Friday, August 10, 2012

Pandangan Seorang Muallaf Cina Muslim Terhadap Melayu



Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang menciptakan langit tanpa sokongan tiang, yang menjadikan bumi dengan kuasa graviti, yang menjadikan siang dan malam mengikut pengiraan Mu yang Maha Perancang dan Maha Bijaksana. Siapakah hambaMu ini kalau bukan kerana sifatMu yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaNya. Kaulah yang Maha Mulia yang memuliakan hambaMu dan Kaulah yang Maha Adil yang menghinakan musuh-Mu. Segala-gala pujian bagiMu. Hambamu yang hina ini mengharapkan keberkatan menulis dariMu dan semoga ia bermanfaat kepada muallaf yang lain. Ampun maaf sekirannya terguris hati yang membaca.

Assalamualaikum kepada para pembaca, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama Islam saya adalah Ahmad Mustaqim dari keluarga Cina kacukan Baba Nyonya di Melaka. Disini saya ingin menulis pandangan saya sebagai seorang muallaf Muslim yang baru berusia seminggu terhadap Islam di Malaysia.
Saya di sini tertarik terhadap Islam bukan atas kehendak pernikahan, kewangan, pangkat, darjat tetapi kebenaran. Islam memperlihatkan kebenaran, merungkaikan permasalahan, menyediakan solusi kepada setiap permasalahan. Andai kata kita tulis setiap permasalahan yang setebal dan selebar kamus, Islam sahaja dapat merungkaikan segala simpulan mati itu. Memang dari peringkat remaja saya suka sahaja memikirkan permasalahan diri dan sekeliling. Tetapi setiap kali disoalkan, tidak ada hasil di penghujungnya. Hasilnya selalu tidak elok.

Waktu remaja dahulu memang tidak faham Islam, saya percaya Islam itu terrorist. Ya, selepas kejadian 11 September 2001 yang dirancang Yahudi dan sekutunya, saya memang memusuhi Islam dalam diri. Rasa menyampah yang meluap-luap apabila lihat orang Islam. Mana tidaknya, kalau baca sahaja berita dalam sebulan itu mesti ada kes-kes buruk perlilaku ustaz, datuk, ayah dan abang seperti liwat, rogol dan sumbang mahram. Waktu jadi pengawas sekolah dahulu perasaan ini cukup benci sekali melihat akhlak anak-anak muda bangsa Melayu ini, buruk sekali akhlaknya, yang si lelaki suka terjerit-jerit, ketawa terbahak-bahak, memperli, mengusik, menggatal, dengan tidak kira guru atau rakan perempuan. Suka merokok, ponteng kelas, merempit, menconteng, membuli dan lain perkara yang saya malas nak memikirnya disini. Yang si gadis pun lebih kurang, ada di antara kawan sekelas saya, gadis Melayu ini, kalau datang ke kelas pakaian tudungnya melabuh lebih besar tutupannya berbanding rakan sekelas kawan yang lain. Saya berbisik dalam hati, mesti baik gadis perempuan ini. Tetapi alangkah terkejutnya Ya Allah apabila kawan-kawan Melayu saya kata dia melakukan zina dengan teman lelakinya malah sempat merakamkan aksi mereka. Bertambah jauh hati dengan Islam, memang dah rasa menyampah ditambah lagi siraman cuka.

Sampai saya selalu memperli bangsa Melayu dangan kawan-kawan Cina yang lain. Kalau ada pembasmi atau vakum yang kuat kita sedutkan keluar sahaja parasit-parasit ini! Kata saya kepada mereka.

Mana tidaknya, sudahlah bangsa subsidi, senang sahaja mendapat bantuan kerajaan. Manakala bangsa Cina susah-payah cari makan dan kerajaan yang bias selalu menangkan orang-orangnya. Biar dapat berpuluh-puluh A dalam SPM pun belum tentu dapat JPA scholarship. Tetapi anak Melayu takda A tapi guna khidmat ‘orang dalam’ pasti dapat tempat. Kebanyakan kami anak-anak bangsa Cina sudah dididik bencikan bangsa Melayu sejak kami kecil lagi. Kalau nak kawan dengan anak Melayu, ibu saya selalu bantai dengan ranting pokok kecil sehingga saya tak berani nak berkawan dengan mereka. Kalau ke sekolah, ibu akan nasihat jangan kawan dengan budak Melayu. Didikan ibu saya sebenarnya amat memberi kesan yang mendalam ke peringkat remaja. Seperti dalam filem perisikan Hollywood, saya di-brainwash. Saya sebenarnya anti-Melayu jadi secara automatiknya anti-Islam kerana bagi saya Melayu=Islam.

Waktu inilah saya sangat-sangat menyanjungi para sarjana barat, cara hidup Barat, malah banyak buku-buku motivasi sekular barat ini saya baca dan amalkan. Semua harus mengamalkan dasar pandang ke Barat kerana segala-gala keperluan ada di sana. Fasiliti yang baik, bangunan yang canggih, pendidikan yang melahirkan individu yang bagus personalitinya dan bermacam kebaikan yang nampak sahaja baik. Pada waktu itu fahaman atheism dan isme-isme yang lain mudah diterima. Saya waktu itu belum kenal Abuya lagi.

 


Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta Maha Bijaksana dan Maha Perancang. Allah SWT mengaturkan hidup hati ini berkecelaruan, resah, saya mengalami sepertimana sarjana Barat hebohkan masalah personality, Inferiority Complex. Satu penyakit jiwa yang sukar diubati dan lebih perit dari penyakit fizikal.

Saya dari keluarga yang sederhana, rupa yang sederhana, kebijaksanaan yang sederhana, motivasi diri yang sederhana, keinginan dunia yang kuat menyebabkan saya selalu sahaja risau masa depan untuk bersaing dengan pemuda yang lain. Ombak dalam hati bergelora setiap hari, risau amat sangat. Sebab itu saya suka membaca, asyik sahaja ke Popular dan MPH bookstores untuk mencari buku motivasi.

Buku motivasi Islam pun saya ada selakkan, seperti Ust K (maaf lupa namanya) – (mungkin Fadhilah Kamsah?) yang cukup popular,saya percaya para pembaca kenal Ustaz cari makan ini yang selalu muncul di radio dan TV yang suka memberi ceramah motivasi di sana-sini. Bagi saya pada waktu itu, cara Ustaz ini tidak sesuai dengan kehendak saya yang amat inginkan dunia, semenjak itu saya tidak lihat lagi buku-buku motivasi Islam. Walaupun saya telah memeluk Islam, masih tidak ingin membacanya dan sarankan kawan-kawan samaada yang muallaf atau mukallaf tidak perlu membazir waktu dan wang ringgit mengkayakan mereka. Ini adalah sebab-sebabnya:

1. Sebahagian buku motivasi yang mereka terbitkan tidak mengajak manusia mengejar cinta Allah SWT dan mengenali Rasullulah SAW dan mencintai sunnahnya, mereka mengguna pakai kandungan Al-Quran dan Hadis untuk tujuan keduniaan dan kepentingan diri. Ia amat mengelirukan untuk pengamalan samda yang mencari dunia mahupun akhirat.

2. Tidak memberi rasa kehambaan kepada pembaca dan kurang mengharapkan bantuan Allah SWT. Mencampurkan fahaman sekular seperti fahaman individualism dalam mendidik pembaca. Sangat jauh sekali dengan cara didikan Rasullulah SAW.

3. Manakala buku-buku  yang memperkenalkan Islam pula amat mengelirukan dan sukar difahami cara penyampaiannya. Gemar membicarakan syariat Islam dan kesahihan hadith-hadith.
Ampun maaf atas pandangan saya ini.

Setelah begitu lama mencari-cari buku-buku yang sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan , akhirnya atas takdir Allah SWT, saya berkenalan dengan seorang abang yang sudah lama mengikuti perkembangan Abuya semenjak tahun 90-an. Disebabkan sifat banyak bertanya dan ingin tahu mengenai Islam, beliau meminjamkan saya buku Abuya yang pertama saya baca “Inilah Pandanganku”. Pandangan Abuya mengenai umat Islam akhir zaman yang semakin hari semakin kacau-bilau kehidupan mereka. Abuya memberikan sebab-sebabnya berserta hadith Rasullulah SAW akan penyakit wahan yang melanda hati umatnya.

Pandangan beliau cukup ringkas dan mudah difahami kerana banyak memberi contoh yang praktikal. Umat Islam hari ini dipandang begitu hina sekali kerana mengamalkan Islam tanpa merasai kewujudan Allah SWT, tanpa cinta kepada Rasullulah SAW. Syariat lahir seperti sembahyang, zakat, haji, puasa, khatam Al-Quran semuannya dibuat tetapi akhlaknya masya-Allah. Sikap sombong, kedekut, dengki, hasa dan berbagai mazmunah menguasai diri. Orang lain lihat pun menyampah, tidak mesra, jumpa orang tidak tahu senyum, tidak mahu belajar membetulkan diri. Akhlak paderi lebih cantik daripada para ulama.(Tidak hairanlah kalau bangsa Cina di Malaysia lebih tertarik kepada Kristian dan ramai Muslim yang murtad!).

Abuya kata lagi, kalau hendak beramalkan mesti ada modelnya tak boleh syok sendiri. Mesti ikut cara Rasullulah SAW. Ditambah dengan pemimpin yang bertaqwa dan guru yang mursyid sebagai pemimpin. Tetapi di akhir zaman ini, guru mursyid tinggal bilangan jari, haruslah cari mujaddid Allah yang dijanjikan setiap seratus tahun. Islam tidak dipebaharui tetapi diperhalusi dan diperkemasi lagi mengikut perkembangan zaman. Sebab itu ada para ulama hari ini masih lagi ketinggalan zaman, ikut cara lama ahli-ahli sufi di zaman salafusolleh. Hasilnya, dia sahaja yang selamat masyarakat sendiri terbiar, Islamnya tidak syumul, tidak membawa kemajuan. Itu bukanlah Islam yang dibawa Rasullulah SAW. Tidak salah mengikuti cara sufi, tetapi harus kita tahu, zaman salafusoleh, masyarakatnya masih baik-baik, masih cinta Allah dan Rasul, perkembangan ilmu Islam amat pesat begitu juga dengan teknologi lahir dan batinnya. Jadi tidak salah mereka hendak membawa diri jauh dari masyarakat kerana kewajipan fardu kifayah sudah dipenuhi.

Tetapi kalau kita lihat masyarakat Islam hari ini, kicap di dapur pun masih ciptaan orang kafir, pendidikan sekular yang membawa ke neraka, hiburan yang merosakkan fitrah. Jadi bolehkah kita menggunakan tafsiran para ulama besar zaman dahulu bulat-bulat tanpa pembaiki daripada orang pilihanNya? Jadi tidak salah kalau seorang mukmin cuba berusaha membuat kilang sos, sistem pendidikan Rasullulah SAW, dan perkampungan sendiri. Ada perkampungan maknanya ada perjuangan daripada Jemaah yang sehaluan, dari kampung kepada negeri kemudian kepada Negara kemudian ke rantau setempat dan barulah seluruh dunia.
Pandangan Abuya itu cukup bijak sekali, Islam tidak membawa kehinaan, tetapi bergantung kepada pengamalnya. Kalau sempurna pengamalnya dari segi batin dan rohani maka cantiklah akhlaknya dengan Allah dan manusia. Terbuka pintu saya sedikit kepada cahaya Islam.

Source
.....

Friday, August 10, 2012

Israel allows Egypt attack helicopters in Sinai
JERUSALEM (Reuters) - Israel on Thursday granted an Egyptian request for Cairo to use attack helicopters in Sinai for the first time since a 1979 treaty which strictly limited the deployment of military force in the desert peninsula, a senior Israeli official said.  More...

‘Zionists Systematically Inflaming Islamophobia Across the Globe'
A mosque in the Midwestern US state of Missouri has been completely destroyed in a suspected arson attack, the second attack to hit the place of worship in a little more than a month.
Muslim Mosques in the US are filled with jubilance during the holy month of Ramadan.
The Monday incident came a day after a deadly shooting at a Sikh temple in the Milwaukee suburb of Oak Creek in Wisconsin, which took the lives of six people.
Sikh rights groups have reported a rise in bias attacks since the September 11, 2001 attacks. The Washington-based Sikh Coalition has reported more than 700 incidents in the US since 9/11.

More..
 


Inilah Perutusan Rasulullah SAW kepada Vatican

Baca yang berkaitan : Isi Surat Rasulullah SAW
Hari ini 2 Mei 2011, lebih 1.5 juta orang menghadiri majlis ‘beatification’ mendiang Pope John Paul II di Vatican. Kemudian tiba-tiba tersebar berita Osama Ben Laden si jutawan itu meninggal setelah sepuluh tahun dicari Yahudi di Pakistan dan Afghanistan negara sekutu Amerika. Mana logiknya? Apakah yang sedang ditakuti mereka? Adakah setelah membaca surat dari Rasulullah kepada Vatican ini, atau setelah dapat  menghidu kebangkitan akan berlaku tidak lama lagi di Malaysia ini? Setakat yang mereka siasat selama ini, mereka pun yakin surat ini asalnya satu ‘divine revealation’ bersumber dari Mekah.
Namun di negara Malaysia, surat ini menggemparkan mereka yang ambil kisah tentang agama Islam.
Selanjutnya...

Abuya Ghaib? Keajaiban Roh – disisi Allah tiada yang mustahil.

Kalau anda percaya adanya ilmu silap mata, mengapa anda tidak percaya adanya ilmu keajaiban roh? Bahwa roh itu sangat bekerja. Fiziknya dapat diubah dan ditukar dengan izin Allah .
Contoh, para malaikat itu dapat datang kepada Nabi Muhammad dengan wajah yang macam-macam, berbeza-beza rupanya. Seolah-olah fizik itu seperti baju yang dapat ditukar-tukar
Selanjutnya..

Tabung Taqwa & Perniagaan di Mekah

Kata orang Arab bangsa Melayu Malaysia itu adalah sebaik-baik umat…! MasyaAllah. Inilah bangsa yang dijanjikan

Patung Merlion yang pertama di Singapura, didirikan di Merlion Park, terkena panahan petir pada petang 28 Februari 2009, mengena bahagian atas kepala patung berbadan ikan dan berkepala singa ini.
Ketika kelahiran Rasulullah SAW ke dunia, tiang Istana Kisra tempat bersemayamnya Maharaja Rom bergegar, empat belas berandanya runtuh, air tasik besar Tiberia menjadi surut, Api Majusi yang belum pernah padam selama 1000 tahun padam tiba-tiba. Itu adalah petanda bahawa empayar Rom dan Parsi akan jatuh.

Pengalaman berjumpa Abuya setelah ‘pemergiannya’

Makam sementara Abuya di Pilin, Negeri Sembilan. 
Mp3 pengalaman Pak Ya boleh didengar di Box Net di sidebar blog ini : —- >

Keajaiban Abuya : diiringi malaikat?!
Dentuman Halilintar! mengiringi serbuan JAIS
Sheikh Dituduh Membuat Duit Palsu
Karamah yg dituduh sihir!
Karamah Lahiriah Sheikh Suhaimi - Bhg1,
Karamah Lahiriah Sheikh Suhami:Bhg 2-Ghaib!,
Ibadah & Amalan Sheikh Suhaimi

Buku ‘Barat Di Ambang Maut’ & ’7 Wali Melayu’

Akhirnya buku-buku  ini dapat didownload di internet. Maaf sebab version hitam-putih (photocopy) sahaja. Namun isinya sangat mahal kepada siapa yang mahu menimba ilmu. Download di sini

1.As Sayid Habib Nuh
2.Tokku Paloh
3.Tuan Tulis
4.Asy Sheikh Muhammad Said Al Linggi
5.Sheikh Muhammad Nor Al Kholidi
6.Tok Kenali
7.Tuan Hussein Kedah Al Banjari
 Kekuatan GISB menyamai kekuatan sebuah negara?

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang  beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di muka bumi ini sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

No comments: