The Satanic Psychopaths NEGARA Pandangan dari Paul Drockton berhubung dunia hari in: "The fact of the matter is that the governments, economy and sadly most institutions of religion have been infiltrated and are now controlled by the Satanic Psychopaths that want to enslave and destroy the masses of humanity. We will not defeat them with money, intelligence, or brute force. The Bible tells us that much." | RUMAHTANGGAApabila Cinta dunia, Ego,Iblis menguasai diri suami/isteri maka kehidupan rumahtangga menjadi neraka dunia. Ibarat 'Bom Jangka" bila-bila masa sahaja akan meletup. Kadangkala satu2 tindakan yang dibuat tak pernah terfikir oleh oleh akal tapi berlaku kerana diri di kuasai Iblis. Dalam hidup ini tidak ada jaminan bahawa hari ini kita senang belum tentu depan hari juga senang.Di saat kita di timpa kesusahan, masa itulah iblis memainkan peranan yang aktif kepada suami/isteri. |
Beruntunglah di kurniakan Insan seperti ini. Kerlipan Cinta | Akibat Tidak Ada Didikan Rohani Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya Hanya diberi ilmu-ilmu syariat yang lahir-lahir sahaja Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya Kejahatan orang lain dia lebih nampak dari kejahatan dirinya sendiri Orang lain sombong atau ego dia nampak pada masa yang sama ego dirinya lebih besar dari orang itu dia tidak terasa Di waktu dia susah, orang tidak membantunya dia terasa, padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang dia tidak terasa satu kesalahan Orang mementingkan diri dia tersinggung dia mementingkan diri dia tidak sedar yang sudah jadi budaya Orang lain bakhil, dia nampak tidak patut dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa Orang tidak sabar, dia nampak sangat dia tidak sabar, payah dia hendak memahaminya Begitulah manusia jika tersalah didik dari kecilnya Soal-soal roh atau hati yang ada hubungan dengan mahmudah dan mazmumah tidak pernah dia kenal Kalaupun dia diajar tentang Islam hanya banyak menekankan syariat lahir semata-mata Akibatnya dia tidak kenal diri sendiri Tidak kenal diri sendiri ertinya tidak boleh nilai diri Tidak boleh nilai diri sendiri, kejahatan orang lainlah yang dia nampak Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak Kejahatan diri sendiri dia tidak sedari Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari kepada orang lain Dirinya terkecuali daripada kesalahan Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini |
Murabbi Dan Rabbani ..................................................................................................... Sudah menjadi Sunnatullah (bagi orang yang kenal Tuhan, yang tidak kenal Tuhan mengatakan sunnah alam) bahawa setiap benda itu adakalanya baik, adakalanya rosak Setiap yang rosak akan dibaiki semula hingga normal seperti sediakala Begitulah juga setiap benda bukan sahaja dibaiki selepas rosak tapi pandai menggunakan agar ia memberi guna Membaiki setiap perkara itu bukan semua orang menjadi pakar dan boleh menggunakannya Membaiki dan menggunakannya mestilah pakar atau setidak-tidaknya boleh faham membaiki dan menggunakannya Begitulah sunnatullah atau sunnah alam berlaku pada setiap yang dicipta di dalam dunia dan di dalam kehidupan manusia Hal yang disebutkan tadi semua orang boleh menerimanya Iaitu bukan semua orang boleh membaiki atau menggunakan benda-benda yang rosak yang ada dan berperanan di dalam kehidupan manusia Bahkan di setiap negara telah pun memperundang-undangkan agar setiap perkara yang rosak hendak dibaikpulih semula mestilah hanya dibenarkan orang yang pakar menanganinya sahaja Siapa yang melanggar undang-undang dihukum denda setengah hal dihukum penjara Kita buat contoh beberapa perkara untuk renungan bersama: Orang sakit lahir mestilah doktor yang bertauliah dan yang berlesen mengubatinya Jika yang merawat pesakit itu bukan doktor hampir semua negara akan bertindak menghukumnya kerana boleh membahayakan kepada manusia Kalau mengenai enjin tidak semua orang boleh membuka bengkel mestilah orang yang ada tauliah sama ada engineer atau foreman Itu baru penyakit lahir atau benda-benda beku mestilah dipastikan hanya orang yang ada kelulusan atau ada kemahiran sahaja baru boleh melakukannya Tapi malangnya hendak membaiki manusia boleh pula semua orang membaikinya tidak kira siapa Padahal manusialah yang hendak menentukan baik buruk manusia dan kehidupan manusia Dan juga hendak menentukan alat-alat kehidupan manusia apakah disalahgunakan atau sebaliknya Manusialah hendak menentukan aman damainya bersatu padu, bekerjasama hendak bahagia dan harmoni di dunia Mendidik manusia seratus kali susah daripada hendak membaiki penyakit lahir dan benda-benda beku seperti yang dinyata Manusia ada fizikal, ada akal, ada nafsu dan jiwa atau hati yang berperanan di dalam diri dan di dalam kehidupan manusia Senangkah hendak mendidik nafsu manusia agar dapat dikontrol daripada mendorong kejahatannya? Mudahkah hendak mendidik akal agar tidak bekerjasama dengan nafsu membuat onar? Apakah mudah mengkontrol perasaan (hati) daripada mengikut hawa nafsu yang jahat, membuat angkara? Apakah mudah mendisiplinkan diri (anggota lahir) agar tidak melaksanakan kehendak nafsu yang jahat membuat durjana? Manusia ada anggota lahir dan anggota batin Anggota batinnya akal, nafsu dan hati perjalanannya sangat halus dan seni Mendidik manusia bukan sekadar perlu kepada muallim atau ustaz sekadar memberi ilmu Muallim, guru atau ustaz hanya memberi ilmu Mendidik manusia tidak cukup hanya memberi ilmu Manusia perlukan murabbi atau rabbani kerana kejahatan manusia itu terlalu seni dan unik sekali Murabbi atau rabbani dia ada beberapa sifat yang perlu ada berilmu, beramal, berakhlak mulia, menghayati boleh mendidik manusia, boleh dicontohi Murabbi dengan murid terus berhubung sampai mati Hubungan murabbi dengan murid seperti anak dengan ibu bapa bahkan lebih daripada itu tidak ada putusnya Hubungan murabbi atau rabbani dengan murid adalah hubungan roh dengan roh hubungan hati dengan hati sampai mati Macamlah Rasul dengan Sahabat adalah hubungan roh dengan roh kasih-mengasihi, cinta-mencintai Hubungan kedua-duanya sampai mati tidak boleh diputuskan oleh apa sekalipun kecuali masing-masing atau salah satu memutuskannya kerana tidak ada hubungan dengan Tuhannya lagi Zaman sekarang yang ramai adalah muallim atau ustaz (guru/kiyai) bukan murabbi atau rabbani Murabbi dan rabbani di zaman ini adalah bilangan jari susah dicari Kerana itulah payah hendak mendidik manusia menjadi baik dan jujur kerana mubaligh atau guru dengan murid lebih kurang sama kecuali ilmu Mana ada pendidik di hari ini (guru atau rabbani) ada ilmu, mengamalkan, berakhlak mulia, menghayati, boleh mendidik dan terus berhubung dengan muridnya hingga mati Lihatlah hasil guru hanya memberi ilmu semata-mata tabiat manusia tidak berubah Murid-murid melawan guru melawan emak bapa hubungan guru dengan murid tidak ada murid bergaduh sesama Setelah dewasa masing-masing ada tugas dan ada kerja berlaku rasuah, malas bekerja, hasad dengki, tidak sehati Jatuh-menjatuhkan, zalim-menzalimi, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi, zina, tipu-menipu, budaya liar yang jijik Yang memberi ilmu pun sama mereka adalah muallim bukan murabbi atau rabbani Hendak mendidik manusia bukan sebarang orang bukan calang-calang orang pilihan Tuhan Lebih-lebih lagi guru bermotif makan gaji kerana sesuap nasi apakah mampu mendidik manusia hingga cintakan atau takutkan Tuhan? Pendidik murabbi atau rabbani dia adalah bayangan Rasul atau bayangan Nabi Kerana itulah umat Islam seluruh dunia tidak berkasih sayang tidak boleh bersatu tidak ada rasa bersama tidak boleh bekerjasama tidak bela-membela takut dengan musuh-musuhnya Umat Islam hari ini sudah kehilangan murabbi atau rabbani yang ada hanya guru memberi ilmu tidak boleh dicontohi | SEBELUM MENGATUR KITA DIATUR Pilihan 1. Jadual Tuhan 2. NWO , Illuminati Dajjal,Secret Societies,Zionist Plan Agung Iblis-Dajal dari Kacamata Seorang Lucif… Selepas Perang dunia ke -2 terbentuknya United Nation Welcome to the United NationsWelcome to United Nations Malaysia
Era Kasih Sayang |
No comments:
Post a Comment