Apakah keajaiban manusia-manusia dan umat Akhir Zaman ? Kadang-kadang kita kurang peka untuk menilainya sehingga kita melihat semuanya dalam keadaan baik. Namun, bila kita teliti dengan mendalam, kita akan menjumpai banyak keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman ini. Keajaiban yang dimaksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik lainnya. Tetapi mengenai cara berfikir manusia di akhir zaman ini.
Bila seorang ketua atau pemimpin melakukan korupsi berbilion dan bahkan trilion dollar, maka mahkamah dengan mudah mengatakan kes tersebut tidak mempunyai bukti untuk menahan dan mengadilinya.
Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan (lemah), dengan mudah dia ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara, sedangkan mereka hanya mengambil sekeping roti, itupun kerana lapar.
Bila
ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam,
Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya, di negara-negara Islam, maka dengan
bersengaja orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat,
berekspresi dan kepelbagaian menafsir ilmu agama.
Namun,
apabila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan
umat Islam untuk konsiten mengamalkan ajaran agamanya, maka orang dengan
mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan
tidak mampu berdakwah dengan hikmah, dan dicurigai sebagai seorang
pengganas.
Apa
saja yang dicatatkan dalam buku-buku moden barat,surat khabar dan
majalah, dengan mudah orang mempercayainya. Membaca dan mempelajarinya
dianggap lambang kemajuan.
Malah, sesetengah masyarakat moden ,ada juga yang mempelajari catatan didalam kitab Al-Qur'an
Akan
tetapi, apa yang tercantum di dalam Al-Qur’an belum tentu dipercayai
dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal
Al-Qur’an itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang tidak diragui lagi.
Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari setiap sudut ilmu
pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan bahawa mengajarkan
Al-Qur’an membuatkan seseorang menjadi pengganas.
Sebilangan
besar masyarakat termasuk yang mengaku Islam, yakin dan bangga dengan
sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka
yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka tidak tenang dan
mereka selalu menghadapai perbagai kezaliman dan ketidak adilan dari
para pemimpin mereka. Mereka masih boleh berkata : inilah jalan hidup
yang sesuai dengan akhir zaman.
Namun,
bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam,
maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu adalah tidak sesuai di
zaman moden, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam
itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan
dunia dan akhirat dan Allah tidak menzalimi hamba-Nya.
Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya.
Namun,
jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang
menuduhnya fundamentalis atau teroris yang dicurigai, khususnya ketika
berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.
Ketika
seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya,
orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya.
Namun,
apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka
orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan
kehidupan zaman moden. Padahal yang menuduhya itu adalah para pendokong
demokrasi, yang mempunyai prinsip setiap orang bebas menjalankan
keyakinan masing-masing.
Bila
wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah
dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela
berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan
keluarganya.
Namun,
bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya, mendidik
anaknya, maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus
dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki.
Setiap
mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya,
dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan
mengekpresikan diri.
Namun,
bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai
pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan
tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka.
Bila
anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka
ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah untuk mengasah bakat,
kecerdasan dan kreativiti anak tersebut.
Namun,
bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang
akan mengatakan bahawa pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan
dan masa depan.
Ketika
Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke
negeri Islam khususnya di Paestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya,
tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka
mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat
Muslim di sana.
Akan
tetapi, apabila kaum Muslim melawan Yahudi untuk mempertahankan
Palestin, atau Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti
mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai
pemberontak dan pengganas.
Bila
seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka
semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.
Namun,
bila orang Palestin melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan
anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari keganasan tentara Israel,
atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel,
atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari kerakusan pasukan
Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? Kerana dia adalah
seorang Muslim.
Bila
anak-anak Yahudi diajar perang dan menggunakan senjata untuk membunuh
kaum Muslimin Palestin, maka orang akan mengatakan bahawa apa yang
mereka lakukan itu adalah untuk membela diri mereka.
Namun,
bila anak Palestin belajar melomparkan batu menghadapi tentera Yahudi
yang dilengakapi dengan kereta kebal dan senjata canggih lainnya ketika
menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh
mereka melakukan kejahatan dan perlu ditangkap, dipatahkan tangannya dan
dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.
Inilah
sekelumit keajaiban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita
menentukan yang baik dan yang jahat, atau kita akan menjadi korban
keajaiban akhir zaman?
No comments:
Post a Comment