Ramai menghuraikan sifat taqwa itu adalah bekalan di hari Akhirat. Itu tidak boleh dinafikan. Itulah yang penting dan asas. Tetapi bagi orang mukmin, taqwa juga perlu sebagaibekalan untuk dunia. Sebab jalan dan landasan kejayaan di dunia bagi orang mukmin adalahtaqwa. Dengan taqwa dia dibantu Tuhan.
Masyarakat Islam yang maju mesti dibangunkan dengan taqwa. Taqwa adalah asasnya. Bila umat Islam mematuhi syariat Islam lahir dan batin terutama yang batin dan menjadikan seluruh syariat Islam lahir dan batin itu sebagai sistem dan cara hidup mereka, maka akan lahirlah satu bangsa yang bertaqwa. Hanya apabila sesuatu bangsa itu sudah sampai ke tahap taqwa, maka barulah akan datang bantuan dan pembelaan dari Allah SWT kerana Dia adalah pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.Allah membantu orang-orang yang bertaqwa. Dengan bantuan dan pembelaan Allah, akan timbul kekuatan dan kedaulatan dan umat Islam akan berjaya. Umat Islam akan jadi kuat, berakhlak, berdisiplin dan akan menjadi obor kepada semua bangsa dan agama lain di dunia. Ketika itu Islam difahami, dihayati dan diamalkan keseluruhannya. Penganut-penganut Islam akan menjadi manusia yang beraqidah dan beribadah, berakhlak, berdisiplin, cergas, aktif dan berhubung di antara satu sama lain. Akan lahir satu masyarakat yang berkasih sayang, berukhuwah, berpadu, maju, aman damai, bahagia dan harmoni.
Untuk itu, umat Islam mesti dibangunkan dengan Iman, Islam dan Ihsan. la mesti ditanam di hati umat Islam melalui tarbiah atau pendidikan. Hanya melalui pendidikan sahaja baru akan datang penghayatan dan penjiwaan. Kalau ia disampaikan hanya melalui taalim atau pengajian iaitu belajar, masuk periksa, lulus dan dapat sijil atau ijazah, ia hanya jadi satu kemegahan dan kebanggaan, bukan satu amalan. Tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan.
Taqwa bukan setakat solat atau sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran atau berwirid dan berzikir sambil menggentel biji tasbih. Bukan juga bersuluk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Taqwa bukan sahaja di surau atau di masjid. Taqwa adalah apa sahaja amalan dan perbuatan yang berlandaskan syariat sama ada yang wajib, sunat atau harus, sama ada yang fardhu ain atau fardhu kifayah atau apa sahaja amalan dan perbuatan yang dijauhi dan ditinggalkan sama ada yang haram atau makruh yang dibuat berserta rohnya yakni ada batinnya, penghayatan dan penjiwaannya.
Dengan kata-kata yang lain, ada terkait dan terhubung dengan Allah, dibuat kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu. Ini termasuklah segala perkara yang berlaku dalam kehidupan baik dalam bidang ekonomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya. Asalkan apa yang dibuat atau ditinggalkan itu berkait dan kerana Allah maka itulah taqwa. Amalan yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana Allah, itu adalah amalan bangkai yang tidak ada jiwa atau rohnya. la tidak sampai kepada Allah dan tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.
Bercakap boleh jadi taqwa kalau apa yang dicakapkan itu adalah perkara-perkara yang baik dan manfaat atau ilmu dan dibuat kerana Allah. Diam juga boleh jadi taqwa kalau diam itu untuk mengelakkan dari berkata-kata perkara yang maksiat dan sia-sia atau supaya tidak menyakiti hati orang dan dibuat kerana takutkan Allah.
TAQWA BEKALAN DUNIA AKHIRAT
Taqwa adalah bekalan untuk dunia dan hari Akhirat. Firman SWT:
Firman Allah SWT:Maksudnya: "Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa." (Al Baqarah: 197)
Ramai muallim menghuraikan sifat taqwa itu adalah bekalan di hari Akhirat. Itu tidak boleh dinafikan. Itulah yang penting. Itulah yang asas. Tetapi bagi orang mukmin, taqwa juga perlu sebagai bekalan untuk dunia. Sebab jalan dan landasan kejayaan di dunia bagi orang mukmin adalah taqwa. Dengan taqwa dia dibantu Tuhan. Untuk berjaya dalam berekonomi perlukan taqwa. Hendak dapat kemenangan dalam perjuangan mesti dengan taqwa. Hendak mendapat bantuan dan pertolongan Tuhan, mestilah berdasarkan taqwa. Hendak terlepas dari azab, penderitaan dan bala bencana di dunia mesti dengan sifat taqwa. Di sinilah kita lihat, bukan sahaja taqwa itu penting di Akhirat tetapi untuk orang mukmin, mereka juga mendapat bantuan, rahmat, berkat, kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan dari Tuhan di dunia lagi dengan adanya sifat taqwa. Tuhan janjikan kepada orang yang bertaqwa:
1. Rezekinya terjamin
2. Lepas dari bencana
3. Diberi kejayaan
4. Diberi kemenangan
5. Dihapuskan dosanya
6. Diturunkan berkat dari langit dan bumi
7. Diberi bantuan dan pembelaan
8. Dilepaskan dari masalah hidup
9. Diberi ilmu
10. Dipermudahkan urusan
11. Diwariskan bumi ini
Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya: "Allah jadi pembela (pembantu) bagi orang-orang yang bertoqwa. " (Al Jasiyah: 19)
Maksudnya: "Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Kami akan bukakan berkat dari langit dan bumi. " (Al A`raf: 96)
Maksudnya: "Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya dipermudahkan urusannya. " (At Thalaq: 4)
Maksudnya: "Bertaqwalah kepada Allah, necaya Allah akan mengajar kamu. " (At Baqarah: 282)
Maksudnya: "Barang siapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga. " (Al Thalaq: 2-3)
Kalau tidak ada taqwa, mungkin Allah bantu juga seperti Allah bantu orang-orang kafir. Ertinya dapat bantuan dan pertolongan atas dasar istidraj iaitu atas dasar kutukan dan kemurkaan Tuhan. Tuhan beri dengan tidak redha. Istidraj sebenarnya adalah satu tipuan dari Tuhan. Akhirnya nanti akan terjun ke dalam Neraka. Dengan kejayaan itu mereka akan berbuat maksiat dan kemungkaran di atas muka bumi. la akan rosak dan merosakkan. Di sini jelas bagi kita bahawa sifat taqwa itu bukan sahaja perlu di Akhirat tetapi perlu juga di dunia lagi. Orang kafir Allah menangkan atas dasar quwwah (kekuatan lahir). Orang mukmin diberi kemenangan atas dasar taqwa.Maksudnya: "Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa. " (Al Anbiya: 105)
PENGERTIAN TAQWA
Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau kasyaf.
Taqwa atau ittaqu berasal dari perkataan biqoyah-baqoyati-wiqoyatan yang ertinya terpelihara. Yakni pemeliharaan dari Tuhan atau hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus.
Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. la adalah lebih global dan luas. la adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mah-mudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Jadi, besarlah erti taqwa. la membawa keselamatan dunia dan Akhirat.
Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan setakat menunaikan ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim bahkan mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan.
Itu pun ramai orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang tetapi tidak berasaskan taqwa. Mereka taat kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk ambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.
Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Jalan untuk mendapatkan taqwa tidak pernah diberitahu. Syarat-syarat taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Perkataan taqwa hari-hari, selalu dan sentiasa disebut. Orang sudah lali dengan perkataan itu. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu tidak ada erti apa-apa sebab kebanyakan orang tidak faham. Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa.
Disebut "bertaqwalah kamu", namun orang tidak bertaqwa Juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi khatib berkata ittaqullah, takutlah kamu kepada Allah walhal taqwa bukan ertinya takut.
Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam kawalan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan mengenai dirinya.
CARA MENDAPAT TAQWA
Cara mendapatkan taqwa adalah satu pakej yang terdiri darj tiga perkara. Tiga perkara inilah yang paling penting dan paling asas dari keseluruhan usaha taqwa itu. Kalau tiga perkara ini tidak diperolehi dan tidak dihayati, maka usaha yang lain itu tidak ada erti apa-apa. Kalau dibuat pun sia-sia belaka. Tiga perkara dalam pakej itu yang dinamakan rukun taqwa adalah:
1. Iman
2. Islam
3. Ihsan
Ketiga-tiga perkara di atas yang dijadikan satu pakej di-namakan rukun taqwa kerana kalau rukun tidak ada bagai-mana kita dapat tegakkan taqwa? Ibarat rumah kalau tiang tidakada, bagaimana boleh kita tegakkan rumah. Selamaini kita tidak pernah diajar atau belajar tentang rukun taqwa ini. la adalah asas, tapak atau benih taqwa. Memang kita belajar pun tidak pernah habis. Belajar sedikit, pindah. Be-ajar sedikit, tinggal.
Setiap perkara dalam ajaran Islam itu ada rukun, ada syaratnya. Sembahyang misalnya, ada rukun, ada syarat, ada sah dan ada batalnya. Begitu juga puasa dan haji, ada syarat, rukun, sah dan batalnya. Lebih-lebih lagi taqwa kerana ia lebih besar dari sembahyang, lebih besar dari puasa dan lebih besar dari haji. Tentu ada rukun, syarat, sah dan batalnya. Orang tidak pernah ceritakan hal ini. Iman, Islam dan Ihsan adalah rukun taqwa. Rukun itu ertinya tiang. Kalau tidak ada tiang ertinya taqwa tidak boleh dibangunkan.
RUKUN TAQWA
Rukun taqwa ialah Iman, Islam dan Ihsan. Rukun-rukun ini diperjelaskan seperti berikut:
1. Iman di sini ialah apa yang diterangkan di dalam rukun iman enam iaitu percaya akan Allah, malaikat-Nya, kitab-, Rasul-Nya, hari Akhirat dan qada' dan qadar. Dalam rukun jman yang enam ini pula, ada tiga perkara yang menjadi rukun iajtu rukun dalam rukun. Dalam hendak membangunkan iman di atas enam rukun iman itu, ada tiga rukun lagi iaitu:
2. Ilmu
Keenam-enam rukun itu tidak boleh dibangunkan kalau tidak ada ilmu. Kalau kita sekadar percaya tetapi tidak berdasarkan ilmu, tiang pada iman sudah runtuh. Rukun pada rukun iman itu sudah tidak ada. Membangunkan iman mesti atas dasar ilmu supaya kefahaman kita terhadap enam rukun iman itu betul dan tepat.
3. Yakin
Selepas ilmu tentang enam rukun iman itu jelas dan di-fahami, kita kena yakin dengannya. Keyakinanlah yang akan mendorong kita menghayatinya. Namun hendak yakin dengan Tuhan dan lain-lain perkara dalam rukun iman berdasarkan ilmu bukan senang.
4. Penghayatan
Hendak menghayati inilah yang susah. Menghayati itu maksudnya merasa bertuhan. Merasakan Tuhan ada peranan dalam hidup kita. Merasa hebat, cinta dan takut dengan Tuhan. Merasakan Tuhan sentiasa melihat, mengetahui dan mengawasi kita. Begitu juga penghayatan tentang rukun-rukun iman yang lain.
Jadi ada tiga perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun 6. Pada rukun iman yang enam. Yakni berlaku atau tidaknya rukun iman yang enam itu ditentukan oleh tiga tiangnya iaitu ilmu, yakin dan penghayatan. Di sini, tidak ada satu perkara pun yang bersifat lahiriah. Kesemuanya bersifat maknawiyah.
Rupanya, dalam rukun Islam ada empat lagi rukunnya dalam satu pakej. Tiga berbentuk dalaman atau batiniah dan satu berbentuk lahiriah.
1.Islam
Islam merangkumi lima rukun Islam yang kita semua sudah I pelajari di masjid dan di surau. la adalah mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Seperti juga iman, cara untuk membangunkan lima rukun Islam ini ada rukunnya pula sebagai tiangnya. Kalau tidak ada rukunnya atau tiangnya, bagaimana kita hendak bangunkan rukun Islam. Ada empat perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada tertegaknya rukun Islam itu iaitu:
2. Ilmu
Syahadah umpamanya takkanlah mengungkap kalimah sahaja dengan tidak ada ilmunya dan tidak tahu tuntutan-tuntutannya. Terjemahannya sahaja tidak cukup. Begitu juga sembahyang. Mesti juga berdasarkan ilmu. Jadi rukun Islam itu mesti berdasarkan ilmu. Amalan tanpa ilmu tertolak.
3. Yakin
Yakin menjadi syarat. Kita kena yakin dengan ilmu kita itu.
4. Perlaksanaan
Semua rukun Islam itu mestilah dilaksanakan mengikut ilmunya. Di sini baru ada perkara yang lahiriah.
5. Penghayatan
Dalam melaksanakan rukun Islam, ia perlu dihayati supaya bukan lahir saja yang berbuat. Hati mesti ikut sama. Sembahyang contohnya mesti ada penghayatan.
IHSAN
Ihsan ditakrifkan oleh Rasulullah begini:
Hendaklah engkau sembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Memang engkau tidak boleh melihat Tuhan tetapi hendaklah engkau sedar dan rasakan di dalam hati engkau, Tuhan melihat engkau.
Inilah ihsan. Ihsan ini sangat susah untuk diamalkan. la ada di dalam ibadah dan ada di luar ibadah. Waktu puasa ada ihsan, di luar puasa pun ada ihsan. Waktu sembahyang ada ihsan, di luar sembahyang pun ada ihsan. Begitu juga waktu haji. Di dalam dan di luar haji ada ihsan. Ertinya rasa bertuhan tidak boleh hilang. Rasa bahawa Tuhan itu berkuasa tidak boleh hilang. Rasa Tuhan itu melihat, mengetahui dan berkehendak tidak boleh hilang. Inilah yang dimaksudkan oleh sepotong ayat Al Quran:
Maksudnya: "Orang yang mengingati, terkenang-kenangkan Allah di waktu duduk, di waktu berbaring dan di waktu berdiri." (Ali Imran: 191)
Ertinya, bukan sahaja di dalam ibadah malahan di luar ibadah, sewaktu tengah bekerja, tengah membeli belah, tengah berjalan, tengah memasak, semua ingat dan terkenang-kenangkan Allah. Inilah rukun ihsan iaitu satu sahaja. Rasa bertuhan, rasa diawasi, rasa dilihat dan rasa Tuhan sentiasa menguasai kita.
Kini baru kita tahu bahawa rukun taqwa ialah Iman, Islam, dari Ihsan. Dalam ketiga-tiga perkara tersebut ada pula rukun- rukunnya lagi. Dalam rukun Iman ada tiga rukun, dalam rukun Islam ada empat rukun dan dalam rukun Ihsan ada satu rukun. Kebanyakan rukun-rukun tersebut menyuluh hal dalaman atau batiniah. Hanya satu sahaja yang menyuluh hal luaran atau hal lahiriah (fizikal).
Jadi apa yang kita dapat faham dari hakikat ini, taqwa itu 90% sebenarnya faktor dalaman, 10% sahaja faktor luaran. ErtinyaTuhan mesti dihayati. Dan ibadah mesti dihayati. Tidak cukup ibadah sekadar syarat, rukun, sah dan batal sahaja. Tidak ada makna kalau ibadah itu cukup syarat, rukun dan sah pula pada hukum syarak tetapi tidak dihayati atau dijiwai. Tuhan mesti dihayati supaya lahir rasa kehambaan. Ini yang Tuhan mahu. Inilah jalan mendapat taqwa.
Oleh itu hendak menjadi orang bertaqwa, faktor dalaman inilah yang paling penting sebab ia merangkumi 90% dari taqwa. Kalau setakat buat yang lahir sahaja walau sebanyak mana sekalipun, ia baru 10% dari taqwa. Contohnya, katalah seorang ahli ibadah yang ibadahnya cukup banyak, segala sembahyang fardhu dan sunat dia buat. Sembahyang sunat sahaja ada sunat israk, dhuha, sunat wudhuk, sunat mutlak, sunat tahiyatul masjid dan bermacam-macam sembahyang sunat lagi yang ada tiga puluh tiga jenis kesemuanya.
Begitu juga dari segi puasa. Puasa Ramadhan dan segala macam puasa sunat dia buat. Begitu juga haji. Segala macam jenis haji dia buat termasuk umrahnya sekali. Ditambah pula dengan membaca Al Quran, wirid dan zikir. Ini semua bukan mudah untuk dibuat. Letih dan lelah dibuatnya. Tidak ramai orang mampu buat.
Namun kalau ada pun orang yang larat dan mampu buat semua itu, ianya baru 10% dari taqwa. Walaupun ditambah dengan berjuang dan berdakwah, tetap ianya 10% juga. Dengan segala amal, usaha dan ibadah lahiriah itu, seseorang itu tidak akan dapat jadi orang yang bertaqwa. Peluang untuk mendapat taqwa hanya 10%. Begitulah orang abid atau ibadah. Walaupun ibadah lahiriahnya banyak dan hebat, rukun (dalamannya macam mana? Rukun dalaman yang mencakupi 90% dari taqwa itu bagaimana? Buat yang 10%, tinggal yang 90%, masakan boleh berjaya.
Rasulullah SAW pernah bercerita tentang Sayidina Abu Bakar yang tinggi darjatnya di sisi Allah lebih kurang begini:
Apa yang hebat pada Abu Bakar di sisi Tuhan itu bukan sembahyang bukan puasanya, bukan sedekahnya, bukan jihadnya (padahal semua itu hebat belaka). Tetapi yang hebat di sisi Tuhan itu ialah apa yang ada di dalam hatinya.
Walaupun faktor lahir Sayidina Abu Bakar itu begitu hebat sekali tetapi Tuhan tidak pandang itu semua. Tuhan nilai faktor dalamannya. Diceritakan lagi bahawa dalam satu majlis, Rasulullah SAW sedang bercakap kepada para Sahabat, "Tidak lama lagi akan datang ke majlis kita ini seorang ahli Syurga."
Tidak lama selepas itu, orang itu pun datang lalu memberi salam. Rasulullah pun berkata, "Silakan."
Itulah orangnya yang Rasulullah sebut bahawa dia ahli syurga. Rupanya, ada Sahabat yang ambil perhatian. Apakah kelebihan orang ini? Selepas majlis selesai, Sahabat tersebut mengekori orang tadi balik ke rumah tanpa disedarinya. Setelah sampai, dia bertanya, "Bolehkah saya menumpang bermalam di rumah saudara?"
Orang tadi berkata, "Ahlan wasahlan, silakan."
Tujuan Sahabat itu menumpang bermalam adalah untuk melihat apa kelebihan orang itu kerana dalam ramai-ramai Sahabat, yang ini disebut khusus oleh Rasulullah sebagai ahli keluarga. Sahabat yang menumpang bermalam itu tidak tidur tetapi dia memerhati sahaja sampai ke subuh. Dilihatnya tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Orang itu sembahyang yang f3rdhu sahaja. Sunat rawatib dia tidak buat. Malam pun dia bangun untuk tahajjud. Padahal Sahabat itu sendiri tahajud malam, sembahyang sunat, berwirid, zikir dan mern-baca Al Quran. Pening dia memikirkan. Beginikah ibadah ahli Syurga?
Selepas sembahyang subuh, mereka berbual. Sahabat itu berkata, "Semalam, sebelum saudara datang ke majlis, Rasulullah ada menyebut, 'Sekejap lagi akan datang ke majlis ini seorang ahli Syurga'. Tiba-tiba saudara datang. Jadi, saudaralah orangnya. Tujuan saya minta bermalam di rumah saudara adalah untuk melihat amal ibadah saudara untuk saya tiru. Tetapi saya tengok, semalam tidak ada apa-apa pun. Saudara sembahyang yang fardhu sahaja. Apakah rahsia sebenar saudara boleh menjadi ahli Syurga?"
Orang itu menjawab, "Wahai saudara, dalam hidup ini, saya bukan sahaja tidak ada hasad dengki, fikir untuk berhasad dengki pun tidak."
Rupanya, faktor dalaman iaitu kebersihan hati yang besar. Orang itu bukan setakat tidak berhasad dengki, niat atau teringat hendak berhasad dengki pun tidak ada.
Ada satu lagi contoh lain yang berlaku di zaman Rasulullah. Pada satu masa, ada seorang Sahabat yang menceritakan kepada Rasulullah, "Saya ada seorang jiran yang kuat ibadah-nya. Malam dia bertahajud, siang dia berpuasa sunat. Tetapi perempuan itu ada sedikit cacatnya. Dia sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati jirannya."
Rasulullah berkata, "Dia adalah ahli Neraka."
Di sini jelas dan terbukti bahawa taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman sekadar 90%. Faktor luaran hanya 10%. Kalau orang boleh memperhebatkan dalamannya dan yang luar buat hanya yang wajib sahaja pun sudah cukup. Dengan itu, peluang mendapat taqwa lebih banyak. Tetapi kalau faktor luar hebat, dalaman sedikit sangat, dia tetap dianggap zalim atau fasik. Nerakalah tempatnya. Jangan kita tertipu dengan luaran sahaja. Jangan tertipu dengan banyak sembahyang; banyak puasa, banyak wirid, banyak baca Quran, banyak kerdakwah kerana itu luaran sahaja. Taqwa itu 90% faktor dalaman.
Di sini umat Islam tertipu bila bangga dengan sembahyang, bangga dengan haji, bangga dengan umrah, bangga dengan sedekah, bangga dengan berjuang, bangga dengan ber-dakwah. Tetapi faktor dalaman tidak pernah dijaga. Mazmumah bersarang di hati. Rasa bertuhan tidak ada, rasa hamba tidak ada, rasa cinta Tuhan tidak ada, rasa Tuhan hebat tidak ada, gerun dengan Tuhan tidak ada. Maka yang luar tidak ada nilai apa-apa. Itupun kalau yang luar dapat di buat semuanya. Kalau dapat buat sikit-sikit dapatlah beberapa peratus. Se-lalunya kalau faktor luar bukannya dapat 10% hanya 3% sahaja. Bukannya larat hendak buat 33 jenis sembahyang sunat dan ibadah-ibadah sunat yang lain.
Jadi umat Islam hari ini hancur, pecah-belah, haru-biru adalah kerana faktor dalaman yang tidak selesai. Rukun kepada rukun Iman sudah jatuh. Rukun kepada rukun Islam sudah jatuh. Rukun kepada Ihsan sudah jatuh. Akhirnya rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan tidak ada erti apa-apa lagi. Sembahyang banyak manapun tidak ada apa-apa makna. Hafal rukun Iman pun tidak ada peranan apa-apa. Maka tidak pelik kalau perangai tidak berubah. Masih lagi rnengata orang, menghina orang, marah orang. Sebab memang tidak pernah diajar faktor dalaman itu penting. Yang dianggap penting selama ini ialah faktor luaran. Dalam Islam, faktor dalaman Penting. Tetapi tidak pernah diajar. Taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman 90% dan faktor luaran hanya 10%.
BERAMAL UNTUK MENAMBAH TAQWA
Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Hendaklah kamu menambah bekalan Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa " (Al Baqarah: 197)
Di sini Tuhan menyuruh kita supaya sentiasa menambah sifat taqwa. Kerana sifat taqwa ini adalah bekalan kita di Akhirat. Dan juga untuk mendapat bantuan Tuhan di dunia dalam berbagai bentuk. Itulah yang merupakan khawariqul 'adah. Kalau di zaman Rasulullah SAW dikatakan mukjizat Kalau bukan di zaman Rasulullah dikatakan keramat atau berkat atau rahmat dari Tuhan.
Seperti yang pernah berlaku, dalam peperangan umat Islam yang sedikit boleh mengalahkan musuh yang ramai, atau mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga dan lain-lain lagi contoh yang banyak kita dapati dalam sejarah. itu di dunia, tetapi yang paling utama ialah di Akhirat.
Tuhan sebut dalam firman-Nya di atas, hendaklah kita sentiasa menambah bekalan iaitu sifat taqwa. Kita disuruh membangunkan aset di Akhirat sambil mendapat pertolongan Tuhan di dunia. Menambah sifat taqwa ini mestilah di atas landasan syariat. Yang asas-asasnya ialah sembahyang (solat), puasa, zakat, naik haji. Itu asas atau tapak. Tapak untuk menambah taqwa.Selain yang asas, terlalu banyak yang lain. Mungkin di atas landasan fardhu kifayah, di atas landasan perkara-perkara sunat dan hal-hal yang harus. Walaupun asalnya harus, tetapi kalau kita pandai mengikut ilmunya, yang harus pun boleh menambah sifat taqwa.
Menambah sifat taqwa mesti di atas landasan syariat. Secara mudah, yang dapat dilihat oleh mata sebab ia dilaksanakan oleh lahiriah kita ialah seperti membangunkan ekonomi. Mengapa kita bangunkan ekonomi? Bukan untuk mencari untung, walaupun disitu ada untung. Kita berekonomi untuk menambah sifat taqwa. Tetapi kebanyakan orang berniaga untuk tujuan komersial dan untuk mendapat untung. Itu tidak betul. Untung itu datang sendiri. Jadi sebenarnya berdasarkan avat tadi, hendaklah kita berekonomi untuk menambah bekalan iaitu sifat taqwa.
Dalam Islam kita berniaga untuk menambahkan lagi sifat taqwa. Kita berkebudayaan, hendak menambah lagi sifat taqwa. Kita bangunkan jemaah, moga-moga dengan jemaah jtu dapat membangunkan lagi sifat taqwa. Kita bekerjasama, mengajar, bangunkan pendidikan, maka di situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita bangunkan kesihatan, klinik dan sebagainya, moga-moga dari situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita berdakwah, buat perhubungan, semoga dapat menambah sifat taqwa. Kita nikah kahwin, berkeluarga, beranak cucu, moga-moga dari situ dapat menambah lagi sifat taqwa. Kalau campur-campur banyaklah jumlahnya.
Janganlah mencari taqwa di atas syariat yang terbatas seperti yang terkandung di dalam rukun Islam yang lima itu sahaja atau berwirid, berzikir, baca Al Quran dan duduk-duduk di dalam masjid dan di surau sahaja. Seluruh tindakan lahir kita dalam kehidupan walaupun yang harus, itu adalah syariat. Angkat tangan, pandang sana, pandang sini, hayun kaki, itu syariat. Maka moga-moga dengan syariat itulah kita dapat menambah sifat taqwa.
Kalau benda itu dianggap kecil, kecillah sifat taqwanya. Kalau dianggap besar, besarlah sifat taqwanya. Dari situlah Tuhan tulis pada kitab amalan kita. Itu yang akan dibagi kepada kita, digantung di leher di Padang Mahsyar nanti. Setiap orang ada catatan amalnya. Masing-masing akan bawa. Yang tukang baca ialah kita sendiri.
Barulah kita faham bahawa menambah sifat taqwa itu adalah di atas usaha, aktiviti, pandangan, pendengaran, gerakan tangan, gerakan kaki, pergi sana, dan pergi sini. Di situ kita akan dapat taqwa.
Tetapi kita perlu ingat benda-benda lahir itu syariat. Syariat dalam ajaran Islam ialah kulit. Kalau syariat macam kulit tidak ada isi maka tidak ada erti apa-apa. Macam kita beli buah, kita hendak isinya. Contoh kita beli ubi kayu, ada kulitnya. Kalau tidak ada kulit, isi mudah rosak, namun yang penting ialah isinya. Jadi syariat itu kulit atau rangka. Kalau rasa tidak ada, tidak bernyawa, tidak ada roh, maka tidak ada apa-apa. Sebab itu dalam ajaran Islam, makan bangkai itu haram. Sebab makan satu benda yang asalnya sudah tidak ada nyawa. Yang halal itu waktu ada nyawa dan disembelih. Kalau makan kambing yang sudah tidak bernyawa walaupun elok lagi dagingnya, haram hukumnya. Itu sindiran Tuhan.
Dalam Islam ada kulit, ada isi. Kulit dan isi kena dipertahankan, tetapi keutamaan adalah pada isi. Kita contohkan dalam ibadah asas, macam sembahyang. Rukuk, sujud dan bacaan itu rangka. Kalau hanya badan saja yang rukuk, hati tidak rukuk ertinya kita hanya bawa kulit. Bawa rangka yang dalam-nya bolong. Kalau badan saja yang sujud, hati tidak sujud, Ertinya rangka saja yang sujud. Kadang-kadang dalam meniti di atas syariat pun tidak menambah taqwa. Padahal itu ibadah asas. Kalau kita bawa rangka saja, kulit sahaja tidak membawa roh maka tidak akan menambah taqwa.
Taqwa kebanyakannya adalah benda dalaman. la bersifat rohaniah, paling tidak bersifat maknawiyah. Kalau tidak ada rohaniah, walaupun ibadah cantik, jadi bualan orang sekam-pung, sembahyang hanya bangkai, haji bangkai, perjuangan bangkai, pendidikan bangkai, jemaah bangkai, ekonom' bangkai, kebudayaan bangkai. Padahal itu syariat, tetapi tidak boleh hendak menambah taqwa.
Apa kata orang? Hebat orang ini, hebat Islam orang Macam-macam syariat dibangunkan. Tetapi isi tidak ada. Manusia melihat syariatnya dibuat, yang sunat pun dibuat. Satu negara kata hebat, orang ini kuat syariat. Itulah yang kita lihat, tetapi dalamnya atau isinya tidak ada, kosong. Tuhan berkata ibadah yang dibawa orang itu ialah ibadah bangkai. Tuhan kata bawa bangkai sembahyang, bangkai puasa, bangkai dakwah, bangkai jihad, bangkai ekonomi, bangkai pendidikan. Orang tidak boleh objek sebab cantik. Tetapi Tuhan pandang yang dalam. Syariat lahir itu dinilai 10%, yang dalaman 90%.
Katalah kita hendak bangunkan ekonomi. Tuhan kata bangunkan ekonomi untuk menambah taqwa. Tapi kita nampak untung. Belum berniaga lagi, di depan kita untung. Mengapa untung bukan taqwa? Sedangkan berniaga bertujuan untuk menambah taqwa. Mengapa kita berniaga hendak menambah untung. Ini salah. Patut kita berniaga niat untuk menambah sifat taqwa. Disetiap perniagaan tambah sedikit sifat taqwa. Tambah di kebudayaan sedikit, klinik sedikit, sekolah sedikit, campur-campur banyaklah jumlahnya.
Jadi sifat taqwa itu banyak berkaitan dengan hal-hal dalaman. Soal syariat lahir hanya 10%, yang dalaman 90%. Sebab itu Tuhan nilai taqwa ini yang dalaman 90%, usaha lahir 10%. Senangkah kita hendak berniaga? Hendak bagi nyawa kepada perniagaan supaya tidak menjadi mini market bangkai, supermarket bangkai, hypermarket bangkai. Bukan senang hendak bagi roh pada perniagaan. Bila dikatakan roh, semua yang terlibat dengan perniagaan tersebut daripada pemimpin-pemimpinnya, pengurus-pengurusnya, petugas-petugasnya, fikirannya mesti selari. Semua hati-hati orang yang terlibat mesti berkata bahawa buka kedai itu untuk khidmat, bukan untuk untung. Moga-moga dari situlah kita dapat menarik orang kepada Islam. Kita dapat berkasih sayang. Kita diterima o'eh pelanggan-pelanggan, dapat menolong orang, dapat memberi kemudahan-kemudahan kepada orang. Itu rohnya yang bertapak di hati. Kalau itu yang kita maksudkan dan niatkan, rugi pun seronok. Sebab sampai matlamat, dapat taqwa. Kalau untung alhamdulillah, di Akhirat akan dapat balasan lagi. Itu yang sebenar.
Yang kita jadi letih ini bila rugi hilang semangat, tidak bermaya. Padahal kalau berniaga ada roh, rugi pun tidak mengapa sebab dapat sifat taqwa. Mungkin di kedai, Tuhan rugikan. Padahal Tuhan kata siapa yang bertaqwa akan dapat rezeki dari sumber yang tidak diduga. Jadi walaupun rugj berniaga yang penting ada roh, ada nyawa, ada penghayatan. Jadi perniagaan yang hidup, yang bukan bangkai, ialah perniagaan yang ada roh. Bila ada roh atau nyawa kalaupun kita rugi, kita tidak bimbang. Tuhan akan datangkan untung dari sumber yang tidak diduga.
Dari syariat yang kita bangunkan itu dari yang asas mahu pun yang tambahan, hendak bagi roh itu memang susah. Kalau boleh bagi roh, seronok. Kita bukan hendak fikir untuk dapat untung, tetapi untuk dapat taqwa. Kalau dapat taqwa, rugi tidak mengapa. Di sini kita kerja dengan jiwa yang hidup, tidak jemu.
Sebab itu bagi para Sahabat, berjuang dan berdakwah itu satu hiburan walaupun susah. Sekarang kita dakwah senang. Dewan cantik, kerusi cantik, kenderaan cantik, jalan cantik, sedangkan dulu naik unta. Dulu mana ada dewan. Kalau tengok orang sedang perah susu kambing, dia didatangi. Orang berjalan, dipanggil. Memang susah. Tetapi seronok sebab jiwa hidup. Orang dulu terhibur sebab akan dapat sifat taqwa. Kalau sekarang tidak larat. Sekarang dakwah hendak nama, hendak duit, hendak glamour. Kalau orang kritik atau yang datang mendengar sedikit, maka tidak seronok. Kali kedua tidak datang lagi. Tidak cukup orang hendak puji aku, buat apa datang.
Tetapi kalau dia fikir hendak tambah sifat taqwa, dia terhibur untuk sampaikan ajaran Tuhan walaupun yang men-dengar hanya bilangan jari sebab dia akan dapat menambah taqwa. Tetapi bila fikir hendak duit, fikir hendak nama, hilang semangat. Ertinya dakwah dan jihad yang dibuat adalah dakwah dan jihad bangkai. Jadi faktor taqwa adalah faktor dalaman.
Betullah kata Tuhan melalui hadis Rasulullah, "Tuhan tidak tengok lahir kamu, Tuhan tengok hati kamu."
Lahir hanya 10%, itu pun kalau dibuat dengan sempurna. Kalau tidak sempurna, dapat dua tiga peratus sahaja. Tuhan pandang roh ibadah. Sebab itu dalam ajaran Islam ini diam pun ibadah, tetapi mesti ada roh. Diam yang tidak ada roh, tidak ada rasa bertuhan, tidak ada rasa hamba, diam yang sia sia.
Kalau nampak diam tetapi ada roh, iaitu dia sedang fikir dosa, dia fikirkan kuliah, dia fikirkan kebaikan apa lagi yang hendak dibuat untuk dapat menambah sifat taqwa, maka diam itu diam taqwa. Paling tidak dia niat, aku diamlah sebab cakap banyak nanti dosa. Sebab ada faktor dalaman, maka ada roh. Indahnya hidup dengan Tuhan.
Kalau roh ibadah ini dapat diterapkan, gagal pun tidak apa, tetap seronok dan indah. Sebab kejayaan bukan matlamat. Matlamatnya adalah untuk menambah sifat taqwa. Kalau kita fikir hendak untung, hendak orang terima kita, kalau tidak untung dan orang tidak terima kita maka hilang se-mangat. Kalau kita fikir hendak menambah sifat taqwa, apa jadi pun tidak ada masalah. Kita tetap rasa puas.
Hendak wujudkan, hendak lahirkan dan hendak hadirkan roh dalam aktiviti kita, usaha kita, tindak tanduk kita, dalam aspek apa sahaja, itu yang susah. Kadang-kadang kita ingat, tetapi diganggu, akhirnya nampak untung saja, nampak duit saja. Lebih-lebih lagi bila dapat untung banyak, sudah lupa hendak hadirkan roh. Duit saja yang nampak.
Sebab itu kalau kita buka kedai, jangan tanya dapat untung atau tidak hari ini. Tanya, agak-agak hari ini dapat taqwa atau tidak. Mudah-mudahan dapatlah. "Apa rasa awak dalam berniaga hari ini?" Kalau dia kata seronok sebab dapat banyak untung, dia sudah salah maksud dan niat, kita betulkan. "Awak gembira atau tidak melayan orang? Kalau orang hendak berhutanig, awak rasa bangga tak kerana dapat beri hutang seolah-olah sudah rasa menyelamatkan orang?" Kalau dia jawab ya,kita jadi letih ini bila rugi hilang semangat, tidak alhamdulillah, moga-moga awak selamat. Jaga selalu untung yang bersifat taqwa ini.
Sebab itu lepas sembahyang, lepas buat baik, kita disuruh istighfar? Mengapa? Kalau lepas buat jahat kita disuruh istighfar lojiklah. Sebab takut-takut kita tidak dapat taqwa dalam sembahyang atau dalam amalan baik yang kita lakukan itu.
Mengapa lepas dakwah, lepas mengajar, lepas berniaga, kita tidak istighfar? Mengapa selepas berniaga kita tidak menung sekejap. Patutnya balik berniaga kena taubat. Sebab sudah lupa, berniaga tidak ada roh. Hanya dapat bangkai sahaja. Patutnya di situlah kita minta ampun sebab mungkin ada orang yang kita zalimi, yang kita sakiti, yang tidak senang, yang sakit hati dengan kita semasa kita berniaga. Mengapa balik berniaga tidak minta ampun kepada Tuhan?
Kalau macam inilah kita boleh buat aktiviti, Tuhan akan selamatkan kita. Sifat taqwa akan bertambah. Untung di dunia lagi akan Tuhan bagi. Memang sifat taqwa untuk Akhirat, tetapi taqwa juga memberi untung dunia untuk keperluan di dunia.
Perniagaan kapitalis, mengutamakan duit. Dari duit dapat duit. Modal duit untung pun duit. Perniagaan Islam mengutamakan taqwa. Dari taqwa dapat taqwa. Tetapi janganlah pula sampai disiplin syariat itu diabaikan.
Daulah atau negara yang Allah hendak wariskan adalah kepada orang-orang yang bertaqwa seperti ini. Kalau tidak bertaqwa, maka kita tidak layak untuk diwariskan sebuah negara hadhari. Jadi usaha awal mesti dari kita. Kita yang patut dulukan. Kita yang patut berusaha menjadi orang yang bertaqwa, menjadi rakyat yang bertaqwa dan pemimpin yang bertaqwa. Kalau majoriti rakyat dan pemimpin sudah ber-taqwa, maka Tuhan akan datangkan bantuan, pembelaan dan perlindungan. Tuhan akan turun tangan. Tuhan akan hadiahkan dan anugerahkan kemenangan. Allah Taala berfirman:
Maksudnya: "Akan aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa." (Al Anbia: 105).
Kuasa ke atas dunia ini adalah warisan orang-orang yang bertaqwa. Kalau orang-orang yang bertaqwa tidak ada, Tuhan akan biarkan dunia ini dikuasai oleh orang-orang kafir hing-galah wujud orang-orang yang bertaqwa. Ketika itu kuasa akan berpindah dan beralih tangan. Tuhan tidak wariskan dunia ini kepada orang-orang yang hanya Islam. Malahan Tuhan tidak pernah janjikan apa-apa pun kepada orang-orang Islam.
Bila orang-orang kafir berkuasa, sudah tentulah mereka berlaku zalim tetapi mereka zalim atas nama mereka sendiri dan nama agama mereka. Kalau orang-orang Islam berkuasa, mereka juga akan berlaku zalim sebab kalau setakat Islam sahaja, mereka tidak akan mampu berlaku adil. Bezanya mereka akan zalim atas nama Allah dan nama Islam. Ini yang berat. Zalim sahaja pun sudah berat. Ini pula zalim atas nama Allah dan Islam. Lagi-lagilah berat.
Kalau orang-orang Islam tidak mahu berubah dan tidak mahu meningkat menjadi orang-orang yang bertaqwa, sampai bila pun mereka tidak akan dapat menguasai bumi sebab bumi adalah warisan orang-orang bertaqwa. Malah orang-orang Islam akan terus lemah, mundur, miskin, ditindas, dijajah, dikawal dan ditekan oleh kuasa-kuasa kafir.
Oleh itu, umat Islam mesti berubah. Umat Islam mesti meningkatkan ketaqwaan mereka. Baru Allah akan bela dan campur tangan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan (nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (jiwa dan mental)."
(ArRa'd: 11)
Mengubah apa yang ada dalam diri itu ialah menjadikan hati itu yakin, beriman dan bertaqwa kepada Allah. Merasa bertuhan. Benci dunia dan cintakan Akhirat. Mensejahterakan hati itu dengan membuang segala sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan segala sifat-sifat mahmudah dengan bermujahadah melawan dan mendidik nafsu.
Juga mendidik mental dan fikiran supaya berfikir berlandaskan Ilmu Islam. Supaya Ilmu Islam itu menjadi teras dan panduan dalam semua usaha dan tindak tanduk.
No comments:
Post a Comment