Perihal
Laman web Memori Arqam merupakan sebuah koleksi bahan-bahan ilmu yang pernah menjadi bahan pendidikan di kalangan anggota Jemaah Al Arqam dahulu dan yang pernah menjadi bahan dakwah kepada masyarakat umum. Koleksi ini mengandungi ilmu-ilmu yang selaras dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Laman Web ini juga sebagai wadah untuk mengenang sebuah perjuangn Islam yang pernah berjuang secara murni pada awalnya dan yang telah memberikan impak maksima kesedaran kepada begitu ramai orang serta mampu mendorong seseorang itu melakukan amar makruf nahi mungkar.Rakaman dalam bentuk video dan audio yang dipaparkan di sini merupakan rakaman yang telah dibuat lebih dari 20 tahun yang lalu dan membuktikan begitu terkehadapan Jemaah Arqam dalam memanfaatkan teknologi di masa itu untuk tujuan dakwah. Inilah sejarah murni dari Jemaah Arqam yang diharapkan dapat menjadi tatapan masyarakat sampai bila-bila.
Laman web ini diusahakan secara peribadi dan bebas serta tidak bersekutu dengan mana-mana jemaah, persatuan, parti dan sebagainya. Diharapkan para pengunjung dapat meneliti dan menghayati kandungan di dalam laman web ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan yang tidak berfaedah. Semoga kita dapat meraih manfaat daripada ilmu yang terkandung di sini yang telah disampaikan lebih dari 20 tahun yang lalu.
Laman web berikut : Memori Al-Arqam
Wallahua'lam.
Arqam Sepintas Lalu – Awal 1980an
Part 1 : Part 2 : Part 3
MADAH
Siapa Dirimu?
KAMU kagum dengan kebolehanmu? Kamu kaget dengan kepetahan lidahmu? kamu hairan dengan kemampuan otakmu? kamu ujub dengan kepandaianmu? kamu mabuk dengan sanjungan orang terhadapmu? hingga timbul sombong dan angkuh merasa diri manusia super orang lain makhluk hina tidak perlu mereka …
Bekerjalah Dengan Hati
TANYALAH hati bila membuat kerja agar yang dibuat itu nawaitunya kena bercakaplah setelah tanya hati agar tidak ada riyak dan bangga diri bercakaplah dari hati agar ia jatuh ke hati dan mendorong diri membuat bakti ibarat kereta ia akan menjadi …
Hikmah Susah Dan Senang
KESENANGAN tidak selama-lamanya berlarutan seperti mana selepas malam adanya siang begitulah selepas kesusahan ada kesenangan oleh itu waktu senang jangan lupa daratan gunakanlah kesempatan itu untuk kebaikan sebelum segalanya terlepas dari tangan nanti menyesal tidak berkesudahan itulah syukur namanya waktu …
Sebab-sebablah Yang Merosakkan Manusia
SEBAB-SEBABLAH yang merosakkan manusia ia mendinding dan menghijab antara Khaliq dan makhluk kepadanyalah manusia bertawakal manusia rasa senang dan tenang dengannya sebab-sebablah jadi pendinding sehingga tidak terasa ada Tuhan lagi dialah yang dikira jadi penyelamat bukan Allah lagi syirik khafi …
Manusia Sudah Berwatak Haiwan
SIFAT-SIFAT binatang telah menjelma dalam diri manusia bertindaklah binatang-binatang yang berupa manusia ini di dalam kehidupan sehari-hari kalau lembu yang menjelma di depannya dia menanduk di belakangnya dia menendang kalau singa yang menjelma garang berang menyerang mangsanya hidup suka berseorangan …
Mabuk Sanjung
MABUK sanjung satu penyakit batin yang merbahaya ia akan bekerja membawa ke dirinya bukan kerana jemaahnya atau kepada mengamalkannya mabuk sanjung banyak tolak ansurnya ia terlalu hendak menjaga hati manusia takut hilang simpati orang kepadanya mabuk sanjung selalu tersinggung bila …
Kerana Hasad Dengki
LUMRAH berlaku orang berkrisis dalam satu jemaah tidak kurang terjadi perbalahan dalam mazhab berlaku juga perselisihan di kalangan satu prinsip sering juga perselisihan berlaku dalam satu ideologi mengikut lojik tidak munasabah berlaku krisis di dalam satu jemaah di dalam satu …
Padahnya Ego
SIFAT ego pakaian syaitan telah dipakai manusia . basahan hidup sehari-hari pantang ditegur marah dinasihati kalau lebih dari orang dada membusung hidung mengembang selalu cekak pinggang depan orang mudah menyergah orang berwatak berang dan peradang kalau kurang dari orang hati …
Makan Daging Manusia
KATA-MENGATA telah menjadi bak makan minum amalan insan di akhir zaman ia disajikan pula di ruang suratkhabar harian dan mingguan laksana makanan lazat dan sedap, yang dihidangkan memberangsang nafsu yang rakus memaksa jari-jari menerkam di permukaan dulang juga sambung-menyambung dihidangkan …
Manusia Jadi Haiwan
HATI telah mati ia tidak berperanan lagi yang hidup subur nafsu melulu dialah yang berperanan saban hari dialah yang memimpin manusia ke sana ke mari haru-birulah di tengah masyarakat manusia masyarakat nafsu yang melulu hilang malu, lebur maruah diri identiti …
Download Buku-buku dan ilmu-ilmu yang berguna
No comments:
Post a Comment