- Yang demikian, tidak ada satu hadis yang menunjukkan bahawa, kepercayaan orang yang meneka dirinya itu Mahdi syirik. Kerana daripada mula perpecahan Islam, telah wujud orang yang mengaku dirinya Mahdi, terlalu banyak hingga ke saat hari ini pun adanya orang yang mengaku dirinya Mahdi, bukan baru ini.
- Kita ambil petikan dari beberapa hadis yang banyak bahawa Mahdi ini kelak akan zahir di dunia ini sewaktu dunia ini penuh dengan kezaliman dan kecurangan, kesengsaraan yang amat sangat, lahirlah orang yang bernama Muhammad bin Abdullah, umurnya 40 tahun waktu dia diperkenalkan, dketengahkan dalam masyarakat, maka berbunyilah suara daripada arah atas – Inilah Mahdi, angkatlah dia, sokonglah dia, junjunglah dia.
Maka dia pun dibaiah oleh penduduk Mekah, Madinah, Syam, semua penduduk dunia membai’ah dia,.
Dalam waktu mana, semasa sebelum wujud Mahdi sesetengah mereka berpendapat, sebelum wujud Mahdi telah wujud seorang yang menguatkan bagi Mahdi, yang mengangkatkan darjat Mahdi, yang menguatkan perjuangan Mahdi sendiri, dia ini telah dilenyapkan dari atas muka bumi ini kata sesetengah pendapat. ( Ini ulama maksud saya)
Alim ulama mengatakan, telah wujud orang kuat atau penyokong Mahdi tapi ranap.
Walau macam mana ia tidak mati, dia akan keluar balik sewaktu Mahdi diisytiharkan keluar, bermakna dia ini sembunyi ataupun mati ataupun apa-apa tidak akan menjadi apa-apa akidah bagi kita kata mereka itu.
Saudara Mahdi itu akan keluar bersama dia setelah lama dia menghilangkan diri, akan muncul kembali setelah….( Truncated)
Dengar petikan kuliah yang tidak bertarikh diBox Net blog ini :—->
Kuliah oleh : As Syed Omar Abdul Kadir AI ldrus
YBM Habib Dato As Syed Omar Abdul Kadir Al Idrus adalah cucu kepada Tokku Paloh, ulama dan wali Allah yang terkenal dalam penentangannya kepada kerajaan kolonial British. Tuan Syed Omar pernah menulis dalam buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sebagai berikut :
SETELAH Saya membaca dan meneliti isi kandungan buku yang dikarang oleh AI Fadhil AI Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Syeikhul Arqam, bagi menjawab dan menolak tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya dan ke atas Al Arqam bagi menggelakkan fitnah, yang mana boleh membawa kehancuran kepada pertubuhan Islam yang begitu memberi makna kepada perjuangan Islam, maka saya dapati isi kandungannya amat baik dan menarik, terutama dari segi usaha bersungguh-sungguh AI Ustaz Haji Ashaari bagi mendapat kan bahan-bahan murajaah daripada beberapa buah kitab yang dimuktabarkan.
AI Ustaz Haji Ashaari telah memperlihatkan kesungguhannya sepertimana yang ditunjukkan dalam usaha kepimpinannya menjayakan pertubuhan AI Arqam dari awal sehingga ke hari ini.Beliau seorang ulama pendamping Raja sebagaimana datuknya dulu, pernah dilantik sebagai pemangku Sultan oleh Tuanku Mizan semasa anak-anak baginda masih kecil lagi.
Dalam beberapa bab dan fasal di dalam buku ini jika kedapatan kesamaran terutama dalam masalah tawassul pada bab tariqat, saya nasihatkan para pembaca sekelian jangan mudah membuat andaian sendiri, dan hendaklah rujuk kepada ahlinya.
( Teks Arab)
Dan janganlah jadi seperti seseorang yang menyangka bahawa apakah ilmu yang ia tiada pelajari atau tiada tahu maka ilmu itu sesat atau salah – Barang dilindungi Allah Taala.
Kuala Terengganu,
10 Zulhijjah 1406.
As Syed Omar Abdul Kadir AI ldrus
Subject: Sultan Mizan lantik Syed Omar Pemangku SultanBerikut pula adalah petikan Kitab lama kurun ke 7 H,
Date: Thu, 5 Oct 2000 12:17:01 +0800
Sultan Mizan lantik Syed Omar Pemangku Sultan
KUALA TERENGGANU: Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melantik guru baginda
Syed Omar Abdul Kadir al-Idrus sebagai pemangku Sultan berkuatkuasa 13
September lalu.
Syed Omar dilantik sebagai Pemangku Sultan selama Sultan Mizan menjalakan
tugas Yang Dipertuan Agung yang kini bercuti di luar negeri bersama Raja
Permaisuri Agung.
Sultan yang juga Timbalan Yang Dipertuan Agung menjalankan tugas resmi
pertamanya dengan menutup Perayaan Bulan Kemerdekaan di Telok Likas, Kota
Kinabalu, Sabah pada malam 16 September lalu.
Baginda diiringi Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
berangkat ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas berkenaan baru-baru ini.
Dalam kitab ‘Uqdudrar fi Akhbari Muntazar’ yang ditulis oleh Syeikh Yusuf bin Yahya bin Ali b Abdul Aziz AlMaqdisi AsSayafie, yaitu ulama kurun ke 7, pada bab ke 5 yang berjudul ‘Sesungguhnya Allah akan mengirim seseorang yang mempersiapkan tapak sebelum pemerintahan Imam Mahdi ‘ tertulis sebagai berikut:
Telah dikeluarkan oleh alHafiz Abu Abdullah Nu’im bin Hamad dalam kitab “FITAN” dan juga sebagian ulama-ulama lain berkata bahwa: “Telah sampai kepadaku tentang AlHasyimi adalah saudara AlMahdi di sebelah ibunya (ada juga yang berkata dia adalah anak paman kepada AlMahdi), sesunguhnya dia tidak MATI, (setelah heboh berita tentang kematiannya) tetapi setelah terjadinya peperangan yang amat dahsyat, dia AlHasyimi akan keluar ke Mekah dan bila Imam Mahdi lahir dia akan keluar bersama AlMahdi.”
“Akan keluar seorang lelaki dari Ahlul Bait dari Timur, dia akan memikul pedang selama 18 bulan, dan dia tidak akan mati sehingga dia sampai ke Baitulmaqdis.”
“Bagi pemilik mandat ini (Imam Mahdi) berlaku padanya dua kali ghaib, salah satunya sangat panjang hingga sebagian mereka berkata beliau telah terbunuh dan sebagian yang lain berkata beliau telah pergi entah kemana. Tiada siapapun yang mengetahui kedudukan sebenarnya walaupun di kalangan anggota keluarga atau selainnya, melainkan seorang Maula (Arab yang sudah bercampur ajam) yang mengambil alih urusannya.”
“Mereka diketuai oleh seorang lelaki yang bergelar sebagai Syuaib Bin Soleh dari keturunan Bani Tamim, mereka ini akan mengalahkan Sufyani sehingga tiba di Baitulmaqdis. Dia (Putera Bani Tamim) akan menyerahkan pemerintahannya kepada Imam Mahdi dan menyerahkan kepadanya 300 orang dari Syam. Tempoh diantara keluarnya dan dia menyerahkan pemerintahan kepada Imam Mahdi adalah 72 bulan.”Kepada pembaca yang asing dengan karamah para wali Allah saya sarankan membaca kisah Tuan Tulis di sini, antaranya. dari ratusan kisah-kisah seperti ini.
Mengubat Secara Rohaniah
Tuan Tulis kembali ke rahmatullah pada tahun 1922. Bagaimanapun, pada tahun 1925, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Pertama, Tuanku Muhammad ibnu Tuanku Antah (ninda kepada Yang Dipertuan Besar sekarang), diberitakan telah diziarahi oleh Tuan Tulis ketika sedang terlantar uzur di London.
Mereka memang saling kenal-mengenal kerana Kuala Talang tempat tinggal Tuan Tulis berdekatan dengan istana Sri Menanti yang juga dalam daerah Kuala Pilah.
Dalam pertemuan di London itu, Tuan Tulis meminta segelas air lalu menjampinya. Air jampi itu disapu di tempat sakit dan selebihnya diminum oleh Tuanku Muhammad. Seketika itu juga Yang Dipertuan Besar merasa sembuh dari penyakitnya.
Kemudian Tuanku Muhammad masuk ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu (mungkin hadiah). Apabila keluar dari bilik, baginda mendapati Tuan Tulis sudah ghaib. Dalam kehairanan itulah Tuanku Muhammad baru sedar bahawa sebenarnya Tuan Tulis sudah meninggal lebih tiga tahun sudah. Dan kehadiran Tuan Tulis itu secara kerohanian.
Pada masa itu juga hati baginda berniat, apabila kembali ke tanah air, baginda akan menziarahi maqam Tuan Tulis. Niat Yang Dipertuan Besar itu ditunaikan beberapa tahun kemudian. Baginda juga menitahkan supaya dibina bangunan di maqam Tuan Tulis di Kuala Talang yang masih wujud hingga sekarang.Demikian kejadian luar biasa yang merupakan karamah yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada Tuan Tulis. Kelebihan seumpama itu ALLAH kurniakan kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki dan disayangi. Mereka yang mendapat kumiaan itu bukan saja dapat menolong orang yang dalam kesempitan secara kerohanian bahkan dapat membantu tentera Islam di medan peperangan menghadapi tentera kafir musyrikin.
SOURCE HELICONIA
No comments:
Post a Comment