Saturday, May 7, 2011

Kemuncak Kesedaran Satu Dunia




Sebelum mengatur kita di atur. Tiba masanya dalam JADUAL TUHAN kini Allah tunjukkan pada kita bahawa KEBANGKITAN kali ke 2 sedang berlaku begitu cepat. Tiba masa kini orang -orang Yahudi dan sekutu-sekutunya menerima pembalasan di atas dosa2 yang telah mereka lakukan selama ini. Umat Islam Perlu Mujaddid Untuk Menghadapi Israel dan inilah masa yang dirunggu-tunggu untuk semua umat manusia bersatu dan kembali Tauhid pada Allah Yang Maha ESa.

Renung-renungkanlah petikan surat di bawah ini, yang disiarkan di internet pada 01.12.2010 di mana dunia pada masa itu belum lagi dikejutkan dengan tsunami di Jepun dan tunjuk perasaan besar-besaran di Negara Arab.

Berikut saya ambil petikan dari blog

Jepun juga Yahudi

Ramai masih tertanya-tanya kenapa RSA menghayun Jepun. Jawapan paling mudah adalah kerana mereka tidak percaya Tuhan.

Ya itu mungkin satu sebab. sebenarnya RSA menghayun Jepun adalah kerana mereka adalah keturunan Bani Israel yang telah tersebar ke seluruh pelosok dunia semasa penindasan Raja Nabuchadnezar dari Babylon.

Bani Israel masih terikat dengan perjanjian Allah yang disebut dalam surah Isra' bahawa mereka akan melakukan kerosakkan di Muka Bumi sebanyak dua kali.

Kali pertama adalah selepas kewafatan Nabi Sulaiman as hingga akhirnya mereka dihukum tercerai berai ke seluruh pelosok dunia bagi misi terlaksananya hukuman kedua

Kali kedua adalah zaman ini hingga munculnya Dajjal hingga akhirnya mereka akan dijatuhkan hukuman kedua yakni dihapuskan selama-lamanya di muka bumi oleh Rasulullah saw melalui tangan Abuya, Sayidi dan Nabiyullah Isa as.











Wednesday, December 1, 2010

No comments: