Sebelum ini saya telah huraikan tentang adanya kebenaran yang dijanjikan dan kebenaran yang tidak dijanjikan. Yakni perjuangan Islam itu ada yang dijanjikan oleh Allah dan ada yang tidak dijanjikan. Yang dijanjikan itu adalah kerana pemimpinnya ditunjuk dan dijanjikan manakala yang tidak dijanjikan itu ialah pemimpinnya tidak ditunjuk atau dijanjikan oleh Allah dan Rasul.
Telah saya sebutkan bahawa pemimpin kebenaran yang dijanjikan itu ada yang ditunjuk oleh wahyu, ada yang ditunjuk oleh Hadis dan juga ilham. Contoh-contoh pemimpin kebenaran yang diisyaratkan oleh wahyu ialah Rasulullah SAW sendiri, semua rasul, Thalut dan Zulkarnain. Manakala pemimpin yang ditunjuk oleh Hadis ialah sekalian Khulafaur Rasyidin. para mujaddid, Muhammad Al Fateh. Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Demikian jua ilham oleh para wali, mengesahkan atau menunjukkan siapa mujaddid, siapa Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi serta siapa yang Rasulullah sabdakan sebagai ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik, yang akan menawan kota Konstantinopel. Pemimpin yang baik yang membawa kasih sayang.
Di sini saya ingin tegaskan bahawa mereka yang ditunjuk oleh wahyu atau Hadis atau ilham ini, yakni mereka yang dijanjikan itu, ada tiga kategori:
- Pemimpin bertaraf toifah atau jemaah
- Pemimpin bertaraf negara atau daulah
- Pemimpin bertaraf sejagat atau ummah
Ertinya, pemimpin bertaraf toifah itu dapat menegakkan pemerintahan Islam dan menegakkan keadilan serta kebenaran hanya di peringkat jemaah sahaja. Tidak boleh sampai ke taraf daulah, apalagi ummah. Seperti yang Rasulullah sab-dakan, kalau pemimpin-pemimpin itu benar-benar menjalankan politik Islam, ketiga-tiga kategori pemimpin itu akan dapat mencetuskan kasih sayang. Kalau ketiga-tiga kategori pemimpin itu tidak membawa kasih sayang, maka mereka bukan pemimpin Islam, lebih-lebih lagi bukan pemimpin yang dijanjikan.
Manakala pemimpin bertaraf negara pula dapat menegakkan keadilan, kebenaran dan melanjutkan kepimpinan Islam yang hakiki itu daripada jemaah kepada daulah Islamiah. Tetapi ia tidak mampu untuk sampai kepada ummah.
Akhir sekali pemimpin bertaraf ummah atau sejagat itu ialah mereka yang dapat memimpin dan menegakkan keadilan dari taraf toifah, negara hingga sampai ke taraf empa-yar atau sejagat atau ummah Islamiah. Mereka dapat menegakkan sistem pemerintahan Islam tulen di sebahagian besar penjuru dunia.
Di zaman mereka, yakni pemimpin yang dijanjikan (sama ada bertaraf toifah, daulah atau ummah) akan berlaku masyarakat yang Allah firmankan:
Maksudnya: "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah." (Saba': 15)
Kemakmuran yang sebenar ialah kasih sayang. Dari kasih sayanglah akan lahir kemakmuran-kemakmuran yang lain seperti kemewahan hidup, makan minum, pakaian, kende-raan, tempat tinggal dan sebagainya.
Mereka ini dapat mendidik pengikut hingga betul-betul beriman kepada Allah SWT, mendirikan sembahyang, berzakat, taat dan patuh pada Allah dan Rasul mengikut peringkat masing-masing. Bukan kerana paksaan dan hukuman tetapi kerana mereka mencintai Akhirat lebih dari cintakan dunia. Allah dan Rasul menjadi kecintaan agung mereka, melebihi cinta mereka kepada makhluk. Masyarakat ini hidup aman, berkasih sayang, tolong-menolong, saling bekerjasama, mudah bermaafan, bertolak ansur, tidak menipu dan menekan, tidak jatuh-menjatuhkan bahkan saling bertimbang rasa dan kuat-menguatkan demi memakmurkan masyarakat. Allah pun kasih dan sayang serta mengampunkan mereka. Mereka hidup dalam sistem Islam, pendidikan Islam, sosial Islam, budaya, ekonomi, perubatan, pertanian, perhubungan dan lain-lain lagi secara Islam. Manakala di peringkat negara pula, ditambah lagi dengan sistem ketenteraan dan kehakiman Islam. Orang bukan Islam (golongan zimmi) pun menerima keadilan dan kebenaran yang berlaku. Mereka menjadi rakyat yang patuh. Pendeknya, mereka benar-benar menegakkan sistem politik Islam.
Di dalam pemerintahan pemimpin yang dijanjikan ini, masyarakat benar-benar dapat menegakkan hukum-hukum Allah dalam hidup mereka di segenap bidang. Hukum hudud dan qisas juga terlaksana kecuali di peringkat toifah atau jemaah. Cuma hukum ini tidak begitu popular kerana ia jarang berlaku, dibandingkan dengan hukum-hukum fardhu, sunat ain dan fardhu kifayah yang lain. Dalam masyarakat Islam, tidak ramai orang jahat yang perlu dihudud dan diqisaskan. Cuma sekali-sekala berlaku kepada sebilangan yang terlalu kecil di dalam masyarakat. Penjara dan hospital sakit jiwa tidak ada dalam masyarakat Islam tulen.
Perlu diketahui bahawa hasil pimpinan pemimpin yang dijanjikan, manusia bertukar fikiran dan hati dari jahat dan jahil kepada baik dan berilmu. Dari tidak kenal Allah kepada mengenali dan taat pada-Nya. Dari tidak sembahyang kepada sembahyang. Dari tidak berzakat, puasa dan berjuang serta berkorban kepada berzakat, berpuasa, berjuang dan berkorban fisabilillah. Mereka berubah dari kaki maksiat kepada pembuat kebaikan. Daripada berdendam, hasad dengki, sombong, bakhil dan gila dunia kepada bermaafan, berkasih sayang, tawadhuk, pemurah dan cintakan Akhirat.
Segala perubahan ini berlaku adalah kerana mereka ber-
iman dan bertaqwa kepada Allah iaitu: Mereka cinta, takut, taat, patuh, rindu, tawakal, syukur, sabar dan redha kepada Allah, Tuhan yang dipuja-puja, pagi petang, siang malam melalui solat-solat dan zikir-zikir mereka yang tidak putus-putus. Di waktu-waktu negara dalam kesusahan seperti perang, kemarau dan lain-lain bencana, rakyat sedia berkorban untuk menstabilkan negara tanpa meminta-minta kepada musuhnya.
Perlu diingat, pemimpin kebenaran yang dijanjikan dapat mengubah masyarakat seperti yang tersebut di atas itu mengikut peringkat masing-masing. Bukan melalui kuasa, akta, undang-undang bertulis dan ugutan hukuman. Tidak sekali-kali. Kalau ada pun, terlalu sedikit. Bahkan di peringkat jemaah, mereka tidak punya kuasa untuk membuat akta serta undang-undang rasmi. Tidak juga tentera dan polis untuk menjalankan penguatkuasaan.
Perubahan masyarakat berlaku hasil didikan, ilmu, tunjuk ajar dan pimpinan dengan penuh hikmah dan kasih sayang secara istiqamah dan sistematik yang mereka lakukan dengan gigih dan sukarela. Peribadi pemimpin itu benar-benar menjadi contoh. Mereka buat kerja ini bukan kerana permintaan sesiapa. Tidak juga kerana jawatan atau hobi. Pun tidak kerana sesuatu kepentingan. Kecuali kerana membuktikan kehambaan dan sumpah janji bahawa hidup mati adalah untuk Allah.
Berbeza dengan pemimpin Islam yang tidak dijanjikan, mereka yang dijanjikan ini berjaya dalam tugas memimpin. Manakala yang lain, tidak. Mereka selamat dan menyelamatkan umat. Tetapi pemimpin yang tidak dijanjikan, kalau dia selamat pun dia tidak berjaya menyelamatkan orang lain sekalipun kuasa ada di tangan. Apakah ciri-ciri yang mem-bezakan ini? Antara ciri-ciri itu ialah:
- Pemimpin yang Allah sendiri tunjuk dan lantik, pastilah Allah bantu dengan ilmu sama ada dalam bentuk wahyu kalau dia nabi dan rasul atau ilham kalau dia wali. Terutama ilmu mendidik, memimpin, menyelesaikan masalah membangun, menghadapi musuh, kaedah, teknik, strategi dan lain-lain lagi. Ilmu yang Allah beri itu adalah ilmu yang paling tepat untuk zaman di mana pemimpin itu dilahirkan. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan, tidak memperolehi ilmu-ilmu yang istimewa ini. Hingga sukar sekali mereka membuat perubahan dan mengatur rancangan-rancangan baru.
- Pemimpin yang dijanjikan, Allah sendiri memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga (yakni dari Allah sendiri), sama ada untuk peribadi, keluarga dan perjuangannya. Allah alirkan rezeki dan keperluan tepat pada masanya, dengan cara-cara yang Allah tetapkan. Sehingga hal kewangan tidak pernah menjadi masalah penting dalam perjuangannya. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan tidak memperolehi rezeki yang istimewa ini.
- Pemimpin yang dijanjikan, diri peribadinya dididik dan dipelihara langsung oleh Allah. Hinggakan dia mempunyai taqwa, akhlak, fikiran, hati, perasaan dan sikap serta tindak-tanduk yang terbaik di zamannya dan terpimpin, sesuai dengan darjat mengikut peringkat masing-masing. Kalau rasul disebut maksum, wali-wali dipanggil mahfuz. Kesilapan mereka ditegur oleh Allah. Sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sikap baik mereka didorong oleh Allah. Mereka diberi ketahanan hati. Hal begini tidak berlaku kepada pemimpin yang tidak dijanjikan.
- Pemimpin yang dijanjikan oleh Allah, Allah bantu dengan pertolongan ghaib. Cara-cara pertolongan ghaib ini berbagai bentuk seperti mukjizat (untuk nabi dan rasul), keramat (untuk wali), maunah, kasyaf, ilham, hatif dan lain-lain lagi. Bilamana cara-cara lahir tidak lagi boleh memberi peranan, maka Allah datangkan pertolongan ghaib yang boleh memberi bantuan pada perjuangan dan kepimpinan pemimpin yang dijanjikan ini. Pertolongan bentuk ini tidak diberi kepada pemimpin yang tidak dijanjikan.
- Kenaikan pemimpin yang dijanjikan bukan bersandar kepada sokongan rakyat atau orang ramai. Allah sendiri naikkan dia dengan cara-cara tersendiri pula. Ertinya, dia tidak bergantung sangat kepada jasa manusia, sama ada dalam menaikkan atau menjatuhkannya. Dia mempunyai cara dan kekuatan sendiri yang cukup untuk menaikkannya.
Sebab itu pemimpin yang dijanjikan, kepimpinannya berjaya dan dia memimpin seumur hidup. Dia diterima oleh hati manusia, bukan dengan undian jari atau kertas undi atau lobi-melobi dan jauh sekali dengan membeli undi. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan, dinaikkan oleh rakyat. Hakikatnya dia dikuasai oleh rakyat dan terpaksa berbuat ikut selera rakyat. Sukar bagi dia untuk berbuat ikut kehendak Tuhan. Kedudukannya sentiasa terancam dan mudah terjatuh sebelum berjaya menegakkan hukum.
- Pemimpin yang dijanjikan hidup zuhud dan miskin. Kalau sebelum jadi pemimpin dia kaya, tetapi bila jadi pemimpin terus miskin atau kurang kekayaan. Ini kerana kekayaannya itu dikorbankan untuk rakyat dan negara. Rasulullah menghabiskan harta kekayaan isterinya yang dihadiahkan kepadanya. Sayidina Abu Bakar r.a. juga menghabiskan kesemua kekayaannya. Sayidina Umar Al Khattab r.a. mengorbankan 75% daripada hartanya. Sayidina Usman ibnu Affan r.a., setengah kekayaannya dikorbankan untuk Islam. Sayidina Ali k.w. memang asalnya miskin. Khalifah Umar Abdul Aziz, kekayaannya dan kekayaan isterinya dijadikan milik negara.
- Pemimpin yang dijanjikan dapat kawal masyarakat bukan menggunakan polis, tentera, penjara, hudud dan qisas, akta, undang-undang dan seumpamanya. Kalau ada pun terlalu sedikit sekali. Sebaliknya mereka dapat jinakkan hati-hati manusia daripada cenderung kepada kejahatan kepada cenderung pada kebaikan. Yang mana bila hati sudah baik, hati itu sendiri yang membenci kejahatan dan menolak dari melakukannya. Sedikit saja bilangan rakyat yang masih suka kepada maksiat dan kemungkaran. Maka yang sedikit inilah yang terpaksa dihudud dan diqisaskan sebagai didikan. Moga-moga hukuman dapat memahamkan dia perihal akibat melakukan kejahatan.
Dengan cara memimpin yang luar biasa ini, pemimpin yang dijanjikan benar-benar dapat membina masyarakat aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.
- Pemimpin yang dijanjikan sebenarnya tidak mengharap dan tidak meminta untuk menjadi pemimpin. Apalagi hendak diusahakan atau direbutkan, tidak sekali-kali. Bahkan mereka tidak mahu dan takut sekali dengan jawatan kepimpinan. Tidak nampak tanda-tanda langsung yang mereka ini ghairah dan gila kuasa.
Sayidina Abu Bakar As Siddiq ketika mendapat tugas jadi khalifah pertama, beliau merangkak untuk naik ke atas mimbar bagi membuat ucapan. Ini kerana kalau dia bangun berjalan, dia jatuh berkali-kali, kerana takut dan gementar dengan jawatan yang berat itu. Ketika beliau merujuk ketakutannya kepada Sayidina Umar Al Faruq, Sayidina Umar menjawab: "Kita tiada pilihan lain."
Orang yang takut dan bertanggungjawab terhadap tugas memimpin itu, barulah dia akan melakukannya dengan penuh jujur dan bertanggungjawab. Sedangkan pemimpin yang ghairah sangat dengan kuasa, biasanya tidak mempunyai persiapan iiwa dan fikiran yang cukup untuk memerintah. Sebab itu mereka buat macam-macam kesilapan dan gagal. Sudahlah begitu, atas kegagalannya itu, orang lain atau musuh pula yang dipersalahkan.
- Pemimpin yang dijanjikan sangat dicintai oleh rakyat. Mereka ditaati sepenuh hati. Di belakang mereka, rakyat tidak belot bahkan sangat menjaga nama dan perasaan mereka. Sebab itu rancangan pemerintahan mereka berjaya. Tetapi sebab itu pulalah maka musuhnya terlalu benci hingga tidak dapat menyembunyikan perasaan. Mereka terus bertindak liar. Maka senanglah bagi wakil Allah ini mengesan dan mengenali musuh serta lawannya. Sebab itu dia selalu mendahului dan dapat memperdayakan musuh, sebelum musuh merosakkannya. Dan kerana itulah dia beroleh pelepasan dalam perjuangannya. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan tidak dapat keistimewaan 'terlalu disayangi dan terlalu dibenci' ini.
- Pemimpin yang dijanjikan bukan saja dapat selamatkan orang Islam, malah di bawah kepimpinannya, orang bukan Islam pun selamat di dunia (walaupun tidak di Akhirat). Sebab orang yang bukan Islam pun, yakni yang tidak bermusuh, dilayan dengan baik. Bahkan ramai yang masuk Islam di tangan pemimpin yang dijanjikan. Golongan zimmi akan taat dengan hati, kerana sukakan keadilan dan kebenaran hakiki, bukannya kerana terpaksa. Sebab itu pemimpin yang dijanjikan dapat menegakkan keadilan dengan selamat. Sedangkan pemimpin yang tidak dijanjikan tidak mampu menawan hati orang bukan Islam, hingga kelompok itu sentiasa jadi masalah atau dianggap masalah.
Demikianlah hujah-hujah saya untuk membezakan antara pemimpin kebenaran yang dijanjikan dengan yang tidak. Sekaligus membuktikan mengapa pemimpin yang Allah janjikan dapat menegakkan keadilan dan kebenaran. Sedangkan pemimpin yang Allah tidak janjikan, tidak mampu berlaku adil pada diri dan masyarakat.
Di sepanjang umur dunia, pemimpin yang Allah janjikan sedikit sekali bilangannya dibandingkan dengan pemimpin yang tidak dijanjikan. Sebab itulah kita dapati dalam sejarah, jarang-jarang terjadi pemerintah tidak dapat melakukan keadilan walaupun melaungkan keadilan dan kebenaran.
Ini adalah hakikat sejarah. Kita tidak boleh berkecil hati atau menyoal Allah, mengapa pemimpin yang dijanjikan hanya sekali-sekala muncul. Itu pun tidak panjang masanya. Apa yang mesti kita faham dengan yakin, bahawa pemimpin yang dijanjikan saja yang dapat menegakkan keadilan dalam
sistem pemerintahan Islam yang tulen dan syumul di peringkat masing-masing (jemaah, negara dan ummah). Itulah ketentuan Allah. Selain mereka, walaupun mengambil kaedah yang sama, namun kerana tidak mampu melawan nafsu dan menghadapi risiko, mereka mudah buntu fikiran serta tidak pandai menghadapi rintangan dan mereka gagal.
Ini bukti sejarah. Mana ada pemimpin-pemimpin selain yang ditunjuk oleh wahyu atau Hadis atau ilham itu yang dapat menegakkan keadilan dalam kepimpinan? Manakala mereka yang dijanjikan itu pun kalau ia bertaraf toifah, maka hanya setakat itulah kemampuannya untuk berlaku adil dan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan boleh buat lebih jauh dari itu. Kalau cuba juga, mereka akan gagal. Demikianlah kalau dia dijanjikan bertaraf negara, maka setakat negaralah kemampuannya. Dia tidak boleh mencapai lebih jauh dari itu.
Umat Islam perlu arif tentang kenyataan dan hakikat ini supaya kita dapat menilai di zaman mana kita berada. Apakah di zaman yang dijanjikan atau tidak. Kalau kita hidup di zaman yang tidak dijadualkan, kita buatlah sesuai dengan zaman itu. Sedarlah bahawa pemimpin yang ada itu tidak dijanjikan, maka bersabarlah dengan segala kelemahan yang berlaku. Sebab kita tiada alternatif lain. Kalau kita naikkan pemimpin lain pun, walaupun diri kita sendiri, akan jadi lebih kurang saja keadaannya atau lebih buruk lagi.
Pemimpin wajib ada. tidak boleh berlaku kekosongan pemimpin dalam masyarakat. Kerana adanya pemerintah itu hukumnya fardhu kifayah. Tetapi kita jangan mengharap dan merancang terlalu tinggi dan hebat. Kerana kemampuan seseorang pemimpin yang tidak dijanjikan tidak akan sampai tertegak masyarakat yang benar-benar adil, aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.
Namun sekiranya kita hidup di zaman yang dijanjikan, yang mana ada Jadual Allah untuk zaman itu, bersyukurlah kita. Ini kerana kita berpeluang merasai hidup dalam keadilan dan kebenaran sama ada di peringkat toifah. daulah atau ummah. Wajib kita mencari pemimpin yang dimaksudkan. Wajib kita berada dalam toifah (jemaah) atau daulah atau ummah yang dipimpinnya.
Suka saya nyatakan di sini bahawa kita sekarang sedang berada di awal kurun. Bermakna, ini adalah zaman atau masa yang ada Jadual Allah, iaitu masa lahirnya mujaddid. Ertinya, mujaddid kurun ke-15 Hijrah. Sudah hampir 27 tahun awal kurun ke-15 ini berlalu. Sekarang kita berada di awal tahun 1428 Hijrah. Mujaddid itu tentu sudah lahir atau sedang bekerja.
Lihat, kebangkitan Islam yang melanda dunia sejak awal kurun ke-15 ini tentu ditaja oleh seorang mujaddid. Melihatkan sifat kebangkitan ini, ia mempunyai potensi untuk sampai ke peringkat daulah dan ummah Islamiah. Ya, jangan-jangan kurun ini ialah kurun yang dimaksudkan lahirnya mujaddid dua sejoli yakni Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi.
Sabda Rasulullah:
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW sewaktu memegang tangan Sayidina Ali k.w., baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda (pemimpin) yang memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan saksama, maka apabila kamu ingin melihatnya, maka wajibkah kamu bersama dengan pemuda At Tamimi (Putera Bani Tamim), sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Riwayat At Tabrani)
Sabdanya lagi yang bermaksud:
Daripada Abdullah bin Al Haris bin Juz Az Zubaidi dia menyebut, sabda Rasulullah SAW: "Akan keluar manusia dan sebelah limur (Bani iamim), mereka menyediakan tapak pemerintahan untuk Al Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah dan Al Baihaqi)
Kalau benarlah, alangkah bertuahnya kita hidup di awal kurun. Bahkan kurun istimewa kelahiran mujaddid besar yang gelanggang keadilan yang dibawanya ialah daulah Islamiah dan ummah Islamiah. Inilah zaman kebangkitan Islam kali kedua dari Timur, dijanjikan untuk Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi.
Saya yakin, inilah zamannya. Sebab sifat zaman ini berlainan sekali dari sebelumnya. Kebangkitan Islam ini mengembang-ngembang, tanpa boleh ditahan-tahan dan dibendung. Lagi dibendung, lagi merebak. Komunis jatuh di zaman ini, Amerika juga sedang tenat. Lagi petanda dunia akan bertukar tangan.
Saya suka mencadangkan, kita carilah pemimpin yang ada ciri-ciri tersebut sepertimana tersebut di dalam Hadis mengenai Putera Bani Tamim. Begitu juga tentang Imam Mahdi. Ciri besar yang mengesahkan seseorang itu adalah Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi ialah Putera Bani Tamim dapat daulah Islamiah di sebelah Timur, yang kemudiannya akan diserahkan kepada Imam Mahdi.
Kita tunggulah kalau-kalau ada seorang pemimpin Islam yang dapat menegakkan daulah Islamiah secara adil dan benar, mirip kepada kerajaan salafussoleh, maka itulah dia Putera Bani Tamim. Dan kepada siapa kemudiannya daulah itu diserahkan untuk dibawa ke taraf ummah, maka dia itulah Imam Mahdi.
Pemimpin selain Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi, kerana mereka tidak dijanjikan di zaman ini, tentu tidak boleh menegakkan keadilan dan kebenaran Islam hakiki. Tidak salah mereka berusaha ke arah itu, tetapi mereka tidak akan berjaya. Dan jangan pula kita rebut-rebutkan jawatan pemimpin ini. Ia adalah ketentuan Allah. Kalau kita rebut pun, ke-
mudian mendapatnya, kita juga yang akan rosak. Kita buatlah ikut kemampuan dan keikhlasan kita. Moga-moga ada ganjaran dari Allah. Namun kita mesti sedar sifat diri sebagai orang yang tidak dijanjikan. Kelemahan kita bukan kerana salah orang lain, tetapi kerana kita bukan orangnya.
No comments:
Post a Comment