21.102005 sertai satu peluang dan berjaya. 2006 terlibat dalam satu usaha perjuangan membantu seseorang berurusan dengan United Nation. Bulan Julai 2008 menjadi 0 ...usaha dengan United Nation tidak juga selesai. 8.8.2008 bermula usaha baru dan berjaya. Membantu juga menyelesaikan urusan dengan United Nation demi satu perjuangan di jalan Allah . Bulan 10.2010 menjadi 0 balik. urusan dengan United Nation masih lagi diteruskan hingga kini. 25.Mei 2011 mulakan usaha dengan Diamond Motion Limited. Pengalaman membantu kawan dalam urusan dengan UN ini banyak ilmu membina kekuatan dalaman dapat dipelajari. Melihat rakyat Palestin menderita kita pun sama sayu dan sedih. Tetapi rasa kesedihan itu tak sama jika kita hanya melihat dan mendengar dari Jauh. Urusan dengan United Nation ini, banyak memberi pelajaran bagaimana zalimnya dan penuh tipudaya Puak Yahudi yang menguasai UN. Tetapi kerana tiada pilihan setakat ini, terpaksa teruskan usaha untuk selesaikan juga demi kepentingan semua. Pengaruh Zionist,Iluminati,Secret Societes bertuhankan Iblis ini berada pada peringkat tertinggi sehingga kepada kita orang2 Islam termasuklah kita dan orang2 yang terdekat dengan kita. |
Hati sangat sedih. Hati saya menangis. Ya Allah aku mohon Kau kurniakan kekuatan pada jiwa yang lemah ini wahai Tuhan. Jadikanlah aku hambaMu yang mempunyai jiwa yang tahan pada ujian. Agar hambaMu ini tidak merasa berat atas apa yg telah Kau tentukan. |
Ujian Dengan Insan Yang Terdekat dengan Kita.....
KEINDAHAN BUKAN PADA BENDAKEINDAHAN itu bukan melihatnyaTidak juga melihat benda-benda yang kehijauan pada pandangan mata Juga tidak pada melihat awan yang berarak dan beralih di angkasa Keindahan itu bukan melihat kebun Yang mengalir di dalamnya air-air yang jernih Ada ikan yang bermain-main dan berlari-lari Tidak juga melihat laut Yang airnya sentiasa bergelombang menghempas dan memulas Kalaulah keindahan itu pada bunga Orang yang ada kebun bunga atau bekerja di kebun bunga paling bahagia Orang yang tinggal di tempat yang banyak kehijauan-kehijauan tentu bahagia Orang yang selalu merenung awan macam golongan sasterawan sudah tentu bahagia Orang yang bekerja di kebun juga termasuk orang yang bahagia Bahkan orang yang paling bahagia sepatutnya yang tinggal di tepi laut Tapi realitinya tidak begitu Hakikatnya tidak terjadi Sebenarnya keindahan itu bukan benda luaran Keindahan itu di dalam jiwa, ia bertempat di hati Apabila jiwa subur rasa bertuhan, di situlah keindahannya Dia adalah pelindung dan pembela, di sanalah keindahannya Jadi keindahan itu bukan kepada benda Bukan benda luaran yang menjemukan kalau selalu dilihat dan dirasa api keindahan itu adalah di dalam diri yang hakiki Di dalam hati dan jiwa yang rasa bertuhan Sedangkan Tuhan itu sangat dicintai Kerana itulah orang yang beragama Terlalu sedikit hiburannya di luar dirinya | | ENGKAU terlalu cinta dengan diri engkau sendiri Maka engkau pun mementingkan diri Engkau dahulukan kehendak-kehendak engkau daripada kehendak-kehendak Tuhan Hak-hak Tuhan engkau kemudiankan, hak-hak engkau, engkau dahulukan Bahkan adakalanya kerana mempertahankan hak engkau, hak Tuhan terus diabaikan Sebenarnya engkau lupa, engkau mementingkan diri engkau Hakikatnya engkau tidak cinta dengan diri engkau Engkau membelakangkan hak Tuhan, ertinya engkau mengabaikan hak engkau sendiri Padahal hak-hak yang engkau pertahankan kalaupun engkau memperolehinya Dia bukan boleh buat apa-apa kepada engkau Ia tidak akan boleh menghalang engkau daripada sakit Juga ia tidak boleh membendung engkau daripada berbagai-bagai bala bencana dan kesusahan Kalaupun engkau boleh menghasilkan, tapi tidak dapat mempertahankan engkau Tapi kalau engkau miliki Tuhan, engkau memiliki segala-galanya Tuhan boleh melakukan apa sahaja kepada diri engkau Dia boleh menyenangkan engkau dengan tujuan engkau bersyukur Kemudian engkau dapat pahala syukur Kalau dia susahkan engkau, agar engkau sabar, supaya engkau dapat pahala sabar Jadi kalau engkau mendahulukan hak Tuhan Semuanya adalah kebaikan kepada engkau, kalau engkau faham |
Wajarkah seorang Isteri itu di saat suami diuji dengan kesusahan hidup, sanggup tidak memberitahu dan minta kebenaran untuk pergi Melancung bersama kawan-kawan? (29 May 2011) Sedangkan suami di saat dan ketika itu amat sekali perlukan sokongan dan dorongan untuk bangun kembali |
DI CELAH NIKMAT ENGKAU DERHAKA
SETIAP detik engkau diberi oksigen oleh Tuhan
Hingga dari detik ke detik engkau dapat
menyambung hidup
Tapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka
kepada Allah Taala
Tuhan yang mencipta engkau
Dengan engkau membuat dosa
dan meninggalkan perintah-Nya
Selagi engkau hidup di waktu perlu makan,
Tuhan masih memberi engkau makan
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat
Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan
Tuhan yang memberi engkau makan
Di waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkan
Maka badan engkau sihat semula dan segar-bugar
Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun
Di dalam maju dan membangun itulah
engkau menderhakai Tuhan
Di waktu engkau hendak berhibur diberi engkau
suami dan anak-anak sebagai cahaya mata
Di waktu engkau keletihan Tuhan tidurkan engkau
untuk engkau boleh berehat dan memulihkan
kekuatan badan
Selepas tidur badan engkau segar
dan bertenaga semula
Tapi setelah engkau dapat tenaga
engkau membuat dosa dan noda
Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan
Begitulah sepanjang hidup harian engkau
Allah Taala memberi berbagai-bagai nikmat
kepada engkau
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah
engkau derhaka kepada-Nya
Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?
Mengapa engkau tidak berfikir satu masa nanti
engkau akan menemui-Nya
Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!
Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh
berfikir tentang nasib engkau?!
Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat
menyelamatkan diri engkau?
No comments:
Post a Comment