Akhir-akhir ini, isu Anwar dan Yahudi, Isu UMNO dan Yahudi..Hakikatnya Sistem Politik yang Parti Politik di Malaysia ikuti ialah Sistem Politik Yahudi. Pelik Tapi Benar..Inilah realiti hari ini pemimpin Parti Politik di Malaysia tanpa mereka sedar sebenarnya sedang dendangkan Lagu Bangau Oh Bangau.. Akhir sekali Yahudi akan tamatkan lagu itu.. "MEMANG ANGKARA AKU"
Untuk lebih lanjut membahaskan isu di atas, alangkah eloknya kita sama-sama melihat klip Video ini kita renung-renungkan maksud yang tersirat berdasarkan tajuk blog..
" Anak-anak Kita Sedang Tertawakan Kita Semua".. Atau kita siarkan lagu yang sama tetapi di nyanyikan oleh SENARIO.. Melakonkan watak-watak yang memberi sindiran yang .... bagi kita yang dewasa ini. Pasti sekali anak-anak yang menonton Klip Video ini akan tertawa melihat kebo.... | .. | Angkara Yahudi Politik Islam Membawa Kasih Sayang : Parti Allah Politik Islam yang sebenarnya Politik pilihan raya bercanggah dengan Islam Teknik Perjuangan Politik Yang Tidak Islamik Lihat firman-Nya dalam surah Ali Imran:
|
Pertamanya kita bersama kongsi;
Teknik Penjajah men’design’kan Melayu jadi ‘Bodoh & Miskin’
Islamnya Sultan Melaka tersebut, maka Islamlah rakyatnya. Dikatakan sejarah bahawa 3/4 Semenanjung diIslamkan kerajaan Melaka…?
Begitu mudah sekali… tanah Melayu diIslamkan, tanpa peperangan.
Tidak sampai 100 tahun selepas itu, sejak penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511, penjajah Nasrani telah saling bertukar ganti menjajah Tanah Melayu, Belanda, British silih berganti.
Malang, hasrat mereka mengKristiankan orang Melayu gagal, namun mereka berjaya melumpuhkan kekuatan dan memperkotak katikkan kekuatan Islam dan maruah bangsa pribumi tanah ini.
Yang menjajah kita dahulu adalah Kristian, musuh nombor dua selepas Yahudi.
Matlamat Penjajahan:
1. Mengaut keuntungan ekonomi negara jajahan untuk membangunkan negara mereka
2. Merosakkan agama pribumi, setidak2nya melemahkan agama Islam, supaya umat lemah beragama walaupun tidak bertukar ke agama Kristian.
Huraian 1
Penjajah membuka estet2 yg luas, lombong2 bijih timah, emas.. diperah sungguh2 khazanah bumi Malaysia ini..bila kemerdekaan diberi, yang tinggal hanyalah sisa2nya sahaja. Segala kekayaan itu telah dibawa balik ke England untuk membangunkan England. Jadi sekarang bila kita mahu bangunkan negara aset2 bumi sudah habis, termasuk kayu balak yg tinggal sedikit kecuali di hutan2 simpan.
Maka sekarang untuk membangunkan ekonomi kita terpaksa membuat perniagaan, [*mengemis simpati para pelabur asing] dengan jalan pelancongan dsb.
Huraian 2
Membuat polisi sekular supaya umat Islam tidak belajar agama. Tidak ada satu sekolah agama pun yg dibangunkan kerajaan British semasa penjajahan. Pada masa yg samamaksiat dimasukkan sebanyak2nya. termasuklah filem2 dan kebudayaan barat., pergaulan bebas digalakkan, ditubuhkan kelab2 malam, pembukaan aurat dan perzinaan turut digalakkkan.
Mereka mewujudkan institusi Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Pejabat mufti, kadhi diserahkan di bawah Sultan kerana penjajah tahu golongan diraja pun tak berapa faham agama.
Bila kekuasaan agama diserah kepada Sultan, maka para Sultan berkata..
” Baiknya orang putih ni, mereka tak ganggu agama Islam”
Maka penjajah sudah menipu raja2, mufti dan para kadhi seluruh umat Islam.
Islam hanyalah tinggal pada zakat, haji, nikah kahwin, faraid, [serta undang2 terpilih di mahkamah syariah] sahaja.
Dasar Pecah Perintah.
1. Memasukkan bangsa2 asing
sebanyak2nya dari India dan Cina yg dijadikan buruh2untuk membangunkan ekonomi. Kaum Cina diberi peluang untuk kaya cepat keduaselepas orang putih. Dalam jangka masa panjang maka akan timbul ketidakpuashatian orang2 Melayu akan kekayaan bangsa pendatang itu. Tujuan utamanya adalah supayagolongan pribumi dengan pendatang ini tidak bersatu.
2. Raja dan rakyat dipecahkan.
Institusi beraja hanya rapat dengan penjajah, bukan dengan rakyat. Maka jurang raja-rakyat bertambah jauh, rakyat menganggap raja bagai kayangan,raja pula bangga dapat bergaul mesra dengan orang putih.
3. Pentadbiran disekularkan.
Tampuk2 penting dipegang penjajah. Yang mentadbir dibawahnya adalah orang2 Melayu yang dihantar belajar di England, supaya pandai mentadbir mengikut acuan penjajah. Yang dihantar adalah anak2 raja dan anak2 pembesar.
Di sana mereka disogokkan dengan maksiat, pergaulan bebas, bila pulang ke tanah air tidak menghiraukan agama. Walau tidak masuk Kristian, perangai mereka lebih orang putih dari orang putih sendiri. Mereka sudah kurang bergaul dengan bangsa Melayu.
4. Pihak berkuasa agama merasa megah.
Para mufti, kadhi hanya sekali2 berjumpa dengan rakyat kerana mereka diasingkan. Lahirlah golongan elit yg beragama. Jika ada permasalahan rakyat tentang agama, mereka tidak akan menyalahkan penjajah, sebaliknya menyalahkan Sultan kerana kuasa itu di tangan Sultan. Namun dalam masyarakat Melayu, siapa berani tegur Sultan?
[* Diceritakan sejarah antara Sultan yg pertama sekalimenunaikan fardhu haji adalah Sultan Hishamuddin Alam Shah pada tahun 1952…]
5. Sebelum ‘mengurniakan’ kemerdekaan, sudah disiapkan ‘design’ masyarakat bagaimana yg dimahukan oleh penjajah. Polisi ini sudah disiapkan awal2 lagi, lebih awal dari seratus tahun sebelum kemerdekaan diberi. – Design itu adalah Melayu Bodoh & Miskin
Kaum pendatang dari Cina yg memang diketahui kuat bekerja ditonjolkan ke hadapan dengan diberi penguasaan dalam ekonomi contohnya lombong bijih timah. Mula2 dijadikan buruh, lama2 golongan yg berpengaruh antara mereka sendiri yg menguasai perindustrian ini atas bantuan penjajah dan raja2 sendiri.
[ *Org Melayu diasingkan dari kaum Cina dan aristokrat serta raja2 walaupun kaum Melayu ini juga terdiri dari kaum pendatang dari kepulauan Indonesia seperti Bugis, Jawa, Minangkabau, Mendeling dll.
Pada tahun 1889, penjajah menubuhkan Malay Agricultural Settlement utk mengasingkan penempatan org Melayu di bandar2.
Yap Ah Loy : Orang kaya bijih timah Cina yang serba sedikit di'design' British
Di Kuala Lumpur umpamanya, kaum Cina dan ketua mereka mendapat dominasi kegiatan mendulang bijih timah, namun org2 Melayu diasingkan di Kampung Baru untuk menanam padi diguna memberi makan kaum2 lain disamping dibuka sekolah teknik Perempuan utk diajar memiliki kemahiran pandai perak, pandai besi, pandai rotan, menganyam tikar, dll.
Orang2 Melayu di Kg Baru juga diambil bekerja menjadi peon pejabat atau pemandu kereta lembu pihak penjajah atau golongan kaya Cina]
Anak2 Melayu juga diajar setakat cukup2 makan di sekolah2. Sebelum merdeka, kelulusan tertinggi adalah sekolah rendah setakat darjah 5, 6, kemudian sudah layak menjadi guru, lama-kelamaan menjadi guru besar. Jika dihantar ke England pun sebentar, untuk dicelup dengan fikiran penjajah. Disebabkan wujudnya sistem yg dicipta penjajah, walaupun kaum Cina baru datang ke tanah Melayu, merekalah yg diberi segala peluang ekonomi, maka lama kelamaan anak2 kaum Cina ini akan dihantar ke England, dan menjadi jauh lebih pandai dari anak Melayu.
Maka racun ini berjaya. Melayu: Miskin+Bodoh berbanding kaum lain.
[* Atas permintaan kaum diraja sendiri, pada tahun 1890 sebuah sekolah Inggeris dibina berhampiran Gombak Lane untuk mengajar anak2 raja dan anak2 pembesar Selangor.Guru besarnya seorang paderi bernama Frank William Haines. Pada tahun 1905, juga telah dibuka sekolah Inggeris utk anak2 raja dan pembesar iaitu Malay College di K.Kangsar]
Malay College Kuala Kangsar [ Boys' School ]
6. Salah satu syarat merdeka adalah semua rakyat harus menjadi warganegara. Maka kaum yang baru datang pun dengan mudah mendapat taraf warganegara walaupun syaratnya kaum lain tidak boleh memerintah negara.
Namun sistem yg ada menyebabkan kekayaan itu masih menjadikan mereka penting dalam negara, hanya sekadar tidak mendapat tampuk pemerintahan. Jadi bila wawasan penjajah berjaya, iaitu memiskinkan dan membodohkan orang Melayu Islam, maka kemerdekaan pun diberikan. Akhirnya walau merdeka, orang Melayu masih juga bersandar kepada London.
7. Sisa sistem politik yg ditinggalkan penjajah adalah demokrasi yg mencetuskan berbagai2 parti, maka setelah penjajah balik negeri, orang2 Melayu masih tidak bersatu. Agama dijadikan parti2 dan dijadikan berlainan ideologi. Maka perpecahan kaum Melayu masih berpanjangan hingga sekarang. Yang gembiranya adalah bekas penjajah yg menonton dari jauh.
‘Kesilapan’ kaum Cina semasa sebelum merdeka adalah masuknya fahaman Komunis di kalangan mereka. Jika mereka membawa demokrasi, sudah tentu penjajah telah memberikan tampuk pemerintahan negara ini kepada kaum Cina.
Komunis memang dimusuhi pihak British. Inilah yg sudah berlaku di Palestine. Kaum Israel yg menguasai ekonomi berjuang menjadikan demokrasi sebagai alat, maka disebabkan faktor ekonomi, tanah2 Palestine jatuh ke tangan mereka.
Orang Melayu hampir sahaja senasib dengan Palestine jika bukan campur tangan fahaman Komunis yg meresap kedalam perjuangan kaum Cina suatu waktu dahulu.
Hakikatnya Allah masih memelihara bumi Malaysia untuk terus diperintah orang Islam.
Kuliah : Sheikh Imam Abuya Ashaari Muhammad Tamimi
Lapan Faktor Kemunduran Suatu BangsaIslam adalah agama yang selamat dan menyelamatkan, untuk menjadi penyelamat tidak cukup dengan hanya memiliki ilmu Akhirat atau ilmu hukum hakam semata-mata.
Memiliki ilmu dunia, sangat membantu dalam memperjuangkan Akhirat. Bahkan ilmu dunia itu boleh di Akhiratkan atau boleh dijadikan ibadah.
Adalah menjadi kesalahan kepada pejuang-pejuang Islam yang tidak berminat dengan ilmu-ilmu dunia.
Keselamatan kita di Akhirat ditentukan bagaimana kehidupan kita di dunia.
Mari kita lihat kata-kata hukama yang berbunyi
“Manusia itu tabiat semulajadinya adalah makhluk yang maju.”
Apa maksud makhluk yang maju?
Tuhan telah menyiapkan kekuatan-kekuatan dalam diri manusia membolehkan manusia itu maju dan hendak maju.
Maka kalau manusia menggunakan alat-alat yang ada dalam dirinya, dorongan, kehendak-kehendak, ransangan-rangsangan untuk maju, kemudian menggunakan alat-alat yang ada pada dirinya juga seperti kekuatan akal fikirannya misalnya, maka manusia itu boleh maju.
Berbeza dengan haiwan. Dari mula-mula sampailah beranak cucu, budaya hidupnya tidak berubah.Haiwan tidak ada alat dalam dirinya, tidak ada dorongan untuk ia berubah atau bertamadun.
Sebab itu manusia di zaman awal-awal dahulu, di zaman batu, keupayaannya lebih sedikit sahaja dari haiwan. Ada yang duduk atas pokok, gunakan sumber air semulajadi, ada yang makan daging mentah. Lama-lama mansuia berubah sebab ada rangsangan dalam dirinya. Ada kehendak, kemahuan dan akal pun memikirkan bagaimana hendak membuat pembaharuan.Akal pun menggunakan alat-alat yang ada dalam dirinya untuk mendapat satu kemajuan.
Begitu juga dalam hal-hal pembangunan dan jalan raya. Dahulu, jalan raya hanyalah laut dan sungai. Sebab itu orang berkampung di tepi sungai dan laut. Tidak duduk di tengah hutan. Kalau duduk ditengah hutan pun, yang ada sungai.Kalau tidak, tak boleh hidup.
Tabiat yang ada pada diri manusia inilah yang merangsang dan mendorong untuk dia bertindak. Bila sudah terdorong, dia pun berkehendak maka dia merangsang otaknya untuk berfikir.
Maka otak pun berfikir bagaimana hendak berbuat. Kemudian ia arahkan angota fizikal untuk membangun.Akhirnya bersambung-sambunglah ilmu itu hinggalah dunia jadi macam sekarang.
Yang jadi masalah, walaupun ahli hikmah itu berkata, manusia tabiat semulajadinya boleh maju, tak ada beza apa bangsa atau etnik tetapi kita lihat ada bangsa yang sangat maju, ada yang sederhana dan ada yang seolah-olahnya hidupnya seperti 700-800 tahun lalu.
Antaranya penduduk di sesetengah tempat di Afrika. Rangsangan yang sama, dorongan yang sama, rasa hendak berubah sama, cara berfikir sama, kemampuan menggunakan tenaga lahir pun sama tetapi hasilnya tidak sama.
Foto Hiasan : Chinatown KL. Pandangan lazim di seluruh bandar2 di Malaysia
Kalau ada orang bertanya, mengapa ada bangsa yang maju sangat dan sebaliknya ada yang mundur? Bagaimana hendak menjawab?
Kalau yang bertanya itu orang bukan Islam, takkanlah kita hendak menjawab secara hukum-hakam Islam. Inilah masanya ilmu dunia itu sangat perlu.
Manusia itu fitrahnya sama tetapi hasilnya tidak sama sebab-sebab berikut:
1. MALAS
Bagi sesetengah bangsa, rangsangan ada, kemahuan ada tetapi bila hendak berbuat, terasa malas. Bila berfikir bagaimana hendak buat, perlu minta bantuan Tuhan, banyak cabaran, terasa malas. “Makan sahajalah apa yang ada. Biar sajalah. Hiduplah dengan yang ada.” Malas boleh menjadikan sesuatu bangsa itu tidak maju. Sayangnya kemahuan dan tabiat semulajadi manusia yang mengejar kemajuan tidak dimanfaatkan. Pendorong yang Tuhan sudah berikan itu tidak digunakan sepenuhnya. Kerana tidak tahan cabaran, akhirnya manusia menjadi malas.
2. BANGSA YANG PERNAH DIJAJAH
Bangsa yang malas, tidak berjuang tetapi bangsa yang rajin, berjuang. Bangsa yang rajin menjajah bangsa yang malas. Maka bangsa yang malas dijajah. Penjajahan memakan masa paling singkat 100 tahun. Malaysia dijajah selama 450 tahun. Orang yang rajin berjuang, menjajah negara orang yang malas.Penjajah ini dasarnya, mereka sekadar hendak mengambil khazanah harta jajahannya. Bukan hendak mendidik anak jajahannya. Hanya beberapa orang untuk membantu kerja mereka yang dididik. Yang lain, pandai-pandailah hendak hidup sendiri. Sebab itu jalan raya, bangunan dibina sekadar perlu.Ilmu pun dicatu. Macam saya [ Ustaz Ashaari ] dulu, sekolah setakat darjah 7 saja. Selepas itu jadi guru. Itulah juga orang yang jadi nazir dan guru besar. Penjajah hanya ambil 2-3 orang, dipandaikannya untuk bantu tadbir negara itu dan digunakan unutk tundukkan rakyat. Penjajah mempergunakan rakyatnya sendiri untuk menundukkan rakyat. Bila rakyat hendak bangkit, rakyat tidak marahkan penjajah tetapi marahkan tali barut-tali barut itu.
3. FAKTOR ILMU
Walaupun sebuah negara itu sudah merdeka tetapi ia tidak boleh maju kerana faktor ilmu. Hendak maju, hendak adakan bangunan pencakar langit, hendakkan jalan raya yang moden, tidak dapat kerana tidak ada ilmu.
4. FAKTOR2 ANAK2 DIDIKAN PENJAJAH
Kebanyakan negara-negara yang baru merdeka, sebelum itu penjajah menjadi pemimpinnya. Mungkin Amerika, Perancis, Sepanyol, Portugis, Itali dan Britain. Waktu pemimpinnya adalah penjajah, ada anak-anak tempatan yang dapat sedikit ilmu hasil dididik oleh penjajah. Bila negara dimerdekakan, maka kepada merekalah negara ini diserahkan. Takkan hendak serah pada orang yang tak ada ilmu. Penjajah menyerahkan negara itu pada orang-orangnya juga. Iaitu pada orang Melayu yang otaknya otak penjajah, orang Indonesia yang berotak penjajah atau orang Arab yang juga sudah berotak penjajah.
Dulu penjajah tadbir negara, sekarang otak penjajah yang ambil kuasa. Rupa tidak sama tetapi perasaan dan otaknya sama dengan penjajah. Hendak tukar rupa susah.Kalau hidungnya pesek, sampai tualah pesek.Tetapi otak dan jiwanya, penjajah. Bila penjajah balik kampung, kepada mereka diserahkan negara.
Bila negara diserahkan kepada orang yang berjiwa penjajah, yang masih berhubung dengan penjajah, maka mereka bukan hendak bangunkan rakyat tetapi semuanya masuk poketnya. Ada negara yang banyak bahan mentah dan hasil negara banyak tetapi tidak maju. Contohnya Indonesia, pemimpinnya kaya2…Sebab itu merekaberebut hendak jadi pemimpin. Bila negara mengamalkan demokrasi sesiapa pun boleh menjadi pemimpin. Masing-masing hendak berebut kerusi.Kenapa? Duit! Jadi wakil rakyat pun cukup untuk menjadi kaya.Inikan pula menjaadi Presiden.
Jadi sebab keempat mengapa sesuatu bangsa itu tidak boleh maju ialah kerana kepentingan-kepentingan pemimpin yang otaknya berotak penjajah dan jiwanya berjiwa penjajah, memerah hasil negara itu. Kalau maju pun hanya untuk beberapa kelompok manusia saja, tapi rakyat lain terbiar.
5. IDEOLOGI
Kita boleh lihat, mana-mana negara yang menganut ideologi komunis, negaranya tidak maju. Bukan mereka tidak boleh maju, tetapi itu disengajakan. Buktinya bekas Rusia yang kekuatannya boleh mencabar Amerika. Mereka hebat dibidang senjata tetapi kemajuan yang ada hubungan dengan rakyat, tidak ada. Rakyatnya hidup susah. Kemampuan sains dan teknologinya boleh cabar Amerika tetapi untuk rakyat, tidak ada kemajuan. Kerana begitu kehendak ajaran komunis. Kerajaan tidak mahu rakyatnya bermewah-mewahan. Begitu juga China Komunis. Sangat mundur. Sedangkan dibidang senjata boleh lawan Amerika tetapi majoriti rakyat luar bandar di negara yang besar itu masih memakai cangkul di sawah padi.
6. SENTIASA BERPERANG
Apabila satu negara itu tidak habis-habis berperang maka ia tidak boleh membangun. Contohnya AfgHanistan dan Iraq. Akibat perang, hendak membangun pun tidak boleh, tidak boleh membuat pembangunan dan berkemajuan.
7. KERANA TIDAK ADA PERPADUAN
Walaupun sesebuah negara itu tidak berperang tetapi kerana tiada perpaduan, kemajuan terbantut. Rakyatnya hidup sendiri-sendiri. Sedangkan kemajuan bangsa tidak boleh dibangunkan kecuali ada kerjasama. Mesti ada rasa bersama. Bertolong bantu. Jika tidak kemajuan hanya ala kadar saja.
8. TERLALU BANYAK JENAYAH DALAM NEGARA
Walaupun tak berperang tetapi bila jenayah terlalu banyak dalam negara maka susah untuk maju. Ini juga menggangu untuk membangun.Penjenayah-penjenayah ini mencari makan & mengambil kesempatan atas pembangunan lahiriah itu.
Itulah lapan sebab terbesar mengapa manusia tidak boleh maju sedangkan fitrah manusia sama. Kalau fitrah tidak disekat, tidak ada halangan, tidak ada cabaran, maka semua manusia boleh membangun. Tetapi lapan halangan ini membuatkan semua bangsa di dunia tidak seimbang.
KULIAH OLEH ABUYA ASHAARI MUHAMAD AT TAMIMI
No comments:
Post a Comment