cinta. Dalam kebaikan ada kebaikan. Kalau yang diluar pun kita tidak sedar, yang mata boleh lihat pun tidak perasan, betapalah yang tersirat. Kerana manusia ini, walaupun dia sembahyang tetapi hatinya sudah buta. Kalau Tuhan tidak ingatkan dengan Bismillah, teruslah buta hati kita
Walau sudah diingat-ingatkan pun tidak sedar. Macam anak kita yang setiap hari duduk di rumah, kita beri pakaian, pergi sekolah beri duit belanja, beri buku, tetapi tidak pernah dia rasa ibu dia sayang. Orang yang sekali belanja dia, dia kata,”Macammana saya tidak sayang dia sebab dia belanja.” Padahal orang itu belanja sebulan sekali. Sedangkan ibu dia setiap hari belanja, dia tidak sayang, manalah hati tidak menangis. Itu adalah kerana kita juga iaitu ibu dan ayah tidak pun jatuh hati dengan Tuhan maka Tuhan balakan...maka anak kita pun tidak dapat rasa kasih sayang kita. Itu antara anak , ibu, ayah dan orang luar. Yang kita pula, antara manusia dengan Tuhan. Pemberian manusia kita rasa tetapi pemberian Tuhan kita tidak rasa. Kita sama dengan anak kita.
Ada orang pemurah dengan kita, kita puji tetapi Tuhan setiap detik beri kita rahmat, tidak pernah kita puji atau promosikan Nya. Tidak rasa bersalah dengan Tuhan, tidak fikir macam mana hendak balas nikmat Tuhan. Khusyuk atau tidak kita dalam solat sebagai kesyukuran kepada Tuhan. Jadi patutlah Tuhan suruh kita baca Bismillah. Besar peranannya yakni hendak menyedarkan manusia bahawa Tuhan itu berkasih sayang. Agar dengan itu manusia cinta Tuhan.Hasil cinta Tuhan, akan cinta sesama manusia.Akan berlakulah keamanan, keselamatan dan kebahagiaan.
Selama ini kita belajar Bismillah,”Kalau hendak buat sesuatu perkara, baca Bismillah ya. Jangan tidak ikut sunnah ya.” Setakat itu sahaja. Tidak perasan mengapa besarnya Rahman dan Rahim Tuhan itu. Tidak terasa besarnya Tuhan, tidak terasa peranan Nya besar. Tidak nampak hikmahnya besar. Tidak nampak besarnya rahmat dan nikmat Tuhan. Tidak nampak patutnya kita cinta Tuhan supaya cinta kita sesama manusia.
4. Kuliah Al-Fatihah: Ayat Pertama – Bismillahirrahmaanirrahim  2/2
PETIKAN :Orang yang mendidik anaknya dengan Tuhan, roh anak akan hidup, tetapi orang yang mendidik anaknya dengan duit, rohnya akan mati"
Tuhan suruh setiap kebajikan itu dimulakan dengan Bismillah. Artinya dalam satu hari, berapa ratus kali kita baca Bismillah. Hendak makan, minum, pakai pakaian, hendak berjalan, kita baca Bismillah. Apa maksud lainnya?
Supaya kita ada rasa kehambaan. Rupanya kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan. Rasa kehambaan itu sihat tawadhuk yang wajib. Tuhan suka sangat hamba itu merasa hamba. Jadi bagi yang prihatin,  dia menjadi tawadhuk, merasa perlu dengan Tuhan, dia merasa kalau tidak kerana Tuhan, dia tidak boleh hidup. Lahirlah rasa berTuhan. Akhirnya hati kita sentiasa berhubung dengan Tuhan. Rupanya Allah mennyuruh kita membaca Bismillah, kebanyakan kita pada hari ini tidak sampai kematlamatnya. Paling baik, baca Bismillah itu sekadar dapat berkat kerana ikut sunnah Rasullah SAW.
 4.Hikmah lain yang tersirat, kalau kita tidak baca Bismillah dalam berpakaian, makan, minum ertinya apa yang kita buat tidak berkat. Kalau tidak berkat, Tuhan tidak bersama kita. Bila Tuhan tidak bersama, itu yang jadi masalah. Bila makan minum, penyakit pun banyak. Bila kita berpakaian, hati jadi lalai, rasa diri cantik dan hebat. Lalai itu adalah satu bala dari Tuhan. Buat apa pun kalau tidak baca Bismillah, walaupun berjaya Tuhan beri cara istidraj. Maju di satu sudut tetapi negatif di sudut lain. Berniaga maju tetapi orang benci, anak isteri tidak harmoni. Oleh kerana Tuhan marah, diberi secara istidraj, untung disatu sudut, di lain sudut Tuhan tarik kasih sayang, makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.
5. Kalau kita kaji dalam Bismillahi rahmanir rahim, terutama bila baca Al Fatihah sampai habis, kemudian sebelum baca ayat lain, baca Bismillah, selain hendak pertahankan berkat, kedudukannya sunat sahaja. Tetapi bagi Al Fatihah diwajibkan kerana ia satu ayat daripada surah itu. Kalau solat tidak baca Bismillah, batal Fatihah, batal solat.
Apa maksudnya? Sebenarnya kita baca BIsmillah ini kasih sayang Tuhan. Bagi kita, Al Quran yang isinya ada di dalam Al Fatihah itu, kalau kita ada ilmunya, boleh fahami, hayati dan applykannya dalam kehidupan kita, itu rahmat dan nikmat Tuhan yang paling besar, yang mana kita akan selamat di dunia dan akhirat. Begitu kasih sayang Tuhan. Patutlah Tuhan suruh baca Bismillah di awal Al Fatihah sebab Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang. Patutlah wajib baca Bismillah pada Al Fatihah, tidak seperti surah-surah lain.
Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah Rahman dan Rahim Tuhan.Apa yang saya ceritakan di atas termasuk dalam isi Al Fatihah. Saya dahulukan supaya kita nampak, sebab nikmat yang lahir, mudah untuk kita faham dan cepat terasa. Nikmat yang bersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dan nikmat Tuhan yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifat ruhiyyah atau maknawiyah.
Sebab nikmat Tuhan ada 3 iaitu yang bersifat mata, bersifat akal dan bersifat roh.
Mata cepat nampak nikmat tetapi itu pun payah untuk terasa.
Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifat ruhiyyah itu lagilah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan diulaskan baru terasa.
 Dulu saya belajar Al Fatihah 5 minit sahaja. Kemudian tukar surah lain. Tidak terasa besarnya Al Quran. Hanya ingat fadhilatnya sahaja. Ruhaniahnya tidak terasa.

5. Kuliah Al-Fatihah: Ayat Pertama - Bismillahirrahmaanirrahiim 2/3
SOALAN:
Nampaknya untuk membuatkan hati manusia sampai dapat dimanfaatkan, itu bukanlah satu kerja yang mudah.
Dalam pendidikan yang sekular, orang mengasah akal untuk sampai dapat dimanfaatkan, itu juga bukan mudah.
Ternyata, hati itu adalah simpulan yang kalau kita tidak pandai membuka simpulan itu menyebabkan hati itu buta. Butanya hati itu menyebabkan manusia tidak nampak sebesar-besar perkara.
Apakah program untuk membuka semula hati yang tertutup?

JAWAPAN:
Dalam ajaran Islam, Rasulullah SAW sudah ingatkan,"awaludin ma'rifatullah". Mula-mula sekali dalam Islam itu ialah mengenal Allah iaitu dari kecil atau dari tadika -taman didikan kanak-kanak [kindergarten]
Itu asas untuk menggerakkan hati dan mencelikkan hati. Kalau hendak celikkan hati, mesti diketuk dengan Tuhan. Sila ambil perhatian.
Kalau diketuk dengan harta, maka nafsu yang akan celik.
Asas mencelikkan hati ialah kenalkan Tuhan dari tadika. Kalau dari tadika sudah selalu hatinya terhubung dengan Tuhan, bila dewasa, ia sudah mudah. Sudah ada asas.
Bila tidak ada asas, setelah berusia 30 tahun baru sedar maka bukan senang. Tapaknya sudah lama terlajak. Hati sudah terbiar. Sekarang baru hendak kenal Tuhan. Sistem inilah yang tidak berlaku.
Orang sekarang yang diajar adalah atas dasar ilmu, ajar sepintas lalu, Tuhan tidak dikenalkan, maka roh tidak tercanai.Hendak beragama anak-anak lebih banyak diajar tentang syariat sedangkan Tuhan belum dikenalkan.
Kita ada bermacam-macam programmer untuk menjayakan pelbagai projek, tetapi sayang tidak ada programmer hati sehingga hati tidak diprogramkan untuk hidup. Kita harap ia hidup sendiri sedangkan hatilah yang paling susah untuk dihidupkan.Macam hendak dapat sagu, kena tebang rumbia, kena pecahkan ruyung. Ini ruyung tidak dipecahkan tetapi kita harap dapatkan sagunya.

Kesimpulan: Kerana Bismillah adalah sebahagian dari Al Fatihah, hakikatnya dari Bismillah itu Allah hendak menghadiahkan kita sebesar-besar hadiah. Kalau kita faham ini, kita tidak akan pernah terputus hati dengan Allah. Kunci keselamatan dunia dan akhirat iaitu Al Fatihah yang di dalamnya ada Bismillah, inilah kemuncak kebesaran yang diperolehi dari Bismillah itu.
Didalam Bismillah itu ada Allah yang Maha Baik, yang sangat mencintai kita dan dari sana kita akan dapat mengenal diri bahawa kita rupanya hamba yang amat memerlukan Tuhan setiap detik. Bila itu berlaku, manusia mendapat kebahagiaan yang sebenarnya, rahmat dan berkat.
Yang sebenarnya Allah hendak beri istana yang besar iaitu Al Fatihah yang pintunya adalah Bismillah.

Ibu bapa mengalami ketandusan kasih sayang dari anak-anak walhal dia sangat melimpahkan kasih sayangnya kepada mereka, kenapa? Kerana mereka itu tidak menunaikan satu daripada tanggungjawab iaitu memahamkan bahawa Tuhan itu adalah sebesar-besar kasih sayang.
Ibu bapa berikan anak-anak nasi setiap hari, mengapa anak-anak tidak diberi iman pun setiap hari?
"Orang yang mendidik anaknya dengan Tuhan, roh akan hidup tetapi orang yang mendidik anak dengan wang, rohnya akan mati."
Satu pengkhianatan besar oleh ibu bapa bilamana mendidik anaknya dengan wang. Sedangkan mendidik dengan Tuhan itu adalah ketepatan untuk menghidupkan roh dan kemanusiaan anak itu. Secara tak sedar kita sebagai ibu bapalah yang membunuh kemanusiaan anak kita sendiri.
6. Kuliah Al Fatihah: Ayat Ke Dua - Alhamdulillah
Setelah kita hurai Bismillah, bahas dan nilai, barulah terasa munasabah selepas itu kita puji Tuhan. Yakni selepas bismillah, alhamdulillah...
Setelah kita terasa banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan, setelah kita sudah terasa kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan, setelah kita terasa kita ini hambaNya yang patut merendah diri pada Nya, sebab pada Tuhan ada segalanya, yang mana pada Dia lah keselamatan kita, setelah kita rasa patut kita cintai dan takut denganNya.
Maka barulah rasa sedap hendak sebut alhamdulillah itu. Bila sebut alhamdulillah itu, kita sudah terbayang begitu rahmat dan nikmat Tuhan yang sangat melimpah ruah. Kalau tidak, kita sebut alhamdulillah, kita tidak rasa apa-apa.
Tamsilnya ibarat kita kenal seseorang A yang dia itu orang yang baik dan membantu, tentu kita akan cerita dengan orang lain B yang tidak tahu sangat hal  A itu. Kita puji A itu baik sebab kita yang memujinya terasa dan tahu A itu suka menolong dan suka memberi. B yang kita ceritakan padanya tentang kebaikan A tadi, mungkin percaya atas dasar kita puji. B mungkin tidak terasa apa-apa sebab itu bukan pengalaman dia. Sekadar dia baik sangka sahaja terhadap A.
Begitulah selama ini kita puji Tuhan Tuhan tidak terasa apa-apa. Kadang-kadang alhamdulillah jadi wirid pula Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... hanya sekadar tidak prejudis, baik sangka, merasakan ia perkataan baik yang patut disebut selalu tetapi kita tidak terasa apa-apa.
Kalau tidak terasa apa-apa, yang berlaku ialah ia tidak membangunkan jiwa. Jiwa tidak hidup dan tidak terangsang. Lain sekali dengan orang yang memuji Tuhan dan dapat merasa yang mana akal serta perasaannya terus dimandikan oleh rahmat dan nikmat Tuhan.
Sama ada yang mata boleh melihat, yang tangan boleh sentuh, yang boleh difikirkan dan yang ada dalam perasaan. Maka dalam keadaan itu, bila dia puji Tuhan, dia sangat terasa, sangat terhibur, sangat bahagia, sangat terbangun perasaannya. Orang yang begitu bila puji Tuhan, terutama bila dijadikan zikir, sangat indah, sangat lazat, sangat terhibur dan sangat bahagia sebab ada satu rasa yang tidak boleh hendak digambarkan.
Sebab dia puji Zat yang Maha berkuasa, yang sudah memperlihatkan pada dirinya, rahmat dan nikmat Tuhan itu. Seolah-olah di depan matanya, nikmat dan rahmat Tuhan itu macam salji turun. Maka indahlah bila dia sebut alhamdulillah.
Orang yang tidak nampak nikmat Tuhan sekalipun melalui matanya, tidak terasa oleh hati, lebih-lebih lagi nikmat atau rahmat yang bersifat rohaniah, dia baca alhamdulillah sekadar
untuk cari fadhilat. Ianya tidak dapat bangunkan syahsiah dan akhlak. Ia tidak mampu sebab apa yang dia sebut itu tidak menggugat perasaannya. Tidak terasa apa-apa. Maka patut sekali Tuhan letakkan Alhamdulillah itu selepas Bismillahi rahmanir rahim. Kalau kita faham Bismillah itu seperti yang  disyarahkan, maka kita pun cakap Alhamdulillah... ia akan jadi sangat indah, sangat memberi kesan dan sangat memberi erti. Kalau tidak, kita tidak akan rasa apa-apa. Maha Besar Tuhan.
Mari pula kita terokai isi atau intipati alhamdulillah. sama ada yang bersifat mata, akliah atau rohaniah. 'Segala puji bagi Tuhan'.  Apakah 'puji' itu?
Erti Puji: Ungkapan-ungkapan perkataan yang baik  untuk ditujukan pada seseorang (kalau orang) atau pada Zat (kalau Tuhan), yang mana ungkapan-ungkapan itu layak bagi orang itu atau yang layak bagi Zat itu.
Kalau itulah takrif pujian atau itulah isi pujian, kalau kita kata Alhamdulillah, maka bagaimanakan segala puji bagi Tuhan itu berdasarkan takrif tadi?
Bagaimanakan untuk memuji Tuhan mengikut takrif itu? baiknya Tuhan, hebatnya Tuhan, maha kuasanya Tuhan, pemurahnya Tuhan dan maha agungnya Tuhan. Semua itu layak bagi Tuhan. Kalau kita hendak puji Tuhan atas dasar kelayakannya, ia bukan sekadar itu. Kalau Tuhan izinkan, katalah kita boleh hidup sejuta tahun, sepanjang sejuta tahun itu kalau kita hendak puji Tuhan, tidak akan habis. Mengapa?
Sebab sifat kesempurnaan Tuhan itu tidak terhingga dan tanpa batas.
Kalau Tuhan izinkan kita hidup sejuta tahun yang mana kita sentiasa memuji Nya dengan lazat, tanpa rasa susah, tanpa terleka, maka sejuta tahun itu tidak cukup kerana ia tidak ada kesudahan. Maha besar Nya Tuhan.
Patutlah selepas Bismillah, ialah alhamdulillah sebab perkataan yang layak bagi Tuhan itu tidak ada kesudahan. Jadi kalau kita hendak puji Tuhan, ia tidak akan berkesudahan. Oleh kerana umur kita pendek, tidak mungkin kita boleh buat.Kalau dipanjangkan umur kita berjuta-juta tahun pun, Tuhan lihatkan pada kita kesempurnaan Nya, tidak akan ada stop.
Jadi kalau kita faham, baru sedap menyebut alhamdulillah sebab kita nampak mengapa patut kita puji Tuhan itu, sebab sifat yang patut bagi Tuhan itu tidak terhingga. Maha bijaksana Tuhan meletakkan perkataan Bismillah kemudian Alhamdulillah.
 Memuji Tuhan ini ada 3 peringkat:
 1.Memuji dengan yang ada hubungan dengan Zatnya
2.Memuji dengan yang ada hubungan dengan sifat-sifat Nya
3.Memuji atas rahmat dan nikmat Nya
 Jadi memuji Tuhan itu adakalanya berhubung dengan Zat Nya, adakala berhubung dengan sifat-sifat Nya dan adakala atas rahmat dan nikmat Nya. rahmat dan nikmat itu sudah kita perkatakan, yang ada yang bersifat mata, yang bersifat akal dan bersifat rohaniah.
1.Contoh kita memuji Tuhan atas di atas Zat Nya:
   "Wahai Tuhan, Engkau yang maha kekal. Wahai Tuhan, Engkau maha esa. Wahai Tuhan, Engkau tidak perlukan ruang. Wahai Tuhan, Zat Engkau tidak menyerupai segala yang baru. Ya Tuhan maha suci Engkau dari mengambil tempat, berada dalam masa dunia dan akhirat".
2..Contoh pujian kita ke atas Tuhan berkait dengan sifat-sifat Nya:  "Engkau Maha pengasih, Maha penyayang. Engkau maha pengampun. Engkau maha lembut. Engkau maha qahhar (keras) dan jabbar. Engkau maha bersykur, Engkau maha lemah lembut. Engkau maha agung, Engkau maha tinggi, Engkau maha pemarah (Tuhan memang layak)" Itulah pujian yang memang layak ke atas Tuhan.
3.Memuji Tuhan di atas pemurah dan penyayang Nya:
 "Pemurahnya Engkau Tuhan, Engkau beri aku makan, beri aku ilmu (ada hubungan dengan nikmat akli). Terima kasih Tuhan kerana kenalkan Diri Mu padaku. Terima kasih Tuhan kerana Engkau jadikan Engkau Tuhan aku (itu nikmat dan rahmat). Terima kasih kerana memberi aku kesenangan, anak, pakaian, kesihatan, beri pemandangan yang indah dan macam-macam lagi."
Jadi memuji Tuhan itu, yang semuanya layak untuk Tuhan, adakalanya pada Zat Nya, adakala pada sifat-sifatNya, adakala pada nikmat dan rahmat Nya.
Pembahagian pujian itu pula ada 5 iaitu:
1. Puji Tuhan pada diri Nya. Tuhan memuji diri. Ini banyak terdapat dalam Al Quran dan Hadis.
Contohnya:"Aku Tuhan, sembahlah Aku. Tidak ada Tuhan selain Aku. Aku adalah qahhar. Aku jabbar. Aku pengasih dan penyayang." Dia memuji diri Nya. Ada Hadis mengatakan, "Aku kasih pada hamba Ku, lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya."
Apakah hujah untuk membenarkan Tuhan memuji diri Nya? Sebab Tuhan memang layak. Lagipun mana ada yang lebih atas dari Tuhan. Kalau dia hendak puji diri Nya, siapa yang hendak hukum Dia. Kalau kita hendak puji diri sendiri, nanti ada yang lebih atas yang akan tegur sebab ada orang yang lebih layak. Kalau Tuhan puji diri Nya. Dia pun memang tiada tandingan.Sebab itu ada amalan-amalan khusus kerana kita tidak mampu untuk puji Tuhan maka kita berkata, "Aku puji Engkau Tuhan sebanyak mana Engkau puji diri Engkau sendiri. Anggaplah ini juga pujianku untuk Mu". Ini termasuk rahmat Tuhan. Ini cara short cut sebab kita pun tak larat hendak puji Tuhan. Tuhan boleh terima, kan in tidak boleh masuk akal. Secara logik mana boleh kongsi tetapi itulah yang disebut rahmat Tuhan itu luas. Dengan Tuhan tidak payahlah ikut prosedur yang logik-logik macam kepercayaan sesetengah golongan.
2.Pujian Tuhan pada hamba Nya:
Contohnya:"Aku suka pada orang yang bertaubat." "Aku suka orang yang bertaqwa" "Aku suka orang yang pemurah" "Aku suka orang yang buat dosa dan kemudian bertaubat atas dosanya" "Aku lebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbih para aulia"
3.Pujian seorang hamba pada Tuhannya. Itu mudah kita faham. Selemah-lemah kita, kita mesti ada puji Tuhan.
4.Puji hamba kepada hamba.
Contohnya: A kata B ini pandai dan sabar. Tetapi elok memuji dibelakangnya, takut dia tak tahan hendak bawa. Sebab puji di depan itu macam letak kayu balak di bahu. Ada ke orang yang boleh pikul kayu balak 10 ton atas bahunya?
Pujian dibolehkan kerana hakikatnya dia puji Tuhan. (Barangsiapa yang tidak bersyukur pada manusia, hakikatnya dia tidak bersyukur pada Tuhan). Kalau kita puji manusia, hakikatnya kita puji Tuhan. Sebab orang itu dapat nikmat dari Tuhan. Nikmat itu bukan hakiki
5.Pujian seseorang atas dirinya sendiri. Itu tidak boleh kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan yang ada pada dirinya. Tetapi itu kena berhati-hati.
Contohnya: Nabi-nabi terpaksa puji dirinya. Macam Rasulullah SAW kata," Saya adalah seorang yang paling takut dengan Tuhan."Kalau Rasulullah tidak sebut, umat akan terkeliru. Jangan ada orang yang anggap, ada orang yang lebih takut pada Tuhan dari Rasul. Dia ceritakan nikmat Tuhan pada dirinya bukan kerana megah tetapi kena berhati-hati. Takut berbunga di dalam hati.
Rasulullah mengatakan,"Saya adalah orang yang paling fasih menyebut (huruf) dhad." Sebab menyebut huruf dhad itu susah. Memuji diri itu tidak digalakkan kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan seperti oleh Rasul setelah diilhamkan.
Selepas sebut Bismillah, baru seronok hendak katakan alhamdulillah, iaitu segala puji hanya layak bagi Tuhan. Yang lain tidak layak dipuji. Itulah huraian dan tafsirannya bagi yang dikatakan "Segala puji hanya layak bagi Tuhan” itu.
6.Kuliah Al Fatihah: Ayat ke Dua - Rabbil Alamin 1/3
7. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 2 - Rabbil ‘alamin 1/3
PETIKAN: Apabila dikatakan pentadbir atau pendidik alam, Dialah yang menjadikan, Dialah yang mentadbir, yang menjaga, yang mengurus, menjaga keselamatan, yang menentukan, yang buat ukuran bagaimana untuk mentadbir alam dan seterusnya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------Assalamualaikum wr wb
Bismillahir rahmanir rahim
Anak-anakku yang dikasihi,
Kita sedang memperkatakan surah Al Fatihah. Kita baru sahaja di permukaannya. Setelah membahas Bismillah, hinggalah kita baca sampai akhir, rupanya setiap ayat itu satu sama lain berkait. Ada munasabahnya ia tidak terpotong-potong tetapi berhubungkait. Bila kita bahas tentang Bismillah, kita nampak rahmat, dan nikmat Tuhan itu terlalu banyak. Terasa kita tidak boleh terlepas dari Tuhan. Kita merasa kita benar-benar hamba yang mengharapkan bantuan Nya. Setiap yang berlaku, kita terhubung dengan Tuhan. Kalau kita lakukan dengan kesedaran maka munasabah, selepas Bismillah, ayat satu dari Fatihah itu, Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Sekarang kita hendak sambung , 'rabbil 'alamin'.
 "Segala puji hanya untuk Allah...". Setelah kita bahas dari Bismillah lagi, layaklah pujian itu hanya untuk Tuhan sahaja. Orang lain tidak boleh ambil. Kalau kita sandarkan juga pujian pada manusia, itu hanya pemberian Tuhan kepada orang itu, sebagai saluran Tuhan melalui nikmatNya. Walaupun sebagai saluran, bukan miliknya tetapi Tuhan suruh puji juga, berdasarkan hadis yang mengatakan,"Siapa yang tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat, dia tidak bersyukur kepada Ku."
Jadi walaupun mulut memuji orang itu, hati tetap memuji Tuhan. Kita puji manusia itu dengan mulut kerana manusia itu ada hak. Pemberian Tuhan itu hak dia sementara waktu. Sebab itu mulut kita puji tetapi hati kita tetap memuji Tuhan. Jadi kita puji orang itu hakikatnya, secara indirect memuji Tuhan. Sebagaimana Rasul-rasul yang kadang-kadang memuji dirinya tetapi hakikatnya hatinya memuji Allah kerana dia hanya memuji nikmat yang Tuhan beri kepadanya. Ini adalah ulangan supaya ada hubungan dengan kuliah hari ini.
Rupanya pujian itu hanya untuk Tuhan yang orang lain tidak boleh ambil. Kalau pun ada hanya nisbi, bukan hakiki.
 Jadi kalau nikmat dan rahmat itu adalah segala-galanya dari Tuhan, tidak ada sumber lain, maka layaklah Dia itu rabbil 'alamin (mentadbir alam). Jadi layaklah Tuhan itu mentadbir alam atau mendidik alam. Mengapa di sini Tuhan menggunakan 'rabb'?
Orang Arab, kadang-kadang dia panggil tuan rumah itu dengan panggilan rabbul bait.Mengapa Tuhan tidak katakan, "Alhamdulillah khaliqul 'alamin? atau 'Alhamdulillahi jaa ilin 'alamin (Pujian bagi Tuhan yang menjadikan alam).
Sebab kalau dikatakan 'Khaliqul ataupun 'jaa 'ilin, hanya bertanggungjawab menjadikan alam sahaja, selepas itu dibiarkan. Tidak perlu bertanggungjawab lagi. Tetapi Tuhan menamakan diri Nya Rabbil 'alamin'. Maknanya global sedangkan 'Kahliqul ataupun 'jaa'ilin, itu maknanya satu.
Apabila dikatakan pentadbir atau pendidik alam, Dialah yang menjadikan, Dialah yang mentadbir, yang menjaga, yang mengurus, menjaga keselamatan, yang menentukan, yang buat ukuran bagaimana untuk mentadbir alam dan seterusnya. Barulah kita faham kalimah 'rabb' itu maknanya global. Tuhan dikatakan 'rabbul kaabah'. Dia bukan hanya menjadikan Kaabah bahkan lebih dari itu.
 Perkataan 'rabb' di sini ada hubungkait dengan tauhid. Tauhid ada 2 bahagian, tauhid rubbubiyah (pentadbiran dan pendidikan) dan tauhid uluhiyah (ketuhanan).
Rubbubiyah itu dari perkataan 'rabb' itu, isim masdar.
Tauhid itu ada 2 bahagian iaitu tauhid ketuhanan dan tauhid pentadbiran.
Daripada sifat 20 atau lebih luas lagi, dari asmaulhusna itu, ia jadi 2 bahagian. Ada yang bersifat rubbubiyah dan ada yang bersifat uluhiyah. Bagaimana kita hendak bezakan mana yang bersifat ketuhanan dan mana yang bersifat pentadbiran itu? Jawapannya ada 2 iaitu:
 1.Uluhiyah itu bersifat Zat (Contohnya : Tuhan itu qadim, Esa) Kalau Tuhan tidak ada sifat itu, ia tidak layak jadi Tuhan. (Maha Suci Tuhan). Ada tak makhluk yang tidak ada permulaan? Tidak ada, maka tidak ada makhluk yang layak jadi Tuhan.
Ada tak makhluk yang esa, yang tidak boleh dipecah-pecahkan? Tidak ada, maka tidak ada makhluk yang layak jadi Tuhan.
Sifat uluhiyah itu hanya ada pada Allah maka Allah sahaja yang layak jadi Tuhan.
 2.Rubbubiyah pula, ia memerlukan suatu yang bertambah. Kalau kita katakan Tuhan itu esa, perlukan esa itu bertambah? Tidak.
Tetapi kalau Tuhan itu dikatakan berkuasa maka ada benda yang kena kuasa. Ada benda yang ditambah atau dikena.
Contohnya Tuhan itu 'alim maka ada benda yang Tuhan tahu. Jadi ia bertambah. "alim itu bukan hanya Zat. Contoh lain, Tuhan berkehendak. Ada yang kena. Maka bila ada benda yang berlaku, maka itu kehendak Tuhan. Rubbubiyah itu berhubung dengan hamba.
 Sifat uluhiyah Tuhan ada 6 iaitu wujud, qidam, baqa', mukholafatuhu, qiamuhubinafsih, wahdaniah. Bakinya, 14 sifat lagi adalah sifat rubbubiyah..















8. Kuliah Al Fatihah : Ayat ke Dua-Rabbil Alamin 2/3
PETIKAN
Tuhan berkata,"Tidakkah engkau melihat kebesaran Ku dalam penciptaan langit dan bumi ini." Melihat itu bukan dengan mata tetapi dengan roh, dengan hati.
"Dalam penciptaan langit dan bumi dan perubahan malam dan siang, itulah tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mempunyai hati."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wr wb
Dengan sebab itu, 'Segala puji bagi Tuhan yang mentadbir sekelian alam',  di situ ada sifat rubbubiyah. Tidak dikaitkan sifat uluhiyah itu. Dia bukan sahaja menjadikan alam bahkan mentadbirnya. Dia lah yang menentukan samada hendak menyelamatkan atau menghancurkan.
Perlu diingat, bila Tuhan menjadikan suatu makhluk, kemudian Tuhan mentadbir, bukan sahaja makhluk yang Tuhan hendak jadikan itu sudah Tuhan tentukan dari azali...bagaimana Tuhan hendak mentadbir itupun sudah ditentukan dari azali lagi. Ertinya sejak belum bermula lagi, Tuhan menentukan itu pun tiada permulaan. Yang ada permulaan itu bila wujud… tetapi rancangan itu tidak ada permulaan.
 Apa maksud dari azali? Ertinya bukan Tuhan merancang. Kalau Tuhan merancang, ada tempoh bermulanya. Seperti  zat Tuhan tidak bermula, apa sahaja yang Tuhan hendak jadikan, hendak tadbirkan, itu sejak azali.
Bila Tuhan hendakmen jadikan sesuatu, bila sudah terjadi, kejadian itulah yang ada permulaan. Tetapi rancangan untuk menjadikan itu, tidak ada permulaan. Kalau ada permulaan, sudah sama dengan makhluk. Maha Suci Tuhan dari ada permulaan
Begitu juga setiap makhluk yang Tuhan jadikan samada manusia, malaikat, langit, bumi, planet, bukan sahaja merancang itu tidak ada permulaan, bukan sahaja menentukan besar  atau kecilnya itu tidak ada permulaan dan bukan sahaja bila hendak menjadikan sesuatu itu tidak ada permulaan.
Bila satu perkara itu Tuhan jadikan, Tuhan bersifat Rabb tadi, Dia 'rabbil'alamin'.
Bila dikatakan alam itu bermakna, yang selain Tuhan itu adalah alam. Samada alam akhirat atau alam dunia. Kalau hendak dipecahkan lagi, ada alam jin, alam malaikat, alam manusia, alam jamadat, alam kayu kayan dan lain-lain. 'Alamin itu perkataan jamak, global. Bila sebut 'alamin, semua terangkum samada yang berkait dengan dunia dan akhirat.
Apa yang saya hendak maksudkan, bila Tuhan menjadikan makhluk Nya, alam dunia atau akhirat, malaikat atau manusia, Tuhan yang bersifat Rabb itu.
Dia akan mentadbir berdasarkan ketentuan Nya semenjak azali lagi.
Apakah ketentuan Nya?
Iaitu sunnah yang akan berlaku pada makhluk-makhluk itu, atau sistem yang hendak dilakukan,Tuhan ciptakan.
Setiap makhluk yang Tuhan tentukan sejak azali lagi, tiada permulaan. Bila Tuhan wujudkan, Tuhan akan tadbir sebab Dia itu Rabb. Tuhan akan didik, (Dia Rabb) berdasarkan sistem yang Tuhan tentukan sejak azali, berdasarkan sunnatullah pada makhluk yang hendak ditadbir itu.
Contohnya manusia ada sistem sendiri.Ianya sunnah yang mana kalau manusia hendak hidup, Tuhan tentukan diberi nafas, makan, minum, ada darah. Ini sunnatullah, sistem yang Tuhan jadikan pada diri manusia. Itupun Tuhan sudah tentukan sejak azali.
Bila manusia dijadikan atas dasar ketentuan Tuhan itu, Tuhan tidak ubah. Padahal bila kita bahas kuasa Tuhan, boleh tak manusia hidup dengan air, bukan dengan darah? Boleh, tetapi Tuhan tidak buat. Tuhan menyebut dalam Al Quran,"Sekali-kali Tuhan tidak akan ubah sunnah Nya."
Jadi kalau manusia itu hidup dengan nafas, makan, minum dan dengan darah maka Tuhan akan tadbir begitulah. Kalau Tuhan hendak matikan pun, Dia akan rosakkan sistem tetapi Dia tidak ubah. Padahal dengan kuasa Tuhan, Tuhan boleh masukkan air gantikan darah. Tukar oksigen dengan benda lain.
Atas dasar kuasa, Tuhan boleh buat, tetapi atas dasar Tuhan sudah berjanji, Tuhan tidak akan ubah sistem Nya atau sunnah Nya. Tuhan tidak akan mungkir janji walaupun Dia berkuasa. Walaupun sebesar habuk, kalau habuk itu Tuhan janjikan ia akan jatuh ke laut, ia tidak akan jatuh di sungai. Maha Besar Tuhan. Kerana Tuhan sudah berjanji maka Tuhan akan tunaikan janji Nya seolah-olah Tuhan mewajibkan diri Nya,"Aku tidak akan mungkir janji." Itu terhadap makhluk Nya yang sebesar habuk!
Fokus saya di sini ialah, 'rabbil 'alamin',  itu, Tuhan mentadbir bukan sesuka hati. Dia sudah tentukan sistem Nya dan mentadbir berdasarkan sistem itulah. Kalau Tuhan rosakkan pun, atas dasar sistem itu juga. Tuhan tidak akan buat dengan cara lain. Walaupun Tuhan ada kuasa dan boleh ubah apa-apa atas kuasaNya, tetapi Tuhan sudah janji, setiap makhluk ada sistemnya, ada sunnahnya, maka Tuhan mentadbir setakat itulah. Tidak akan terkeluar dari sistem itu. Nampaklah keuasaan Tuhan itu.
Itulah yang dimaksudkan 'rabbil'alamin'. Di sinilah tauhid. Allah tidak mentadbir sesuka Nya. Bagaimana Dia akan mentadbir,Dia telah tentukan Dia akan mentadbir atas sistem sejak azali lagi. Tuhan sudah berjanji dan tidak akan mungkir janji. Saya ulang, walaupun sebesar habuk itu jatuh ke laut, ia tidak akan jatuh ke sungai.
Hebatnya Tuhan, Dia hendak menjadikan suatu perkara itu sejak azali lagi, tanpa dirancang Dia sudah tahu. Bila diwujudkan dengan sistemnya sekali, walaupun sebesar habuk, tidak perlu diubah lagi. Tidak hebat kah? Tanpa silap dan tidak perlu repair. Kalau hendak diubah ertinya ada yang tidak kena. Sebab itu Tuhan beritahu,"Apa yang Aku buat, Aku tidak akan ubah lagi," kerana begitu kemasnya sistemNya. Tdak nampakkah kebesaran Tuhan? Kita hendak buat kereta pun, berapa kali tukar sistem. Sedangkan sistem Tuhan itu sesempurnanya.
Itulah antara kebesaran Tuhan. Kita lihat langit besar tetapi melihat langit besar itu tidak terasa kebesaran Tuhan. Kenapa? Kita biar mata sahaja yang melihat. Tidak dikaji dengan rohani. Kalau kita mendapat apa hikmahnya pada rohani, barulah terasa besarnya langit itu, itu adalah kebesaran Tuhan.
Inilah salah ulama selama ini. Mereka menyebut langit itu tanda kebesaran Tuhan tetapi itu hanya cakap-cakap. Tidak terasa pun!. Rasa-rasa ini ada banyak peringkat, peringkat mata, peringkat akal, dan peringkat roh.
Bila menyentuh roh, barulah  terasa. Tuhan berkata,"Tidakkah engkau melihat kebesaran Ku pada penciptaan langit dan bumi ini." Melihat itu bukan dengan mata tetapi dengan roh, dengan hati.
"Dalam penciptaan langit dan bumi dan perubahan malam dan siang, itulah tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mempunyai hati."
Itulah yang dimaksudkan 'rabbil'alamin', Pentadbir seluruh alam.







9. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke Dua-Rabbil Alamin [ Ulasan]
PETIKAN: Saintis bangga dengan penemuan mereka tentang lingkaran planet sedangkan mereka menemui satu sistem yang diciptakan Tuhan. Apa yang hendak dibanggakan dengan penemuan?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan dan Huraian 'Rabbil 'Alamin'
SOALAN:
Adakah kelahiran Nabi Isa tanpa ayah itu terkeluar dari sistem yang Tuhan tetapkan?
Itu sudah ditentukan sejak azali lagi. Bukan Tuhan  baru berubah niat untuk tiba-tiba menjadikan manusia tanpa ayah. Maha suci Tuhan dari berubah niat.
Azali: sesuatu yang tidak ada permulaan. Ia tidak dapat dibayangkan. Qadim dan azali itu sama. Ada ulama bahas perbezaan antara qadim dan azali ialah azali itu termasuk perkara yang ada atau tiada, yang tidak dijadikan. Sedangkan qadim hanya perkara yang ada sahaja tetapi tanpa permulaan. Kedua-duanya bermaksud sesuatu yang tanpa permulaan.
SOALAN:
Nasib seseorang di luh mahfuz itu bukankah  boleh diubah?
Itu pun sudah ditentukan sejak azali. Ada yang boleh di tolak dengan doa (mengubah yang di luh mahfuz) pun ditentukan sejak azali. Apapun yang kita hendak buat sekalipun sebesar habuk, itu telah ditentukan sejak azali.
Katalah umur 70 nanti saya meninggal. Sekalipun betapa banyak perbuatan saya semenjak lahir hingga umur 70 tahun itu tetapi Tuhan tahu semuanya sebab Tuhan sudah tentukan semua perbuatan itu dari azali.
ULASAN:
Kita memperkatakan sekitar 'rabbil'alamin'. Rabb itu yang lebih penting dibahaskan dan 'alamin' itu adalah memperkatakan tentang alam itu sendiri sudah disistemkan.
Tuhan bukan berbuat sesuka hati. Ini hendak kita applykan bila kita baca Fatihah yang mana kita hendak melihat Tuhan di dalamnya. Rabb itu mencangkup tauhid uluhiyah dan rubbubiyah. Yang itu pun rupanya ia masih belum bertapak di akal kita, masih di awang-awangan. Hendak kita terapkan pun satu masalah.
'Alamin itu memperkatakan satu sistem yang Tuhan telah tetapkan, melibatkan dunia dan akhirat.
Akan datang bila kita baca ,'alhamdulillahi rabbil'alamin', Segala puji hanya layak bagi Allah.
'Segala' itu meliputi segala-galanya, melibatkan seluruh tentang Allah dan tentang alam. Iaitu segala yang berkait dengan zat Allah, sifat Allah dan seluruh pemberian-pemberian Allah.
Pergi kepada  Rabb, kita sangat terpukau dengan perkataan, 'Layaklah Dia jadi Tuhan.' Membahaskan sifat-sifat uluhiyah adalah mempastikan yang Dia benar-benar Tuhan. Siapa yang tidak mempunyai sifat-sifat itu maka dia tidak layak menjadi Tuhan. Selama ini orang sudah tersalah mentafsir dan tersalah fikir hingga mengambil yang tidak layak,  tetapi dituhankan.
Ini menjawab krisis nilai yang salah faham tentang erti Tuhan.
Tuhan mempunyai 6 sifat-sifat uluhiyah yang melayakkan Dia jadi Tuhan.
Di dalam azan, Allah selalu menyebut 'Tiada Tuhan selain Aku'. Ia merujuk kepada 6 sifat inilah, yang bermula dari' wujud' sampai 'wahdaniah.'
Rabb itu memberi maksud kepada sifat-sifat selepas 'wahdaniah' itu. Membahaskan Tuhan itu sendiri, rupanya merujuk kepada 6 sifat itu. Hujah ini boleh digunakan untuk menafikan berbagai pendapat tentang Tuhan. Itulah definasi Tuhan. Di luar definasi, bukan Tuhan.
Rabb itulah memperkenalkan Tuhan yang Pentadbir.
Ada dua kategori iaitu Tuhan yang memang layak jadi Tuhan dan Tuhan kuasaNya sampai mampu menguruskan semua ciptaan Nya. Dia, Tuhan yang bertugas.
Kalau kita tidak masukkan ini dalam bacaan Fatihah kita, maka sia-sialah sahaja bacaan kita kerana kita tidak masuk dalam gudang falsafahnya. Sebenarnya kalau orang yang asyik masyuk dengan sembahyang, dia akan mempunyai peribadi yang besar sekali.
Sembahyang itu mencipta peribadi agung. Ertinya dia sedang membentuk pemikiran yang cukup luas sekali, mencangkup isi dunia dan akhirat. Konsep sembahyang adalah pencetus akal yang besar, kalau ia dipandu oleh rohnya.
'Alamin itu memberitahu kita bahawa Tuhan adalah Bapa Sains dan Teknologi yang maha, maha ajaib.Saintis yang ada hanyalah melukut di tepi gantang Allah. Allah adalah maha pakar pencipta sistem sunnatullah ini.
Saintis bangga dengan penemuan mereka tentang lingkaran planet sedangkan mereka menemui satu sistem yang diciptakan Tuhan. Apa yang hendak dibanggakan dengan penemuan. Silapnya orang yang membesarkan Saintis. Macam orang yang jumpa duit yang banyak ditengah jalan, kemudian ambil duit orang lalu mengaku dialah jutawan.
Tuhan mentadbir bukan tidak tentu arah. Maha suci Tuha dari berbuat begitu. Semua itu ada tanpa permulaan. Akal pun tidak mampu pergi ke situ. Hanya setakat di border sahaja. Di luar permulaan itu, akal tidak boleh pergi tetapi di sanalah Tuhan.
Satu ilmu yang menakjubkan kita bilamana Tuhan mentadbir itu bukan tidak bersistem bahkan Tuhan berjanji dengan Diri Nya bahawa Dia tidak akan memungkiri janji Nya terhadap ketetapan sunnah itu. Sekalipun hanya untuk satu debu, Allah mampu untuk tidak menukar janji Nya.
Begitulah hebatnya Sembahyang kerana didalam sembahyanglah Al Fatihah ini diwajibkan. Fatihah menjadi wajib dan adalah batal sembahyang tanpanya.. Dan batal sebenarnya kalau kita tidak menghayati fatihah itu. Siapa yang membaca Fatihah dengan lalai maka neraka Wail baginya kerana dia mendapat hentakan dari Fatihah itu akibat tidak beradab dengan Fatihah itu. Fatihah adalah ibu kitab yang mana di sana kita boleh dapat segala yang kita perlukan tetapi kita tidak pernah ambil pun.


10. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 4 - Malikiyau middin
PETIKAN : Tuhan berkata begini,' Dunia tiada harga pada Aku, tiada nilai walau sebelah sayap nyamuk pun. Kamu berebut sehingga bergaduh dan berperang kerana rebutkan dunia itu. Aku kiamatkan, Aku hancurkan sehingga tiada apa yang tinggal melainkan Akhirat dan Aku.'
Kalau di dunia dikenakan hukum penjara, dapat juga makan minum. Tidaklah terasa takut sangat tetapi di neraka, Allah tidak peduli langsung!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahi rahmanir rahim
Anak-anakku yang dikasihi..
Malikiyau middin itu ertinya 'Raja (Tuhan) yang memiliki hari akhirat.' Mengapa Tuhan tidak sebut Dia mentadbir hari akhirat, (Rabbul yaumiddin)? Mengapa disebut akhirat sahaja, tidak disebut dunia? Inilah tajuk perbincangan kita.

Tuhan pilih perkataan ' Malik','Yang memiliki' atau boleh dimaksudkan 'Yang menguasai'  atau 'Yang Mempunyai hari Akhirat.' Sebelum itu Tuhan sebut dunia akhirat kepunyaanNya,  sekarang Allah hanya menyebut Akhirat sahaja. Mengapa? Di sini kita boleh dapat dua hikmah:

1.Dapat melihat kuasa Tuhan secara mutlak.
Adakah kalau hanya menyebut dunia, kuasa Tuhan tidak mutlak? Kalau disebut akhirat itu, orang rohani boleh lihat tetapi  orang akal tidak melihatnya kerana matahatinya tidak nampak.
Kalau dikatakan 'Tuhan yang menguasai dunia-akhirat' [bukan malikiyaumiddin- akhirat shj], orang yang bertuhankan akal yang hanya memandang dengan mata lahir,  mereka tidak lihat sangat, kerana pada akal mereka, Amerika pun berkuasa di dunia!
Dunia-akhirat itu kuasa mutlaknya di tangan Tuhan tetapi bila disebut dunia-akhirat, oleh kerana diganggu oleh mata lahir dan oleh akal, maka pandangan hati menjadi kabur dan  tertutup..yang dilihat kuasa Allah di dunia sahaja, di akhirat dilupakan…Seolah-olah kuasa Tuhan tidak mutlak.

Tetapi kalau dikatakan Tuhan yang menguasai akhirat,siapa boleh sebut ada pihak yang juga menguasai akhirat? Kalau Tuhan katakan, Dia menguasai dunia akhirat, manusia terkeliru sebab orang akal akan berkata ada yang lain yang berkuasa.... Sebab itu Tuhan tidak sebut begitu. Dia sebut kuasa Nya di akhirat. Jadi di sini, kita nampak kuasa Tuhan itu sangat mutlak.
Kalau disebut Tuhan menguasai dunia dan akhirat, hanya orang yang bersih hatinya sahaja yang terasa. Orang biasa menggunakan akal dan mata sahaja sehingga terasa ada manusia yang berkuasa seperti Amerika atau Eropah.
Bila sebut Tuhan itu menguasai akhirat, orang terasa hebatnya Tuhan. Tuhan, tuan punya akhirat yang mutlak. Siapa yang boleh share tentang akhirat?
 
2. Tuhan hendak memperkecilkan dunia.

Bila Tuhan sebut akhirat sahaja, tidak menyebut pun dunia, ertinya dunia itu tiada harga. Seolah-olah Tuhan berkata begini,' Dunia tiada harga pada Aku, tiada nilai walau sebelah sayap nyamuk pun. Kamu berebut sehingga bergaduh dan berperang kerana rebutkan dunia itu. Aku kiamatkan, Aku hancurkan sehingga tiada apa yang tinggal melainkan Akhirat dan Aku.'
Terasalah hinanya dunia yang manusia pandang mulia ini, yang direbutkan sampai berperang, tiba-tiba Tuhan hancurkan begitu sahaja, nampak hinanya dunia ini.Ini hikmahnya.
Kalau dapat disyarahkan begitu, orang akan dapat membangunkan rohnya. Dunia ini sebenarnya  tidak ada nilai. Kalau ada nilai, Tuhan tidak akan hancurkan…. Akhirat dikekalkan iaitu menunjukkan begitu berharganya akhirat.

Inilah hikmah-hikmah terbesar selain daripada hikmah lain yang banyak. Bila disebut 'Malikiyau middin', terasa kuasa Tuhan yang mutlak. Tidak ada campurtangan mana-mana pihak
Selain dari itu, kerana manusia memandang mulia akan dunia itu sehingga bergaduh kerananya, Tuhan akan hancurkannya begitu sahaja agar manusia terasa tiada harganya dunia itu.
Mengapa kita bergaduh berebutkan sesuatu yang tidak bernilai? Manusia tidak pernah dididik begitu.

Orang selalu kata,''Dunia hendak, akhirat pun hendak juga.'' Bukan begini…
Bila dikatakan janganlah lupakan dunia, sebenarnya mereka melupakan akhirat. Mereka  percayakan akhirat tetapi mereka berkata,''Memang akhirat penting, perlu utamakan akhirat tetapi jangan pula lupakan dunia''. Begitulah selalu yang ulama syarahkan.
Tetapi kenyataannya mereka memperkecilkan akhirat. Kononnya akhirat itu penting tetapi tindak tanduknya mementingkan dunia.
Sebab itu Tuhan sebut 'Malikiyau middin'. Tuhan hendak tunjukkan kekuasaan Nya secara mutlak di akhirat dan dunia itu dihancurkan secara mutlak untuk menunjukkan tiada harganya dunia itu.
Selain itu hikmahnya, Tuhan tidak pilih perkataan  Rabb tetapi Maliki, menunjukkan Tuhan tidak guna perkataan mentadbir atau mendidik padahal di dunia Tuhan sudahpun mendidik, maka  perlukah di akhirat pun Tuhan mendidik?. Tidak lepas dari didikan, ilmu dan kehendak Tuhan.
Mengapa Tuhan sebut begitu (Yang menguasai hari akhirat)? Supaya kita boleh lihat, manusia mukmin di akhirat kelak, mereka bebas sebebasnya. Seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Indahnya hidup di sana, bebas merdeka(Tetapi Maha Suci Tuhan dari tidak campur tangan). Seolah-olahnya begitu kerana Tuhan hendak menghiburkan manusia.
Kalau digunakan kalimah Rabb bukannya Malik, masih nampak campurtangan Tuhan. Itu cara Tuhan menghiburkan manusia.
Begitu juga kalau kita masuk neraka, Tuhan 'biar' begitu sahaja seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Mustahil Tuhan tidak campur tangan tetapi sengaja Tuhan hendak beritahu, seolah-olah Tuhan tidak peduli langsung. Seolah-olahnya begitu. Kalau di dunia dikenakan hukum penjara, boleh juga makan. Tidaklah terasa takut sangat tetapi di neraka, Allah tidak peduli langsung!
Yang di syurga pula bebas sebebasnya. Tidak ada peraturan dan undang-undang. Apa yang dikehendaki, boleh dapat. Hendak jadi raja, boleh. Hendak terbang pun boleh. Syurga itu besar. Kalau ada yang hendak minta jelajah dalam satu saat, boleh, dengan kuasa Tuhan. Bebas sebebasnya. Sebab itu Tuhan pilih kalimah , 'Malikiyau middin'.


3.  Di antara hikmah yang lain ialah 'Malikiyau middin' membawa satu pengertian bahawa dengan ayat itu kita dibawa 'melihat' akhirat di mana Tuhan menjadikan Hari Pembalasan itu penuh dengan segala macam kesusahan. Di padang Masyar di mana manusia akan berada di bawah matahari yang terik tanpa pakaian selama beratus tahun akhirat. Tetapi orang mukmin diberi kebebasan.

Setakat itu sahaja yang saya boleh jelaskan tentang 'Malikiyau middin'. Semuga itu boleh kita hayati.Mudah-mudahan kita akan menjadi orang akhirat.
Di dunia ini ada 3 golongan manusia iaitu orang mata, orang akal dan orang roh.
Orang rohani itu melihat tidak seperti orang mata atau orang akal.
Orang rohani itu tidak ramai, yang boleh menganggap dunia ini Tuhan yang punya sedangkan manusia lain menganggap dunia ini mereka yang punya. Walhal kita tidak patut jadi tuan punya dunia
Yang paling rugi, kita berebut dunia yang kita nampak emas, intan berliannya, sedangkan di sisi Tuhan, ia tiada nilai walaupun senilai sebelah sayap nyamuk. Rugilah kita bergaduh rebutkan dunia yang tiada nilai, tetapi bila mati kita masuk keneraka. Marilah kita bersama-sama bertaubat.










11. Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 5 - Iyyakana'budu waiyya kanasta'in
PETIKAN : Kalau kita marah kita beremosi, itu adalah nafsu. Tuhan tidak begitu! Pemurahnya tersendiri. Kasih sayang Nya pun tersendiri tanpa perasaan dan emosi. Kasih sayangNya bukan seperti  makhluk.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------Anak-anakku yang dikasihi sekalian,
Bismillahi rahmanir rahim
Alhamdulillah,dapat lagi kita menyambung kuliah tafsir Al Fatihah. Moga-moga Tuhan beri kita ilmu supaya kita dapat menghurai intipati dalam Surah Fatihah ini.
''Akan Engkaulah yang kami sembah dan akan Engkau lah yang kami meminta pertolongan.''
Di sini ada dua perkara iaitu:
 1) Tuhan tempat kita menyembah
2) Tuhan tempat kita meminta pertolongan
Mengapa ayat ini merupakan [diletakkan] sebagai ayat yang ke empat? [Dikira sebagai Ayat kelima bila kita mengambil Bismillah sebagai ayat pertama]
Adalah tidak munasabah kalau diletak di awal atau diletak selepas Bismillah, terutamanya  kerana roh kita belum dapat melihat lagi siapa Tuhan itu sebenarnya sejauh mana had kuasaNya. Sejauh mana nikmat dan rahmat Nya. Sejauh mana ke”MAMPU”an Nya, apakah Tuhan itu segala-galanya, setakat mana kuasa Nya.
Bagaimana jika tiba-tiba terus bercakap mengenai hendak menyembah Tuhan, sedangkan kita belum kenal Tuhan. Kita selalunya sekadar tahu adanya Tuhan tetapi kita tidak tahu sejauh mana Kebesaran dan Ke’mampu’an Nya. Kita tidak tahu sejauh mana keperluan kita terhadap Tuhan maka tidak munasabahlah kalau ayat itu diletak di depan. Jadi Tuhan susun ayat dengan susunan sebegitu dengan ada maksud di sebaliknya.
Kita telah menceritakan kasih sayang dan nikmat Tuhan yang begitu banyak, yakni apabila kita bahaskan Bismillah. Kemudian kita bahaskan pula bahawa patut Tuhan itu di puji iaitu memuji Zat Nya yang sungguh luar biasa, yang tidak ada tandingan, yang mana kita faham sifat kesempurnaanNya yang tiada kesudahan.
Nikmat-nikmat Allah bersifat lahir, akliah dan rohaniah. Sedar atau tidak, semuanya  ada berhubungkait dengan kita. Setelah itu, kita bahas betapa hebatnya pentadbiran Tuhan dengan sistemnya yang begitu rapi yang mana, sekali Tuhan cipta maka tiada perubahan lagi, tidak tersilap lagi.
Setelah itu kita bahas dan fahami bagaimana Tuhan memberi nikmat atas dasar Rahman atau dasar rahim. Atas dasar pemurah dan kasih sayang. Nikmat yang diberi adalah atas dasar pemurah, itu istidraj atau dari murka Tuhan tetapi murka Tuhan tanpa emosi. Emosi itu perasaan.manusia !! Maha suci Tuhan dari ada perasaan dan hati. Tetapi Tuhan itu ada kasih sayang tersendiri. Kasih sayang kita terasa di hati. Kalau kita marah kita beremosi, itu adalah nafsu. Tuhan tidak begitu!Pemurahnya tersendiri. Kasih sayang Nya pun tersendiri tanpa perasaan dan emosi. Kasih sayangNya bukan seperti  makhluk.
''Malikiyau middin'' itu pula menceritakan kuasa Tuhan yang begitu mutlak. Nampak kuasa dan keadilan Nya.
Setelah semua itu kita faham, barulah Tuhan minta kita menyembah Nya dan apabila hendak meminta tolong, Dia suruh kita meminta tolong denga Nya. Setelah berbahas, cukup logiklah Hanya Allah satu-satunya Tuhan dan Dialah  tempat meminta. Pada Allah ada segala-galanya. Sebab itulah ayat itu diletak ditempat ke-empat di dalam Al Fatihah. Kita punberpuas hati. Amat patutlah Tuhan itu disembah dan munasabahlah Dia tempat kita meminta pertolongan. Logik sangat untuk akal dan hati kita  menerima. Marilah sama-sama kita buat pengakuan untuk surrender. Kita hendaklah membuat pengakuan bahawa kita adalah hamba Allah dan Allah itu Tuhan kita. Kita perlu kepada Tuhan. Kita perlu meminta kepada Tuhan




12 . Kuliah Al Fatihah:Ayat ke 6 - Ihdinas siraatal mustaqiim: 1/3
PETIKAN: Sedangkan jalan Tuhan itu perlu kita tempuh setiap detik. Jalanraya dunia bukan selalu kita tempuh. Kadang-kadang 1 hari kita  tidak keluar tempuh jalanraya. Sedangkan jalan Tuhan kita tempuh setiap detik dan setiap turun naiknya nafas kita. Cuma kita tidak sedar yang kita sudah berada di jalanraya Tuhan untuk menuju Tuhan dan menuju Akhirat 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahi rahmanir rahim
Terjemahannya: ''Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka itu, bukannya  jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan yang sesat. Kabulkanlah permintaan kami Ya Allah.''
 Bila  kita rujuk balik pada ayat-ayat yang sebelumnya,setelah Allah kenalkan diriNya dan kita benar-benar yakin dengan Nya,barulah Allah menyuruh kita menyembah dan meminta kepada Nya.Meminta itupun Tuhan ajar kerana jikaTuhan tidak ajar,manusia hendak meminta pun tidak pandai.
Bagaimana Tuhan suruh meminta itu?
Tuhan menyuruh kita meminta jalan yang lurus iaitu jalan yang telah diberikan kepada para Rasul dan para Nabi. Walaupun Tuhan tidak sebut di situ jalan para Rasul ,Nabi atau wali-wali jika kita lihat hadis, hadis ada menyebutkan. Hadis itulah yang mentafsir ayat itu. Ayat Al Quran itu kadang-kadang ditafsir oleh Al Quran sendiri,oleh hadis dan oleh athar (pendapat sahabat)
Kalau tidak ada jalan lagi maka orang bersandarlah dengan ulama-ulama yang ilmunya mantap dan orang-orang yang bertaqwa.Jadi kalau ada orang berkata, walaupun tidak ada dalam ayat itu, (''Jalan mereka yang Engkau beri nikmat'') menyebut nama Rasul-rasul,nabi-nabi atau wali-wali, tetapi ada ditafsirkan oleh hadis yang memaksudkan begitu. Sebab ayat itu berbentuk umum. Sebenarnya, mengikut ahli tafsir, berdasarkan hadis, hadis ada menyebut ialan itu adalah jalan Rasul-rasul,nabi-nabi dan wali-wali.
 Tuhan suruh minta pada Nya,yakni meminta kita mencontohi cara hidup para Rasul, nabi-nabi atau paling tidak orang-orang soleh. Samada kehidupan orang soleh itu disudut akhlaknya,ibadahnya dan lain-lain. Itu pun masih umum. Bagaimanakah yang dikatakan jalan Rasul, Nabi atau orang soleh itu? Sebab itu,dalam mentafsirkan ayat-ayat Quran,yang mana Al Quran tidak mentafsirkan, terpaksa dicari pada hadis. Di sini diperlihatkan, adalah  tidak dikhususkan kehidupan nabi-nabi itu di sudut apa.. Adakah dimaksudkan dengan ibadahnya, ilmunya dan akhlaknya? Itu tidak ditetapkan. Ia memerlukan huraian. Kalau Al Quran tidak menyebut maka kenalah kita melihat hadis.
Yang dikatakan jalan itu, walaupun dalam apa bentuk dan sifatnya tetapi baik dan buruknya sama. Yang tadi jalan menuju Tuhan dan Akhirat. Untuk mudah faham,mari kita akan bahaskan.
Cuba kita bayangkan,jika kita hendak melihat jalan di dunia untuk menuju dunia. Jalanraya di dunia ini kita tempuh untuk matlamat dunia. Mungkin dengan tujuan ekonomi, politik atau  kebudayaan. Bila dikatakan jalan, ia ada panduan jalanraya,ada papan tanda yang ada maksudnya,ada disiplin jalanraya. Bila orang menempuh jalanraya itu,apa yang berlaku?
Kadang-kadang kita lihat orang accident,ada  yang masuk gaung dan ramai yang selamat.
Itulah sifat jalanraya. Oleh kerana jalanraya di dunia ini bersifat maddi, mata boleh melihat.
Oleh kerana ia boleh dilihat oleh mata maka ia mudah dibantu oleh akal fikiran.
Yang selamat lebih banyak dari tidak selamat.Walaupun surat khabar melapurkan kemalangan yang menakutkan tetapi peratus mereka yang selamat dan tidak accident lebih banyak dari yang tidak selamat.
Begitulah jalan Tuhan. Adakalanya mata dan akal tidak boleh melihatnya.Yang boleh melihat jalan Tuhan ialah roh. Cuma kadang-kadang akal membantu juga. Cuma akal itu boleh membantu hati bila hati boleh melihat Jalan Tuhan, jalan yang pernah ditempuh oleh para Rasul-rasul,Nabi-nabi dan wali-wali atau orang soleh, ia bersifat rohaniah dan maknawyiah. Sedikit yang bersifat rohaniah yang mata boleh melihat.
Saya sudah katakan tadi, bila dikatakan jalan,samada jalan lahir atau jalan maknawiyah ,ia ada peraturan dan syarat-syaratnya. Kalau jalan di dunia bersifat lahiriah, yang mata boleh melihat dan dipandu oleh akal,  itupun berapa masih banyak accident dan orang masuk gaung, apatah lagi jalan menuju Tuhan yaitu jalan menuju akhirat yang bersifat rohaniah, yang tidak dapat dilihat oleh mata,bahkan adakalanya akal pun tidak dapat melihat,maka lebih banyak orang yang accident dan masuk gaung. Kalaulah jalanraya dunia ini dapat dilihat mata,orang yang selamat seramai 95% dan tidak selamat 5%.
Jalan Tuhan itu pula sebaliknya. Sebanyak 5% orang yang selamat dan 95% yang tidak selamat. Kenapa?
Sedangkan jalan Tuhan itu perlu kita tempuh setiap detik. Jalanraya dunia bukan selalu kita tempuh. Kadang-kadang 1 hari kita  tidak keluar tempuh jalanraya. Sedangkan jalan Tuhan kita tempuh setiap detik dan setiap turun naiknya nafas kita. Cuma kita tidak sedar yang kita sudah berada di jalanraya Tuhan untuk menuju Tuhan dan menuju Akhirat. Sebab itu banyak accident kerana jalanraya Tuhan itu kerap digunakan setiap detik. Cuma kita tidak sedar!
Apakah boleh selamat atau tidak? Kalau kita tidak faham peraturan jalanraya Tuhan, kalau kita tidak faham di mana tempat-tempat yang hendak dituju, jangan-jangan kita akan jatuh gaung. Entah-entah setiap detik kita jatuh gaung, setiap saat kita accident tetapi kita tidak terasa kerana ia bersifat rohani atau maknawi.















13. Kuliah Al Fatihah:Ayat ke 6 - Ihdinas siraatal mustaqiim: 2/3
PETIKAN: Bagaimanakah perasaan yang Tuhan kehendaki  itu?
Iaitu rasa berTuhan, rasa takut dengan Tuhan, rasa cinta dengan Tuhan, rasa kehambaan, rendah diri, sabar, rasa berdosa, rasa sensitif dengan dosa, rasa bertimbang rasa, berkasih sayang sesama manusia, rasa susah dengan kesusahan manusia, senang dengan kesenangan mereka dan lain-lain. Itulah jalan Tuhan yang bersifat rohani yang ada pada mereka itu. Inilah yang dikatakan ilmu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalaulah jalan raya yang bersifat maddi itu ada peraturan-peraturannya tersendiri, cukuplah hanya sekali seseorang itu belajar peraturan-peraturan tersebut. Setiap orang menjadi mursyid [pemimpin] bagi dirinya. Tidak perlu bertanya kepada orang lain pun dia masih boleh selamat.
Tetapi jalan Tuhan ini bersifat maknawi [ tidak boleh kelihatan] maka tidak setiap orang boleh menjadi mursyid bagi dirinya. Mestilah ada seorang mursyid yang boleh memimpin. Alangkah sulitnya.
 Sesiapa yang hendak menempuh jalan raya Tuhan, mesti ada seorang mursyid. Seolah-olah semasa kita sedang berjalan, mursyid berada di hadapan kita. Jika mursyid tidak ada di hadapan kita, jangan berjalan dahulu kerana ditakuti kita akan termasuk ke dalam gaung yakni jurang api neraka. Maha Besar Tuhan.
Kalau orang faham akan jalan Tuhan, dia akan terasa betapa amat sulitnya jalan Tuhan itu. Tetapi bagi kebanyakan kita ,dalam menempuh jalan Tuhan yang bersifat rohani dan maknawi itu, kita melantik diri sendiri menjadi mursyid. Mestilah berlaku accident. Jalan dunia kita boleh lalu bersendirian tetapi jalan ke Akhirat tidak boleh begitu.
Yang  dikatakan jalan rohani dan maknawi itu, ialah jalan yang tidak boleh dilihat oleh mata.Jalan itulah jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak pun jalan orang soleh. Rasul sudah tidak ada di hadapan kita, nabi juga sudah tiada, orang soleh pun sudah payah untuk ditemui sedangkan jalan orang-orang itulah yang hendak kita tempuh. Betapa sulitnya!
Sudahlah jalannya tidak boleh dilihat oleh mata kerana bersifat maknawi, orang yang sepatutnya diikut pun tidak ada, bagaimana kita harus buat?
Kita perlulah tahu ilmunya dahulu. Bila ada ilmu yang difahami dan dihayati, barulah ada contoh ikutan. Pada peringkat awal, perlulah kita ada ilmu tentang apakah jalan yang bersifat maknawi dan rohani itu.
Jalan Tuhan itu ada tiga yakni yang bersifat maknawi, rohani dan zohiri. Ini adalah satu pakej. Ketiga-tiga ini mesti selaras. Ertinya ketiga-tiga jalan ini adalah jalan para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang soleh. Ketiga-tiga jalan ini mesti terdapat dalam satu pakej yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain.
 Mari kita lihat ilmunya. Ilmunya pernah dimiliki oleh para Rasul, para nabi dan para wali. Setelah mengetahui ilmunya, nanti kita akan melihat sejauh mana ibadah, akhlak, perjuangan dan pengorbanan mereka yang telah dilahirkan.
Yang dikatakan jalan Tuhan itu, ianya bersifat rohani, maknawi dan sedikit bersifat lahir,ertinya perjalanan rohani kita adalah dikatakan satu JALAN  juga. Jalan-jalannya hendaklah sebagaimana perjalanan rohani Rasul-rasul dan nabi-nabi. Sebagaimana para Rasul dan nabi berperasaan, begitulah kita sepatutnya berperasaan. Bagaimana mereka itu berfikiran, begitulah juga kita sepatutnya berfikiran. Bagaimana perjalanan hidup mereka itu, begitulah juga sepatutnya hidup lahiriah kita. Kalau begitu, mari kita hurai lagi perasaan mereka yakni bagaimana kita harus berperasaan sebagaimana yang Tuhan kehendaki.

Bagaimanakah perasaan yang Tuhan kehendaki  itu?
Iaitu rasa berTuhan, rasa takut dengan Tuhan, rasa cinta dengan Tuhan, rasa kehambaan, rendah diri, sabar, rasa berdosa, rasa sensitif dengan dosa, rasa bertimbang rasa, berkasih sayang sesama manusia, rasa susah dengan kesusahan manusia, senang dengan kesenangan mereka dan lain-lain. Itulah jalan Tuhan yang bersifat rohani yang ada pada mereka itu. Inilah yang dikatakan ilmu.
Ilmu yang dimiliki oleh mereka mestilah yang berdasarkan Al Quran dan Hadis. Samada dari segi ibadah, akhlak, perjuangannya, masyarakatnya, ekonominya, pendidikannya, pentadbirannya dan lain-lain. Itu jalan maknawi Tuhan, ia mestilah bersumberkan wahyu dan sunnah.
Al Quran memberitahu hukum halal, haram, wajib, sunat, harus. Ilmu ini berjalan dalam semua aspek.
Dalam ibadah , ada yang wajib dan dan ada yang sunat,ada fardhu ain dan fardhu kifayah, ada yang haram, kenalah ditinggalkan. Begitulah juga dalam aspek lain seperti kebudayaan, politik, ekonomi dan lain-lain. Yang disuruh mesti dibuat dan yang tidak disuruh mestilah ditinggalkan. Itulah yang dikatakan jalan Tuhan yang bersifat maknawi. Bila dilaksanakan, nampaklah kita bertindak. Mata akan nampak bila kita berbuat dalam apa-apa aspek pun.

Inilah satu pakej yang selari, yang datang dari Tuhan yang telah ditempuh oleh para Rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Itu maksudnya. Perjalanan akal atau fikiran yang semuanya bersumberkan wahyu, atau Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Hendak tempuh jalan itu, alangkah sulitnya. Sudah belajar ilmunya, perjalanan maknawi sudah tahu tetapi contohnya pula tidak ada. Rasul, Nabi dan wali sudah tiada. Alangkah sulitnya. Sebab itu kita jalan, jalan juga, tetapi hujungnya neraka. 95% ke neraka. Sedikit yang ke syurga.
 Bila  kita sudah bahas tentang jalan yang bersifat maknawi, jalan inilah yang Tuhan maksudkan, yang diberitahu di dalam Al Quran,'' Sesungguhnya jalan Aku ini adalah jalan yang lurus maka hendaklah engkau tempuh. Jangan tempuh jalan-jalan yang banyak kerana kamu akan berpecah belah dari jalan Tuhan.''
Apakah  maksudnya jalan Tuhan yang lurus? Iaitu satu jalan yang bersumberkan Quran dan Sunnah, yang diturunkan Tuhan kepada Rasul, kemudian kepada umatnya. Satu line. Samada bersifat maknawi, rohani atau lahir, ia hanya satu jalan.
Itulah yang dikatakan lurus. Jalan lurus inilah yang hendak ditempuh. Kemudian Tuhan memberi amaran,''Jangan tempuh jalan yang banyak kerana kamu akan berpecah belah dari jalan Tuhan.'' Apakah jalan yang banyak itu? Jalan yang banyak itu juga ada yang bersifat rohani, maknawi dan lahir








14. Kuliah Al Fatihah:Ayat ke 6 - Ihdinas siraatal mustaqiim - 3/3
PETIKAN:  Tuhan tidak berfirman,''Aku menolong orang yang berbuat baik,'' tetapi,''Aku bersama orang yang berbuat baik.''
‘Bersama’ dalam ayat ini bermaksud sangat rapat atau akrab. Jika ayatnya,'' Aku menolong orang yang berbuat baik,'' itu boleh jadi jauh dan tidak rapat.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Bismillahir rahmanir rahim
 Ayat ini ditujukan kepada setiap generasi sehingga sekarang, kerana generasi Rsulullah 1400 tahun dahulu, tidak sama dengan generasi 1300 tahun yang lalu juga berlainan dengan generasi 1200 tahun yang telah lepas Ertinya generasi kurun pertama dan kedua berbeza. Apakah yang berbeza?
 Bila manusia berkembang, dengan semakin ramainya manusia, semakin tinggilah kemajuan, maka kebudayaan menjadi semakin banyak, ajaran juga menjadi semakin bertambah. Sewaktu zaman Rasulullah dan generasinya, jalan yang sesat tidak banyak. Pada masa itu jalan sosialis, demokrasi dan komunisme belum ada. Yang kita dengar adalah sistem politik feudalisme dan kapitalisme.
Itu yang bersifat ideologi
 Jalan yang bersifat agama, sewaktu itu yang telah wujud adalah Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha. Jika manusia menempuh jalan2 tersebut maka akan berpecah-belahlah manusia dan menyimpang dari jalan Tuhan. Tetapi pada hari ini jalan agama dan fahaman politik sangat banyak.
 Sedangkan jalan2 itu ada juga yang  bersifat maknawi, rohani dan lahiriah. Jadi jikalau pada zaman Rasulullah ada 6 atau 7 jalan, mungkin sekarang ada 30 jalan yang menganggu jalan Tuhan. Sebab itu di akhir zaman ini lebih banyak jalan yang sesat dari di zaman dahulu.
 Semakin ke hujung zaman, semakin banyak jalan, maka semakin susahlah untuk umat Islam selamat. Sedangkan jalan yang lurus itu hanya ada satu. Jalan2 yang sesat itu pula banyak dan bercampur aduk. Betapa susahnya! Katalah jalan di dunia ini ada 40 jalan. Kerajaan suruh pilih 1sahaja jalan dan jangan pilih yang 39 lagi. Maka kita akan takut tersalah jalan, lantas tentulah kita akan belajar bersungguh-sungguh.
 Dalam satu ayat Quran ada disebut,''Dan mereka yang bermujahadah di jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang melakukan kebaikan.''
 Jadi di dalam hendak mengikuti jalan Tuhan ini, setelah difahami ilmunya yang bersifat maknawi, setelah roh bersedia, hendaklah dihalakan kepada apa yang Allah kehendaki dan faham apa yang Allah tidak mahu.Semua ini  ada hubungankaitnya dengan mujahadah.
 Bagi jalan-jalan raya di dunia ini, kereta selalu berlanggar kerana para drivernya tidak sanggup bermujahadah. Pemandu yang sepatutnya bermujahadah itu haruslah memandu dengan perlahan-perlahan dan bersabar. Tetapi kerana tidak sanggup bermujahadah, asyik mahu cepat sahaja,  maka terjadilah perlanggaran
 Maka  jalan Tuhan itu ada hubungannya dengan mujahadah. Kalau tidak bermujahadah, kita tidak akan berjaya dan tidak akan menjadi orang yang baik. Tuhan hanyalah bersama-sama dengan orang2 yang berbuat baik. Orang2 yang bermujahadah menempuh jalan Tuhan, maka itu yang dikatakan orang yang berbuat baik. Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang berbuat baik.
 Tuhan tidak berfirman,''Aku menolong orang yang berbuat baik,'' tetapi,''Aku bersama orang yang berbuat baik.''
‘Bersama’ dalam ayat ini bermaksud sangat rapat atau akrab. Jika ayatnya,'' Aku menolong orang yang berbuat baik,'' itu boleh jadi jauh dan tidak rapat.
 Bila kita menolong seseorang itu, antara caranya adalah kita boleh meminta orang lain sampaikan (dikirim) sahaja. Berlainan pula jika dikatakan kita bersama seseorang, itu menunjukkan begitu rapatnya persahabatan.
 Orang-orang bertaqwa seolah beriring-iringan. Kalau rohnya hidup, di mana pun dia tidak akan berasa takut sebab dia merasa kehadiran Tuhan bersamamya.
 Jadi bila Allah berkata Dia bersama-sama dengan orang2 yang berbuat baik, bererti betapa dekatnya Tuhan dengan kita. Jangan pula digambarkan dekat itu secara fizikal. Seolah-olah Tuhan pun berfizikal macam kita ! Maha suci Tuhan daripada berdekatan secara fizikal dengan kita.
 Jadi kejayaan menempuh jalan Tuhan ditentukan oleh berupaya atau tidak kita bermujahadah. Jika boleh bermujahadah, insyaAllah selamat. Kalau tidak bermujahadah, maka tidak akan selamat.
 Cuba kita lihat samada kita  peka dengan ayat tadi, ''Mereka yang bermujahadah di jalan Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami''.
Seolah-olah ada double standard pula di sini? Tadi ayat siratolmustaqim, seolah-olah jalan Tuhan itu hanya satu. Tapi dalam ayat ini, jalan Tuhan itu seolah-olah banyak. Kalau orang yang tidak faham, dia tidak akan perasan pun. Tetapi bagi orang yang tahu berbahasa Arab, ‘bahaya’ pula maksudnya.Pada ayat lain,  Allah kata jalan Tuhan itu cuma satu. Pada ayat ini banyak pula jalannya.
 Bukankah betapa sulitnya hendak menafsirkan Al Quran, jika ditafsir ayat demi ayat.' Jalan' yang satu itu, walaupun satu, ia merupakan satu pakej yang sumbernya dari Tuhan dan Rasul. Maksudnya, sumbernya adalah satu.

Manakala 'Jalan-jalan' itu pula, lain maksudnya. Jalan-jalan itu ertinya aspek-aspek di mana kita hendak melaksanakan syariat Tuhan itu adalah banyak. Aspek dalam hidup yang kita hendak tempuh itu banyak seperti ekonomi, kebajikan, politik, kebudayaan dan lain-lain lagi.
 Apa sahaja yang kita buat dalam banyak aspek itu akan dibantu oleh Tuhan bila kita bermujahadah. Selepas didahului dengan fahamnya jalan rohani, maknawinya dan faham kehendak nafsu yang berdasarkan kehendak Tuhan, barulah boleh bermujahadah.
 Maka barulah dalam aspek yang banyak itu Tuhan tunjukkan jalanNya. Maksud jalan-jalan ini tidak sama dengan jalan yang pertama tadi. Sebab itu Tuhan cakap, ''jalan-jalan Kami'' yang bermaksud ibadah satu jalan, ekonomi satu jalan, politik satu jalan. Itu yang dimaksudkan dengan ''jalan-jalan Kami''. Ertinya semua aspek kehidupan secara Islam akan diperolehi. Maka akan jadilah mereka orang yang baik-baik. Bila mereka menjadi orang yang baik-baik, maka Tuhan akan bersama mereka dan bersahabat dengan mereka.






15 . Kuliah Al Fatihah: Ayat ke 6 : Ihdinassiraatalmustaqim [Ulasan]

Bismillahir rahmanir rahim
Ulasan:
Mengapa Allah menetapkan supaya kita mengutamakan meminta ''siratol mustaqim'' dari sekelian banyak keperluan manusia?
Sebenarnya di sini kita harus sedar dalam ayat “Iyyakana’ budu wa iyya kanastaiin” kita berjanji akan menyembah dan meminta pertolongan hanya kepadaNya. Selepas itu Tuhan menetapkan dan mengajarkan bahawa di dalam meminta, yang menjadi keutamaan ialah meminta ''siratol mustaqim''
Jadi Tuhan menetapkan permintaan yang paling asasi dan paling pokok, yang Tuhan sendiri ajar, di mana kalau Tuhan tidak ajar maka manusia pun tidak tahu samada wujudnya ''siratol mustaqim''.
Bahkan kita boleh lihat, seluruh intipati Al Quran itu di dalam surah Al Fatihah yang dipanggil sebagai ummul-kitab, Al Fatihah itu memperkenalkan Tuhan, kemudian manusia diajar meminta kepada Tuhan yakni meminta jalan hidup kenabian.
Rupa-rupanya ''siratol mustaqim'' itu adalah kunci bagi seluruh Al Quran. Jadi ini yang kita perlu berikan perhatian. Supaya fokus atau hala tuju manusia itu bukan lagi belajar tinggi-tinggi untuk mendapat sijil agar mendapat jawatan atau pekerjaan semata-mata.Belajar hingga keperingkat tinggi itu tidak salah tetapi bukan untuk dijadikan matlamat. Jika dijadikan matlamat, itu salah.
Manusia mestilah menetapkan dasar atau matlamat hidupnya adalah untuk ''siratolmustaqim'' yakni untuk sampai kepada Tuhan. Jadi fokus kita di dalam sembahyang, yang dimaksudkan jalan itu ialah supaya kita menjadi sabar, redha, takut dengan Tuhan dan lain-lain lagi. Itulah jalan yang hendak kita cari. Supaya dengan itu melalui seluruh kegiatan hidup ini kita benar-benar akan mendapatkan Tuhan.









16. Kuliah Al Fatihah : Kuliah Akhir
Bismillahi rahmanir rahim
 Alhamdulillah. Pada hari ini kita sambung semula kuliah. Mudah-mudahan,inilah kuliah yang akhir bagi surah Al Fatihah.
Kalau kita flashback  [imbas kembali], ayat-ayat itu berangkai-rangkai, satu sama lain ada hubungannya dan  tidak terputus.
Kita telahpun mengkaji tentang sifat2 Tuhan, berdasarkan ayat-ayat dalam Bismillah. Hinggalah Tuhan memerintahkan kita menyembah dan meminta tolong dari Nya. Tuhan mengajarkannya secara bertahap-tahap hinggalah kita disuruh menyembah Nya; inilah kemuncaknya. Seolah-olah setelah kita sudah yakin betul dengan Tuhan, barulah Tuhan perintah untuk menyembahNya.
 ''Iyakanakbudu waiyakanasta'in''.Kita bukan sahaja disuruh menyembah, bahkan disuruh meminta dengan Nya. Sebelum kita meminta, Dia ajar dahulu apa yang kita sepatutnya minta. Apa yang perlu diminta pun diajar. Kita diajar meminta sesuatu yang Tuhan telah berikan, iaitu nikmat-nikmat yang diberiNya kepada para Rasul dan Nabi. Inilah asas memintanya. Selepas asas ini barulah harus meminta yang lain-lain. Asas dalam meminta, adalah meminta apa yang Tuhan telah kurniakan kepada para Rasul dan Nabi. Kerana itulah yang menjadi asas kebahagiaan dunia dan akhirat. [Yang lain2 itu seperti keperluan fizikal,makan, minum, pakaian dan lain-lain lagi, itu hanya sampingan] Oleh itu '' na an'amta'alaihim'' itu, him itu dimaksudkan pada nabi-nabi dan Rasul-rasul. Tetapi sayang. Kebanyakan orang mengutamakan meminta yang sampingan, minta murah rezeki, itu dan ini. Patutnya minta yang asas dahulu. Jadi pokok utamanyaTuhan menyuruh kita meminta nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada Rasul-rasul, nabi dan wali-wali serta orang soleh.

Tidak cukup dengan ''an 'amta'alaihim'' Tuhan menguatkan lagi maksudNya di sini dengan “ghairil maghthuubi alaihim, walatholliin”. Surah ini penting dan supaya tidak ada campur aduk langsung, jadi Tuhan pun menguatkan lagi permintaan itu dengan mensyaratkan, ''Tidak jalan-jalan yang Engkau murkai dan jalan yang sesat.''
Itu menunjukkan asas ini kuat dan penting. Penentu kebahagiaan dunia dan akhirat.

Yang lain itu hanya sampingan dan tambahan sahaja. Itulah maksudnya. Tuhan mengajar kita dan mensyaratkan permintaan itu. Kita tidak mahu mengikut jalan mereka yang telah Tuhan murkai dan tersesat.
           Jika ikut logik, orang2 yang sesat itu, pastilah orang2 yang Tuhan murkai. Maksudnya, kalau seseorang itu dimurkai Allah, adalah kerana dia sesat.Kalau tidak sesat banyak pun, sedikit. Orang yang dimurkai itu sudah semestinya orang yang sesat. Sama kategorinya.

Tetapi dalam ayat ini, mengapa dibeza-bezakan, mengapa murka dan sesat berbeza? Sebab maksud dimurkai Tuhan, kalau kita membaca tafsir dan mengikut hadis, orang yang dimurkai itu adalah seperti Firaun dan Qarun. Bila kita melihat tafsir juga, yang sesat itu adalah golongan Yahudi dan Kristian. Padahal keduanya juga dimurkai. Tetapi kedua-dua golongan Yahudi dan Nasrani ini ditafsir sesat. Mengapa? Ada yang tersirat. Kalau hendak dihuraikan tidaklah susah sangat tetapi susah kalau hendak dikaji hikmahnya.

Yang dimurkai itu, adalah orang yang menolak Tuhan secara total samada akidah atau syariatNya. Contohnya, Firaun dan Qarun, mereka menolak terus. Sebab itu Tuhan kata mereka itu dimurkaiNya kerana mereka menolak secara total. Sedikit pun mereka tidak menerima kebenaran itu.

Apa pula yang dimaksudkan mereka yang sesat? Bukankah Tuhan menyuruh kita mengikuti jalan yang lurus. Yahudi, Nasrani pernah menempuh jalan itu, tetapi di hujungnya, tersesat. Ertinya mereka pernah menerima kebenaran. Pernah menerima agama langit. Pernah menerima wahyu. Tetapi di tengah perjalanan, mereka tersesat.

Semasa zaman Islam, mereka dikatakan tersesat bukan dimurkai. Munasabahlah Yahudi dan Nasrani itu diistilahkan sesat. Sebab mereka  pernah menempuh jalan yang benar. Yang tidak pernah menempuh langsung, walau setapak, lalu menolak secara total, itu yang dikatakan yang dimurkai. Kalau hendak dilihat secara luas, orang yang sesat itu banyak. Termasuklah fahaman komunis dan sosialisme, di  mana itu semua fahaman yang dimurkai. Kalau orang seperti Bush itu, dia juga sesat.

Orang Islam juga ramai yang telah sesat. Pada asalnya mereka mengikut jalan yang lurus, tetapi setelah ditinggalkan Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu, terdapatlah 72 simpang. Umat Islam pernah menempuh jalan yang benar, pada akhirnya ada yang tersesat. Pada zaman sekarang yang dimurkai pun ramai dan yang sesat pun ramai.[Lahir sahaja atas nama Islam]

Tidak salah juga kita mentafsirkan yang dimurkai dan sesat itu ialah orang yang menurutkan nafsu dan syaitan dan yang bertuhankan nafsu dan syaitan. Kita anggap kedurhakaan itu  adalah bila kita bertuhankan nafsu dan syaitan

Kesimpulannya, Tuhan suruh kita meminta, sebagaimana nabi-nabi dan Rasul-rasul meminta. Tuhan benci dengan dua golongan yakni yang menolak kebenaran secara total dan yang menolak Tuhan serta Rasul.

Akhir ayat adalah '' Kabulkan permintaan kami.'' Ayat ini ditutup dengan amin. Jadi ayat yang asas itu telah menjadi doa. Alhamdulillah, selesai sudah kuliah tafsiran surah Al Fatihah secara umum.
Kuliah disampaikan oleh Sheikh Imam Ashaari Muhammad atTamimi
Juga digelar Abuya Fata AtTamimi



26.3.2014   MH 370 - Kotak Hitam - Magic Box

12.3.2014   Kisah Masjid Limbongan, Besut serta Pulau Rhu,Besu...MH 370

6.3.2014    PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KOMUNITI JAGUH DI 222 P...

5.3.2014    Wadah Perjuangan Ekonomi Holistik Mendapat Sokonga...
25.2.2014   ORANG TIMUR PENCETUS DUNIA BARU ISLAM

21.2.2014   PENDIDIKAN INSANIAH SANGAT PENTING DALAM MELAHIRKA...

21.2.2014   BANGSA BARU MEMBANGUN BERMODALKAN ALLAH

21.2.2014   KEMBARA MENUJU ALLAH CINTA AGUNG

21.2.2014   TIGA KEKUATAN UTAMA BAGI KEBANGKITAN ISLAM KALI KE...

13.7.2013   Pilihanraya Kecil Kuala Besut Bakal Menyingkap Rahsia....
  • 10.6.2013     MISTERI TANAH PARA NABI
  • 27.4 .2013     Satu lonjakan besar kepada umat manusia: £ 13bn It... 
  • 11.4.2013       The West on The Brink of Death
     
    O Jews,

    Soon when the Muslim people is going to see Abuya with Imam Mahdi suddenly appear in this world again, together they will say  ”Who has been cheating us about this promise of God?”  When they know it is all done by Jews. Please be informed that it will not take us long to say goodbye to Jews. The time has come. We have found the path for us to return to to Siratul Mustaqim, the way of Allah and His Rasul. And you surely know how much you have to pay for all the demolishment that you have inflicted upon our generations so that it does not repeat or continue anymore. You had to take 1000 years to destroy all the development that I have created on this earth.

    Whereas in order to fix it with Allah’s help, we can finish it in less than half of the time that you took. The technology of God is better than God’s enemy right? Repent o Jews, you know that during my time, there are Jewish people who embraced Islam.

    Finally, o enemy of the truth,

    Why only now you expose all the secrets after keeping them for 1000 years? Yes, it is true that Muslims people cannot do anything, but they will get angry and rely highly on the much awaited Imam Mahdi. That means you have done a big mistake by exposing this big secret. How is it that iblis can make such a mistake?
    Actually what the Jews have done in the New World Order plan created by the Zionist protocol is:-
    • Took the knowledge from Al Quran that can benefit them for development purposes.
    • Whichever knowledge that put them at lost, Jews took it too but they turn all the words around..
    • The promise by Allah for Muslims is greatly opposed and they fought all out against it..
    As a result of all these, Allah allows this world to fall into your hands. In fact, if you had not learned from Muhammad, all these would not have happened to you. Aren’t you ashamed to learn from your enemy? Then you prided over it claiming all to be yours rightfully! Actually soon when you see Muhammad uses the spiritual technology that Allah gives to them which easily overrides your technology 1000 times more. You will be ashamed to be proud.

    Destruction will hit all your belongings when Islam returns to be an empire that will save the world. You just have to wait a little bit more, just a few days more. Tsunami have hit the Jewish centers in Arab Saudi. They are like the explosions from the volcanic mountains. The larva will surround Israel meaning your cruelty in Gaza and all around the world will perish. With the Will Of Allah, at that time Islam will return to magnify Allah as Most Supreme and the Prophet will be so meaningful and much treasured by them.
  • 31.3.2013   Buku yang memuat minda Abuya Ashaari Muhammad at T...
  • 31.3.2013    ILMU ALLAH : HIMPUNAN DARI PUTRA BANI TAMIN
  • 19.3.2013   YAHUDI, WAHABI, SYIAH, ADALAH MUSUH ISLAM.
  • 18.3.2013   The Mysterious Case of the Sulu Sultan
  • 6.3.2013  Luahanku (Rakyat) Untuk Perdana Menteri, DS Haji H...
  • 3.3.2013    Kasih Sayang...Membaca dan Menulis Dari Lubuk Hati...
  •  
  • 1.3.2013    A Letter to the Jews and the Vatican
  • 1.3.2013      Bangsa Melayu Bakal Menempa Sejarah Besar Dunia

No comments: