Wednesday, August 15, 2012

PRU13 Tak Jadi?

Akhir-akhir  ini search ke blog ini termasuk dari kata kunci “ Analisa politik GISB terkini” “Ramalan Abuya tentang politik Malaysia” dan seumpamanya. Maka eloklah dipaparkan di sini analisis politik Malaysia  (bukan sahaja analisis dari mata lahir,) GISB yang terkini. Blogger Nawawi Dahalan ada mengulas hal yang sama, dengan isi yang sama ( kerana sumbernya adalah sama ) beberapa waktu lalu, di sini.

Pendahuluan

Jika dilihat perkembangan di media dari segi politik dan ekonomi dunia, semua orang terpaksa berfikir tentang watak dunia yang tiba-tiba berubah. Malaysia khususnya adalah antara negara timur jauh yang pernah mendapat kepercayaan seluruh dunia Islam khasnya negara- negara Arab yang telah memberi amanah kepada negara ini sebagai Pengerusi OIC.
Namun sekarang, Malaysia menjadi fokus mereka – soalnya : Apa akan terjadi kepada (Datuk Seri) Najib dan apa akan jadi pada Anwar? Di Perancis, pendakwa awam Perancis sedang bersidang  untuk mendakwa PM Najib tentang kes pembelian senjata yang melibatkan begitu banyak jumlah wang.

Sungguh parah dan gawat sekali keadaan nampaknya.

Kalau dulu semasa isu hudud panas dibincangkan di Malaysia, maka, adalah suara-suara yang sampai ke Abuya yang berkata “ Orang nak dengar apa kata Ustaz Ashaari”. Selalunya, bila ada isu politik, orang mesti selalu nak tahu, “ Apa ulasan Abuya”

Baru-baru ini di wawancara akhbar Buletin Rakyat bersama Ummu Jah, beliau telah ditanya soalan berikut, seolah-olah Ummu Jah itulah Ustaz Ashaari. Lihat wawancara penuh di sini.

Apakah Anwar mampu merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri?

dan ini jawapan penuh yang tidak keluar di dalam akhbar berkenaan :

( Soalan-soalan dalam akhbar itu dikirimkan kepada editornya dari pihak atasan tertentu, termasuk soalan cepu-emas ‘penggunaan jin dalam perjuangan’)

S13. Mampukah Datuk Seri Anwar mampu merealisasikan cita-cita menjadi Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang?

Ummu Jah :


Semasa hidupnya arwah suami pernah berkata: sesungguhnya Datuk Sri Anwar Ibrahim sudah tiada masa depan. Kita sendiri dapat melihat betapa Anwar kini semakin jauh dari mengambil Allah dan Nabi sebagai pemimpin, tempat rujuk dan sandaran nasibnya. Mungkinkah seorang yang seperti Anwar kini, akan dipilih Tuhan untuk memimpin di Negara yang paling cantik Islamnya, di muka bumi ini?

Sedangkan dunia ini sepenuhnya milik Allah. Agama Islam yang hidup mewangi di Malaysia itu kepunyaan Allah. Apakah Allah akan melantik Anwar mewakiliNya untuk memerintah di bumi indah Nya itu? Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Bukankah Anwar dijatuhkan Allah ketika kerusi PM Malaysia sudah begitu hampir kepadanya? Kalaulah Allah mahu dia jadi PM, untuk apa pula Allah takdirkan dia sekarang berada terlalu jauh jaraknya dari kerusi idaman?

Memberi mata kepada Yahudi sesungguhnya akan membuatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim itu, makin jauh daripada janji Tuhan. Malaysia tapak kebangkitan Islam kali ke 2. Janji Tuhan atau jadual Tuhan sedang mengarahkan Negara ini ke sana, samada manusia sedar atau tidak! Iaitu Malaysia akan jadi Negara Islam bukan oleh orang politik.



Hakikatnya kemelut politik di Malaysia sudah sampai ke kemuncaknya hingga melibatkan isu-isu berbau perkauman, ia dibincangkan secara terus terang dan terbuka di media alternatif : akhbar internet, blog, Facebook, terutamanya Twitter. Mereka bercakap tentang apa nak jadi kepada Malaysia ni, hingga ada sindiran yang mengatakan, kesudahannya nanti, Lee Kuan Yew yang mungkin akan memerintah Malaysia

Dalam pada itu, pihak keselamatan mengambil langkah untuk sentiasa bersedia dan bimbang jika peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang.
   
Masa depan politik Malaysia seolah-olah kabur, ramai yang teraba-raba hingga terpaksa mengandaikan akhirnya nanti Perdana Menteri Malaysia nanti entah-entah adalah dari keturunan Cina.

Pengisytiharan dari GISB bahawa Abuya akan kembali menjadi Perdana Menteri melalui phamplet dan CD Profil GISB selama 1 jam, yang sudah lama beredar, dan sedang beredar di tengah msyarakat, hingga sekarang tiada lagi reaksi media arus perdana yang  mengeluarkan cerita seumpama berikut, di muka hadapan akhbar mereka:

“ Ummu Jah buat gila lagi – mengatakan Abuya akan kembali !”

Keadaan tenang, tiada serangan.

Abuya pernah berkata, negara ini akan diserahkan kepada pemerintahan Islam yang sebenar semasa semuanya sudah hancur. Mudah-mudahan, jika inilah kesudahannya, diharap agar ia segera berlaku.



1. Dunia Menunggu Imam Mahdi

Sebenarnya seelok Saddam Hussein digantung pada musim Haji Akhbar 2006, ( klik untuk ulasan di blog ini semasa itu, Hanya Ada Satu Kuasa) , dunia menunggu-nunggu kemunculan Imam Mahdi, terutamanya di negara-negara Arab sana, di setiap kali musim haji. Setelah Saddam Hussein tewas, tiada siapa lagi di dunia Arab yang berani angkat kepala dengan Amerika ( Barat), maka cetusan doa agar Allah datangkan Imam Mahdi untuk membantu umat Islam pun terus subur di dada-dada bangsa Arab, termasuklah para pemimpinnya. Semasa itu, yang turut menonjol mencari Imam Mahdi adalah Abuya. Seperti orang Arab, kita orang Islam turut mewarisi hadis, sangat menunggu apa yang telah dijanjikan Tuhan itu.

2. Imam Mahdi dan Pembantunya, Putra Bani Tamim ( Fata at Tamimi ) sudah muncul pada musim haji tahun 1431H (2010)

Pada masuknya musim Haji 1431H yakni di tahun 2010, GISB memberitakan bahawa Imam Mahdi akan datang, maka tunggulah! Ghairahnya penantian itu, ditambah dengan pengakuan seorang hamba Allah, Pak Ya yang mendakwa Abuya datang kepadanya (bersama Imam Mahdi), telah bersalaman, duduk dan berbual-bual, lihat di sini : Pengalaman Berjumpa Abuya Setelah Pemergiannya  beserta rakaman audio pengalaman Pak Ya di sidebar kanan blog ini. (di Box Net). Hasil pertemuan itu, Pak Ya memberitahu, jika hendak berjumpa Abuya dan Imam Mahdi, datanglah ke Mekah pada musim haji tahun tersebut ( 2010).

Berita ini telah mengundang ramai pemerhati di sebalik tabir untuk turut datang ke Mekah meninjau kalau-kalau ketibaan itu benar berlaku. Namun ia tidak berlaku secara zahir, walau ada pengakuan dari beberapa individu yang bukan anak buah Abuya yang melihat Abuya berada di sekitar Kaabah pada masa itu.

Setelah itu, terus Ummu jah mengisytiharkan, memang Abuya (Fata at Tamimi) dan Imamul Mahdi muncul di Mekah, tetapi tidak dapat dilihat orang awam. Istilahnya mereka telah muncul dalam keadaan “Roh Menutup Jasad”
( Dalil Al Quran dan Hadis, seperti yang telah dibincangkan di blog ini ( Dialog Perisikan Yahudi) di sini ):

Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah hadis melalui Ikrimah yang menceritakan, bahwa Abu Jahal telah mengatakan,“Sungguh jika aku melihat Muhammad, aku akan ajar dia dan aku akan melakukan demikian dan demikian.”Lalu Allah menurunkan firman Nya, “Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka…” (Yasin,8). sampai pada firman-Nya, “…sehingga mereka tidak dapat melihat.” (Yasin,9).
Orang-orang mengatakan kepadanya, “Inilah Muhammad”, akan tetapi Abu Jahal berkata, “Mana dia? mana dia?”, sedangkan ia tidak dapat melihat.)
Inilah urutan kejadian di musim Haji 1431H/2010 tersebut :

1. Pada Maghrib 10 Zulhijjah ( Rabu malam Khamis) Mekah berwatak ganjil. Suasana malam bertukar menjadi cerah, petir sabung menyabung. Hari Raya Haji di Malaysia pada Rabu – 17 November 2010.
 2. Jam Mekah Besar yang ada kalimah Allah tanpa kalimah Muhammad, ciptaan Yahudi yang membesarkannya lebih dari Kaabah terhenti detikannya dan lampunya padam
3. Khamis, jam 3.15 petang, Mekah beraksi ganjil, guruh dan petir sabung -menyabung.  Suasana siang menjadi gelap gelita diikuti dengan hujan batu. Waktu malam Jumaat waktu Malaysia, Mekah sedang dihujani hujan batu.
 4. Di atas terowong berlaku kebakaran, di mana CNN melarang berita ini disebarkan. Orang-orang Jemaah Abuya memang membuat persiapan di Mekah untuk menyambut ketibaan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim, jadi CNN menutup segala berita dari Mekah.
5. Seorang wazir Imam Mahdi dari Madinah yang mempunyai 50 juta pengikut termasuk di kalangan penjawat jawatan tinggi, sedang turut menungu peristiwa besar kedatangan kedua figure itu.
 6. Sudah ada orang Malaysia biasa (bukan ahli GISB) yang ternampak dua orang keluar dari pintu Kaabah.

Menurut Ummu Jah, diberitakan bersama kemunculan Imam Mahdi dan pembantu kanannya, jumlah kedatangan tentera ghaib berkuda ‘besi’ itu adalah sejuta orang rijalul ghaib, dari kalangan malaikat dan roh suci, memasuki alam bumi di persekitaran langit pertama.

Seawal sebelum itu juga, dua tiga tahun sebelum itu, terutamanya mulai tahun 2010, bukit-bukit gersang di sekitar Mekah, Madinah, Jeddah telah menumbuhkan pokok-pokok renik, rumput dan bunga-bungaan. Lihat foto-foto di  isuhangat dan hemdahl

Merujuk hadis :

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : “Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. “[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Merujuk hadis :

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : “Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. “[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Malah pemimpinTarikah Naqsyabandi juga bersyarah bahawa Zaman Pemerintahan Imam Mahdi sudah bermula mulai musim haji 2010, walau isi kuliahnya tidak menyatakan detail apa-apa tentang Imam Mahdi. Kuliah oleh Mawlana Shaykh Hisham Kabbani, 6 December 2010 – Kuala Lumpur, Malaysia.

Lihat google docs : The Age of Sayyidina Mahdi as Has Begun!
Maka tafsiran yang dibuat atas fenomena alam yang mengiringi itu, adalah berlaku sempena menyambutnya ketibaan rombongan alam ghaib ke bumi, tetapi menggunakan teknologi yang tidak dapat dikesan dengan mata lahir atau apa-apa alat pengesan Yahudi yang wujud di Masjidil Haram atau mana-mana satelit Yahudi.

Manakala di Israel, diikuti bencana yang menimpa pada Disember 2010, dengan berlakunya kebakaran besar di Carmel Mountains dan sekitarnya sehingga negara itu terpaksa meminta bantuan antarabangsa untuk memadamkannya. Ini diakui sebagai bencana alam terbesar di Israel.



Kebakaran terbesar dalam sejarah Israel di pergunungan Carmel, 
dengan 17000 penduduk dipindahkan dan 42 terbunuh.

Lima puluh peratus anak buah Abuya merasa agak kecewa kerana tidak dapat melihat kedua figure yang ditunggu itu dengan mata lahir. Namun peristiwa itu menambahkan keyakinan mereka kepada kebesaran Kerajaan Ajaib yang tentulah sangat  mampu berhubung dengan wakilnya di bumi.

3. Kemunculan Imam Mahdi Mencetus Kebangkitan Rakyat Besar-besaran di Timur Tengah

Rentetan dari itu, peristiwa-peristiwa besar terjadi kemudiannya.Muncul berita di Wikileaks tentang berkecamuknya sistem beraja di Riyadh, WikiLeaks stripped Saudi rulers naked,

yang sebenarnya ia sudah lama tersimpan seperti duri dalam daging sebelum itu di kalangan keluarga Saud itu. Mereka sesungguhnya amat tidak layak menjadi Khadam Haramain dan sudah sampai masanya Imamul Mahdi mengambil alih Kaabah dari tangan mereka.

Seelok pengisytiharan kemunculan fasa pertama secara ‘roh menutup jasad’ Imam Mahdi di Mekah itu juga, negara-negara Islam di utara Afrika dan sekitar Teluk mula bergolak. Muncul pertanyaan : Siapakah atau apakah kuasa yang menyebabkan negara-negara di tersebut mengalami rombakan politik yang begitu besar-besaran. Siapakah pemain okestra yang telah berjaya membuatkan rakyat di sekurang-kurangnya empat negara besar bangkit melakukan revolusi menjatuhkan kuasa kerajaannya, ikut menari bersama mainan orkestra tersebut sehinggakan revolusi itu berjaya mengubah struktur politik di seluruh Tanah Arab termasuklah di Saudi.

Namun masing-masing dengan cara penyelesaian yang tersendiri. Juga tidak dapat dibaca siapakah sebenarnya pencatur semua penyelesaian itu. Hingga kini orang masih berfikir siapakah pencetus revolusi besar yang meruntuhkan patung-patung Yahudi yang telah bertapak ribuan tahun yang telah membuatkan Islam tidak didaulatkan di negara-negara Arab. Kebangkitan rakyat tersebut turut mahukan Islam.

 
Video terhebat kurun ini, kenangan di Dataran Tahrir, Cairo. Allah menunjukkan kebesaran Kerajaan Ajaib-Nya dengan menzahirkan tentera ghaib berkuda, samada malaikat atau rijalul-ghaib. Kejadian benar yang tidak dapat disangkal oleh teknologi moden.

4. Fenomena Revolusi Merebak ke Malaysia Yang Turut Tegang dan Berkecamuk

Hakikatnya, revolusi ini turut merebak ke Malaysia. Atas nama BERSIH 3.0 itu, suatu kebangkitan yang luar biasa, besar-besaran sekali tanpa disangka telah berlaku. Kebangkitan telah ditutup, cuba ditandingi kerajaan Malaysia yang turut mengadakan perhimpunan atas nama kerajaan pun tidak boleh ‘cover’ kebangkitan bercorak revolusi itu hingga ada andaian mengatakan jika PRU tidak jadi juga, kerajaan masih boleh dijatuhkan dengan botol air mineral dan garam sahaja. Lihat Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Garam dan botol air mineral yang menjadi “perisai” peserta perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.
“Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol…kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan,” katanya.   Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang.
“Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa…bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan,” soal Lim.
   


Dan suatu yang sensitif di Asia Tenggara ini, telah berlaku yakni perang mulut yang serius antara negara Malaysia dan Singapura. Ia tercetus akibat kebangkitan BERSIH gaya revolusi di Malaysia. Nama mantan PM Singapura, Lee Kuan Yew di’muncul’kan sebagai bakal penyelamat Malaysia oleh kerana parahnya krisis.

Abuya pernah menggambarkan ketika dekatnya janji Allah hendak berlaku, orang akan bangun di jalan-jalan raya untuk menuntut perubahan.

Abuya juga pernah berkata, ( sejurus sebelum kemenangan) “Pilihanraya tak jadi”. Beliau tidak menyebut spesifik tahun ini atau tahun itu. Cuma beliau meninggalkan pesanan, “ Nanti pilihanraya tak jadi”

Kita sedang menyaksikan satu fenomena dahsyat, kerana kegawatan negara membuatkan PRU13 asyik tertangguh-tangguh. Rakyat mengeluh, gelisah, kerana terlalu lama menunggu.

BERSIH3.0 merebak hingga turut diadakan di hadapan kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara sebagai protes – -

BERSIH ini umpama seperti apa yang berlaku di Mesir, kesannya begitu besar. Memang ada individu yang memulakannya tetapi bila ia menjadi begitu besar, sesungguhnya di hujungnya, bukan individu itu yang akan naik.

Seperti yang berlaku di negara-negara Arab, walau BERSIH mungkin dicetuskan oleh Anwar, tetapi kebangkitan itu bukan dikuasai oleh Anwar.

Dihebahkan pula baru-baru ini oleh akhbar Bulletin Rakyat ( yang wajib dibaca di Seri Perdana), suatu kata karamah bahawa ,

Abuya telah berkata,” Anwar tidak akan (langsung) menjadi PM” 


Ini telah membuahkan hasil hingga Anwar akhirnya bercakap bahawa dia nanti akan menjadi pensyarah sahaja. Berita Harian melaporkan : Anwar menyatakan, jika pakatan pembangkang gagal mengambil alih Kerajaan Malaysia, beliau akan bersara dan menjadi pensyarah. 
 
Anwar seperti tertekan dengan’ramalan’ itu kerana orang sangat percaya dengan ‘ramalan’ Abuya hingga terpaksa merespon bahawa dia akan menjadi pensyarah sahaja, bila buat kali kedua,  Abuya telah berkata, “ Anwar tidak akan jadi PM”.

Semasa kali pertama dulu, bila Abuya telah mengeluarkan kata –kata itu ( semasa Anwar masih TPM),  Anwar menjawab “ Saya akan buktikannya” tetapi gagal.  Orang-orang kuat Anwar datang berjumpa Abuya dan mengatakan“ Ustaz ini siapa nak campur urusan Anwar, Anwar dikelilingi segala lawyer, dikelilingi semua orang yang sangat faham dan mengatakan Anwar mustahil akan jatuh”
Abuya jawab dengan bersahaja “ Anwar jatuh!” dan ini benar terjadi.

Kini secara psikologi Anwar terpaksa memikirkan jawapan yang sesuai.

Malaysia sekarang dalam suasana kebangkitan rakyat, sedangkan rakyat yang datang beramai-ramai inginkan perubahan itu bukannya ada cita-cita politik. Mereka hanya merasa satu perubahan diperlukan. Kerajaan Malaysia pula terpaksa berdepan dengan Singapura yang ikut mencetuskan suasana panas.

5. Pertemuan Simbolik  ’Abuya dan PM Najib’

Dalam ketegangan ini, PM Najib telah membawa diri ke London, itupun terdapat serpihan BERSIH di tempat berkumpulnya rakyat Malaysia di lokasi yang tidak berapa jauh dari Restoran Abuya di Greenwich, London. Stadium Arena, sebuah tempat yang tidak berapa sesuai dari segi kemudahan yang tersedia ( sebuah dewan konsert) untuk berlakunya perjumpaan rakyat Malaysia di England dengan PM kali ini, menjadi saksi.

Di lokasi itu, GISB secara langsung telah bertemu PM Najib. Kehadiran wakil Abuya di pertemuan itu dilihat PM Najib sebagai suatu yang ikhlas, suatu yang lebih SUCI dari BERSIH – yang tidak ada kepentingan apa-apa. Terdetik di hati PM Najib akan munculnya orang-orang Abuya ini di mana-mana, dan ia suatu simbol kekuatan tersendiri.

 
Sejarah tercetusnya kemerdekaan Semenanjung Malaysia telah mencatat wakil kerajaan Tanah Melayu semasa itu telah bertemu kerajaan koloni British di London, dan sekarang sejarah bakalnya berlaku penyerahan kuasa itu telah berulang.

Revolusi Mesir telah membuatkan PM Najib 
memikirkan apa persepsi rakyat terhadap 
kerajaannya, apa yang akan dilakukan mereka
6. Terdapat Usaha Dari Kalangan Pihak Tertentu Untuk Menaikkan GISB

Pemerhati politik di sebalik tabir termasuk pihak intelligen Malaysia sudah kehilangan harapan kepada parti-parti politik dan mengalih perhatian mereka kepada pilihan alternatif. Atas inisiatif sebahagian mereka, pihak ini telah berusaha dan menghantar wakil untuk berjumpa seorang Menteri Kabinet dan mengajukan pendapat tentang GISB

“ Disebabkan sudah jelas kumpulan ini memang benar dan tidak sesat, mengapa tidak kita buka peluang kepada mereka?”

Tetapi sayang, orang-orang politik di Malaysia tidak memikirkan soal kebenaran tetapi kepentingan diri masing-masing.

Maka semakin ramai puak-puak ini yang menyokong agar GISB berjuang untuk Malaysia dengan berpusat di luar negara, walhal sebelum ini ramai terutamanya pihak atasan mempersoalkan mengapa berpusat di luar negara.

7. Barisan Nasional Mungkin Kalah Pilihanraya Jika Diadakan Sekarang

Banyak pihak termasuklah Tun Dr Mahathir membuat spekulasi bahawa Barisan Nasional tidak mungkin menang dalam PRU13, GISB menafsirkan kemungkinan pilihanraya tidak akan berlaku, yakni tak jadi. PM Najib sedang tercari-cari formula apa yang sebaiknya beliau lakukan sekarang.

8.  Berbagai Golongan Rakyat Sudah Mula Menerima Perjuangan Abuya

Dalam masa yang sama, orang-orang PM Najib berbondong-bondong datang ke chalet Nur Muhammad di Mekah, dan pulang untuk melaporkannya kepada PM Najib. Bagaimana kebangkitan besar perjuangan Islam ini telah melibatkan Mekah dan London- sekarang merebak ke Madinah dan Manchester. Ada juga diplomat Malaysia di Arab Saudi yang setia dengan TVRSA dan mengikuti setiap siaran dengan penuh minat. Roadshow GISB di merata negara pada Ramadhan 1433 kali ini juga diteliti dan diperhatikan.

Dari blog Nawawi Dahalan :  Orang mula berbondong-bondong datang ke Chalet Nur Muhammad, GISB Mekah. Pada umur setahun jagung, Bandar Rasulullah, Sayidi, Abuya di Mekah yang dibangunkan oleh GISB tiba-tiba telah menjadi tumpuan jemaah umrah dan ziarah khususnya dari Malaysia. Pelbagai lapisan masyarakat seperti para artis, ahli perniagaan, ahli akademik, orang politik, Menteri Kabinet Malaysia, ulama termasuk golongan Wahabi dan orang ramai dari ceruk rantau kampung di Malaysia sudah sampai ke Chalet Nur Muhammad. Mereka yang telah berkunjung ke sana, terjawablah persoalan tuduhan sesat selama ini. Kebanyakan mereka merasa sangat bersalah kerana ‘menelan’ mentah-mentah tuduhan atau fatwa yang dilabelkan kepada Al Arqam tanpa membuat kajian yang mendalam.Bagi mereka yang selama ini memang sangsi dan ragu terhadap ‘kewibawaan fatwa’ berkaitan, merasa begitu berpuas hati bila mana GISB berjaya menjawab segalanya secara praktikal. Akhirnya mereka bertambah yakin, bahawa GISB adalah satu-satunya harapan Malaysia.

9. Pelancaran Profil GISB Berjalan Lancar dan Tidak Diganggu Media

Dalam masa  masalah kemelut politik ini tidak kelihatan jalan keluarnya, tiba-tiba GISB melancarkan profilnya dalam bentuk CD dan phamplet secara besar-besaran ke seluruh negara, di Malaysia dan Indonesia. Kali ini kedua-dua negara tidak menunjukkan reaksi, tenang sahaja media-media mereka. Padahal sebelum ini, tamsilannya, jika desiran seekor semut keluar dari Bandar Country Homes, bandar Abuya itu didengar pihak media, maka akan dihamburkanlah kata-kata paling negatif dari mereka kepada Abuya dan jemaahnya.

Tetapi sekarang bila hal “Abuya akan kembali’ ini diletup-letupkan GISB melalui profilnya, budaya masyarakat kali ini kelihatan sangat lunak, tidak menghina, tidak dikutuk habis-habisan (seolah-olah tiada harga langsung Jemaah GISB ini, (seperti selalu.
Budaya sebelum ini, sepanjang perjuangan Abuya, apa sahaja yang dibuat akan dihina dan diperlekeh media samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang atau NGO.

Senyap tetapi kita percaya ianya tidak sepi, tetapi bergelora dan berombak dada dan fikiran mereka. Masakan GISB yang ternyata mampu membina empayar sehingga bertapak di Mekah dan Madinah ini ‘gila’ atau tidak siuman dalam hal sebesar ini?

10. Malaysia Akan Menjadi Daulah Islamiyah Bukan Secara Pilihanraya

Bila pilihanraya benar tidak jadi nanti, cetusan demonstrasi jalanan yang akan membawa rusuhan liar tidak akan berlaku. Dalam sejarah, dengan kasih sayang Allah, Malaysia telah mencatat rekod bahawa Tsunami pun ditakdirkan tidak melanggar dan menghancurkan Malaysia dalam skala bencana besar. Walau telah banyak kali diuji, diprovokasi, negara berbilang kaum ini tetap tenang dan majoriti rakyatnya mengambil jalan rasional demi keharmonian bersama.

Kebangkitan Islam yang sudah mendapat laluannya sedikit demi sedikit itu sudah dianggap sebagai satu alternatif. Semua ini menunjukkan bukannya jadual Israel yang akan terjadi kerana selama ini Israel sangat mengganggu agar jadual Allah tidak jadi. Pengharaman jemaah Islam besar-besaran ada kaitannya dengan gerakan musuh Islam antarabangsa. Tetapi akhirnya, hakikatnya jadual Israel yang tidak menjadi. GISB yakin Malaysia tidak akan menjadi negara yang mencium tangan Israel tetapi negara Tuhan, negara Islam. Walau segala sistem negara ini hakikatnya sudah condong ke arah budaya Yahudi.

Benar, Yahudi adalah musuh Allah, dalilnya ada di dalam Al Quran.

“ Surat Al- Baqarah ayat 120"

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

” Walantardha ankal yahuddu wan nashara hatta tattabi’uu millatahum”

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti “agama” mereka.
Malaysia tidak akan diperintah oleh kaum bukan Melayu, bukan kaum Cina yang akan menjadi PM, apatah lagi Cina Singapura. Daulah Islamiah pasti terjadi. Ini adalah janji. Janji Tuhan dan RasulNya. Janji Nabi untuk para Ikhwan dan Asoibnya, bukan janji untuk politik berparti. Janji untuk mereka yang kualiti seorang individunya 10 hingga 100 kali ganda orang biasa, di sisi kerajaan Allah.

Source :

No comments: