Saya
percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca
kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah
disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah
SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Aku
telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah
satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku
sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}
Imam
Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah
mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada
mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya
menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan
menyembunyikan ilmu.
Ini
adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina
Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang
disekelilingnya :
"Aku
mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir
zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak
mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun
berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah
kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat
bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka
ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.
Tidak
lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang
lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr'
(kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju
dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung
tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."
"Pada
dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam,
Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir,
oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang
Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah
peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki
untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada
bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan
Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu -
lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai
dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.
Dan
di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah
satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun'
sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam
liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia
berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu.
Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia
adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat
al-Mahdi al-Amin."
"Pada
dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau
tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk
dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya
ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai
(Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di
negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya
Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu
dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu
berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh
negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju
yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi
melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya
dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.
Dia
yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua
akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari
ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak
panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka.
langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi
mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua
kekufuran."{2}
Huraiannya adalah seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni
kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah
dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun
1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti,
jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira
dua tahun lagi.
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan
benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah,
satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.
Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud
peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita
sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada
diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}
Wallahualam...
Nota akhir :
1.Hadith riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. LihatHuru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3.Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51
No comments:
Post a Comment