Thursday, July 26, 2012

PERJUANGAN BELUM SELESAI 4 : EKONOMI

Sistem ekonomi kapitalis
Pyramid of Capitalist System

New Capitalist Pyramid
New Capitalist Pyramid

 
Oleh kerana prinsip harmoni Agama Lucifer (Iblis), mereka berubah kepada pentafsiran Al-Quran mengikut prinsip-prinsip ekonomi kafir, iaitu kapitalisma, sistem monopoli Knights Templar berobjektif memfokuskan kekayaan dunia kepada beberapa individu dan memperhambakan seluruh masyarakat dunia.

Capitalist
Sistem kebanggaan masyarakat dunia
 Di antara maksud sebenar ekonomi kapitalis ialah bersaing untuk keuntungan maksimum dengan menawarkan perkhidmatan dan barangan terbaik dan termurah. Oleh itu tidakkah mereka terfikir bagaimana ini dicapai bagi mereka yang kekurangan sumber untuk bersaing?
Ini dicapai melalui pekerja bergaji abdi, sumber alam percuma dengan menjatuhkan matawang dan peperangan, monopoli dan rasuah ke atas pemimpin dan kerajaan, monopoli barangan dan perkhidmatan secara hakcipta (kini makanan dan benih makanan juga dihakcipta), mengenakan harga kawalan dan memerah keringat rakyat,  menjatuhkan persaingan secara perdayaan, monopoli tanah melalui sistem geran tanah dsbnya. Di dalam perniagaan kapitalisma mengaut keuntugan dan berlaku baik tidak tidur sebantal. Ianya seperti minyak dan air. Kesimpulan, barangan terbaik dan termurah dicapai dengan kemurkaan Allah swt dan Rasulullah saw; The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism & Video

Capitalism - The HIGH COST of Low Price
Capitalism - The HIGH COST of Low Price

 Mereka meninggalkan prinsip ekonomi Islam yang memfokuskan kesejahteraan manusia sejagat, pasaran bebas dan tiada kawalan harga atau monopoli. Mereka malahan membuat jihad ekonomi dengan ekonomi kapitalisma! Jihad keuntungan maksima!! Jihad memperbanyakkan lagi pengeluaran! Untung! Mewah! Untung! Mewah! Sangat pelik dan mereka masih tidak sedar disesatkan Allah SWT!


Dalam itu apabila sistem kapitalis telah sampai di tahap kehancuran sejagat, mereka masih tidak sedar salah mentafsirkan Al-Quran dengan ekonomi kafir, dan salah “beribadat seperti mereka beribadat“. Mereka menyangka penyelesaian sebenar membenarkan riba lebih besar agar membolehkan keuntungan maksimum melalui ekonomi kapitalis.

Mereka masih tidak sedar semakin maju, semakin besar hutang dan riba yang jauh berganda-ganda!! (sistem: maju = wang = hutang = perhambaan = tinggalkan agama) Aduhai! Apakah yang otak mereka fikirkan? Akibatnya 99.9% hidup di dalam neraka dunia, dan 99.9% hidup kekal di neraka akhirat.

Capitalism is slavery
Kini, tidakkah kita tefikir siapakah sanggup tidak berakal menyangkakan Allah akan memberikan laluan mudah untuk kita ke syurga sedangkan saudara Islam kita hidup sengsara? Siapakah yang menyangkakan kita akan mendapat ujian yang mudah di akhir zaman ini? Ujian mudah pada zaman kemunculan Dajjal? Walaupun nabi-nabi dan banyak hadis menyatakan cabaran zaman ini adalah paling sukar dilalui? Ujian yang begitu mudah walaupun Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda,
“…Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api…” (HR Tirmizi)
Melihat hakikat kehidupan hari ini, ianya terlalu mudah untuk dikatakan menjalani ujian sukar. Kehidupan sebegini bukan sungai bara api, tetapi sungai yang sejuk. Hanya orang yang menyelam di dalam sungai bara api akan dimasukkan ke syurga.
Selanjutnya dan sekiranyalah kehidupan sebegini dianggap ujian sukar, maka ianya bercanggah hadis menyatakan ujian terbesar ialah pada akhir zaman (zaman kemunculan Dajjal). Sangkaan ini bertentangan dan menunjukkan kita mungkin beriman dengan sangkaan semata-mata.
Maksudnya: “…Adakah kamu menyangkakan bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?…”; al-Quran: ali-Imran:142


Darurat dan cara kehidupan akhir zaman

Ramai percaya alasan “darurat” bagi membenarkan riba apabila seringkali mendengar ceramah sebahagian ulama mendakwa pinjaman riba dibolehkan atas dasar darurat. Alasan ini tidak masuk akal kerana mereka mengaitkan “darurat” mengikut maksud sistem ekonomi kapitalis; The Prohibition of Riba
Pertamanya bagaimana boleh dikatakan darurat membuat pinjaman beli rumah jika kita masih boleh menyewa rumah? Kita malahan belum sampai ke tahap terpaksa tidur di bawah jambatan. Bagaimana pula boleh dikatakan darurat untuk membuat pinjaman kenderaan sekiranya masih boleh menaiki kenderaan awam? Bagaimana boleh dikatakan darurat sedangkan pinjaman adalah untuk memuaskan nafsu ingin hidup senang?
Sememangnya benar Allah swt tidak mahu membebani kita ke atas apa yang manusia itu tidak mampu pikul. Namun itu di sini terdapat garisan bagi membezakan situasi tidak sanggup dipikul kerana nafsu, atau tidak sanggup dipikul kerana beratnya sesuatu.
Oleh itu persoalan di sini ialah samada meninggalkan riba berada dalam lingkungan sesuatu yang sanggup pikul oleh manusia? Allah swt tidak membiarkan ianya didefinisikan oleh setiap kita dengan sesuka hati dan tanpa ukuran. Setiap sesuatu itu Allah swt telah tetapkan ukurannya.
Oleh itu sekiranya kita melihat berdasarkan nafsu, maka semua yang mendatangkan kesusahan pasti kita kategorikan sebagai darurat dan sesuatu tidak sanggup dipikul manusia. Sebaliknya dan jika kita fikir kembali berdasarkan kepentingan agama, ianya sebenarnya masih dalam lingkungan kemampuan manusia.
Selanjutnya apakah ukuran akan digunakan di akhirat untuk mengkategorikan sesuatu sebagai di dalam kemampuan manusia? Jawapannya ialah melalui cerita-cerita terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis sendiri. Ukuran yang menentukan dalam lingkungan samada tindakan di dalam kemampuan manusia ialah melalui cara kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat yang hidup sekadarnya, dan malahan berhari-hari kelaparan (kerana sedekah dsb). Kehidupan yang minimum walaupun menjadi Gabenor atau Pemerintah. Kehidupan yang malahan jauh lebih sedih daripada kisah BersamaMu TV3 kerana dapur mereka berasap setiap hari, dan dapur Rasulullah saw atau sahabat tidak berasap berhari-hari.
Semua kisah ini bukan dijadikan secara sia-sia, dan kesemua yang Allah swt pilih untuk menjadi sahabat Rasulullah saw adalah bukan berdasarkan pilihan tanpa sebab. Kesemua kisah nabi-nabi dan rasul juga adalah bukan cerita kosong semata-mata. Kesemuanya berkaitan dan akan menjadi kayu pengukur bagi perbuatan yang boleh dikategorikan di dalam lingkungan kemampuan manusia. Ianya ukuran yang akan digunakan Allah swt apabila kita dihadapkan di hari akhirat.
Oleh itu kita tiada alasan lagi, dan siapakah sanggup mengambil risiko bagi kehidupan sekali sahaja di dunia (tidak lagi boleh kembali selepas maut)? Silakan jika anda menyangkan kategorikan kehidupan mudah sebagai darurat. Keduanya, dakwaan darurat bercanggah keterangan di bawah:
Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”; al-Quran: An-Nisaa:97
Berhijrah adalah salah satu yang berada di dalam kemampuan manusia. Perintah berhijrah di atas pula disokong fakta Hijrah ke Madinah. Ianya juga disokong cerita dalam Surah Al-Kahfi, iaitu kisah Ashaab’ul ul-Kahfi dan Ar’Raqiim. Mereka berhijrah apabila tidak berupaya mengamalkan cara hidup Islam di bawah pemimpin zalim (rujuk situasi darurat sebenar berkaitan al-Baqarah:173 dan seperti dinyatakan pada bahagian penyelesaian).
Ini selanjutnya dijelaskan Allah melalui Al-Baqarah:279 yang menyatakan “peperangan”. Peperangan bermaksud ianya tanggung-jawab negara dan seluruh orang Islam berjihad untuk membasmi riba dalam mana-mana negara didudukinya.
Tiada yang boleh mengamalkan riba tanpa mengira samada dia beragama Islam, Buddha, Hindu, Kristian atau agama selainnya. Sejarah turut membuktikan ianya tidak bertentangan mana-mana agama kerana hanya agama Yahudi membenarkan mereka mengamalkan riba (mengubah ayat Allah) ke atas mereka yang bukan Yahudi.
Dakwaan darurat juga bercanggah hadis Rasulullah SAW yang memerintahkah kita mengasingkan diri, walaupun terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kita mati. Hadis Rasulullah SAW, Hudhayfah ibn al-Yaman:
“…Orang biasa bertanya kepada Nabi tentang kebaikan, sedangkan saya bertanya tentang kejahatan, kerana saya bimbang kejahatan itu akan menimpa saya. Lalu saya berkata, ‘Wahai rasul Allah! Kami sebelum ini dalam keadaan kejahilan dan kejahatan, lalu Tuhan mendatangkan kebaikan kepada kami. Akan berlakukah kejahatan lagi selepas kebaikan ini?’‘Ya,’ jawab Nabi.‘Dan adakah kebaikan akan kembali lagi selepas kejahatan ini?’ saya bertanya. Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi ia bercampur-baur dengan kejahatan.’ ‘Apakah kejahatan itu?’ saya bertanya. Nabi menjawab, ‘Setengah orang akan mengikut selain daripada sunnahku dan akan memimpin mereka ke jalan lain daripada jalanku. Setengah perbuatan mereka baik, setengah jahat.’Saya bertanya, ‘Adakah akan wujud kejahatan lagi setelah kebaikan (campuran) ini?” Beliau menjawab, ‘Ya, pendakyah-pendakyah yang berdiri di pintu neraka; barangsiapa mendengar mereka kan mereka campakkan ke dalamnya.’ ‘Terangkanlah kepada kami sifat-sifat mereka, wahai rasul Allah!’ saya meminta. Nabi berkata, ‘Mereka dari bangsa kita dan bercakap bahasa kita.’Apakah perintahmu kepadaku jika aku berada di dalam keadaan itu?’ saya bertanya. Nabi berkata, ‘Ikutlah puak majoriti orang-orang Islam (ummah) dan pemimpin mereka (khalifah) .’ ‘Tetapi jika mereka tidak ada puak majoriti atau seorang pemimpin?’ saya bertanya.Nabi menjawab, ‘Jika demikian, tinggallah semua puak walau kamu terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kamu mati…’; (HR Bukhari dan Muslim)
Hadis lain menggambarkan alasan darurat tidak masuk akal dan cara kehidupan mengasingkan diri bagi membela iman dan agama adalah seperti di bawah:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt.Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”.Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya…”. (HR al-Baihaqi)
Hadis menyatakan “lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain“; Establishment of Muslim Village. Kesemua hadis menyokong dan tidak bercanggah Surah An-Nisaa:97 dan Surah Al-Kahfi. Oleh itu dakwaan darurat adalah satu tidak masuk akal!

No comments: