Piagam Madinah adalah Satu Piagam Untuk Pemerintahan yang pertama di dunia yang telah terbukti memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan Agama. Kuasa pemerintahan itu di pegang oleh orang Islam yang terpilih oleh Allah.
Realitinya hari ini, telah terbukti seluruh dunia terutamanya di negara-negara Islam, selepas di beri Kemerdekaan oleh penjajah Barat rupa-rupanya kesinambungan untuk mengisi kemerdekaan itu bukan satu tugas yang mudah. Kesedaran tentang perkara tersebut berlaku pada pemimpin-pemimpin yang di beri taufik dan hidayah oleh Allah. Sistem-sistem yang ditinggalkan seperti sistem politik,ekonomi,pendidikan dan kebudayaan telah di rancang secara kemas yang di buat oleh Iblis,Dajal,Zionist dan pelbagai pihak lagi bermatlamat wujudkan New World Order.
Semuanya itu dalam Jadual Tuhan. Rahmat Kasih Sayang Allah pada manusia maka akan memberi taufik dan hidayah pada manusia untuk mengikuti petunjuk-petunjuk yang Allah berikan pada manusia di setiap zaman.
Dalam apa keadaan zaman, pasti ada petunjuk yang Allah berikan samaada melalui kitab-kitab suci dan pemimpin dari kalangan manusia sendiri.
Saya sebagai rakyat Malaysia dan juga anda semua yang dilahir di Malaysia ini yang sedar dan tahu tentang Jadual Tuhan ini, seharusnya bagaimana membawa diri dan tanggungjawab berhubung dengan pihak pemerintah. Semoga kita tidak tergolong dalam manusia yang derhaka pada Allah.
Kosongkan diri anda seketika dan mari bersama-sama kita kongsi satu ilmu berhubung dengan sikap dan tindakan yang sepatutnya diambil oleh seorang rakyat. Lupakan seketika samaada anda dari Parti UMNO,PAS dan KEADILAN. Matlamatnya ialah kita semua sebagai rakyat ingin kembali kepangkal jalan. Apakah kita selama ini berada pada jalan yang lurus iaitu Tauhid pada Allah atau tanpa kita sedari kita telah derhaka pada Allah.
Setelah anda kosongkan diri anda itu..... Hari ini kita adalah seorang rakyat dalam Negara Malaysia. Kita bersyukur pada Allah dengan rahmatNya sehingga ke saat ini selepas merdeka kita dapat nikmati kemakmuran dan suasana masyarakat yang aman damai walaupun pelbagai kaum.
Pemerintahan kita pada hari ini adalah Raja Berpelembagaan dan telah melantik Perdana Menteri sebagai Pemimpin yang akan mengetuai pelbagai urusan Negara. Hakikatnya semua ini adalah pilihan Allah. Manusia-manusia yang yang menjadi pemimpin dan mengetuai setiap negara adalah PILIHAN ALLAH.
Bersyukur pada Allah atas rahmatNya pada kita semua hari ini di lahir dan di besarkan di Malaysia. Rakyat yang baik, maka Allah akan pilih Pemerintah yang baik. Pemerintah yang baik maka rakyat juga akan jadi baik.Pemerintah itu seperti Bapa kita. Kita juga bersyukur kerana pemerintah kita tidak melakukan kezaliman.
Bagaimana sikap dalam menghadapi pemerintah yang Zalim?
Daripada Huzaifah RA katanya, telah bersabda Nabi SAW,
“Berlindunglah kamu semua daripada raja-raja yang bersifat kuku besi. Kenapa mereka membunuh dan membuatkan orang-orang yang beriman merasa takut sedangkan mereka telah mentaatinya? Dan para mukmin ini telah disakiti dengan lidah dan ditanggung sahaja oleh hati mereka. Apabila Allah berkehendak mengembalikan semula Islam, Dia akan memusnahkan setiap pemerintah yang zalim. Dia amat berkuasa melakukan apa sahaja dan mampu pula mengubah sesuatu bangsa selepas kejatuhannya. Wahai Huzaifah, kalaulah tidak tinggal umur dunia melainkan sehari sahaja, Allah pasti akan memanjangkan hari itu sehingga seorang lelaki dari ahli keluargaku naik memerintah dan Malhamatul Uzma berlaku semasa pemerintahannya, dan agama Islam akan tersebar luas. Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya dan hisab-Nya amat cepat.”
Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah RA ini, beberapa perkara penting dapat kita ambil pemgajaran dan penghayatan daripadanya, antaranya:
- Berlindung daripada pemerintah yang bersifat kuku besi. Elakkan diri daripada tinggal di kawasan yang paling dekat dengan tempat tinggal pemerintah. Ini kerana ditakuti kita akan terkena apa-apa kesusahan daripadanya. Jika dirasakan selamat, bolehlah tinggal di kawasan mana pun.
- Berlindung juga bermaksud jangan menghampiri mana-mana pemerintah dengan harapan akan terselamat daripada gangguan dan kezalimannya.
- Berlindung diri juga bermaksud jangan bersubahat dengan mana-mana pemerintah dalam urusan pentadbiran yang dijalankannya. Kelak kita akan turut bersubahat dengan pemerintah itu.
- Berlindung diri juga bermaksud tidak peduli apa-apa yang dilakukannya, jika apa yang dibuatnya itu zalim pada sisi agama. Biarlah dia dengan kezaliman yang dilakukannya, jangan pula kita tumpang sama berlaku zalim dengan cara memburuk-burukkannya di khalayak rakyat ramai, yang sebelum ini tidak tahu-menahu akan hal itu pernah dan telah dilakukan oleh pemerintah mereka. Perbuatan sebegini adalah juga suatu perbuatan zalim iaitu berdosa kerana membuka rahsia seseorang di hadapan orang lain. Bolehkah sesuatu perbuatan zalim itu dapat dibetulkan dengan cara berlaku zalim? Jika pemerintah berbuat zalim, dapat kita terima kerana sifatnya sebagai pemerintah memang terdedah kepada berbuat zalim. Kita pula berbuat zalim sedangkan kita bukan pemerintah yang mudah berbuat zalim.
- Antara kezaliman yang paling berat pada sisi Allah yang dilakukan oleh pemerintah diktator ialah membunuh orang-orang yang beriman. Menyeksa orang-orang beriman juga adalah dosa yang amat besar.
- Sifat orang mukmin itu ialah mentaati perintah pemerintah mereka, selagi perintah itu tidak sampai menyuruh mereka berlaku zalim atau maksiat atau menderhakai Tuhan atau meninggalkan syariat yang fardhu. Jika perintah yang diberi itu berbentuk duniawi, maka wajiblah ditaati sama ada dia suka atau tidak, berfaedah atau tidak. Semakin taat seseorang itu kepada perintah pihak pemerintah, bermakna semakin kuatlah imannya kepada Allah. Sebab sifat seorang mukmin itu adalah taatkan setiap perintah yang diterimanya dari tiga pihak iaitu Allah, Rasulullah SAW dan Ulil Amri. Semuanya mesti dijalankan secara serentak.
- Satu lagi sifat orang mukmin ialah mereka selalu disakiti hatinya dengan lidah oleh pihak pemerintah, sedangkan mereka hanya menanggungnya jauh di dalam lubuk hati sahaja, tanpa melawan. Mereka menganggap perlakuan pihak-pihak berkenaan adalah sebagai satu kifarah terhadap dosa-dosa mereka dan jemaah mereka, atau sebagai penapis untuk menapis ahli-ahli jemaahnya yang istiqamah dengan perjuangan, atau sebagai peninggi darjat mereka pada sisi Tuhan, atau sebagai pembuktian sahih bahawa jemaah mereka adalah jemaah yang mendukung kebenaran pada zaman itu. Jemaah yang tidak selalu diuji bermakna mereka bukan jemaah yang mendukung kebenaran pada zaman itu.
- Pemerintah yang zalim tidak boleh dijatuhkan oleh kita, walau apa pun caranya. Perbuatan menjatuhkan pemerintah yang zalim adalah perbuatan zalim. Islam tidak boleh ditegakkan dengan cara yang zalim, kerana Islam itu bersih dan selamat. Islam hanya boleh ditegakkan dengan cara yang bersih dan aman. Pemerintah yang zalim hanya boleh dijatuhkan oleh Allah sendiri, kerana Dia yang menaikkan seseorang sebagai pemerintah, dan Dia jugalah yang lebih berhak menurunkan seseorang itu dari tampuk pemerintahan. Ingat, semakin zalim seseorang itu memerintah dan semakin banyak kezaliman yang dilakukannya, semakin cepat dia dijatuhkan oleh Allah. Oleh itu, biarkan sahajalah Si Luncai terjun dengan labu-labunya, jangan sampai kita pun sama-sama terjun setelah melihat Si Luncai itu terjun ke dalam air.
Peraturan dalam Islam begitu sekali memberi petunjuk pada kita sebagai rakyat sekalipun di bawah pemerintah zalim.
Persoalannya, bagaimana pula jika pemerintah kita tidak zalim....Anda semua pasti dapat jawapan yang begitu mudah sahaja.
Oleh sebab itu jika di negara kita tercinta ini kita di jemput mendengar ceramah dan pidato yang penuh semangat dan mereka maklumkan pada kita bahawa sokong dan bersama dengan perjuangan mereka demi untuk Islam. Dalam ceramah itu emosi kita di sentuh dengan membuat tuduhan dan penghinaan pada pemerintah. Untuk naikkan emosi kita sebagai rakyat lagi, maka pemimpin itu terus berkata, andalah TUAN dan andalah yang boleh jatuhkan pemerintah.
Inilah realitinya apa yang telah berlaku di Malaysia ini selepas merdeka. Tanpa disedari pemimpin yang mendakwa sebagai pejuang untuk rakyat dan Islam tetapi hakikatnya mereka telah derhaka pada Allah kerana cara dan kaedah yang di buat oleh mereka berlawanan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w .
Maka sebenarnya pemimpin tersebut tanpa di sedari dirinya berada dalam satu keadaan yang yang disesatkan secara halus oleh sistem politik ciptaan Barat .
ENGKAU terlalu cinta dengan diri engkau sendiri
Maka engkau pun mementingkan diri
Engkau dahulukan kehendak-kehendak engkau
daripada kehendak-kehendak Tuhan
Hak-hak Tuhan engkau kemudiankan,
hak-hak engkau, engkau dahulukan
Bahkan adakalanya kerana mempertahankan
hak engkau, hak Tuhan terus diabaikan
Sebenarnya engkau lupa, engkau mementingkan
diri engkau
Hakikatnya engkau tidak cinta dengan diri engkau
Engkau membelakangkan hak Tuhan, ertinya engkau
mengabaikan hak engkau sendiri
Padahal hak-hak yang engkau pertahankan
kalaupun engkau memperolehinya
Dia bukan boleh buat apa-apa kepada engkau
Ia tidak akan boleh menghalang engkau daripada sakit
Juga ia tidak boleh membendung engkau
daripada berbagai-bagai bala bencana
dan kesusahan
Kalaupun engkau boleh menghasilkan,
tapi tidak dapat mempertahankan engkau
Tapi kalau engkau miliki Tuhan, engkau memiliki
segala-galanya
Tuhan boleh melakukan apa sahaja kepada diri engkau
Dia boleh menyenangkan engkau
dengan tujuan engkau bersyukur
Kemudian engkau dapat pahala syukur
Kalau dia susahkan engkau, agar engkau sabar,
supaya engkau dapat pahala sabar
Jadi kalau engkau mendahulukan hak Tuhan
Semuanya adalah kebaikan kepada engkau,
kalau engkau faham
Maka hari ini dan masa ini, sebelum kita pergi jauh lagi cermati dan hayati tulisan ini di ulang kembali.
Sifat orang mukmin itu ialah mentaati perintah pemerintah mereka, selagi perintah itu tidak sampai menyuruh mereka berlaku zalim atau maksiat atau menderhakai Tuhan atau meninggalkan syariat yang fardhu. Jika perintah yang diberi itu berbentuk duniawi, maka wajiblah ditaati sama ada dia suka atau tidak, berfaedah atau tidak. Semakin taat seseorang itu kepada perintah pihak pemerintah, bermakna semakin kuatlah imannya kepada Allah. Sebab sifat seorang mukmin itu adalah taatkan setiap perintah yang diterimanya dari tiga pihak iaitu Allah, Rasulullah SAW dan Ulil Amri. Semuanya mesti dijalankan secara serentak.
Maka untuk kita semakin kuat iman kita pada Allah, taatlah pada perintah pihak Pemerintah.Bersama kita mainkan peranan dalam GAGASAN 1MALAYSIA kerana usaha-usaha yang anda buat itu amatlah di tuntut dalam Islam. KASIH SAYANG.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan mendapat petunjuk bahawa kami rakyat Malaysia ini mahu hidup dalam suasana Kasih Sayang. Ceramah-ceramah caci maki dan membangkitkan emosi rakyat sudah KETINGGALAN ZAMAN. Kami rakyat Malaysia impikan silaturrahim di pereratkan tanpa kira ugama dan bangsa, setiap rakyat suka buat kebajikan, Mencegah kemungkaran cara berhikmah tanpa penting diri dan akhir kami rakyat Malaysia BERUGAMA ISLAM memilikki hati yang Cinta Agong Hanya Pada Allah.
Cukuplah kami di janjikan dengan pelbagai janji berbentuk CINTA KEDUNIAAN sedangkan yang utama sebenarnya dalam hidup ialah CINTA AGONG HANYA PADA ALLAH.
No comments:
Post a Comment