Tuesday, June 7, 2011

Gagasan 1 Malaysia : Erti Kasih Sayang


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak



Firman Allah bermaksud :
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi
Billah Shah.






Memahami Gagasan 1 Malaysia
daripada perspektif agama

Ketenangan dan keharmonian hidup yang kita kecapi semenjak lebih 50 tahun yang lalu terasa diganggu oleh gelora yang tidak pernah kita undang. Apa yang menyedihkan, gelora itu datangnya dari kalangan masyarakat kita sendiri yang tertutup akal budinya. Mereka seolah-olah tidak lagi kenal yang mana intan dan yang mana kaca.

Bagi mereka, kata orang-orang tua dahulu itu tidak lebih daripada permainan bahasa untuk melunakkan hati yang rawan semata. Tanpa mereka sedar, mereka lebih rela memilih kaca yang bukan hanya melukakan diri mereka, bahkan masyarakat yang mereka sendiri adalah anggotanya.

Hakikatnya hari ini kita sering digemparkan dengan insiden-insiden yang merendahkan martabat manusia. Kes-kes saperti mogok lapar (satu perbuatan penganiayaan diri sendiri), penderaan majikan terhadap pembantu rumah,, penderaan ke atas anak-anak, kes-kes ragut dan seumpamanya, penganiayaan suami ke atas isteri dan antara suami isteri tiada lagi perasaan kasih yang disebut oleh al-Quran sebagai sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang), dan rahmah. Semuanya itu mencerminkan lunturnya nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya menjadi amalan dan pegangan semua umat manusia khasnya umat Islam sendiri.





ERTI KASIH SAYANG

Kasih pada pemimpin
Pengikut menyerahkan
ketaatan dan kesetiaan
Yang tidak berbelah bagi

Kasih pada pengikut
Pemimpin sanggup berkorban
Memberi khidmat dan kasih sayang
tanpa kepentingan

Kasih kepada isteri
Dapat menyebabkan suami
Bersifat bertanggung jawab
Terhadap isterinya

Kasih isteri pada suami
Menjadikan isteri taat
Patuh melayani suami
Dengan sepenuh hati

Kasih pada guru
Melahirkan murid
Gigih belajar mengamalkan ajarannya
Didalam kehidupan

Kasih guru pada murid
Menjadikan guru
Hilang rasa lelah
Di dalam mendidik

Kasih pada ibu dan bapa
Anak-anak sentiasa menjaga
Hati dan perasaan orang tuanya
Agar terhibur setiap masa

Kasih ibubapa
Kepada anak-anaknya
Menjadikan ibu bapa rela
Berkorban untuk cahaya mata


No comments: