Friday, June 10, 2011

Melayu Memimpin Dunia


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak



Firman Allah bermaksud :
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah.


Sifat orang mukmin itu ialah mentaati perintah pemerintah mereka, selagi perintah itu tidak sampai menyuruh mereka berlaku zalim atau maksiat atau menderhakai Tuhan atau meninggalkan syariat yang fardhu. Jika perintah yang diberi itu berbentuk duniawi, maka wajiblah ditaati sama ada dia suka atau tidak, berfaedah atau tidak. Semakin taat seseorang itu kepada perintah pihak pemerintah, bermakna semakin kuatlah imannya kepada Allah. Sebab sifat seorang mukmin itu adalah taatkan setiap perintah yang diterimanya dari tiga pihak iaitu Allah, Rasulullah SAW dan Ulil Amri. Semuanya mesti dijalankan secara serentak.

Pemerintah negara itu adalah seperti ibubapa kita yang menjadi kewajipan pada kita untuk taat dan berbuat baik. Akhlak yang mulia ini di tuntut dalam Islam. Negara akan menjadi aman dan makmur dan mendapat limpahan rahmat dari Allah. Selepas merdeka, negara Malaysia masih meneruskan Sistem Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi dimana pemimpin-pemimpin di pilih melalui pilihanraya. Sistem demokrasi ini adalah sistem yang diperkenalkan oleh penjajah hampir semua negara-negara di seluruh dunia yang diberi kemerdekaan. Memandangkan di Malaysia ketika itu terdiri dari pelbagai kaum, dengan anugerah dari Allah kepada pemimpin-pemimpin ketika itu, kemerdekaan di capai tanpa melibatkan pertumpahan darah yang besar dan berlaku dalam keadaan aman.

Peranan Raja-raja Melayu dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang menentang cadangan untuk penubuhan Malayan Union dan hasilnya maka persetujuan dicapai dengan menubuhkan UMNO yang dipersetujui bersama di antara Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu. Syukur pada Allah pada masa itu, orang-orang Melayu bersatu. Bermulanya, bibit-bibit perpecahan di kalangan orang Melayu apabila penubuhan parti PAS. Selepas itu timbul pelbagai Parti dan yang terakhir pada masa ini yang membuatkan perpecahan orang Melayu semakin parah ialah dengan penubuhan Parti KEADILAN.

Dalam tempoh 50 tahun lebih selepas kemerdekaan, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bijak dalam menentukan nasib di masa depan. Contoh-contoh yang lalu dijadikan kayu ukuran dalam menentukan masa depan. Apakah kita sebagai seorang manusia ini yang dikurniakan akal dan fikiran wajar menggunakan emosi dalam membuat keputusan?

Saat dan ketika ini, sebahagian besar orang-orang Melayu khususnya, sedar dan berada dalam satu keadaan yang penuh debaran dan kebimbangan itu sukar hendak di sembunyikan menyaksikan perpecahan yang amat parah sedang dihadapi kesan daripada sistem politik pilihanraya yang di praktikkan di Malaysia ini. Lebih membimbangkan apabila melihat negara-negara Islam di seluruh dunia telah mengalami pergolakan dan akhirnya tunduk pada musuh-musuh Islam.

Kita hari ini berada pada satu keadaan yang amat tersempit. Lebih parah lagi apabila terdapat pemimpin-pemimpin dari Bangsa kita sendiri menjadi pihak yang bersekongkol dengan pihak musuh Islam. Tipu daya iblis amat hebat kepada pemimpin-pemimpin Islam yang berjaya mempengaruhi pengikut-pengikutnya mengikut telunjuk mereka yang menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan, hakikatnya dalam segala pelaksanaan perjuangan tidak mengikut petunjuk yang Allah berikan. Hari ini kemuncak kepada bukti-bukti kebohongan dalam perjuangan dapat di lihat dan di saksikan oleh semua.

Walaupun begitu, dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah kepada Bangsa Melayu ini, tidak terhitung pertolongan yang Allah telah kurniakan kepada semua rakyat di Malaysia. Sehingga saat dan ketika ini, rahmat yang amat besar kepada Bangsa Melayu ialah kesemua Perdana Menteri masih lagi orang Melayu dan dari UMNO. Ini sebagai satu pengajaran kepada semua, walaupun di Malaysia ini telah diadakan 12 kali pilihanraya umum, parti PAS dan KEADILAN tidak mendapat pertolongan dari Allah untuk pemimpin dari parti tersebut menjadi Perdana Menteri. Sepatutnya dari dulu lagi, pemimpin-pemimpin Melayu dari Parti Pembangkang di beri taufik dan hidayah oleh Allah untuk membuat post mortem dalam perjuangan mereka.

Allah Maha Mengetahui. Pada peringkat awal dahulu kesedaran Raja-raja Melayu dan Pejuang-pejuang Kemerdekaan adalah lahir dari hati yang suci dan ikhlas kerana taufik dan hidayah dari Allah dan secara tak langsung pembentukan UMNO itu hakikatnya kesedaran dari Jati Diri Tauhid pada Allah. Semua yang berlaku dahulu adalah dalam pengetahuan dan Jadual Tuhan. Maha Bijaksana Allah bagaimana negara Malaysia ini asalnya selepas merdeka masih terkonkong dalam pelbagai sistem peninggalan penjajah, tetapi jauh dilubuk hati pemimpin-pemimpin negara mempunyai Jati Diri iaitu Tauhid pada Allah. Akhir suatu masa nanti dengan izin dan Rahmat Allah kita akan mempunyai Pemimpin Agong yang bakal memimpin dunia.

Berikut ialah kisah yang begitu ringkas, tetapi punyai maksud tersirat yang amat besar sekali. Semoga sama-sama kita mohon taufik dan hidayah dari Allah agar diberi petunjuk kepada kita semua.

Kisah anak saya yang berumur 9 tahun yang bertanyakan kepada saya, adakah satu kewajipan kepada kita sebagai rakyat Malaysia taat dan setia kepada pemerintah. Maka saya dengan tegas mengatakan padanya," Ya. Sebagai rakyat kita mesti taat pada pemerintah,iaitu Raja,Perdana Menteri dan pemimpin yang berada dalam kerajaan Malaysia" .

Anak saya bertanya lagi pada saya," Apa kita kena buat untuk membuktikan taat setia kita pada Pemerintah?".

Jawap saya," Untuk membuktikan ketaatan dan kesetiaan pada pemerintah maka sebagai rakyat, kita perlu patuh pada undang2 negara, menghormati pemimpin negara, sentiasa doakan agar segala usaha dan kerja yang di buat oleh pemerintah itu diberi pertolongan dan dipermudahkan kerana segala usaha dan kerja mereka untuk kepentingan semua."

Memandangkan hari ini, dalam era revolusi internet dan pelbagai media maka anak saya yang berumur 9 tahun itu tanpa disedari oleh saya telah melihat dan mendengar ucapan dari pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang tidak berada dalam kerajaan, sewenang-wenangnya mencaci-maki pemerintah. Mengajak rakyat Malaysia untuk tukar pemerintah dengan mengundi parti mereka.

Anak kecil saya yang masih belum mengerti lanjut pasal politik, tetapi telah memberi pendapatnya secara spontan," Mereka semua itu tidak taat pada pemerintah dan bukan seorang rakyat yang baik" .

Kata-kata anak saya yang masih kecil itu lahir dari hatinya yang pada ketika itu banyak melalui pengalaman kasih sayang. Hatinya belum diselaputi cinta dunia dan tidak mengerti apa-apa pasal Cinta pada Kuasa.

Selepas penubuhan UMNO di Istana, dan akhirnya PAS ditubuhkan. UMNO memenangi dan melalui Kekuasaan Allah yang mengangkat PM dari UMNO. Maka semenjak dari itu, PAS berjuang untuk merebut tempat yang hanya Allah sahaja yang berkuasa menentukan. Maka atas nama sistem Pilihanraya, tanpa disedari Perjuangan PAS yang ingin menegakkan Negara Islam sebenarnya adalah melalui cara Zalim. Sebenarnya Islam itu akan naik melalui cara bersih dan selamat. Kesan dari pada itu perpecahan berlaku dalam masyarakat.

No comments: