Hakikatnya, manusia boleh menjadi samada orang akal atau orang roh. Kita mungkin menganggap semua manusia di seluruh dunia sama seperti diri kita. Namun hakikatnya, di kalangan billion manusia biasa yang hanyalah orang akal, ada hamba-hamba Allah yang layak digelar sebagai orang roh.
Orang akal ialah orang yang hidup dengan bersandar kepada pendapat manusia. Manakala orang roh ialah orang yang prinsip hidupnya mengikut suara roh (wahyu atau ilham). Rohnya menyuluh akalnya. Sebarang keputusan tidak ditanya ke akal. Akal hanya berfikir bagaimana melaksanakan keputusan dari saluran roh yang sumber asalnya adalah wahyu.
Orang akal di dunia ini antaranya ialah ahli-ahli falsafah Barat. Manakala orang roh itu ialah Rasulullah SAW, seluruh keluarga, para sahabat dan semua pengikut mereka hinggalah ke hari kiamat.
Pada hari ini, seluruh dunia sudah dicorak oleh konsep sekularisma hasil pemikiran Yahudi. Orang Islam sepatutnya bukan orang sekular. Para pejuang Islam yang kononnya menentang sekularisme sekalipun, rata-ratanya berotak sekular.
Di Malaysia, Abuya Imam Ashaari Muhammad Attamimi, telah muncul sebagai salah seorang tokoh pejuang Islam, tetapi caranya jauh berlainan dengan tokoh-tokoh pejuang yang lain. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang kenalannya yang turut sama memperjuangkan Islam di sekitar tahun 1970an. Ternyata kesudahan kedua-dua mereka sangatlah berbeza.
Abuya mula menulis tentang perbezaan di antara orang roh dengan orang akal seawal tahun 1983. Beliau telah menjadikan zikir Aurad Muhammadiah sebagai pegangannya lalu orang pun menggelar jemaahnya sebagai sebuah gerakan sufi.
Pada zaman ini, pejuang tanpa tarikat lebih popular digelar sebagai pejuang Islam moden. Walhal, perjuangan Islam sebenarnya ialah perjuangan untuk membangunkan roh tauhid di dalam hati, supaya manusia menjadikan seluruh hidupnya hanya untuk Allah, sebagai cita-citanya. Itulah ikrar yang kita lafazkan setiap kali bersembahyang di dalam doa iftitah.
Sesungguhnya orang akal itu ialah pengikut Yahudi.
Sesungguhnya orang roh itu ialah pengikut Rasulullah SAW.
Dalam Islam, Roh Suci dan Seks Suci Islam in wujud. Dalam Islam yang sebenar, yang asli, di dalamnya terdapat hakikat roh suci dan seks suci. Kedua-dua bidang ini ada di dalam Al Quran dan Hadis, tetapi akal Yahudi sudah melenyapkannya dari kehidupan umat Islam dengan cara menyelewengkan tafsiran ayat-ayat Quran yang berkaitan.
Mengapa? Sebab kedua-duanya adalah anak kunci kekuatan Islam. Bila kedua-duanya seolah-olah lenyap, maka menjadi lemahlah Islam. Jadilah kini umat Islam sebagai tawanan Yahudi, bukan sahaja di sudut lahir, lebih-lebih lagi dari segi mental.
Di dunia yang dikuasai pemikiran Yahudi inilah, jemaah Abuya begitu dimusuhi sekali. Namun, oleh kerana perjuangannya adalah merupakan pakej jadual Allah di akhir zaman, maka walau telah beberapa kali diharamkan pun, tetaplah ia terus hidup.
“Inilah janji Allah” kata Abuya.
Kuasa Allah dan Rasul, masakan boleh ditewaskan oleh kuasa makhluk?
Seperti
handphone rosak, roh manusia yang gelap gelita, tidak berhubung dengan
Tuhannya. Sukar untuk disucikan. Ia menjadi wadah syaitan dan nafsu yang
menjadikan cinta kepada dunia dan isinya, sebagai nombor satu. Allah
dan Rasul menjadi samar-samar, malah dipersoalkan..
Percayalah wahai umat Islam, bahawa kita
beruntung dilahirkan di waktu ini. Yang tadinya kita sudah tidak tahu
menahu lagi perihal siapa sebenarnya kita ini di dunia, tetapi Allah
telah memilih kita untuk menyaksikan peristiwa pengulangan kebangkitan
Islam di dunia ini. Kita akan melihat bagaimana Allah menghancurkan
Yahudi musuhNya itu dan dunia ini akan Allah Islamkan semula!
Orang Islam wajib tahu bahawa Yahudi musuh Tuhan itu, sangatlah jahat, mereka merancang untuk menNERAKAkan semua penduduk bumi terutama yang Islam.
Kononnya syurga itu khas untuk orang Yahudi saja. Bukankah dalam protokol gerakan Yahudi (Zionis) ini, jelas terdapat rancangan-rancangan jahat mereka kepada dunia dan sekarang terbukti Yahudi sudah berjaya membinasakan Islam dan umatnya!
Salah satu perkara besar yang dicabut dari umat Islam ialah persoalan roh atau hati. Ayat Al-Quran yang berkaitan dengan roh diselewengkan. Kononnya Allah tidak membenarkan manusia berbincang tentang roh, sebab itu hanyalah urusan Tuhan semata-mata. Padahal Rasulullah SAW, para sahabat dan para ulama muktabar sangat memperjuangkan hal roh dan alam roh, kerana sangat beriman dengan-nya walaupun tidak masuk akal.
Akal tidak mampu memahami hal-hal roh, hanya Rasulullah SAW serta mereka yang terpilih yang faham. Jadi orang mukmin diperintahkan untuk taat semata-mata kepada Allah dan RasulNya tentang soal roh.
Roh Suci dalam Islam, bukan sahaja dapat berhubung dengan Tuhannya,
merasa cinta dan rindukan Allah dan Rasul, malah diberi ilham dan
petunjuk yang mencahayakan hati kepada terang benderang. Hatinya
terpimpin dan sukar ditembusi syaitan yang menipu. Perjalanan hatinya
jelas dan rohnya terpandu…
Namun, orang Islam hari ini memutuskan hubungan dengan segala hal-hal
rohaniah dan alam roh yang ghaib itu. Sedangkan kita wajib beriman
dengan alam ghaib dan dengan segala sesuatu tentang roh suci dalam Islam
ini.Hati dan roh itu kebolehannya ialah merasa perhubungan dan bercakap-cakap dengan Allah dan Rasulullah yang kedua-duanya ghaib. Hati adalah jauh lebih hebat dari akal kerana akal sangat terbatas jangkauan fikirannya. Sedangkan hati boleh menembusi ‘border’ (sempadan) dunia untuk menemui Allah dan Rasul. Hati boleh merasakan cinta dan takutkan Allah serta merindukan Rasulullah SAW sedalam-dalamnya.
Padahal akal pula, sanggup mempersoalkan Allah, kerana ragu.
Orang Islam, khususnya Islam yang mukmin (beriman) akan memanfaatkankan hati sebagai alat penghubung dirinya dengan Allah. Memang untuk itulah Allah menciptakan hati di dalam setiap insan. Yakni supaya cinta paling utama (agung) itu akan diberikan kepada penciptanya atau tuan punya manusia.
Hati yang mengenal Tuhan akan jatuh cinta paling mendalam kepada Allah dan RasulNya. Sebab hati yang merindukan Nabi Muhammad itu akan selalu bersalawat kepada baginda. Dengan ini, nescaya akan terhubunglah hatinya dengan Allah. Sebab tugas Rasulullah (pesuruh Allah ) itu, ialah membawa hati-hati yang merindukan baginda, kepada Allah SWT.
Tanpa perhubungan hati dengan Rasulullah, hati sebagai ‘alat perhubungan’ @ ‘handphone’ roh, tidak akan mampu sampai kepada Allah. Rasulullah itu ibarat jambatan penghubung hati manusia dengan Allah.
Alangkah ruginya manusia selama ini, kerana alat paling mahal yang Allah pasangkan di dalam diri manusia supaya boleh menghubungi Allah, disia-siakan begitu sahaja. Hanya digunakan untuk cinta-cinta monyet, mencintai yang binasa, mencintai dunia.
Siapakah perancang yang memutuskan talian Allah kepada manusia ini? Dialah Yahudi Laknatullah! Dunia sekular ciptaan Yahudi ini telah begitu berjaya membuatkan umat Islam putus talian kepada Allah dan Rasul. Mereka dilalaikan dengan segala agenda, alat perhubugan sosial dan media Yahudi yang menghubungkan sesama manusia. Tuhan dan Rasul bagaikan tiada, tidak wujud dalam hati umat Islam!
Orang Melayu terlalu dibuai khayalan roh jahat, pelesit, pochong, sehingga begitu prejudis bila istilah Roh Suci diperkenalkan. Kalau roh jahat lebih hebat dari Roh Suci dalam Islam, sudah lama Islam kalah, kerana OWNER Roh Suci yakni Allah SWT pun tak mampu memenangkan orang-orang yang berjuang dalam agamaNya yang dirasuk roh jahat tak sudah-sudah….
Source : Heliconia Weblog
No comments:
Post a Comment