Friday, May 20, 2011

Membawa hidayah yang merata kepada seluruh umat Islam dan semua manusia



Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

“Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ” (Riwayat Ahmad)





Iman Dan Persoalannya

Inilah Jalan Kita!

Inilah Pandanganku

Inilah Sikap Kita


Islam Hadhari

Islamic Politics

Jihad Bukan Membunuh

Kasih Sayang Kunci Perpaduan Sejagat

Kebangkitan Islam

Keluarga Bahagia

Kenapa Salahkan Musuh

Kesadaran Islam

Kisah Bani Israel

Kisah-kisah Karamah Wali Allah



Kumpulan Kuliah

Kumpulan Sajak Perjuangan Dan Umum

Kumpulan Sajak Siri 2 Tasawuf

Kumpulan Sajak Tauhid

Langkah-Langkah Perjuangan

Manusia Tidak Memiliki Dan Tidak Dimiliki

Matlamat Perjuangan

Membangun Ekonomi Islam

Membangun Sains Teknologi Menurut Islam

Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan

Mengenal Diri Melalui Rasa Hati

Meninjau Sistem Pemerintahan Islam (Edisi Indonesia)

Mutiara Minda (edisi Indonesia)

Mutiara Minda (edisi Melayu)

Nasyid

Opini


Pancaran Minda

Panduan Anak Soleh

Panduan Hidup Orang Soleh

Panduan Wanita Solehah

Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia

Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia (terjemahan Indonesia)



Pendidikan Rasulullah

Penghayatan Ramadhan dan Syawal

Percikan Minda

Politik Islam Membawa Kasih Sayang

Pustaka Islam Online

Renungan Untuk Mengubah Sikap

Salah satu karamah terbesar Pemuda Bani Tamim ialah membawa hidayah yang merata kepada seluruh umat Islam dan semua manusia. Melaluinya, Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepada semua manusia, sama seperti yang diperbuat oleh Allah melalui Rasulullah SAW. Hanya bezanya Rasulullah SAW membawa hidayah sebagai suatu mukjizat, sedangkan Pemuda Bani Tamim membawa hidayah sebagai suatu keramat. Dan peranannya membawa hidayah ini sudah dinyatakan oleh baginda SAW dalam hadis di atas.

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan menerima dua ujian iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka. Ujian pertama itu sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya Sayidina al-Husain RA di Padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman pemerintahan Bani Abbasiah di Baghdad. Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka telah juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab.

Pemuda Bani Tamim juga disebutkan menerima ujian yang sangat berat dan tugas yang sangat besar, mengikut tahap yang telah disebutkan oleh hadis. Tahap yang disebutkan oleh hadis itu adalah;

MEREKA MEMINTA KEBAIKAN


Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu (tauhid, fekah dan tasawuf) sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Itulah yang dimaksudkan dengan kebaikan di sini. Juga boleh dimaksudkan dengan beliau membina jemaah Islamnya sendiri sehingga menjadi sebuah jemaah yang besar dan hebat, sebuah jemaah yang mampu menzahirkan kebenaran, bukan semata-mata mampu memperkatakannya.

Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori. Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau Islam kulit. Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat batin, melalui rasa bertuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan keutamaan akhirat. Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat, tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat menjadi keutamaan bagi mereka, dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan sendirinya. Itulah sebahagian kecil erti mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW.

TIDAK DIBERIKAN”nya”.


Nya di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang. Dan Nya yang dimaksudkan adalah orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali. Jika orang biasa, mustahil mereka dapat menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar itu. Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah Pemuda Bani Tamim, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya demikian. Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdir-Nya.

MEREKAPUN BERJUANG.


Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan menggunakan senjata pedang semata-mata. Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran Islam dapat ditegakkan semata-mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain menerima Islam. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal. Maksud berjuang juga adalah berjuang memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT sambil berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara mereka dengan Allah. Mereka takut dikeranakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh-musuh mereka.

MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN.

Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah dosa mereka itu, Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan mereka itu berjaya. Berjaya di sini dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah malah ada yang menjadi wali Allah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat agar kembali kepada Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar dalam diri masing-masing.

Putera Bani Tamim berjaya menyiapkan seluruh jentera pentadbiran awal yang bakal diserahkannya kepada Imam Mahdi kelak. Semua masalah yang selama ini amat kronik, berjaya disembuhkan, kerana adanya pertolongan terus daripada Allah yang didatangkan melalui tangan-tangan mereka yang bertakwa ini. Mereka juga berjaya kerana pada masa inilah semua orang sudahpun mengetahui siapa sebenarnya peribadi yang disebutkan sebagai Pemuda Bani Tamim itu. Orang ramai juga sudahpun mengetahui siapa peribadi sebenar yang bakal menjadi Imam Mahdi itu. Itulah antara maksud hadis dengan memperoleh kejayaan.

DIBERIKAN APA YANG MEREKA MINTA ITU.


Mereka diserahkan urusan pemerintahan dan pentadbiran umat Islam di Timur. Keadaan ini amat menggemparkan seluruh dunia terutama Barat kerana ternyata usaha-usaha mereka selama ini untuk menyekat kebangkitan semula Islam di dunia ini telah gagal. Islam yang dibendung-­bendung dengan pelbagai cara dan sekatan itu tetap bangkit juga. Pada waktu ini, seluruh sistem Barat yang sedang digunakan di Timur lumpuh terus. Perdagangan, perekonomian, pendidikan, politik dan pemikiran Barat yang sedang asyik digunakan menjadi lumpuh. Jalan-jalan dagang tersekat kerana tidak dapat beroperasi dengan betul. Selepas itu wilayah kekuasaannya meluas hingga ke Singapura, Brunei Darussalam, seluruh Indonesia, Thailand selatan, Filipina selatan, Kampuchea dan Vietnam selatan.

Kawasan-­kawasan ini adalah fasa pertama kebangkitan semula Islam kali kedua ini. Pada masa ini taraf Ummah Kedua masih belum siap sepenuhnya, masih lagi dalam proses permulaan atau pemulihan. Tugas Pemuda Bani Tamim hanyalah membuang seluruh sistem Barat dan membersihkan saki-baki karatnya, kemudian menyediakan tapak hati yang telah dibersihkan tadi supaya bersedia menerima suatu hidayah baru yang selama ini tertutup rapat sejak kewafatan baginda SAW kira-kira seribu empat ratus tahun dahulu.

Hidayah yang dibawa oleh Pemuda Bani Tamim adalah hidayah yang bersifat umum, iaitu membawa manusia meninggalkan sistem jahiliyah Barat kepada sistem Islam.

Hidayah yang seterusnya adalah hidayah untuk menerima Pendidikan Rasulullah SAW, yang bersifatsangat suci dan amat tinggi, serta amat halus sehingga mampu melahirkan orang-orang yang bersifat samikna wa ata’na (kami mendengar dan kami taat akan segala perintah) dan menjadikan mereka orang-orang yang bertaraf wali-wali Allah yang tinggi, sentiasa mengamalkan cara hidup ruhbanu fil lail wa fursanu binnahar (umpama rahib pada malamnya dan umpama singa pada siangnya).

Sambil menghapuskan seluruh sistem Barat yang telah lama berkarat di seluruh negara, Pemuda Bani Tamim mempunyai tugas yang cukup besar dan sangat berat iaitu mengemaskan seluruh negara dengan iman yang tinggi, akhlak yang mulia, akidah yang benar-benar mantap, mempersiapkan seluruhnya untuk menerima ketibaan Imam Mahdi yang sangat ditunggu-tunggu, sangat dirindu, yang sangat disayangi dan sangat dicintai itu. Seluruh hati yang beriman sudah berbunga, dengan bunga-bunga yang kembang biak mewangi di seluruh negara. Yang kafir dan munafik, ketika itu sangat menderita, hatinya terbakar hangus oleh kemarahan dirinya sendiri yang tidak terbendung-bendung lagi sehingga membakar hangus akal dan pertimbangan warasnya. Sangatlah sakit hatinya ketika itu. Allah sahajalah yang tahu keadaan mereka ini. Wajah mereka berkerut seribu dan masam mencuka, tanda tidak suka. Selepas itu, wilayah-wilayah Islam semakin merebak dan meluas. Kini mula memasuki seluruh Thailand, seluruh Filipina, seluruh Laos, seluruh Viertnam, seluruh Myanmar, mula masuk ke wilayah-wilayah di China dan seterusnya sampai ke Khurasan.



MEREKA TIDAK MENERIMANYA.

Maksud tidak menerimanya bukanlah dengan erti tidak menerima terus urusan pemerintahan yang diserahkan kepada mereka. Maksud sebenarnya ialah mereka menyatakan secara tegas dan tetap bahawa pemerintahan ini adalah hak mutlak Imam Mahdi, dan mereka hanyalah bertindak sebagai pengurus atau pemegang sementara sahaja, iaitu sementara pemilik sebenarnya muncul ke dunia ini. Apabila pemilik yang sebenar berhak ke atas pemerintahan itu, mereka akan segera menyerahkannya kepada orang itu, yang tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi al-Alawi. Oleh itu, pemerintahan mereka adalah sebagai pemegang amanah atau pemangku sahaja, ketika pemimpinnya tiada di situ. Penjelasannya sudah dibuat di atas tadi.

MEREKA MENYERAHKANNYA KEPADA SEORANG LELAKI DARI KALANGAN AHLUL BAIT.

Menurut hadis-hadis, orang itu adalah Imam Mahdi sendiri, tidak lain dan tidak bukan. Tempat penyerahan itu boleh sahaja berlaku di Makkah atau jika mereka terlambat sedikit, mereka akan terus sahaja ke Baitulmaqdis. Di sanalah mereka akan menyerahkan Panji-panji Hitam itu kepada orang yang paling berhak menerimanya. Beliau adalah waris terakhir dari kalangan Ahlulbait yang akan diserahi tugas dan tanggungjawab memimpin seluruh manusia kepada Islam. Dengan penyerahan ini, lengkaplah tugas Pemuda Bani Tamim. Tugas seterusnya adalah tertanggung kepada Imam Mahdi. Namun, Imam Mahdi tetap memberikan Pemuda Bani Tamim tugas yang sesuai dengan jasanya kepada Islam dan kedudukannya yang sangat tinggi pada sisi Allah SWT dan beliau tetap terus menabur jasa yang tidak terhingga kepada seluruh umat Islam dan dunia. Ketika ini, tahap ketiga yang dikehendaki oleh Jadual Allah itu selesailah sudah iaitu dengan tunduknya seluruh Tanah Arab di bawah pemerintahan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi.

No comments: