Monday, March 19, 2012

Aqidah Mukmin Siri 2

Download Buku Ini

Buku Aqidah Mukmin Siri 2 ini dikarang oleh Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi dan diterbitkan oleh Penerbit Shoutul Arqam pada tahun 1991

Daftar Isi

* Sekapur Sirih
* Prakata
* Muqaddimah
* BAB 9: Sifat yang ketujuh bagi ALLAH: AL QUDRAH
* BAB 10: Iktiqad Qadariah
* BAB 11: Iktiqad Jabariah
* BAB 12: Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah
* BAB 13: Sifat yang kelapan bagi ALLAH: AL IRADAH
* BAB 14: Sifat yang kesembilan bagi ALLAH: AL ILMU
* BAB 15: Sifat yang kesepuluh bagi ALLAH: AL HAYAT
* BAB 16: Sifat yang kesebelas bagi ALLAH: AS SAMA
* BAB 17: Sifat yang kedua belas bagi ALLAH: AL BASAR
* BAB 18: Sifat yang ketiga belas bagi ALLAH: AL KALAM


Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga ke saat ini telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran aqidah dan pegangan serta pecahan-pecahannya. Sehingga kalau dihitung-hitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlahlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya terkeluar daripada aqidah yang sebenar, kecuali satu - Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini menepati maksud Hadis:

"Sesungguhnya akan berpecah-belah umatku menjadi 73 puak. Maka yang satu puak di Syurga dan yang 72 puak di Neraka."

Beruntunglah kita kalau selama ini berpegang kepada aqidah yang sah. Namun semata-mata mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menjamin kita terselamat daripada terperangkap dengan aqidah yang sesat.

Malah, hari ini ramai di kalangan umat Islam yang terjebah ke dalam perangkap qadariah, jabariah, mujassimah, muktazilah, dan lain-lain aqidah yang sesat. Terperangkapnya kebanyakan mereka ke dalam aqidah-aqidah yang sesat itu biasanya secara tidak sedar disebabkan kejahilan, iaitu dalam pada mereka mengak berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Di samping itu tidak kurang pula di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang secara sedar menukar aqidah mereka kepada aqidah syiah, wahabi dan sebagainya semata-ata kerana melihatkan golongan yang berpegang kepada aqidah-aqidah itu telah berpengaruh dalam masyarakat, malah sesetengahnya telah menerajui negara.

Justeru itu, buku ini lahir (dalam tiga jilid) untuk memandu pembaca menyuluh kembali aqidah dan pegangan mereka agar benar-benar selari dan tepat dengan aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Ia menghuraikan dengan jelas, berdasarkan hujah-hujah aqliah dan naqliah, ciri-ciri aqidah yang sebenar dan kesesatan aqidah-aqidah selainnya.

Gaya penyampaiannya yang mudah dan menyentu berserta contoh-contoh semasa yang dipaparkan, menjadikan buku ini istimewa berbanding dengan mana-mana buku lain yang menyentuh persoalan aqidah (tauhid). Ia akan membuatkan pembaca berasa ringan dalam menghayati satu persoalan yang mana penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Dan akhirnya ia akan membawa pembaca (insya Allah) kepada satu keyakinan yang kental bahawa aqidah dan pegangan mereka adalah sebenar-benar.

No comments: