Thursday, July 19, 2012

Aurad Muhammadiah

Soft-promotion Laman Web auradmuhammadiah.wordpress.com Kedua-dua buku yang dipaparkan dalam laman web ini menngandungi semua jawaban segala tuduhan yang telah didakwa terhadap jemaah Aurad Muhammadiah pimpinan Abuya Ashaari Muhammad. Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam dan Berhati-hati Membuat Tuduhan diterbitkan sebelum jemaah Darul Arqam diharamkan pada tahun 1994. Dua buku ini bersama semua buku-buku Abuya lain terlebih dahulu diharamkan sebelumnya. Hingga kini tiada satu pun buku Abuya yang di’halal’kan secara rasmi. Laman web ini masih dalam proses kemaskini, terutama teks Arab – masalah teknikal yang mengambil masa, serta foto-foto berkaitan, malah header. Semoga usaha sambilan yang kecil ini dinilai oleh Allah SWT. Terimakasih kepada yang terlibat. Semoga ilmu-ilmu dalam dua buku ini bermanfaat kepada pembaca. Antara buku pertama yang saya baca semasa mengenal jemaah Abuya adalah buku AMPDA, kira-kira pada tahun 1989, semasa saya masih seorang pelajar. Klik imej buku ini untuk melayari Tariqat Aurad Muhammadiah.


No comments: