Monday, August 13, 2012

ERA KASIH SAYANG : Doa dan Ucapan Dari Rakan-rakan Facebook Sempena Hari Jadi


Aku Tuntut Hak Kelahiranku
Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi approve saya
Saya Khairul dari Pulau Pinang
semoga kita dapat merapatkan ukhwah
Happy birthday Dp Ayahanda Soria Ramli..
Happy B-day..
smoga dipanjangkan umurny,slaluu diberi kesihatan,n’ditambahkan rejekiny..
amiiiin...
dlm rahmat n dlm kendongan bahagia sokmo wt demo gu...........
Happy B’day...wish u all the best
selamat ulang thn ayah
Selamat berpuasa dan selamat meyambut hari lahir Tn DP Ayahanda Soria Ramli ..semuga tn sentiasa diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan bersama org2 tersayang.
MET ULTAH...
Happy Birthday!
hb
selamat mnyambut hari ulang thn kelahiran......
slmt ulang thun kelahiran...:)
salam ukuwah n slmat hari lahir ayahanda.....
slmt ulangtahun kelahiran semuga terus drahmati
hppy birthday
Selamat menyambut ulangtahun ke;lahiran. Semoga sehat sejahtera selalu murah rezki damn panjang umur
selamat ulang tahun semoga dikurniakan kesihatan dan rezeki amin
Happy bufday
SELAMAT HARI JADI...SEMUGA SENTIASA CERIA2 SELALU.....
Happy Birthday...May Allah Bless you with the Best of Everything...ameen
happy besday
happy besday to u
happy birhday
happy birthday....wish u all the best !!!
hepi besday...May Allah bless u always..Amin..
Ya Allah. dengan kemuliaan dan keberkatan Surah Al Fatihah, Engkau rahmati dan berkati kehidupan DP Ayahanda Soria Ramli sekeluarga dan kehidupan kami semua..Al Fatihah..
Selamat Hari Lahir Ayahanda.Moga sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.
Happy birthday..
Wish u happy birthday and all the best.
selamat hari lahir sahabat
Selamat hari jadi ye. moga di panjangkan umur & dimurahkan rezeki
epy bezday
selamat ulang tahun.....moga diberikan keberkatan yg berpanjangan......
epi..besday..
Happy Birthday...
happy birthday abang DP Ayahanda soria Ramli semoga panjang umur murah rizki sehat selalu n sukses selalu amiiin
happy birthday
hb
Happy Birthday.......... Panjang umur N Sahat selalu
selamat ulang thun..moga dpnjngkn umur dan dmurahkn rezeki..
assalammualaikum.w.b.t..selamat ulangtahun kelahiran..semoga panjang umur dimurahkan rezeki..dimuliakan didunia dan akhirat..
SELAMAT HARI JADI, SEMOGA PANJANG UMUR DN MURAH REZEKI.
Smg panjang umr abg smg sht slalu ye
HB
Hepi Bestday!!! Muga panjang umur dlm mengtauhidkan Allah, dihujani rezeki yg halalan toyyiban, sihat ceria dlm beribadah dan dianugerah dgn Kebesaran & Kemuliaan LAILATUL QADAR. Ameenn..!!!
selamat ultah mg bahagia
Selamat memperingati hari lahir., semoga Allah SWT memberkati..
hb
hapy bezday ..
Happy Birthday DP Ayahanda Soria Ramli....
~happy birthday~
Assalamualaikum Ayahanda selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki
selamat hari jadi
Selamat Hari Lahir,...selalu sehat dan selalu diberkahi,....
happy birthday
mat mnymbut ulgthun klahiran ayhanda soria ^^...smoga lbih drahmati,amin
apy bzdy...
Happy birthday !!
happy birthday,,,semoga bahagia bersama keluarga tercinta
salam ukhwahh dari adik(kopi) semoga ayah siohat selalu dan dirahmati oleh allah swt..amin..
Happy Birthday God Bless You
SALAM RAMADAN FROM BERLIN...SELAMAT HARI JADI AYAHANDA . SEMOGA HIDUPMU DILIMPAHI RAHMAT DAN SEJAHTERA SELALU DALAM PERLINDUNGAN ALLAH SWT...IrRINA MOHD@HAJAR ASWAD...
SELAMAT HARI JADI
alhmdllah,di bulan yang mulia dan berkat ini,masih diberikan nikmat ksihatan dan kenikmatan dalam kehidupan,smentara ruang dan pluang yg diberikan ini dipanjatkan keberkatan dan kerahmatan darinya.
Happy Birthday..........
Assalamualaikum. Selamat ulangtahun kelahiran. Moga rezeki makin melimpah ruah, sihat & ceria selalu....
Happy Birthday..
slmt hari lahir tuan..
happy best day dan salam ramadha..
selamat ulangtahun ia..
happy birthday
Salam hari kelahiran. Smg sentiasa dlm perlindungan-Nya...
Happy Birthday
selamat hari lahir tuan DP Ayahanda Soria Ramli ,
smoga dipermudh kn sgala urusan ~ amin
assalamuailaikum......... ayah sya ucpankn slmt hri lahir kt ayah smga allahs.w.t pnjngkn umr ayah dan jgk murahkn rzeki....... amin
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS...
HP bday dp ayahanda.....semoga panjang umur,murah rezeki.......main
happy bessday
selamat menyambut hari jadi ke 45
Kepada Sahabatku DP Ayahanda Soria Ramli
Setiap tahun akan tibalah detik untuk kita merenung semula lembaran hidup kita dan bersyukur kita masih diperpanjangkan usia untuk terus menikmati kehidupan. Moga diberikan limpahan kesejahteraan dalam lindungan lembayung rahmat Ilahi. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran !!!
Every year the day will come for us to reflect on the past and look forward to the future with hope and determination. May you be showered with great tidings and may whatever you wish for will come true. Happy Great Birthday ....
selamat ulangtahun kelahiran...semoga sentiasa dilindungi Allah...
Selamat Ulang tahun kelahiran, semoga dimantapkan iman, ditingkatkan amalan, diberkati segala rezeki, dimudakkan segala usaha, dibuka segala jalan2NYA, bahagia dunia dan akhirat..amin”
hb
hepi besday ayah
Happy birthday.semoga panjang umur n murah rezeki
Happy B’day Dato’,,,
SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN ANDA SEMOGA SEHAT DAN DI MURAHKAN REZKI.
Happy Birthday....semoga bhgia didunia n bhgia diakhirat...
Selamat hari jadi..panjang umur murah rezki
hepi besday
happy birthday to u....
Semoga Allah memberkati usaha dan usia mu ... Aamiin.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran.
selamat hari lahir
happy birthday..
H̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅P̲̅][̲̅̅P̲̅][̲̅̅Y̲̅] ★[̲̅̅B̲̅][̲̅̅I̲̅][̲̅̅R̲̅][̲̅̅T̲̅][̲̅̅H̲̅][̲̅̅D̲̅][̲̅̅A̲̅][̅Y̲̅]
Ù©(-̮̮̃-̃)Û¶ ¸.•*¨‘*ིྀღ •♫♪ ¸.•*¨*•♫♪
░H░A░P░P░Y░ (¯”•.¸¸.•”¯) ░B░I░R░T░H░D░A░Y░ ♪♫•*¨*•.¸¸♫♪
semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki selalu hendaknya..amin..
selamat hari lahir
assalam’kom dan selamat ulang thn kelahiran yg ke 45 thn smga panjang umor n smga beroleh keberkatan hendaknya
Selamat Hari Lahir encik.. .
Smoga mnjd manusia yg trbaik, di dunia dan di akhirat..
Milad yg penuh kemuliaan dari Tuhan dgn berkat dan kmuliaan bulan Ramadhan.. .
Allah bless you always.. .
Many many happy returns of the day...Allah bless u always.........
selamat hari jadi
Selamat hari jadi ya pak,semoga panjang umur,sihat dan berbahagia slalu bersama keluarga.
Sanah Helwah Ya DP Ayahanda Soria Ramli..Semoga dipanjangkan umur dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta..amin..
..hepi beday..
Selamat Ulang Tahun.
Selamat Hari Lahir ... semoga panjang umur,murah reziki dan sentiasa diberkati ....
hepi besday, boh....samo besday ngae abe mie ruponyo.....
Happy birthday teman. Semoga maju jaya dan sihat ceria bersama keluarga tersayang
Selamat Hari jadi Tuan
Selamat hari Lahir.....
salam ulangtahun kelahiran
hb :)
happy birthday..
HB.
happy birthday
happy birthday
selamat hari jadi, moga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki
trm ksih DP...
Assalam, selamat hari lahir...mudah2an ALLAH merahmati anda sekeluarga... utk makluman...HAB HALAL kami menyediakan perkhidmatan Penghantaran Terus Ke Rumah Pelanggan. Pelanggan blh tempah secara ‘online’ or ‘SMS’. Sempena ulangtahun pertama, kami menawarkan harga istimewa kpd pelanggan kami: NR Bashirah Khal Date Cider rm42/kotak, Susu Higoat rm 29/kotak, susu Hiraq rm18/kotak, smart cocoa rm19/kotak, kopi arabica rm25/pek, Coklat Minda rm47/kotak dan berbagai PRODUK MUSLIM. Kos POS Percuma utk Pembelian MINIMA rm150.00. Hubungi kami 0132917012, Usrah Halal Market wisma MAIS sek 3 Shah Alam.

 


 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Terjemahan Surah Al-Jathiyah (45)


 [1]Haa, Miim.

[2]Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[3]Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

[4]Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.

[5]Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

[6]Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

[7]Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -

[8]Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[9]Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.

[10]Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.

[11]Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[12]Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

[13]Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

[14]Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.

[15](Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.

[16]Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.

[17]Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

[18]Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

[19]Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).

[20]Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

[21]Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.

[22]Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

[23]Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

[24]Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

[25]Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain daripada berkata: “Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) kalau betul kami orang-orang yang benar!”

[26]Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat – (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)”.

[27]Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.

[28]Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!

[29]“Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!”

[30]Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

[31]Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?

[32]“Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ‘, kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya ‘.”

[33]Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu!

[34]Dan dikatakan (kepada mereka): “Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

[35]“(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia”. Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).

[36](Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, – Tuhan sekalian alam.

[37]Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


No comments: