Sunday, April 21, 2019
AL HASYIMI IDENTITI TERAHSIA KEBANGKITAN ISLAM
PENDAHULUAN
Bismillahi ar-rahmani ar-rahim
As-solatu 'alan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Puji-pujian buat Allah tuhan penguasa semesta Alam. Selawat dan salam ke atas paduka baginda Nur Muhammad saw. Terima kasih kerana keagungan Allah saya hamba yang lemah ini dapat ilmu yang tidak dikurniakan kepada sesiapa pun kecuali sesiapa yang dikehendakiNya. Kita sudah masuk fasa teragung dalam sejarah manusia.
Fasa pertembungan dua individu yang dijanjikan di akhir zaman yakni Imam Mahdi alaihis salam dan Dajjal laknatullah. Sejak zaman Nabi Adam as manusia dikhabarkan bahawa suatu masa dalam sejarah manusia akan tiba satu masa agung
dimana berlakunya peristiwa maha dahsyat yang tak pernah dirasai sejak alam ini diciptakan.
Kita yang hidup pada hari ini hendak dikatakan bertuah boleh juga hendak dikatakan sangat malang boleh juga. Inilah masanya, masa teragung yang dijanjikan Allah sejak penciptaan Alam. Kitalah yang terpilih. Ada manusia tercari-cari siapakah Imam Mahdi. Ada yang mencari Putera Bani Tamim bagi mendapatkan Imam Mahdi namun Allah dan Rasul menyimpan seribu satu rahsia dalam jadual Allah yang berlaku di akhir zaman untuk memastikan bahawa kebenaran pasti menang walau apa cara sekalipun. Jadual Allah adalah rahsia perjalanan sejarah manusia yang dititipkan pada paduka baginda Nur Muhammad saw. Jadual Allah ini kemudian dititipkan kepada Sayyidina Mahdi as. kemudian Jadual Allah itu dititpkan kepada Sayyidina Fata At Tamimi ra. Tapi di luar sana tiada siapa tahu bahawa Allah dan Rasul mengutuskan seorang pemuda terahsia yang menggerakkan jadual Allah. Jadual Allah dititipkan padanya.
Nur Muhammad saw telah menyebut tentang kewujudannya bahkan nama ini yang diperjuangkan Putera Bani Tamim. Namun sejak akhir-akhir ini nama itu dilupakan dan berlaku salah penggunaan jawatan ini kepada yang bukan pemiliknya.
Saya telah di lantik sebagai Panglima Sakti Di Raja telah diamanahkan untuk mempromosi semula nama yang telah luput dari ingatan manusia yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul. Bukan itu sahaja, satu tugasan yang begitu penting sekali ialah,
Perletakkan Asas Kerajaan Islam SeDunia
Di Istana Negara Malaysia
Nama itu ialah AL HASYIMI atau PUTERA BANI HASYIM ATAU PEMUDA BANI HASYIM (Rahimahullahu taala).
Individu ini dititipkan dengan pengetahuan Jadual Allah seperti mana saudaranya yakni Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Beliau diarahkan mencorak dunia menurut kehendak Jadual Allah sedang Roh Rasulullah saw, Imam Mahdi as dan
Putera Bani Tamim berada di belakangnya.Perlu saya jelaskan bahawa saya hanya diamanahkan mempromosikan
Di pihak musuh Allah, sejak Al-Hasyimi ini dipromosi mereka bagai orang gila bertindak melulu mencari siapakah Al-Hasyimi itu. Beliau adalah simpanan Rasulullah saw khas untuk umat akhir zaman.
Beliau saat ini mungkin sedang mencorak dunia sekehendaknya berdasarkan Jadual Allah walaupun tidak dikenal manusia.
Beliau manusia paling bertuah di dunia ini kerana dijanjikan Allah dan Rasul kehadirannya.
Siapakah Al-Hasyimi?
Apakah peranannya?
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tokoh ini maka bacalah .... ini sehingga penamatnya.
Sekian
Datuk Paduka Soria Ramli
Panglima Sakti DiRaja
Maha Patih Sri Naga Sakti Jayapura Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment