"POWER OF LEVERAGE' : Bagaimana satu kerja dan usaha itu sangat mudah dan senang di buat akan menghasilkan satu kejayaan atau kekayaan. Penting sekali kejayaan yang di perolehi itu adalah kejayaan bersama dan dapat manafaat untuk semua. Kerja itu menjadi mudah kerana adanya satu gabungan dan kerjasama diantara satu sama lain. Gabungan ini dapat menghasilkan satu tenaga yang mampu percepatkan pencapaian dalam satu-satu usaha.
Gabungan 2 atom hidrogen dan 1 atom Oksigen itu menjadi satu ikatan H2O yang dinamakan air.Gas oksigen adalah gas yang digunakan untuk pernafasan kita setiap hari. Udara yang tak nampak dipandang tetapi dapat dirasa kehadirannya. Apabila bergabung dengan Hidrogen maka terhasillah air. Dapat diminum dan digunakan untuk pelbagai dan dapat dilihat.
Firman Allah yang bermaksud;
Ayat 1 : Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
Ayat 2 : Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Ayat 3 : Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
(Surah 76 Al-Insan)
Dalam ayat 1 ini terdapat satu rahsia yang sangat penting untuk manusia ketahui sebelum manusia itu wujud sebagai benda yang disebut. Kita manusia hari ini adalah keturunan dari Adam dan Hawa.
Sila dapatkan maklumat lanjut
Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam,
"Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu." Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu."
(Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)
... bersambung 4.17 pagi
No comments:
Post a Comment