Saturday, August 25, 2012

Khutbah Aidilfitri 1433H – Global Ikhwan Sdn Bhd

Translate : English  Arabic

— Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”
Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak
sehingga datanglah ‘Panji-panji Hitam dari Timur.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah.

Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan ~ Hadith~

Khutbah 1

Hamdalah

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )

اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )

اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي )

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

Ertinya: Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan kepada pemimpin di kalangan kamu!
Sidang jemaah yang ada cita-cita Islam, Islam itu ialah Al Quran dan Hadis, Allah dan Rasul-Nya. Ajaran Islam terangkum di dalam satu surah, suatu rang undang-undang di dalam Al Quran yang sudah berumur 1433 + 13 tahun. Ia adalah Ummul Quran ( Ibu Al Quran), yakni Suratul Fatehah atau Surah Kemenangan! Seseorang yang membaca Al Fatehah samalah seperti membaca keseluruhan Al Quran dan Hadis!

1- Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2- Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
3- Maha Pemurah, Maha Penyayang
4- Maharaja Akhirat.
5- Hanya padaMu kami menyembah, hanya padaMu kami meminta tolong.
6- Tunjuki kami jalan yang lurus.
7- Jalan orang-orang yang diberi nikmat,  bukan jalan yang dibenci dan bukan jalan yang sesat!
… Amin (terimalah)

Ertinya orang Islam itu ialah orang yang hidup dan matinya hanya untuk Allah. Jika tidaklah begitu keadaannya, ia akan disiksa di neraka dunia dan akhirat!

Allahu akbar 3x walillahilhamd..

Saudara-saudara seperjuangan yang didoakan. Ajaran Islam ini Allah turunkan ke bumi pada malam Qadar di bulan Ramadhan! Bertempat di sebuah gua sempit di Jabal Nur, yakni Gua Hira’. Bersamanya turunlah Jibril as. dan seluruh para Malaikat dan para roh untuk melakukan keselamatan di bumi.

Nilai malam itu pun melonjak ke nilai 1000 bulan dari malam-malam selainnya. Manusia akan disucikan rohnya dengan kadar cucian yang mampu dibuat selama 83 tahun 4 bulan. Maka jadilah manusia itu orang roh yakni orang Allah dan Rasul! Orang Al Quran dan Hadis! Orang Abuya Al Fata Attamimi! Ya, orang bertaqwa! Orang yang mampu untuk mentaati Allah dan Rasul dan mentaati pemimpin yang dilantik oleh Allah dan Rasul. Bukti ketaatannya dapat dilihat bagaimana hidupnya cara hidup Islam di dalam seluruh hidup, keluarga dan jemaahnya.

Bukti ketaatannya lagi boleh dibaca melalui sikap dunia sekular terhadapnya! Iaitu pernah dianggap musuh nombor 1 negara nasionalis Malaysia. Ya, kerana telah dianggap sebagai membangun ‘negara di dalam negara’! Negara Islam, negara Allah, negara Rasul, negara Quran di dalam negara tajaan Yahudi. Nescayalah maka Abuya dimusuhi seperti telah dimusuhinya ajaran komunis.

Namun Abuya lebih kuat daripada komunis, kerana komunis  itu dapat dihancurkan oleh dua kali ISA, tetapi Abuya (Arqam) itu, dua kali ISA telah membuatkan ajarannya melonjak ke paras kekuatan sebuah negara atau sebuah kerajaan.

Bahkan kini sudahnya negara Malaysia, tidak lagi memusuhi Abuya kerana sesungguhnya BN sudah tunduk kepada kebenaran yang Abuya bawa!

Allahuakbar 3x walillahilhamd..

Wahai para pejuang Islam di akhir zaman, memperjuangkan Islam, yakni memperjuangkan Al Quran dan Hadis wajib dimulai dengan melakukan sunnah terbesar iaitu berjemaah. Jemaah para sahabat adalah nas realiti yang cukup jelas untuk membuktikan hujjah ini. Tanpa jemaah mana mungkin boleh terlaksana segala sistem Islam di dalam kehidupan insan.

Jemaah tersebut ialah himpunan 313 orang lelaki bersama keluarga mereka yang mereka itu ikut berhijrah ke Madinah bilamana Baginda Rasulullah  saw diperintahkan Allah untuk melakukan Hijrah. 313 orang itu semuanya lelaki-lelaki yang telah diuji habis-habisan iman mereka di Mekah selama 13 tahun.
Mereka sanggup pindah-randah meninggalkan segalanya di kampung halaman itu, adalah bukti terbesar bahawa mereka sudah menyerahkan hidup mati mereka kepada Allah. Allah dan Rasul adalah segalanya bagi mereka. Mereka merasa cukup dengan Allah dan Rasul. Allah dan Rasul ialah modal dan matlamat hidup dan mati mereka.

Maka di Madinah dengan kekuatan roh yang begitu sekali mereka pun mampu memulakan cara hidup Al Quran dan Hadis di atas sistem kehidupan Yahudi yang sudah berakar umbi di Madinah.
Siapakah orang yang Allah datangkan ke bumi untuk melakukan hal sedemikian itu tadi, kepada dunia akhir zaman demi kebangkitan Islam kedua?

Nampaknya jemaah Ikhwan atau syarikat GISB lah satu-satunya jemaah yang berjaya meniru bagaimana Baginda Rasulullah saw melakukan kerja-kerja menghidupkan Al Quran. Kini setelah 40 tahun berusaha meniru cara hidup Rasulullah, Abuya Ustaz Ashaari Muhammad berjaya memindahkan jemaahnya ke Mekah-Madinah. Para jemaahnya sanggup dengan rela melakukan hijrah besar-besaran meninggalkan tanah air dan kampung halaman untuk tinggal di Mekah-Madinah!

Manakala beliau sendiri, iaitu Abuya Putra Bani Tamim telah mati, untuk bertemu Imam Mahdinya dan akan kembali nanti bersama-sama ke bumi demi menunaikan janji; bahawa untuk Daulah Islamiyah dan empayar Islam dapat menjadi kenyataan, maka Imamul Mahdi dan Putra Bani Tamim (termasuk Nabi Isa a.s) ialah lelaki-lelaki ghaib, yang gagal dikesan oleh Yahudi. Teknik ghaib ini adalah ciptaan Nabi akhir zaman yang sudah pun wafat.

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki – Ali Imran 169;

Untuk apakah Allah memberitahu kita perihal terus hidupnya roh-roh para syuhada dan anbia dan aulia sesudah wafatnya mereka itu, kalau bukan untuk memperkenalkan adanya satu cara hidup di kalangan orang Islam iaitu ghaib?

Dan apakah susah bagi Rasulullah saw, nabi akhir zaman untuk melakukan teknik ghaib kepada orang-orang pentingnya, ketua-ketua Ikhwan yang mereka itu, ketika Baginda hidup lagi sudah pun dirindui rohnya oleh baginda?

Ghaib ialah kegiatan menukar-nukar jasad agar tidak dapat dikesan! Dalam ISA dulu sebenarnya Abuya mempamerkan kepada KDN bahawa dia ada 2 jasad!

Allahuakbar 3x walillahilhamd..

Wahai Para Ikhwan dan Asoib, percayalah bahawa sesungguhnya, di dunia orang-orang roh atau orang sufi yang haq, yang dapat menghidupkan jemaah Rasulullah SAW dalam jemaahnya, perihal ghaib atau menukar-nukar jasad ini adalah kebolehan istimewa mereka. Seperti orang-orang dunia mampu menukar-nukar baju mereka, bagi orang roh, jasad mereka hanyalah baju-baju yang boleh ditukar ganti! Kalau tidak begitu alasan apakah lagi untuk dunia Yahudi terlalu memusuhi atau terlalu takut kepada orang-orang sufi hingga diperlakukan begitu sekali kepada Abuya?

Kalaulah Allah menciptakan Nabi Muhammad itu wafat dan mampu menjadi Nabi akhir zaman dengan gaya wafat, apakah susah bila Allah menciptakan untuk team Nabi Muhammad ialah orang-orang yang dilihat mati tetapi sebenarnya mereka hidup?

Mereka akan zahir kembali untuk memimpin dunia atas nama Nabi akhir zaman itu. Yang mati itu, jasad Abuya yang digunakan untuk menipu Yahudi, jasad yang dimakan sihir, yang nampaknya macam jerangkung. Sedangkan Abuya ada jasad sebenarnya, jasad seorang putra raja dari Bani Tamim.

Percayalah bahawa orang-orang Tuhan direzekikan teknologi untuk akhir zaman. Iaitu di zaman Yahudi direzekikan Tuhan teknologi maya untuk mengendalikan dunia. Apakah kepada orang-orang yang memperjuangkan Allah dan Rasul dan agamaNya, Allah tidak mampu memberi teknologi sejuta kali ganda untuk menghancurkan musuh-musuh-Nya si Yahudi laknatullah itu?

Allahu akbar 3x walillahil hamd..

Kawan-kawan seperjuangan yang dirindui RSA, kalau begitu sekalilah sifat perjuangan yang kita sedang tumpang ini, ketahuilah bahawa bukan semuanya yang RSA buat di dalam jemaah mereka ini yang mampu kita fahami. Bahkan lebih banyak yang kita tidak mampu faham sebenarnya. Maka untuk membolehkan kita kekal di dalam jemaah Allah di akhir zaman ini, TAAT adalah syarat yang tidak boleh tidak!

Contoh kejadian yang pernah berlaku ialah isu Azura! Isu ini telah dimainkan di dalam perjuangan oleh Abuya ketika Arqam di-ISAkan! ISA itu sesungguhnya satu babak yang cukup penting di dalam jadual Allah di akhir zaman. Buktinya ialah bila kita lihat sekarang, apa kesudahannya kepada perjuangan Abuya!

1- Jemaah Abuya kini kekuatannya 100 kali ganda Arqam.
2- Para SB sudah faham jadual Allah dan sedang ikut menanti berlakunya kemuncak jadual.
3- Dr Mahathir dan BN sudah bersatu padu dengan Arqam. Ertinya kerajaan sudah terima baik Abuya dan orang-orangnya.
4- Yang jadi mangsa ISA itu sebenarnya ialah 6 jahannam dan kuncu-kuncunya. Mereka kini berada di pihak musuh kebenaran.

Terjadinya peristiwa boleh terkeluarnya mereka dari jemaah ialah kerana isu Azura! Abuya memang mencipta Azura dan yang sejenisnya di dalam perjuangan. Iaitu golongan orang-orang kerohanian. Boleh melihat alam ghaib dan berjumpa Rasulullah, Sayidi dan lain-lain di alam sana. Hal ini sudah Abuya bongkar semuanya di dalam ISA.

Yakni dengan tujuan supaya kerajaan nampak Arqam sebenarnya tidak kuat sebab Ashaari hanya bersandar kepada seorang perempuan dalam perhubungannya dengan Rasulullah. Azura pula di dalam ISA mendedahkan (atas arahan Abuya) bahawa Rasulullah yang dikatakan itu bukan betul-betul Rasulullah. Maka kesimpulannya Ashaari itu penipu! Al-hasil kerajaan pun lega. Ashaari yang begitu digeruni rupanya orang yang sedhaif itu.

Oleh Zabidi Mohamed dan konco-konconya yang memang Abuya sudah tidak kehendaki berada di dalam jemaahnya, keluarlah mereka dari Arqam di atas isu Azura ini. Abuya pun bebas dari ISA (sebab isu Azura) dan dapatlah menyambung perjuangan seperti biasa! Sebab kerajaan telah menganggap Abuya sudah habis! Paku terakhir sudah dibenamkan ke keranda Arqam konon! Dan kini setelah kalah teruk dengan Arqam, ISA itulah sebenarnya yang masuk kubur. Hilang (ghaib) buat selama-lamanya!

Allahuakbar 3x Walllahilhamd..

Sidang jemaah RSA yang yakin dan taat, terima kasih kerana tidak percaya cerita di atas dan terus setia dengan Abuya! Masakan sebuah jemaah kebenaran dari Tuhan, Allah dan Rasul tidak bersamanya? Bahkan kekuatan Abuya itu ialah kekuatan Allah dan Rasul.

Hal ini lebih-lebih lagi dapat dilihat benarnya bilamana sekarang ini di waktu Abuya di sebalik tabir berjuang dengan gaya roh menutup jasad. Abuya telah memindahkan GISB ke Mekah-Madinah. Kalau jemaah ini bukan oleh Allah dan Rasul di belakang Abuya, masakan ke Haramain perginya? Kebenaran Abuya makin terserlah bilamana di Haramain jemaah membesar ke taraf empayar! Bukankah Abuya telah pernah mengatakan kepada kita semua bahawa jemaah Abuya akan menjadi penjaga Haramain? Dan di kala jemaah sudah digeruni buat kali kedua ini, apakah anda tidak faham kenapa Abuya cetuskan lagi di jemaahnya ini isu Azura? Bukankah untuk tujuan yang sama, yakni membuatkan musuh melihat lemah sahaja jemaah ini dan melupakannya semula! Dan tidakkah juga untuk Abuya gugurkan daun-daun kering dari pokoknya?

Allahuakbar 3x Walillahilhamd..

 Rujuk Kelebihan Al Mahdi (I) dan (II)

KHUTBAH 2

Hamdalah

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah:

Ertinya: Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat, Kukuh kekuasaanNya.

Wahai kaum Melayu Ikhwan dan Asoib, untuk terus menjadi Melayu baru, Melayu maju yang merdeka dan berdaulat dengan sebenarnya, ciri utama kita ialah TAAT. Taat kepada guru macam Abuya. Gurunya suruh pijak belakang, maka dipijaklah belakang guru sampai guru itu tertidur-tidur, Abuya pun sudah tersengguk-sengguk, namun dia tidak berhenti selagi gurunya tidak berkata berhenti!

Maka dengan Allah dan Rasul lagi-lagilah ketaatan Abuya yang tidak terkira-kira. Dia berjuang sampai mati menghadapi musuh-musuhnya yang memang hendak membunuh dirinya!

Dia dituduh sesat, diharamkan dan dihancurkan jemaahnya, dibuang keluar negara, ditangkap, dipenjara, diburu-buru dan dihina-hina dengan begitu kejam sekali. Diharapkan dengan itu dia berhenti dari kerja memperjuangkan jadual Allah dan Rasul dan Imam Mahdi. Namun sedikit pun dia tidak berganjak! Bahkan merancang untuk meneruskan perjuangan bila dia me’mati’kan dirinya untuk menipu daya musuhnya (dengan izin Allah) dengan cara mempersiapkan isterinya Ummu Khadijah untuk melakukannya.

Ertinya sampai matilah Abuya itu kerana taatkan Allah dan Rasulnya, demi menagih janji Allah dan Rasul, dijadikan dirinya sebagai korban kepada Allah dan Rasul.

Allahu akbar 3x walillahilhamd..

Wahai para pejuang Tuhan yang telah berkorban apa saja, taat itu hanya boleh diamalkan kalau hati mempunyai rasa hamba yang tinggi kepada Allah! Rasa hamba itu pula Allah berikan kepada hambaNya diwaktu-waktu mereka sedang beribadah, mengabdikan diri, berbakti dan dan bekerja keras dalam memperjuangkan Allah! Iaitu hasil membaca Quran, puasa, sembahyang, memburu akhirat dan lain-lain pengabdian yang diusahakan, hamba sepatutnya mampu taat-setaatnya kepada Allah.

Sebab dia merasa dia hanya hamba, layak diperlakukan dengan memberinya apa sahaja arahan. Dia sanggup menghina diri untuk taat. Itulah cinta dan rindunya kepada Allah dan Rasul. Maha Hebat Allah kerana menciptakan ini sebagai mukjizat Nabi Muhammad saw, Nabi akhir zaman!

Hari ini pemimpin-pemimpin dunia sedang tertekan kerana rakyat tidak taat-setaatnya. Kuasa dunia sedang jatuh satu persatu daripada kerajaan yang memerintah oleh kebangkitan rakyat yang menentang pemerintah! Yahudi sudahnya akan putih mata melihat dunia terlepas dari tangannya. Akan tercengang-cenganglah si Yahudi itu nanti melihat bagaimana Maha Bijaknya Allah dan Rasul serta orang-orangNya mengambil alih kuasa dunia dari tangan mereka tanpa setitik darah pun yang tumpah.

Ia berlaku hasil adanya hati-hati yang kerana takut-setakutnya kepada Allah, maka mampu melakukan taat-setaatnya kepada sebarang perintah Allah melalui orang-orangNya. Maka Allah dengan kuasaNya pun, merubah hati-hati manusia semuanya untuk dengan rela menyerahkan kuasa mereka kepada Islam.

Allahu akbar 3 x walillahilhamd..

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وفي سورياوَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِالحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


No comments: