Thursday, July 26, 2012

PERJUANGAN BELUM SELESAI 1

Antara Punca umat Islam zaman ini menjadi lemah?  Dua sebab utama:

(a) Kerana Perlembagaan kita meninggalkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber undang-undang utama dan mengambil undang-undang Inggeris sebagai kitab kita.

(b) Kerana kita musuh Allah SWT dan Rasulullah SAW di medan perang apabila mengamalkan riba dalam kehidupan harian.

MAKA HASILNYA JADIKAN UMAT ISLAM - CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI

(A) Perlembagaan

Sumber dan pemakaian undang-undang kita berdasarkan undang-undang Inggeris dan dikuasai Freemason (famous Freemaso, Freemason di Malaysia dan DGLME). Freemason, Illuminati atau lebih dikenali Knights Templar, adalah musuh umat Islam dalam  Perang Salib; Sejarah penuh: Secret Societies of America’s Elite – From Knights Templar to Skull and Bones (audio book), dan Global Freemasonry by Harun Yahya

Knights Templar beragama menyembah Baphomet, mengamalkan seks sihir dan homoseksual. Simbol Baphoment digunakan Knights Templar sebagai mewakili Lucifer, iaitu Iblis; The Satanic Bible. Mereka ditangkap dan dihukum di Perancis apabila murtad Kristian kerana mempelajari dan mengamalkan sihir purba Kabbalah dari Babylon (Babil).

Maksudnya: “..Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”; al-Quran: al-Baqarah:102


Mereka berjaya melepaskan diri ke Scotland dan menukar identiti kepada Freemason bagi mengelak dikenali ramai. Knights Templar kemudian menguasai England, Perancis dan Amerika Syarikat. Dengan penguasaan negara besar, mereka kemudian menjajah negara Islam dan lainnya.


Knights Templar kemudiannya memberikan kemerdekaan mudah kepada semua jajahannya dan tanpa kemunasabahan. Ini kerana mereka berundur atas dasar strategi apabila berjaya menyemai benih ke dalam sistem eksekutif, kehakiman dan perundangan yang berupaya membentuk polisi untuk menguasai tubuh,minda dan jiwa kita
 Judge
 
Mereka membentuk ekonomi kapitalis dan pembentukan negara bercorak sekular. Sistem ini bertujuan memperhambakan negara dan masyarakat, serta menukarkan kita beragama Lucifer (Iblis). Kenderaan digunakan bagi mencapai objektif mereka ialah undang-undang. Mereka menggunakan Perlembagaan untuk mengenepikan Al-Quran dan Sunnah dan memberi kuasa ke atas pemakaian undang-undang Statutori dan Common Law, dan pematuhan keputusan Mahkamah  mereka.

Judge

 Semenjak itu, hakim membuat keputusan berdasarkan undang-undang Knights Templar yang berobjektif memperhambakan kita melalui monopoli kapitalis dan menukarkan agama kita kepada agama Lucifer (Iblis). Mereka meletakkan konsep “precedent” dan hakim tidak berupaya membuat keputusan bercanggah keputusan mereka. Undang-undang mereka dipakai tanpa diselarikan dengan Al-Quran dan Hadis.

No comments: