Saturday, August 4, 2012

Dialog ‘Imaginasi’ Perisikan Yahudi Terkini (II)

Dialog ‘Imaginasi’ Perisikan Yahudi Terkini (II)

Dialog ‘Imaginasi’ Perisikan Yahudi Terkini (II)

Sekadar Jasad Fizikal Tidak Mampu 
Menandingi Kehebatan Roh

Mereka tergesa-gesa menuju ke tingkap yang pandangannya menghala ke lembah yang kehijauan. Tiada apa-apa yang aneh kelihatan. Tiba-tiba telefon berbunyi, datangnya dari dalam kot Jeneral Sakhr Mattiyahu. Dia menjawab panggilan itu lalu mengangguk-ngangguk.

Jeneral Mattiyahu : Tak ada apa, hanya kemalangan gudang menyimpan gas memasak LPG dalam jarak 6km dari tempat ini. Baiklah, agen, kau teruskan.

Agen Q : Seterusnya, puak ini dengan terus terang membincangkan tentang keghaiban pemimpin mereka, dalam mesyuarat mereka, malah konon memperoleh bantuan-bantuan  luarbiasa untuk melawan nafsu yang didakwa dari alam di seberang sana…. Hinggakan menyediakan kerusi untuk pemimpin gabungan dalam acara-acara mereka, seolah-olah mereka memang nampak roh yang bercahaya dari alam ghaib itu. Apakah itu perang psikologi mereka ke atas kita atau memang ia benar?!

Jeneral Mattiyahu : Kau jangan mengarut !

Paderi Masaqurry : Tidak! Itu bukan karut ( Kelihatan menggeletar ) Ini dari laporanku, izinkan aku baca satu.
Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah hadis melalui Ikrimah yang menceritakan, bahwa Abu Jahal telah mengatakan,
“Sungguh jika aku melihat Muhammad, aku akan ajar dia dan aku akan melakukan demikian dan demikian.”
Lalu Allah menurunkan firman Nya, “Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka…” (Yasin,8). sampai pada firman-Nya, “…sehingga mereka tidak dapat melihat.” (Yasin,9).
Orang-orang mengatakan kepadanya, “Inilah Muhammad”, akan tetapi Abu Jahal berkata, “Mana dia? mana dia?”, sedangkan ia tidak dapat melihat.
Jeneral diam.

Paderi Masaqurry : Sejarah telah berulang. Ingat bagaimana tentera Badar yang sedikit itu menang atas bantuan ghaib, sebab kekuatan roh! Kita tidak nampak berapa juta tentera berkuda besi dari alam sana sedang tangkas menguatkan pasukan tentera Tuhan Muhammad. Inilah tangan-tangan ghaib yang menggoncang dunia ! Ada disebut hadis, musuh Islam akan ditelan bumi begitu sahaja tanpa DIA berbuat apa-apapun. Aku masih memikirkan apakah ia tamsilan atas apa yang telah terjadi di Jepun atau akan berlaku kepada pasukan tentera bersekutu di perbatasan pada bila-bila masa sahaja.

Agen Q : Tsunami Jepun berlaku kebetulan semasa seorang darah daging pemimpin itu menjejakkan kaki ke bumi itu.

Paderi Masaqurry : Bukan hanya sebab tahlil dan wiridnya di bumi itu, ada sebab yang lebih hebat. Menurut sumberku, ianya setelah surat merindui alam ghaib ditulis oleh mereka…  Gila!! Gila !! Tidak pernah sejak sekian lama ada manusia bodoh yang rindu dan cinta sungguh untuk mati! Ia seperti mengulangi kisah Umar Al Khattab menulis surat kepada sungai Nil,  lantas menjadikan sungai yang kering kontang itu melimpah dengan air!

Jeneral Mattiyahu : Sudah ! Malu aku untuk bertanyakan ini…. Errmm… Adakah alam ghaib boleh membaca kertas dan mengetahui hal ehwal dunia dan teknologi?

Paderi Masaqurry : Dalam Islam ada rijalulghaib. Mereka tahu hal dunia. Dalam kitab ada disebut jika seseorang kehilangan untanya di tengah padang pasir, dia boleh memanggil rijal yang soleh ini untuk membantunya. Tetapi ilmu ini sudah dikufurkan Wahabi. Ya, kita harus menganggap tentera rijalulghaib ini sebahagian dari  kerajaan Tuhan Muhammad bersama para ribuan malaikat. Dan adalah dungu jika kita hanya memikirkan keupayaan mereka sebatas pari-pari dalam cerita dongengan.



Jeneral Mattiyahu:  Bagaimana dengan kebocoran Wikileaks?
Aku dengar hal ini di’claim’ dilakukan oleh DIA, orang besar puak-puak ghaib berkuda besi..
Aku perincikan : Fikir ya, Amerika telah menangkap seorang tentera mudanya sebagai kambing hitam, dituduh memberi ribuan maklumat sulit kepada Assange, tetapi hingga kini belum didakwa. Malah penangkapan  itu belum dapat mengehentikan kebocoran. Assange dan konco-konconya pula kononnya mendakwa mereka tidak tahu  menahu sumber yang memberi maklumat kepada laman web mereka. Hingga kini Assange belum lagi didakwa secara terperinci akan  jenayahnya.. sebab pendakwa tidak tahu hendak bermula DARI mana. Padahal pendakwaan boleh dibuat di mahkamah antarabangsa.


Kelompok Putera Keluarga Diraja Penjaga Haramain berparti berlatarbelakangkan kalimah Allah di bendera
 Kita juga mendapat laporan perisikan tentang satu pengeluaran surat oleh putera Raja Saudi yang membuat kenyataan yang memalukan kerajaan Saudi. Apabila pihak perisikan Saudi dan CIA menyiasat, ternyata wartawan dari Wagze News Agency yang mengaturkan urusan penyiaran surat itu tidak wujud, tiada identiti. Boleh kau terangkan itu? Dan hal ini berlaku beberapa bulan sebelum merebaknya kebangkitan rakyat di Tunisia, seterusnya Mesir dan Negara-negara lain. Ini laporan beritanya yang disebarkan ke seluruh dunia Arab pada mulanya dalam bahasa Arab :
Jun 9, 2010 : Seorang Putera Arab Saudi, Putera Turki bin Abd Aziz Al Saud telah memberi amaran kepada keluarga DiRaja negara itu agar meletak jawatan dan melarikan diri sebelum pihak tentera mengambil alih kuasa atau sebelum pihak yang lebih popular merampas kuasa pemerintah negara itu.
Dalam sepucuk surat yang disiarkan oleh agensi berita Wagze pada hari Selasa, Putera Diraja yang berpusat di Kaherah Mesir telah memberi amaran kepada Keluarga yang memerintah negara Arab Saudi bahawa mereka akan menerima nasib yang sama seperti pemerintah diktator Saddam Hussein dan pemerintah yang digulingkan di Iran, Shah Mohammad Reza Pahlavi, dengan menyuruh mereka melarikan diri sebelum “kepala kita dipenggal dikhalayak ramai di jalanan.”
Dia memberi amaran bahawa keluarga di raja Arab Saudi tidak lagi dapat “menguatkuasakan” kuasa mereka ke atas rakyat jelata… dia menegaskan bahawa konsep kesesatan dalam pengamalan ibadah yang menjadi teras pemerintahan kerajaan Arab Saudi sudah hilang dari kawalan mereka. Pihak pembangkang berpendapat bahawa “tindakan kita hanya sebagai mengambil campur hak-hak peribadi rakyat dan menyekat kebebasan mereka.”
” Sekiranya kita bijak, kita haruslah serahkan negara ini kepada rakyat dimana mereka semakin tidak sukakan kita,” kata Putera Turki menasihati Pegawai-pegawai Arab Saudi agar segera melarikan diri bersama keluarga mereka.
 Lakukanlah hari ini sebelum esok asalkan wang yang kita miliki cukup untuk membiayai kehidupan kita di mana saja di dunia ini; dari Switzerland ke Kanada dan Australia; kita tidak sepatutnya pulang, asalkan kita dapat keluar dengan selamat, kita patut bawa keluarga kita keluar secepat mungkin,” tegasnya lagi.
” Janganlah kita menipu diri kita dengan menaruh harapan kepada Amerika Syarikat atau Britain atau Israel, kerana mereka tidak akan berjaya mengharungi kekalahan ini; pintu yang terbuka sekarang hanyalah pintu keluar tanpa kembali lagi. Marilah kita pergi sebelum ia tertutup.”
Akhir sekali beliau memberi amaran terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap keluarga yang memerintah, katanya” tidak ada pihak luar yang akan menyerang kita melainkan pihak tentera kita sendiri yang akan menyerang kita.
Putera Turki adalah ahli Pertubuhan Pembebasan Putera yang ditubuhkan dalam tahun 1950an diwaktu ketegangan yang berlaku di antara Raja Faisal dan abangnya Raja Saud. Mereka memohon agar pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan reformasi politik dan membentangkan undang-undang.
Almarhum Raja Faisal telah menghalau ahli-ahli pertubuhan sivil itu ke Mesir tetapi telah pun memberi keampunan kepada mereka tak lama kemudian.
Agen Q : Nampaknya watak-watak hero ajaib dalam episod bersiri Mission Impossible telah benar-benar wujud.       (tersenyum sinis)

Paderi Masaqurry : Kau hendak tahu tentang pemberontakan di negara-negara Arab? Tentang video langsung tentera berserban dan berkuda yang naik ke langit di dataran Tahrir? Apakah itu. The Last Horseman of the Apolcalypse? Karut!
Di Libya pula , apabila pihak Ghadafi  mencari pihak pemimpin pencetus yang mahu berunding berhubung pemberontakan, tiada yang dapat menuding jari kepada seseorang, katakan si A, si B atau si C. Lalu akhirnya Ghadafi menuding kepada Al Qaeda sebagai propaganda kepada rakyatnya. Namun tiada yang percaya.

Jeneral Mattiyahu : Bukan Al Qaeda. Bukan cara Al Qaeda. Lalu apa?

Paderi Masaqurry  : Aku tahu dengan siapa pemimpin-pemimpin Arab  itu berperang. Ia seolah selaras dengan tamsilan yang disebut dalam kitab, menceritakan tentang 6 khatib yang hidungnya berdarah semasa membaca khutbah di Masjidil Haram, hinggalah pemimpin yang sebenar muncul.

Jeneral Mattiyahu :  Maksud kau, memang DIA benar-benar akan muncul segera bukan…? ( Senyap beberapa ketika )
Bagaimana pula dengan sekatan ke atas lelaki Palestine berumur 45 tahun ke bawah  dari memasuki Masjidil Aqsa, atau sekurang-kurangnya 50 tahun pada Ramadhan lalu. Apakah kita akan menguatkuasakannya terus selepas ini?

Agen Q : Atas dasar apa sekatan itu dibuat?

Paderi Masaqurry : DIA di dalam hadis disebut sebagai berumur 40 tahun semasa membebaskan Masjidil Aqsa (hampir berbisik)
Agen Q : ( Dalam hati ).  ( Jikalau orang-orang ajaib itu boleh berubah rupa, malah boleh invisible, tiada gunanya melakukan sekatan itu, haha… diperbodohkan Yahudi kali ini !)
——————————–
( Sepanjang mesyuarat, Agen Q yang berketurunan separuh Filipina itu banyak senyap dan berfikir. Ikuti laporannya di siri-siri seterusnya. Beliau turut mempunyai nama Islam, sebagaimana si perisik Hempher, anak buah Muhamad Abdul Wahab yang terkenal itu )

Source : Nur Muhammad

No comments: